relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, May 24, 2011

“Segmen blog review oleh Jamaluddin.net”.

/http://www.jamaluddin.net/2011/05/segmen-blog-review-oleh-jamaluddinnet.html
Segmen blog review oleh Jamaluddin.net”.
Hehe.. ni dah masuk setahun 8 bulan umur blog ni..masih muda..berjalan pun jatuh jatuh lagi ..jd mmg memerlukan otai untuk memberi tunjuk ajar.
komen jujur utk blog otai:sekali tengok nampak mcm blog orang skema..hmm..xpe..cuma bg org yang jenis funky mungkin klu tak bc..xminat..apa pun..yg penting isi kan..bukan dr segi warna warninya blog..

okeh la..itu aje..harap dpt komen membina utk blog ni..harapan sy selain dr kenangan peribadi..harap ia juga jadi sumber amal atau ilmu jariah kepada org lain.

4 HANTU AIR..

EH..EH..INI RUPANYA MAKANAN HANTU AIR..SIAP ROTI SAPU MERJERIN LAGI TUH
DI ATAS NI PASANGAN HANTU AIR PALING ROMANTIK....
 TAHU LAK SEPASANG HANTU AIR NI KELUAR DARI AIR..INGAT NAK BERENDAM JE..HEHE
EH..ANAK HANTU AIR MANA LAK TERLEPAS NIH..SAPA HILANG ANAK SILA CNTACT TUAN BLOG NI YEA...


PENAT MAIN AIR.. MAKA BERJALAN JALANLAH MEREKA MELAWAT SEDARA2 MEREKA YANG LAIN..TAK SEMPAT TUNGGU RAYA..RINDU SANGAT DENGAN KEKAWAN DIORANG NI:
PAK  BER'WANG'...

PAK "BOY" A
ALA COMELNYE..SAPA NIH..SEDONDON GITU..JELES BURUNG MERAK KAT BELAKANG..HEHE

Thursday, May 19, 2011

harumnyeee... manisnyeeee...

SYOK SYOK SYOK!!!!!!
BEST BEST BEST!!!!!
ASYIK ASYIK ASYIK!!!!!
YEA YEA YEA!!!!
SUKA SUKA SUKA!!!!
LIKE LIKE LIKE!!!!


Wednesday, May 18, 2011

hari-hari yang ku digurukan..

manakan sama hari ku berguru..
dengan hari yang ku digurukan..

mungkin beza dr segi kuasa..mungkin beza dr segi rasa..

kali pertama ku bergelar guru di SEK TAQWA
wlu sekadar 6 bulan.
dr darjah 1 hga darjah 5
dr ajar bahasa hingga ajar pegang pensel
dr ajar menghafal..hingga ajar mngelapkan hingus
dr ajar guna papan hitam..hingga ajar guna cubitan

mngajar pula di MADI..
bekas sekolah ku sndiri..
tempoh setahun sahaja..
belajar memahamkan..bukan sekadar menghafal..
belajar teknik yang menyeronokkan bukan yang membosankan
dan banyak kekaguman tu pada adinda adinda
yang sabar melalui liku-liku pelajar MADI..
yang ku sndiri pernah lalui 7 tahun sebelum ini
dan hingga kini MADI tetap sntiasa istimewa di hati

mengajar 3 bulan sebagai guru taska
akulah guru..akulah tukang masak..
tukang basuh..tukang tidurkan..dan tukang main
yg paling terkesan di hati..seorang pelajar yang buta alif ba ta
bersamaku dia dapat mengeja dan kenal semua huruf hijaiyyah
moga ia sahamku yg berharga nnti ilmu jariyah...

diterima mnjadi guru di al-AMIN
tempat baru..suasana baru..sistem baru..
yang buatku belajar sambil mengajar
pelajar2 anak orang2 besar
yang lebih pentingkan akhlak dan ilmu agama
aku rindu panggilan 'muallimah'
yang tak mungkin ku dapat di mana juga lagi...

terkejut..mngejut..terus terbang ke sarawak
mana nak jangka..rezekiku di bumi kenyalang
dan bukan sekadar tmpat rezeki..
tapi juga medan juangku..medan dakwahku
di sini mungkin nampak tahapku tinggi..
tapi aku masih seorang pendidik..
yang mengajar bukan utk ke otak dan minda
tapi terus masuk ke lubuk hati
bukan untuk mereka lulus periksa semata
tapi utk mereka jadi insan manusiawi
yang bukan sekadar mahu makan dan kaya
tapi untuk bersama memakmurkan bumi
dgn amal,ilmu dan akhlak tinggi

