relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, October 21, 2009

Linda PLK dan ceritanya

semalam hari yang memenatkan..dahla malam sebelumnya tidur pukul 2, bangun awal dan pergi ofis awal untuk menyiapkan kerja2 yang perlu disiapkan. Baru teringat, petang nanti ada janji dengan Linda, saya perlu habiskan silibus, buat ujian dan dengar perbentangannya dalam masa 4 jam..maksudnya pukul4 sampai pukul 8..adoi penatnya..mata boleh jadi hijau ni. jam 4 linda sampai kat bilik. bila dia mula sampai..saya tengok mukanya letih sangat..dan dia juga tengok muka saya letih sangat..tapi disebabkan ini mgu terkhir..kami terpaksa meneruskannya juga.


apa yang saya seronok dengan Linda ni ialah kami hampir sebaya, jadi pengajaran dan pembelajaran dengannya lebih berbentuk santai..takdela serius sangat..ada je antara kami yang memulakan perbualan yang mencuit hati.  2 bab berjaya dihabiskan..ujian pun Linda dapat siapkan..tengoklah gambar kat bawah tu..betapa seriusnya dia menjawab..sampai tak sedar mamarazi amik gambar..hehehe

jam 6..perut dah menyanyi..saya ajak Linda makan dulu..habis makan dan solat magrib..kami menyambung lagi P&P. keluarlah satu cerita dari mulut Linda..katanya ini kisah rakan karibnya sendiri. Opps..lupa nak bgth, Linda ni non muslim..anak jati Sarawak. begini ceritanya...
keluarga rakannya adalah penganut kuat Kristian..yang taat dan selalu pergi ke gereja..ayahnya selalu menekankan soal ketaatan mengenai agama..hinggalah sampai satu hari, ayahnya sakit kuat yang aneh..yang tidak dapat diubati oleh hospital..seorang jirannya yang muslim datang membantu..dan dengan izin Allah..ayahnya sembuh sepenuhnya. atas keajaiban tersebut, ayahnya mendapat hidayah dan merasakan Islam adalah agama yang benar..ayahnya telah keluar dari Kristian dan mula menjalani kehidupan muslim sejati..puasa..solat dan sebagainya..ayahnya cuba mengajak isteri dn anak2nya sekali..tetapi tidk berjaya. apa yang menyentuh hati saya ialah: ayahnya tidak mendaftarkan keIslamannya secara rasmi kerana takut namanya mesti diubah dan dia akan dipisahkan dari keluarganya yang amat dicintainya..
linda tanya saya.."bolehke macam tu? boleh ke duduk serumah lagi?"
dan saya , saya gagal memberi jawapan yang boleh memuaskan hatinya. saya cuma katakan..islam tidak memutuskan hubungan silaturrahim..tapi hubungan dengan isterinya terputus akibat perbezaan agama. linda menyatakan ayh rakannya tidak mahu berpisah dengan isterinya yang memang jelita (otang Jakarta). perkara ini membuatkan saya faham dilema yang dihadapi oleh ayahnya itu "antara agama baru yang dicintai dan isteri lama yang tercinta"
satu lagi yang amat mengharukan si ayah itu berpesan kepada anaknya: nanti bila aku mati, tolong kebumikan aku di perkuburan orang Islam..walaupun orang lain tidak tahu saya sudah  lama Islam.
dalam masalah itu, saya mencadangkan supaya Linda bgth kepada ayahnya supaya membuat pengakuan hitam putih tentang keIslamannya supaya tidak akan menyusahkan keluarganya nanti.
Ya, Allah..kau membuka hati sesiapa sahaja yang engkau kehendaki dan Kau juga membutakan hati sesiapa yang Engkau kehendaki" Teapkanlah ku di jalanMu..dan sentiasa di atas landasan yang benar..Ameen..
Linda..semoga kau juga dipilih olehNya untuk kita bersama di atas agama yang suci ini.

No comments:

Post a Comment