relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, July 18, 2011

buat cepat salah..buat bertangguh pun salah..

huhuhu...
minggu lepas beriya-riya nak cepat booking tiket..dah rindu sangat nak naik kapaiterbang..hehe
tup tup pg tadi..bila tengok surat bengkel..alamak..bukan 21 dan 22 laa..tapi 20 dan 21 julai..burn laa. tiket 20hb dari kuching tu.. huhuhu..kena booking baru..klu tak..orang sibuk berbengkel..kita baru sibuk nak naik kapetebang..hehe
pastu kerana silap tarikh tu jugak.. ..  td kami kelam kabut ke pejabat imegresen..renew pasport..klu tak jadi la salah seorang PATI kat srawak ni.huhu ..asal plan nak pergi selasa coz dkt dgn tmpt habibi kerja. dah sebulan bertangguh..igt tak guna lagi sbb tak plan nak keluar dr kuching masa terdekat ni..

2 pengajaran...
pertama: jgn cepat sgt nak buat sesuatu..better..pastikan segalanya terang dan jelas dulu
kedua..jgn bertangguh juga..nnt sampai saat trrakhir tak kelam kabut..

huhu..buat cepat salah..buat bertangguh pun salah..huhu

Saturday, July 16, 2011

Pengiklanan Percuma Selama 2 Minggu di Blog Mohd Zakwan

link ni..
hehe..sapa taknak yang free kan.. walau nak bnda free ni bersyarat.. xpe.. ada rezeki ada..

Friday, July 15, 2011

penyakit tak balas sms...


adakah ini penyakit orang dah kawin?
hehe..
dulu sebelum kawin..selalu komen kekawan yang sblm diorang kawin je mst ramah..sms xhenti henti..tp lepas kawin je..mst senyap atau tak berbalas terus..huhu..

dan penyakit ini juga menjangkitiku..
rasa malas atau tak sempat membalas sms...
tambah kalau sms masuk time busy... tgh kelas ke.. tgh masak ke..mmg sms itu akan dibiar tidak dibalas..dgn niat akan dibalas waktu lain...
dan terus lupa... hinggalah time rajin menyemak kembali hp..alamak sms sms dah basi banyak nye..
kdg yang kesian sms yang memerlukan kita mmberi jawapan yg panjang lebar..mmg cmform sms tu lambat la nak berjawab..
mungkin kesempatan yang tak sempat.. atau kemalasan yang menghalang ... atau mngkin juga aku tak freindly sgt dgn hp aku ni..apa tak nye..punyala susah..silap tekan je dah ter off terus.. dah taip pnjg lebar..pastu dah ter off..hmm..alamatnya..sms tak berhantar la..
sbb itu kdg2 aku selalu pesan kat studnt..klu kamu nak jawapan panjang lebar..cal je sy.. jgn sms..sy tak cukup masa nak taip karangan kat hp.. hehe.
apa pun..aku akan cuba mengubati penyakit aku ni..insyaalllah
errr....ada sapa2 nak belanja hp baru?

Wednesday, July 13, 2011

macam mana nak tahu dia jodoh saya?

kalau time keluar kelas kan..ada yang mngekor sampai ke kereta..dah tahu..ni mesti ada apa apa nih..
siap nak tolong bawakan beg lagi..


"ustazah..nak tanya sikit..mcm mn nak tahu dia tu jodoh kita atau tidak?"

"errmm..kenapa?tengah bercintan ke/ atau sekadar perasan sorang sorang?"

"kami dah lama couple dr sekolah menengah lagi..cuma bila sy masuk ipt ni..sy sibuk sikit..dia merajuk..dia mnta break..tp sy tak dpt lupakan dia..dan dia tak dpt lupakan sy.."

errkk..break apa mcm nih..masih lagi saling mengadu luahan perasaan...

"hmm..mcm ni lah..jodoh ni di tangan tuhan..kita mmg selagi tak kawin mmg tak dapat tahu siapa jodoh kita..bukan boleh main teka -teka..adat bercinta mmglah rasa dia je teristimewa..tak boleh lupa..dan segala macam penyakit lah...
cuma nak share dgn kamu apa yang sy dapat dr ustaz sy dulu....
mungkin sedar atau tidak..kita akan mudah tertarik dengan mereka yang berada sama level dengan kita. dalam erti kata lain..roh kita mempunyai pertalian dan mendapat signal yang kuat dengan yang sama level dgn dia..
jadi tak hairan.. jodoh lelaki yang baik dengan perempuan yang baik.. begitu juga sebaliknya..
klu kamu rasa kamu baik..insyaallah jodoh kamu baik.....