AKU MENGAJAR...BUKAN UNTUK DIANGGAP BESAR.. 
BUKAN JUGA UNTUK DISANJUNG..DIPUJA.. 
CUMA KU HARAPKAN NAMAKU TERSEBUT DALAM DOA

Tuesday, May 17, 2011

hari-hari yang ku pernah berguru

hari-hari ku berguru
pastinya bermula dari rumah..
mak, abah, kakak2 dan abng mengajarku ttg dunia
dunia main..dunia makan..dunia yang penuh dengan kasih sayang
hingga aku pelik..kenapa aku perlu ke sekolah lagi
sedang segalanya aku boleh dapati di rumah

6 tahun TADIKA..dgn uniform hijau..
pergi naik van..yang kekal di ingatan..pokok saga di hujung bangunan..
hampir tiap hari ku tutip biji saga yang merah menyala
guruku CIKGU SOFIA..cantik macam cina..
dia membetulkan kesilapan sebutan hurufku.. G & J, K & T...
darjah 1 di sek raja perempuan
sekolah bekas tapak istana lama..kami panggil dulu istana raja botak
pelajarnya semua perempuan..xde lelaki
cuma berlainan bangsa..dan ku ingat kwn sebelah mejaku cina..
bila cikgu datang..kami sama-sama akan menjerit "TEACHER LAILA"
hehehe..dan GURUKU : CIKGU SANIAH
sekali satu bukuku..dah diconteng oleh adindaku HUSNA..
pergi ke sekolah.. perutku dipulas di pusat..
tapi tak nangis pun..sbb tak sakit langsung..hehe

DARJAH 2 berpindah ke SK SG RAPAT..
sekolah ni campur lelaki perempuan.. huh..duduk plak tepi lelaki
gatal sungguh kan..hehe
igt sekali cukgu kelasku CIKGU ASMAH panggil namaku..
secara spontan ku menyahut " YEA MAK"...
berderai tawa satu kelas...hehehe..tersasul daaa..

DARJAH 3.. pindah lagi ke A.STAR..sek SG KOROK BARU
GURUKU..CIKGU FARIDAH..
sempat aku dilantik menjadi pen KETUA DARJAH..
bila waktu guru xde..ketua darjah ambil alih jaga kelas..
tak sangka nama orang bising yang sampai kepada guru..adalah namaku..
cikgu pun kata: PENOLONG KETUA KELAS PUN BISING? kena denda lebih ni.. hehe

hampir hujung darjah 3 ku pindah ke SKSE,perlis
CIKGU WAN SALIMAH guru kelasku..
darjah 4..CIKGU RAHIM
darjah 5.. CIKGU ROZI
darjah 6..CIKGU NASIHA..
di SKSE..belajaq cakap utara..
menangis nak berbasikal ke sekolah..hingga menyorok belakang almari..
sbb seronk tgk kwn berbasikal ke kedai beli jajan..
ada sekali sewaktu berbasikal dgn kawan..buah nyoq.jatul betul2 depan basikal..
mujuq bukan atas kepala..tapi menyebabkan kami tergolek dog la juga
mujur waktu itu tiada knderaan yang menghampiri..alhamdulillah

makin remaja..bersekolah sekaligus berasrama di MADI
hidupku di MADI mengubah dan memnbentuk remajaku menjadi remaja yang halus..tulus..
hmm..maksud aku..remaja yang baik da.. tapi xlah perfect
kn rotan tu biasalah bagi warga MADI..tapi itulah dunia MADI yang penuh dgn keistimewaan
wlu berhimpit di asrama..tidur di bawak pumkin..berebut tandas dan bilik air.. keputusan bekalan air..hingga buat kami merantau mencari air telaga dan sungai..
mandi belat..terjun sungai.. malam2 ceramah yang mengujakan..
walau pernah kami dilabel tiada masa depan...
tapi kami masih terus tetap mara ke hadapan..
kerana rezeki adalah takdir tuhan..

ku smbung di KIDU.. dunia IPT yang tersendiri..
kami tidak sekadar belajar..tp juga berdikari..
bukan untuk diri sndiri sahaja tapi kejayaan yg mesti dikongsi
dah berjamaah buat kehidupan lebih meriah
malah rezeki melimpah ruah
yg sedikit dikongsi..semua dapat menikmati..
dan tak boleh dilupakan tanggal perginya insan istimewa
UST FADHIL..
ku saksikan gelombang manusia mengunjungi jenazahnya..
manusia agung yang tidak minta disanjung
tapi tetap allah beri penghormatan..

