samarinda... kain samarinda..
itu je yang aku tahu nyanyi..
dulu bila sebut samarinda aku bayang kain je..
tapi sekarang bila sebut samarinda..aku akan bayangkan gambar2 di bawah... fuh..UNIK!!!
samarinda sebuah bandar yang menjadi walikota kalimantan timur.. pelancong yang mahu ke sini akan turun di bandara (airport) balik papan, rujuk sini utk maklumat tentang balik papan.
dari sana kami menaiki bas selama 5 jam, agak emmenatkan kerana jalan berliku dan melalui banjaran banjaran. aku tengok jalan rayanye..mmg tak sanggup memandu, tapi..sepanjang perjalanan kami tiada eksiden pun yang berlaku..unik sungguh!
kami ke tenggarong di samarinda yang terkenal dengan mitos "lembuswana" : lembu berkacuk dengan gajah dan ayam.
kat sini ada perkuburan diraja dan muzium barang-barang lama.
dan yang penting tempat shoping...hahaha. kat sini terkenal dengan sarong samarinda dan batu-batu permata.. harga..kena pandai tawar..kalau tak kena sembelih..
dan kat sini ada islamic centre samarinda..yang cantik bangat.. ada menara setinggi 32 tingkat.. waktu kami pergi lif rosak..yang rajin naik tu, bila turun ,memang lutut bergoyang, boleh dangdut dong.hehe
dan malam last kami kat sana, sepatutnya kami dinner kat tempat lain, tapi driver ssilap hantar kami ke rumah gabenor..hahaha.. sempat turun, masuk duduk dan snap beberapa gambar..bukan semua orang calang-calang boleh masuk rumah gabenor!
oh yea.. yang kat atas tu..sampingan je, tujuan aku datang sini yang utama adalah konferens.. kerjasama 3 negara iaitu malaysia, indonesia dan brunei. hmm..menarik sbb masing masing punya keunikan untuk dikongsi bersama.
dan ini tautan hati dua negara..walau sekejap bertemu..tapi besar dan manis kenangannya. thanks warga samarinda... baik baik bangat!!!!
No comments:
Post a Comment