Tuesday, July 12, 2011

pantun batu kawa

batu kawa indah dan permai..
ni pantun khas untuk kak mai

batu kawa banyak siput
ni gambar di topspot..
batu kawa  ada cacing kerawet
bab makan..ameer je yang cerewet

batu kawa jauh dari pantai
org makan seafood, amjad makan bantal
batu kawa banyak bumper
tengok ni macam-macam gaye

batu kawa takde jual selipar
orang mengandung mmg cepat lapar

batu kawa jalannya berbalam-balam
bestnnye naik sampan waktu malam
batu kawa dekat dengan produa
di serikin, shoping memang gila-gila

batu kawa jalan raya memang sesak
terima kasih mai lawat kami di sarawak ;)

Sunday, July 10, 2011

biarkan pandangan mereka...


pandangan mereka..

pandangan pertama...
orang menelah dari rupa dan gaya..
kadang dari tutur kata..
dari atas ke bawah dinilai kita miskin atau kaya
punya karisma atau sekadar berpura

biarkan mereka dengan telahan mereka..
kadang ia membikinkan kita lebih selesa
tak penting..tak kisah apa nak dikata
biarkan..biarkan mereka dengan apa yang diduga
kerna kita punya banyak ruang untuk mengubahnya 

usah dirisau apa yang mula mereka fikirkan tentang kedatanganmu..
tapi risaulah apa yang mereka kenangkan setelah pemergianmu..

Friday, July 8, 2011

terima kasih wacanaku..

terima kasih..
toche..
syukriya..
syukran..
xing xing..
pimkaju..
nokijt..

hehehe..orang lain dah lama tahu..aku baru tahu..apa pun terima kasih sekali lagi...

sebab buatkan INI

USTAZAH POPULAR PILIHAN

terlalu banyak sangat program realiti yang berunsurkan hiburan semata-mata..maka supaya nak nampak malaysia ni lain dari yang lain..wujudlah juga program realiti yang islamik.. kalau IMAM MUDA..oklah..sekurang2nya penonton ada alternatif baik di samping turut sama2 mempelajari apa yang calon2 pelajari.
cuma yang satu lagi ini...yang baru diwar-warkan... rancangan 'USTAZAH PILIHAN"

bukan salah tapi tak betul....

secara peribadi bagi sy kalau seseorang perempuan itu mencalonkan diri dia utk dipilih menjadi ustazah pilihan..maka dia bukan ustazah!
maaf..agak keras..tapi saya ada alasan atas apa yang saya utarakan. saya amat menyanjungi title 'ustazah'. bukan kerana sy pernah atau sedang digelar gelaran itu..tidak.. tapi kerana ia menunjukkan kehormatan seorang wanita muslimah yang turut mempunyai pengetahuan dan sumbangan pengajarannya dalam bidang agama.
wanita yang sejati..tidak akan menonjolkan diri tanpa hak..apalagi untuk dijulangi..
ustazah yang pastinya didasari oleh sifat kewanitaan..malunya pasti membentengi.

atas alasan apa untuk menyertai program ini? 
alasan dakwah?
alasan islam itu boleh dalam segala hal?
 alasan kalau ada imam muda untuk lelaki..kenapa tak boleh ada ustazah pilihan untuk perempuan?

cuma saya akan bersetuju kalau tajuk rancangan ini ditukar kepada USTAZAH POPULAR PILIHAN...

Tuesday, July 5, 2011

" Jika Malaysia Masuk World Cup, Saya Akan..."

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/07/apa-yang-saya-akan-buat-jika-malaysia.html
tertarik dgn tajuk cntest  dr link di atas..
terfikir gak
akan ke..tak akan..akan ke tak akan..
positifkan fikiran..kira akan la yea..hehe

" Jika Malaysia Masuk World Cup, Saya Akan..."
beli tv lcd skrin paling besar punya..supaya bola dalam tv tu sama dgn bola sebenar...hehe
baru la puas tengok mcm real punya game..
hehehe....