2004..ku di al-AZHAR..
tiada bahasa..tiada nukilan untuk gambarkan kebangganku menjadi penuntutnya
bukan kerana nama..tapi kerana karamahnya..
guru2nya yang ikhlas mengajar..tanah anbiyah ardi kinanah
disini aku belajar.. apa yang ku dapat..
bukan apa yang ku ambil dr orang..tapi apa yang ku beri pd orang..

rezekiku di UKM..
buatku rasa kerdil berbnding yg lain..
mgkin kerana tiada SPM..
mungkin krn mrk lebih bijak berdebat dan berbahas
sem pertamaku..mmg aku amat bekerja keras bukan utk belajar
tapi utk menyesuaikan diri dgn cara belajar yg baru
dan yg lucu bila result keluar berbentuk CGPA.
aku tercengang..nombor apa ni..sikitnye..tak sampai 10 pun..
sikitnye markah.. manalah BEKAS BUDAK MADI,KIDU DAN AZHAR ni tahu pasal perkiraan CGPA..klu mumtaz, jayyid jiddan, jayyid, maqbul tu tahulah. hehe

dan pastinya sepanjang perjalanan tempoh ku berguru..insan2 yang paling memberi kesan kepada kehidupanku adalah mereka yang bergelar cikgu, guru, ustaz,ustazah, sir, madam, Dr, Prof dan segalanya...

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA...
KERANA KALIAN..
AKU MENJADI ORANG INSAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN!

Saturday, May 14, 2011

'aku'

sudah takut membahasakan "aku"
'aku' menunjukkan kuasa 'satu'
tanpa pensabitan kuasa lain
sedangkan ia tidak sama sekali akan berlaku tanpa izinMu
hanya Kau layak mengunakan Aku
kerna kau langsung tidak berhajat kepada yang lain
samaada atas apa yang berlaku..
dan atas apa yang tidak berlaku
jika yang telah hamba 'aku' kan..
maaf atas ketelanjuran
atas ketidaksopanan
atas ketidaksedaran..
bahawa hamba tidak layak 'aku'
walau untuk sesaat sekalipun

Tuesday, May 10, 2011

15 minit je tau

hari minggu lepas ke satu kawasaan perumahan..dan kebetulan bertepatan masuk waktu asar.. maka kami terus singgah di sebuah masjid yang berdekatan dgn rumah sedara yang kami nak kunjungi..
mula2 terbc apa2 yg tercatat kat situ..
penyataan pertama mengenai dilarang sesapa buat kuliah atau mengajar tnpa kebenaran majlis agama..itu biasa..sy abaikan wlu ada sikit mengutuk..hehe

penytaan kedua: khutbah jumaat tidak dibenarkan lebih 15 minit. BIAR BETUL!
entahlah..ini bukanlah masjid pertama saya pergi..dan lagipun habibi mmg solat di masjid selalu..xde plak dia sndiri pernah terbaca arahan sebegitu.
korang caya tak? tak percaya tgk sndiri nih smpat lagi kami snap gmbar.




bahasa senang faham..." KHUTBAH SEKADAR 15 MINIT JE TAU!

hmm..dahlah yang sunat tak bagi..yang wajib pun dihadkan..kalau ruang tazkirah dipendekkan..nak salahkan bebudak lagi perangai macam setan!
sempat ke 2 khutbah jumaat tak sampai 15 minit?
seronok la tok imam tuh..solawat byk2..mukaddimah pnjang sikit..dah cukup..xperlu syarah dah..kang lebih masa..kn tangkap lak...
pusat maksiat beroperasi lebih masa diserbu..klu tok imam berkhutbah lebih masa nak diserbu jugak ke?
yea..sy tahu..niat diorang adalah supaya nnt ahli jumaat tu tak masuk lewat keje..tak lekat jem.. sempat makan ke..tidur ke..kejap.. tapi memadai ke 15 minit..
ini nampak sangat pihak2 yang bersetuju (ahli majlis yang mengeluarkan perintah ini) telah menterbalikkan arahan Allah.
ayat surah jumaah 9-11
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

tapi yang dibuat.... segeralah habiskan khutbah cepat2 dan pergilah bekerja dunia...

