tapi ini realiti..dalam zaman mengejar kemajuan..anak-anak mengejar cinta..membina mahligai dunia..mengejar pangkat dan kuasa..ada yang mengabaikan orang tua..
raya lepas, aku dan habibi ke KANGAr.. sdg aku menyoping..datang seorang tua tegur.." boleh hantar saya ke klinik, sy demam ni"
dgn bau yang agak hanyir..wajah yang lesu, kami menumpangkannya.. dia datang berjalan kaki dari tempat yang jauh..xde orang muda sanggup berjalan kaki sebegitu zaman sekarang..
kesimpulannya: dia sorang dan terbuang!
bila sampai di hospital..kami terus ke tempat emegency.. sedang dia diuruskan untuk naik kerusi roda, mataku tertarik pada sebuah kereta mewah di hadapan ku.. kereta pangkat DATO DATO..
pembantu pegawai perubatan aku lihat bersusah payah mengeluarkan seseorang dr tempat duduk belakang.. dan seorang DATO dan DATIN hanya melihat dr jauh.. dan seorang tua yang amat daif dikeluarkan dgn keadaan yang penuh najis (sangkaanku mungkin kerana lihat pegawai perubatan membawa cadar baru dan pakaian salin), dan pakaiannya disalinkan dengan pakaian hospital di dalam kereta itu juga. saya tabik dengan kecekapan pembantu pegawai perubatan..tapi bukankah yang lebih afdal menyalinnya adalah warisnya sndiri..pasti pakcik itu malu..tapi apalah yang dia mampu..
dan kejadian pada hari itu buat aku hampir menangis...bukan kerana aku fikirkan kalau aku sebagai anak mereka..tapi fikirkan kalau si tua itu adalah aku.. sorang dan terbuang! nauzubillahhi min zalik!
YA ALLAH, BIARLAH HIDUPKU SENTIASA MEMANFAATI ORANG LAIN,
DAN MATIKU SEBELUM MENYUSAHKAN ORANG LAIN.
subhanallah..muhasabah diriku..adakah ku sanggup buat begitu pada kedua ibu bapaku..ya allah terangkan hatiku dan lembutkan hatiku untuk mentaati kedua ibubapaku..
ReplyDelete