Monday, July 4, 2011

jom join bloglist wacanaku

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/07/bloglist-wacanaku-dibuka.html

nak join..sbb rasa dah lama tak join..sekali sekala join ni best gak..hehe.paling best dapat tengok respon org lain ttg blog kita.

jemput dinda fatimah join sama yea.. :)

Saturday, July 2, 2011

mimpi solat yang tak berapa bagus..

mimpi boleh ditafsirkan dgn pelbagai andaian...
orang kata mimpi ular tanda jodoh..tapi sebenarnya ia menunjukkan musuh
mimpi air itu rezeki..

mimpi solat?
tak bagus tau...
haa..tak caya?
betul tak bagus...

macam malam tadi.. mimpi pergi menunaikan solat di masjid..siap ambil wuduk..bila sampai sana, jumpa kawan lama..dia beri hadiah..pastu masuk dalam masjid, lihat ramai orang.. kami pun solat..setiap rakaat dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawaduk..  bagi salam kanan, assalamualaikumwarahmatullah... salam kiri..assalamualaikum...eh tersangkut leher lah..takleh nak toleh kiri..tersangkut.. toleh toleh..tgk2 tersangkut bantal.. wah aku kat tempat tidur lagi daa... kelam kabut bangun..cun cun je habis solat, waktu solat subuh kota samarahan sarawak pun habis..hehe
inilah mimpi solat yang tak berapa bagus ..mimpi solat yang akhirnya melewatkan kita solat dalam alam realiti..walaupun sudah dikejut berkali-kali. ;)

ni mesti budak ni mimpi tengah rukuk ni...hehe

Tuesday, June 28, 2011

dia lalu....

"ustazah..tolong kawan saya tengah kena sampuk ni. bilik kami panas..bilik kami menghadap hutan"

sms yang ku dapat tgh malam semalam..dan aku hanya membalas dengan dengkuran...huhu

dan ptg semalam, aku berkesempatan melihat bilik pelajar terbabit..
mula-mula aku terketuk silap bilik..waduh..silap bilik..bukan tingkat 2..tapi tingkat 4 daa..
bilik tersebut agak sunyi laluannya..dan akan melalui bilik air..
masuk je bilik terbabit..pelajar-pelajar berkenaan tanya.. mcmmn ustazah..ada tak dia?
aku tak dapat beri sebarang jawapan..sbb tak rasa apa-apa yang pelik pun..aku lihat ke tingkap..aah..betul menghadap ke hutan yang sudah separuh gondol..

kami berborak-borak ringan..terutama mengenai bilik berkenan...
tetiba dari aras pinggang ke tengkuk..aku rasa semacam...
"DIA LALU...DIA NAK BGTH SAYA DIA ADA DI SINI.."

will be continue....hehe

Saturday, June 25, 2011

alamak..kena masuk plkn le..

alamak..nama naik ke plkn le..
muda-muda comel dulu tak disuruh pergi..
ni dah dewasa-dewasa jelita..disuruh pergi lak..

hmm..tak boleh tolak ni..nama dah naik..kena juga pergi..klu tak disaman..malulah mak abah dan habibi saya..hehe
maka pagi td bertolaklah ke KEM PLKN JUARA SERIAN... saya terpaksa mengangkut 3 insan lain bersama utk sama-sama menemani di sana...huhuhu
 
kesian kat kami kan....huhuhuhu


hmm..dan inilah kawan-kawan se'plkn' kami... uniform biru....
bayangkan 3 bulan berkurung dalam hutan serian ni..jalan masuk..masyaallah..jalan koboi daa.. 
opps opss..yang 3 bulan tu diorang yang kena duduk sini..tapi kami 3 jam je..hehe
kami datang utk penuhi jemputan misi akedamik..
  sekali sekala buat kerja luar dari biasa..best gak..



Wednesday, June 22, 2011

kawan dgn jin..

"ustazah..boleh tak saya nak kawan dgn jin..?"
"errkk.."

alamak budak ni dalam banyak banyak aku ajar dalam kelas..ini yang dia nak tanya aku..huhuhu

"kenapa nak kawan dgn jin"
"saja nak tahu tentang dia.."
"hmm..sy nasihatkan kamu..klu kamu tak kuat..jangan sesekali berkawan dgn jin.."
"maksud ustazah..sy bolehla berkawan dgn jin/"

hai..budak ni..tak faham lagi...

"macam nilah.. nabi adam yang hebat pun terpedaya dgn jin..apalagi kita.."
"tapi sy nak lawan jin.."
"ilmu lawan jin saya boleh ajar..ilmu kawan jin,saya tak mau ajar.."

    will be continue   ...hehe

Sunday, June 19, 2011

kaki ayam naik kereta..

alkisah..
semalam..minta habibi amik di santubung
dah penat kursus 4 hari 3 malam..

bila sampai di rumah..tetiba habibi tanya
"mana kasut a?"
haa? puas cari satu kereta..
sy teringat sesuatu..dan terus tertawa
"kenapa" tanya habibi?
"a tinggal kasut kat santubung la..a balik kaki ayam...kekekeke"..tawaku tak henti henti.
habibi masih konfius..dan kemudian dia pun turut tertawa..

rewind....
akal ni mulalah terperasan.. waktu habibi sampai tadi..dia mmg pakai kasut..smntr sy berkemas..dia melepak kat tepi swimmingpool..
bila sy dah siap berkemas..tgk tgk habibi dah tertidur dalam kereta..sian habibi penat....wktu nak masuk kereta terperasan sepasang selipar di luar pintu kereta..dan itulah pandangan terakhirku dengan selipar berkenaan..
rupanya habibi yang terlalu mengantuk..bila dia nak masuk kereta, dia buka selipar igt masuk rumah. kekekeke..
sian balik kaki ayam..mujur naik kereta..hehe
 "patah tumbuh hilang berganti..."