Monday, May 9, 2011

interview Osama Laden!!!

aku (A): assalamualaikum akhi
Osama (O): waalaikumussalam ukhti fillah
A: maaflah mengganggu... sy tak pernah jumpa akhi, sy amat2 teruja utk berhadapan dgn akhi dan alhamdulillah kita dipertemukan dan sy nak ambil peluang keemasan ini utk bertanya soalan soalan panas kepada akhi. pertama:  sejak kejadian pengeboman di USA lepas.. nama akhi begitu naik. dan ramai yang letak nama abang kepada bayi2 mereka.. apa komen akhi?
O: tidak ada satu pun kebanggan dari dunia yg boleh membanggakan saya..kerana sy hanya harap Allah bangga dengan saya. lgpun mereka yang pakai dan ambil nama saya..sy tak dapat apa-apa komisen pun. hehe
A: akhi ni lawak juga orangnya..
O: gurauan itu halwa jiwa..okeh teruskan soalan, saya tiada masa panjang ni
A: maaf maaf akhi. soalan panas. betul ke akhi yang menjadi dalang pengeboman itu?
O: saya rasa bukan isu dalang ukhti nak dari saya..tapi isu keganasan.. betulkah Osama Laden itu pengganas, betulkan?
A: yea..lebih tepat ke arah itu.
O: klu kamu terima definasi keganasan dari Barat..maka kamu akan hukum semua pejuang islam itu pengganas..malah..cara Rasul melakukan Fathu Makkah itu juga pengganas.. Perang Badar ganas..perang Uhud ganas.. tapi cuba kamu ambil definasi pengganas dr islam..siapa sebenarnya pengganas?
A: ermm..
O: sy tidak sedih dan marah kalau orang barat dan yahudi tuduh saya pengganas..sebab mereka mmg Nabi kata tidak sekali2 redhakan kita.. tapi sy amat sedih dan marah bila kaum muslimin itu sndiri melabelkan sy dan sahabat sebagai pengganas..tidakkah mereka rujuk al-Quran
Sebagai contoh, orang-orang yang dikatakan Allah sebagai zalim(pengganas) adalah mereka yang:

berpaling daripada ayat-ayat Allah - 6:157
berpaling setelah diingatkan dengan ayat-ayat Allah - 18:57, 32:22
makan harta anak yatim - 4:10
makan harta sesama sendiri dengan cara palsu - 4:29-30
membalas ke atas kejahatan yang tidak serupa dengannya - 42:40
membangkitkan pertikaian antara manusia - 9:47
memberi kesaksian yang tidak benar - 5:107
memerangi orang-orang yang agamanya agama Allah (yang berpandukan al-Qur'an) - 2:193
mencabuli had-had (hudud) Allah - 2:229
mendustakan ayat-ayat Allah - 6:21, 6:157, 7:37, 10:17, 29:68, 39:32
mengada-adakan dusta terhadap Allah - 3:94, 6:21, 6:93, 10:17, 11:18, 18:15, 29:68 - atau berdusta terhadap Allah - 39:32
mengejek kaum lain ... perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan lain ... mencari kesilapan diri-diri (sesama) kamu ... menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran - 49:11
mengikuti keinginan orang-orang yang diberi al-Kitab setelah pengetahuan datang kepada mereka - 2:145
mengusir orang-orang yang menyeru (hanya) Pemelihara mereka - 6:52
mensyariatkan sebagai agama - 42:21
menukar ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka - 2:59, 7:162
menyangkal ayat-ayat Allah - 6:33, 29:49
menyembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah - 2:140
tidak memanfaatkan ajaran al-Qur'an - 17:82
tidak menghakimkan menurut apa yang Allah turunkan - 5:45
tidak percaya al-Qur'an - 18:29, 34:31
tidak percaya (nafkah) - 2:254, 2:270 (dan nazar)
A: Subhanallah...akhi igt semua ini..sekali dgn surah dan ayatnya?
O:segala pujian hanya bagi Allah. sy harap ukhti boleh beri sy soalan terakhir.
A: baiklah, ini soalan yang sy rasa satu dunia nak tahu. betulke akhi dah mati seperti yang diwar-warkan media?
O: sedangkan Rasulullah jua wafat..apalagi saya.. jangankan Osama..Obama pun nnt akan mati.. Bush akan mati.. mati itu pasti..tiada apa yang pelik. benar atau tidak sy yang dibunuh dan dicampak ke laut..itu tidak penting..kalau benar sy mati sekalipun..islam tidak pernah malap.. kalau benar sy hidup sekalipun..islam tidak hanya bergantung pada saya seorang.
A: ucapan terakhir akhi utk semua..sy akan paparkan dalam blog sy ni..
O: islam tidak akan tertegak di dunia..selagi islam tidak tertegak dalam jiwa.. sy harapkan semua kaum muslimin..baliklah kepada ajaran Islam dalam setiap perkara. dan iNGAT..barat dan YAHUDI amat takut kita orang islam kembali ke ajaran yang sebenar kerana disitulah kekuatan kita yang tiada tara.

