relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, May 18, 2011

hari-hari yang ku digurukan..

manakan sama hari ku berguru..
dengan hari yang ku digurukan..

mungkin beza dr segi kuasa..mungkin beza dr segi rasa..

kali pertama ku bergelar guru di SEK TAQWA
wlu sekadar 6 bulan.
dr darjah 1 hga darjah 5
dr ajar bahasa hingga ajar pegang pensel
dr ajar menghafal..hingga ajar mngelapkan hingus
dr ajar guna papan hitam..hingga ajar guna cubitan

mngajar pula di MADI..
bekas sekolah ku sndiri..
tempoh setahun sahaja..
belajar memahamkan..bukan sekadar menghafal..
belajar teknik yang menyeronokkan bukan yang membosankan
dan banyak kekaguman tu pada adinda adinda
yang sabar melalui liku-liku pelajar MADI..
yang ku sndiri pernah lalui 7 tahun sebelum ini
dan hingga kini MADI tetap sntiasa istimewa di hati

mengajar 3 bulan sebagai guru taska
akulah guru..akulah tukang masak..
tukang basuh..tukang tidurkan..dan tukang main
yg paling terkesan di hati..seorang pelajar yang buta alif ba ta
bersamaku dia dapat mengeja dan kenal semua huruf hijaiyyah
moga ia sahamku yg berharga nnti ilmu jariyah...

diterima mnjadi guru di al-AMIN
tempat baru..suasana baru..sistem baru..
yang buatku belajar sambil mengajar
pelajar2 anak orang2 besar
yang lebih pentingkan akhlak dan ilmu agama
aku rindu panggilan 'muallimah'
yang tak mungkin ku dapat di mana juga lagi...

terkejut..mngejut..terus terbang ke sarawak
mana nak jangka..rezekiku di bumi kenyalang
dan bukan sekadar tmpat rezeki..
tapi juga medan juangku..medan dakwahku
di sini mungkin nampak tahapku tinggi..
tapi aku masih seorang pendidik..
yang mengajar bukan utk ke otak dan minda
tapi terus masuk ke lubuk hati
bukan untuk mereka lulus periksa semata
tapi utk mereka jadi insan manusiawi
yang bukan sekadar mahu makan dan kaya
tapi untuk bersama memakmurkan bumi
dgn amal,ilmu dan akhlak tinggi

AKU MENGAJAR...BUKAN UNTUK DIANGGAP BESAR.. 
BUKAN JUGA UNTUK DISANJUNG..DIPUJA.. 
CUMA KU HARAPKAN NAMAKU TERSEBUT DALAM DOA

No comments:

Post a Comment