Thursday, June 16, 2011

tasikku...

sesudah subuh...
masih rindu bau bantal..
masih sayang selimut tebal..
eh..bukan mau puisi daa..
cut cut cut...hehe

lepas subuh, kami ada aktiviti best..
jogging dan melawat ikan di tasik..
dari gelap gulita.. sampai terang pelita

permandangan-permandangan indah

alamak cik abang ni.. senyum dah cantik..tapi sekali dengan kain batik lak diambilnya..xpe..xpe..balas balik...
hehe..kenakan dia plak..
anak-anak ikan bersarapan biskut kering celup air tasik...

tapi sayang..keselesaan kami diragut oleh....
botol botol arak yang berselerakan
tin gam...

sampah sarap...

 
nak marah..taktahu nak marah sapa.. yang sedih ada sekali kami pergi tasik ni..jumpa sekumpulan ikan mengelampung..habibi kata..ikan ikan yang sedang nazak tu..kerana manusia..hilang habis hiasan dunia..

Saturday, June 11, 2011

NoNe..ku

None..
ini buka bahasa omputeh tau.. ni nama kucing angkatku..
maksud kucing angkat.. aku ni tak rasmi jadi penjaganya..sekadar sambilan je.
NONE.. nak sebut none: sebutan 'e' tu macam org kelantan sebut 'kelate'

pelik tak nama kucing ni..
mmg pelik sepelik perangainya
kita bagi lauk fresh..tak masak lagi..tak makan.. hanya lauk yang dah dimasak penuh baru dia makan..
pastu feberet dia ikan bilis..isk isk isk..apa punya selera daa
hmm..aku pun taktahu mcm mana boleh keluar nama NoNe..otometik..bila tgk dia dan telatahnya..keluarlah nama yg bersesuaian dgnnya..dia menyahut lak aku panggil..tanda setuju la tu..hehe aku dan habibi selalu gelakkan dia sbb dia selalu buat muka 'serius tak jadi'
hehehehe
kucing jantan..selalu nak tunjuk macho..tapi si none ni..mukanya lucu..walau dia tak buat memek muka apa pun..
sorylah none..kami selalu gelakkan none..
tapi bila none tak datang rumah dalam sehari..kami pasti rindu..dan akan menjenguk-jenguk none di rumah jiran jiran
ingat lagi waktu aku mula pindah rumah baru ni..waktu tu terdetik nak bela kucing.. mungkin atas niat mulia ni..none lah yang mula menjengukkan muka.. mula2 bukan main liar..tak boleh didekati langsung..tapi disebabkan diriku sabar menguratnya.. dia akhirnya jinak..malah menguratku balik..hehe.
sekarang ni..dia akan tidur di atas pelapik kaki 'welcome' dpn pintu rumah.. oklah jugak..jadi guard.
mana tahu..kerana dia tidur di situ..makhluk2 lain yang nyata atau halus..tidak dapat masuk ke rumah kami.
hmm.. ni lah gambar2 NoNe kami..
betultak muka NoNe..muka serius tak jadi..hehe?
MEOOOWWW.. none marah ambil gambar dia..hehe..

hmm..apa pun aku amat rindukan cecep.. selalu mimpi cecep..huhuhu

Wednesday, June 8, 2011

selagi ada hati..

selagi ada hati..
selagi itu ada cinta
selagi itu ada rasa
selagi itu ada gusar
selagi itu ada selera
selagi itu ada prasangka

selagi ada hati
selagi itu diperhati
selagi itu dicurigai
selagi itu disakiti
selagi itu dirai
selagi itu disayangi

wahai Pemilik hatiku..
tetapkan hatiku dalam merinduimu
agar nanti saat kita bertemu
ku meredhaimu..dan Kau meredhaiku..