Sunday, May 1, 2011

kalaulah aku Kate Middelton

aku Kate Middelton...
akulah wanita yang paling bertuah ini ketika
berjaya menawan hati si anak raja
perkahwinanku gah diintai setiap orang di dunia..
cincin perkahwinan bekas milik mendiang Diana..
aku diarak megah penantian setiap rakyat jelata..
kisah kecil dan remajaku semua dijaja
kalau dulu siapalah aku..tapi kini aku wanita istimewa
pasti nanti..cara rambutku..gaya pakaianku..semua akan dipuja
apa sahaja tentangku hangat sentiasa di dada berita
perkahwinanku didoa berjuta-juta
namun ku pasti tak lepas juga dari yang cemburu dan curiga
yang pasti kami berkahwin kerna cinta
bukan paksa atau tentuan dari keluarga
ke mana kami pergi akan ttersebar merata
kehadiran zuriat2ku sudah ramai membuat jangka
sampai yang sudah menggambarkan bagaimana rupa..

namun...
walau siapa pun aku kini..
hati aku tetap hati seorang wanita yang sudah bergelar isteri
hati yang sentiasa berdoa agar sentiasa disayangi walau luput semua kecantikan, 
kekayaan dan pangkat diri
ini yang buat aku sama dengan semua isteri-isteri di dunia ini..
ingin sentiasa mencintai dan dicintai....

Thursday, April 28, 2011

Aku Budak Comel

Aku budak comel dan engkau Fina gemuk hehehe..ingat jangan kacau lagi memang nanti orang pukul...

hehehe... ayat di atas tak bermaksud apa -apa..dan tidak juga ada kaitan kepada siapa yang masih mati atau telah hidup..eh terbalik..masih hidup atau telah mati..
ayat dia atas sebenarnya satu game yang berjaya saya buat semalam...biasalah..bila kena invigilate..sehari sebelum invigilate dah gelisah sgt2..bukan apa..mmg sejarah kehidupan ku..hari invigilate lah hari yang paling menyeksakan..sebabnya..boleh baca post sebelum ini (Ngantuk Malas)...
maka 3 jam semalam aku isi dgn membuat game utk diriku sndriri..

game pertama:  jadikan huruf huruf yang kamu lihat itu sebagai satu ayat yang tidak putus..
 maka kebetulan ada huruf A hingga P tergantung di tgh dewan..maka ayat di atas lah jawapannya yang ku jawab dalam 1 minit saja..hehe..bijak tak? mujur sampai P je..kalau sampai Z..mahu 3 hari 3 malam aku duduk dlm dewan tu.

game kedua: beraksi sebagai makcik jaga tandas. setiap pelajar yng hendak ke tandas..mst melalui ku dan mengisi cek..bukan daa..borang keluar ke tandas..bila barisan menunggu panjang..adalah yang kena interview dgn aku..hehe

game ketiga: mencari wajah paling gabra. ni aku dapat kesan kepada sorang pelajar yang lewat 25minit..mujur lagi..kalau 5 minit je lagih..nangisla kau kat luar dewan tu..dia masuk kalam kabut..dan duduk betul2 depan aku..tak sempat tulis apa2..dah cakap" nak ke tandas"..hehe..syok betul tengok muka dia time tuh..aku tambahkan lagi perisa kegabraan dia..aku suruh dia isi dulu form periksa tu..mengeletar dia tulis..sebab takut dgn aku atau sbb tak tahan nak terkucil..hehe

game terakhir: mencari pakaian paling anggun. uhh..bab dressing..mmg aku tabik la kat bebudak nih..sntiasa yang terkini. pemenangnya ialah satu deretan 3 palajar perempuan..dari kasut sampai ke cara lilitan tudung..SAMA.. pastu kaler mmg sedondon lak tu..huhuhu..boleh jadi penari boria nih..

alhamdulillah..invigilate semalam menjadi mimpi ngeriku bertukar menjadi mimpi ceria.. : )

Tuesday, April 26, 2011

NGANTUK MALAS...

