dan entry ni tentang satu citer cina yang aku tengok secara tak sengaja..hati nak tengok citer lain..jari tersilap tekan pergi ke 100..mana pernah aku menatap lama2 saluran ni..tapi lain petang nih..terus tertarik dgn scene berkenaan. habibi aku pun tersangkut gak,hehe
aku kot yang ketinggalan..korang mst ada yg dah tengok kan citer the little big soldier, lakonan jackie chan, haha..comfirm citer lawan lawan. yea betul, tapi dimasukkan unsur unsur kelakar. korang pun kenal kungfu jackie chan kan.
citernye cenggini, jackie chan seorang askar biasa bertemu dgn panglima negeri lain yang akan menawan negerinya. jackie menjadikan panglima itu sebagai tawanannya,dan dia mula berangan-angan akan mendapat habuan 5 ekar tanah kerana berjaya mengangkap penceroboh.dalam perjalanan jackie utk membawa pulang panglima tersebut, byk perkara yg ditempuhi, mereka diserang oleh pelbagai pihak, tapi masing2 berjaya melepaskan diri,rupanya panglima td adalah anak raja yang diburu oleh adiknya sndiri atas sebab perebutan tahta.
apa yang menarik, cerita ini membincangkan mengenai kematian bermaruah...
bila mereka berdua terperangkap dalam 1 gua " si panglima berkata: kita mesti keluar dr sini, aku tidak mahu mati tanpa melakukan apa-apa untuk negaraku, aku nak mati sebagai seorang perwira, bukan sebagai seorang pelarian" dan atas semangat tidak mahu mati sia sia keduanya berjaya keluar..
scene lain yg menarik, adik si panglima tadi berjaya bertemu abngnya, keduanya mempersoalkan siapa yang perlu hidup utk menjadi raja, hanya seorang sahaja perlu hidup, dan dengan penuh tragis, si adik menikam dirinya sendri dan mengatakan kepada abngnya. "aku mati dalam keadaan bermaruah untuk negeriku mendapat raja yang sepatutnya."
si jackie masih lagi tidak mahu melepaskan panglima itu, dia masih membawa panglima itu pulang utk menjadi tawanan negaranya, dan dia akan mendapat habuan 5 ekar tanah. dan apabbila sampai di sempadan negaranya, tanpa disangka jackie melepaskan si panglima tadi agar pulang ke negaranya dan berjanji untuk tidak memerangi negaranya 10 tahun. dia rela mengorbankan 5 ekar tanah yang akan dimiliki demi menjaga kedaulatan negerinya. si panglima terharu..dan pulang dgn janji berkenaan.
scene terakhir: bila smapi di perlabuhan, si jackie dapati negerinya sama sekali telah musnah ditakhluki oleh negeri lain. dan dia merasakan dia telah kehilangan segalanya, namun dengan tekad untuk mati bermaruah, dia tetap menjulang bendera negaranya, hinggalah akhir dia sendri mati dipanah dan panji negaranya masih berdiri tegak.huhu..
sad ending tapi membawa maksud. "MATI ITU PASTI...CUMA KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MATI BERMARUAH ATAU TIDAK. dan kita sebagai orang ISLAM..mati dalam mempertahankan/melaksanakan/memperjuangkan agama dan mati yang tinggi nilainya adalah MATI SYAHID.
kita bagai sehelai daun yang mulanya putik, mengijau, menguning dan kemudian akan gugur luruh, kan lebih baik bila kita dalam keadaan hijau, kita membiarkan diri kita dimanfaati si ulat, atau si burung. yang membuatkan kita luruh dalam keadaan mengorbankan diri utk yang lain.
nilai kehidupan kita adalah pada saat kematian kita, kita mati husnul khatimah, maka baiklah keseluruhan hidup kita. kita mati suul khatimah, maka buruklah keseluruhannya.
tak tengok lagi cite. nnt nak tengok gak la.
ReplyDeleteMOHD NASER.com