Saturday, June 4, 2011

gayu guru gerai nyamai

faham tak?
tak faham kena masuk sekolah..sekolah yang ada bahasa sarawak..hehe
ni selamat hari gawai...
“Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak.

alhamdulillah..tahun ni br berkesempatan sambut raya gawai di srwak..selalu pantang cuti..mst hilang dr bumi sarawak..hehe
dan kebetulan juga dapat jemputan dr seorang studnt orang bidayuh yg menetap di serian..dalam 1jam je perjalanan dr kota samarahan.

adat berkunjung ke rumah orang..bawalah sikit buah tangan..eh silap buah pisang dan buah naga..
kami sampai dalam jam 12.15 di rumahnya..
terus kami dijamu pelbagai juadah kiuih muih..kek sarawak homemade yang amat enak..dan lemang..
huh..feberet betul ni.. rendang ayam ada..daging masak kicap dan juga  'seeweed ' goreng..sedapnya..
jujur..sblm makan..ragu sikit..yelah..berlainan agama..tapi setelah diberi jaminan kehalalan..apalagi mmg semua sapu.. lagipun dia katakan..dia mmg ada saudara yang telah memeluk islam..mmg tahu apa org islam boleh mkn dan tak boleh makan.. lepas tu mereka ni plak kristian SDA.. yang mana pemakanan mereka lebih kurang macam org islam..babi tak makan..

maaf..takde gambar makanan... mmg tak sempat snap..sbb asyik makan,makan dan makan je..hehe


hmm..then kami terus ke tebedu.. ni sempadan sarawak dan pontianak..
nak singgah solat sini..tapi masjid tutup daa... aduh.. sikda orang solat ka sitok..kelak jin marik solat baru padan muka...( dah pandai berleter bahasa sarawak..hehe)

apa pun..selamat hari gawai.. 
buat deseerina: TQ banyak2 atas jemputan..terima kasih daun keladi..nnt kami datang lagi..hehe

Wednesday, June 1, 2011

plan A, plan B, plan C

cuti semester kali ni pendek sangat..
dan bila cuti pendek maka perjalanan bercuti ni kena la pendekkan..huhu
tak dapat balik kampung sendiri yg jauh..kita pergi kampung orang yang dekat..
lagipun amik cuti 1 hari je..

PLAN A..
ke taman negara bako..
best tau..ia terletak di sebuah pulau..
nak ke sana kena naik bot 40minit..
kat seberang sana ada 3 bukit yang boleh direntasi
dan sepanjang tracking tadi..byk haiwan2 unik boleh didapati
antaranya ni :
maka pagi ahad lepas, dgn semangat berkobar2 bw pakaian ganas( utk daki)
smpilah di perlabuhan..bila tanya nak ke seberang
"Maaf puan, dah penuh" kalu puan pergi balik hari boleh..utk menginap di sana,semua dah penuh"
huhuhu..ohh..monyet hidung panjangku..aku tak ditakdirkan bertemu dgn mu..
cedihnya...huhuhuhu

PLAN B..
mati kutu jugak ni...dgn 1 beg makanan..dan 1 beg baju..takkan nak balik rumah mcm tu je..
teringan K.H.. suaminya org local sarawak..
manala tahu ada apa2 cadangan bernas darinya
" hmm.. apa kata ikut akak balik kapit..kita sambut gawai di rumah panjang"
waahh..bestnye!!! ini bagai bulan jatuh ke riba.. hilang monyet hidung panjang..terbayang tidur di rumah panjang lak...hehe
hmm.."jom kita balik dulu..baju tak cukup ni..dan kita ke ofis..kn apply tambah 1 hari lagi ni"
begitulah terlalu happynye..sampai snggup apply tmbah cuti..
dah siap buat permohonan..siap juga kemas beg satu lagi..baru je nak keluar, tetiba dpt call dr K.H
"maaf nadiya, akak tak dapat bw nadiya dan suami ikut balik.. abang ipar akak eksiden pukul 10 tadi, kami semua akan ke sarikei je..tak terus ke rumah panjang.."

cedihnya..cedih lagi..tapi tak salahkan sesapa..pasti rancangan ALLAH LEBIH BAIK...

PLAN C
separuh hari dah berlalu begitu saja.. terus terlintas utk ke lundu.
hampir 3 jam juga perjalanan dr samarahan.. opps..sblm kecewa kali ke3..kn cntact dulu.
terus search resort di lundu..dan alhamdulillah dpt book 1 bilik..
dan inilah LONDON..opps..LUNDU.. kami main air dr air pasang sampai surut balik..dan dr air surut sampai pasang balik..hehe

 dan percutian ni dapat 1 bonus..
kami ke SEMATAN... dan permandangannya SUBHANALLAH...

alhamdulillah.. cuti yang indah..THANK YOU ALLAH...