rasanya penyakit ngantuk malas bukan penyakit saya sorang kot..mst ramai kan yang menghidap sindrom yang sama..hehe
yang saya perasan saya akan mendapat virus ni waktu peperiksaan..dan waktu bukan peperiksaan.. waktu  bila bulan mengambang..dan juga waktu bulan tak mengambang.. waktu mendung dan waktu tak mendung.. waktu angin barat dan waktu angin tak barat..  pendek kata..setiap waktu la..hehe

saya kalau sy dihidapi mengantuk malas nih senang je dikesan...simtom simptomnye ialah..menguap dua tiga kali..tapi mata tak merah pun..pastu..akan carik tempat yang strategik utk berlabuh..cukup pengudaraan..sure terlelap..

punca ngantuk malas nih ialah..bila kena buat bnda yang sama di tmpat yg sama..cnthnye marking paper..
 tak bergerak..atau pergerakan yang tidak mencabar langsung..cnthnye jaga periksa. xde nak fikir apa2..atau byk kena fikir..tp malas nak fikir cnthnye kena buat paper..

ubat ngantuk malas ni senang.. habibi kata.."kn enjoy..marking tuh  sambil senyum..barulah tak ngantuk.."

aduh cik abang..rasa macam kertas nih mengejek balik je bila senym sorang2 sambil marking ..hehe

 any idea...ubat ngantuk malas nih????

Monday, April 25, 2011

kecanggihan yang menyusahkan..

soryla..
sy bukan anti bnda canggih..yelah..kalau tak bnda canggih..sy tak berblog begini..
tp kan..rasa menyampah dgn bnda2 canggih ni..rasa macam menyusahkan lagi adalah...
paling kesian kes semalam..
studnt saya..budak baik..pelajar non muslim..
dia mmg spnjang semester bersama saya dan semua carrymark dia ada dan markah pun..bagus..tapi sayang hanya kerana tersalah daftar..dia tidak dapat mnduduki exam.
hmm.. nak marah nih..nak marah kat sapa ntah..hehe

Wednesday, April 20, 2011

sory bapak polis...

semalam..
keluar dari opis lebih kurang pukul 930am..igt nak ke kuching buat pasport..
so dgn kekonfidenan tidak akan ada apa gguan pagi ni..dgn senang hatinya keluar dr uitm..
elok2 keluar je dr pagar uitm..alamak ada bapak polis melambai2 suruh berenti..mulalan ksenangan tu diragut..kelamkabut tarik tali pinggang..dah terbelit dah ni..hanya ketiak kanan je sangkut..tak smpi ke pinggang pun..sudah..habis la aku kali ni...
bapak polis tuh..dgn penuh ketegasan mintaku berenti di tepi..patuh pd arahan..aku pun berenti.. dengan kenyih kambing..aku buka tingkap... bapak polis tgk roadtax aku..lulus! dia datang ke tingkap..matilah aku..tali pinggang aku tak sempat  masuk..huhuhu.. minta lesen  dan ic..serius bapak polis tuh..
tangan aku menggeletar..bila tgn kiriku mencapai beg di tempat duduk sebelah..ntah tetiba tangan terbidas wiper..siap dengan air sabunnya sekali..
"eh eh..kenapa nih?" bapak polis menepis air sabun yang termercik di mukanya..aku kelam kabut tutup..dan smbil minta maaf sgt2 aku sua ic dan lesenku... bapak polis yg td serius giler ketawa tiba2..kakaka.. mungkin bagi dia terlalu lucu aku gabra sampai terbuka semua wiper di depan...dan terus mintaku pergi setelah lesen dan ic ku lulus!

mungkin aksi secara tidak sengajaku tadi telah menyelamatkanku dari dikesan melakukan jenayah jalanraya( tak pakai tali pinggang) :D
SORY BAPAK POLIS....

so..utk pengajaran..kalu korang terkantoi mcm aku..buat2la terbidas wiper dan air sabun tu..insyaallah selamat..hehe

Monday, April 18, 2011

stress...

isu panas terkini..
isu stress yang bersangatan..
kes bunuh diri bukan lagi perkara baru..
jenayah juga berpunca dari STRES!!!

siapa yang bersalah?
takkan nak salahkan si penghidap stress kerana gagal mengawal tekanan?
yang memberi tekanan? terlepas dan langsung tidak dibicarakan...ADIL?

kronologinya mcm nilah..
rumah X terbakar...berpunca api rokok Y yang dilemparkan ke rumah X..
marahkan X kenapa biar api merebak..kenapa tak kawal api?
tapi tak salahkan Y... Y terlepas...


dalam kes tekanan pun..sepatutnya yang memberi tekanan itu dibicarakan..
atas alasan apa dia mewujudkan tekanan itu?

cth: M nak bunuh diri kerana N tolak cinta dia.. N perlu dibicarakan kenapa membawa tekanan melampau kepada M...
J didapati mendapat sakit jiwa kerana tekanan di tempat kerja.. Boss J perlu dibicarakan kenapa memberi tekanan melampau kepada J..

sy tak pernah..atau mungkin terlepas pandang dan dengar ada kes perbicaraan mendakwa orang yang menjadi punca tekanan...
HARAP SANGAT ADA PERUNTUKAN UNDANG2 TERHADAP MEREKA YANG MEMBERI TEKANAN MELAMPAU TERHADAP ORANG LAIN...

p/s : tengah stress nih..banyak kena kemaskini fail..kalau lah ada undang2 tu..sy akan dakwa pihak2 audit yang mendatangkan kesengsaraan dalaman terhadap kami..hehehe

Saturday, April 16, 2011

klik klik PR Sarawak

aku bertuah..
PR sarawak kali ini..aku melihatnya secara langsung..tnpa perlu perantara Sayang Sarwak..
secara umumnya..bolehlah ku katakan PR Sarawak kali ini agak sengit..agak bombastikdgn isu-isu peribadi samaada dr pihak kerajaan atau dari [ihak pembangkang..
jom selusuri KLIK KLIK dari kensa kameraku yang mungkin tidak akan keluar dalam SAYANG SARAWAk.. sayang kalau tak tengok,...hehe
hmm..teringin plak nak tgk kat  kelantan nnt ada tulis papan tanda macam ni plak " KAMPUNG KAMI TIDAK MENERIMA PERTI BN, INI BUKAN SARAWAK!"

ni lak suasana mengundi di Muara Tuang..yup..suasana tenang..tiada tarik menarik..tidak terdengar maki hamun atau sorakan..
pengundi hantu pun..dapat dikesan oleh kamera aku tau..ada 2 orang..jgn report kat SPR tau..hehe

Wednesday, April 13, 2011

kenali 'shit' anda

okeh..
sebelum meneruskan pembacaan..harap anda jauhkan diri anda dari sebarang makanan dan minuman..
apa-apa yang berlaku semasa atau selepas membaca post ini..di bawah tanggungan sndiri.. : )

jom kenali shit ....
kerna ia menentukan tahap kesihatan anda...

anda dalam kategori sehat apabila
shit anda terapung....

anda sakit
kalau shit tenggelam
atau shit cair...nama lain cirit daaa..

anda perlukan tambah air dan pelawas...
kalau shit anda berwarna gelap

usus anda sehat..
kalau shit keluar tidak putus putus dan tidak berdarah

kesimpulannya...
shit yang cemerlang ialah shit cerah,terapung dan sederhana keras..
semoga kita bersama-sama menjaga kecemerlangan shit kita.... : D

Tuesday, April 12, 2011

aku lelaki..

aku lelaki yang pemalu..
malah lebih malu dari perempuan
sbb aku tidak akan dedahkan peha dan pusatku di khalayak..
aku malu...

aku lelaki yang penakut..
malah lebih takut dari perempuan
sbb aku tidak akan keluar bersama orang yang tidak ku kenali
aku takut...

aku lelaki yang cerewet...
malah lebih cerewet dari perempuan
sbb aku tidak akan makan sebarangan tanpa kisah halal dan sucinya
aku cerewet...

aku lelaki yang sopan...
malah lebih sopan dari perempuan
sbb aku akan menjaga tutur kata ku dan adab pandangan
aku sopan...

aku lelaki yang warak...
malah lebih warak dari perempuan
sbb aku tidak akan benarkan org menyentuhku yang bukan mahram
aku warak

 

aku lelaki..eh..aku perempuanlah..
dah konfius lak aku ni lelaki ke perempuan..
kena tanya husben nih..hehehe

Saturday, April 9, 2011

dosa tak keluar dari Islam?

semalam sy membincangkan dgn pelajar ttg hukum2 Islam iaitu HUDUD ,QISAS dan takzir...(silibus kepada pelajar non muslim), budak2 ni nampak berminat sangat..mungkin bnda ni baru bagi mereka apatah lagi baru mereka tahu apa sebenarnya HUKUM ISLAM yang ditolak mentah2 oleh ORANG-ORANG ISLAM sendiri..tetiba keluar satu soalan dr seorang pelajar perempuan.
"saya ada seorang kawan lelaki muslim, kalau nnt saya nak berkahwin dengan dia, tapi dia yang memeluk agama saya..berdosa tak dia? tapi niatnya baik..."
saya agak terkejut..tapi biasalah control macho la..hehe
"NIAT BAIK?"
"yea..dia masuk dalam agama saya untuk ambil hati keluarga saya dahulu..nnt lama2 barulah dia dan saya akan memasuki agama Islam.berdosa tak dia?"
hmm..saya ambil masa yang lama juga untk mengatur jawapan..takkan sy nak jawab hukum murtad ni BUNUH. sbb ini adalah pelajar non muslim..
hmm..kami orang Islam..tidak dibenarkan keluar dari Islam walau apa niat sekalipun..kerana ia adalah AGAMA..bnda yang tidak ada yang lebih tinggi darinya walaupun CINTA... ia bukan sekadar dosa..malah ia adalah dianggap keluar dari landasan agama yg benar..dan ia sama hukum dengan orang-orang kafir.
hmm..sy amat tidak berpuas hati dgn jawapan saya..sbb lepas tu dia tanya lagi: " so, dia tak berdosa la yea? huhu..dia ke aku yang faham soalan nih?
saya jawab; "BERDOSA AMAT AMAT BESAR SAMPAI TIDAK BOLEH DIAMPUNKAN MELAINKAN DIA MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH KEMBALI!!!"

Thursday, April 7, 2011

tak cukup la 24 JAM

waktu masa terasa begitu berlalu cepat ni..
waktu kerja bertimbun yang perlu disegerai..
waktu itu..mulala kepala ni terpikir DORAEMON..
ALAT MENGHENTIKAN MASA... @ ALAT MELAMBATKAN MASA...
hmm..terasa nak mcm tu plak..
tapi astagfirullahalazim..
salah aku menyalahkan susunan Tuhan..
dari dulu sampai sekarang 24JAM je..
tak pernah bertambah atau berkurang
yang bertambah bebanan dan tugasan..
jadi apa kena buat ek?
tangan tetap 2..otak tetap satu..badan pulak..terlebih bekerja mulalah ngantuklah..penatlah..terasa nak demamlah..
dan sedih sangat..banyak yang tercicir dan terasa atas kesibukanku..
insyaallah Jumaat ni kerja akan settle semua..boleh kembali normal seperti sedia kala..dan kenala pujuk balik si dia yang terasa..
nak tahu sapa yang terasa...
NONE..hehe..kucing aku..sian dia merajuk minggu ni tak bagi dia makan..tak datang terus...kalau tidak..buka je pintu..ada la muka kesian dia depan pintu..SORY NONE..

Wednesday, April 6, 2011

tq to'wan... sedih teramat... xtentu arah..

TQ TO'WAN...
terima kasih bebanyak tolong promote blog nih..
mulanya blog ni blog syok sndiri..
tp ye lah..kdg tak sedar yang diluahkan tu..rupanya dapat juga memberi perkongsian kepada org lain..
tapi tu lah..time dipromosikan tu..time tu lah xleh nak bagi input bermanfaat..yg merepek mcm ni boleh lah.. 3 tajuk dalam 1 entry lak tuh..hehe

SEDIH TERAMAT...
kes adik saiful didera hingga mati..
bila dengar je..rasa sedih teramat..
sampai tak sanggup tgk rupa jenazah wlu dlm akhbar
yea..mmg dah selalu dgr kes dera smpai mati ni..
tp yg ini lain..mungkin kerana ada sangkut paut dr sudut mangsa dan pemangsanya..
hmm..komen saya: budak tu dah selamat dah..ta perlu nak kesian dah..dah sah sah tempat dia di jannah. tapi kesian pd pemangsanya: NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..tapi selagi mana belum ajal..selagi itu ruang taubat terbuka.
dan kepada mereka yg lain yang berkaitan: jgn kerana satu sudut kain terkena taik..seluruh kain nak dibuangnya..basuh je lah tempat kena najis tu..atau takdapat dibasuh pun..potong bahagian tu sudah..

X TENTU ARAH..
haa..ni mungkin sbb perubahan waktu jadual yang agak drastik..jadi kepala mmg rasa tak tentu arah.. itu nak buat..ini nak buat.. pendek kata kewajipan lebih banyak dari masa.. hmm..smntara nak disesuaikan dgn jadual baru ni..mmg harap sgt2 kerjasama dari insan tersayang..hehe..