relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, April 16, 2011

klik klik PR Sarawak

aku bertuah..
PR sarawak kali ini..aku melihatnya secara langsung..tnpa perlu perantara Sayang Sarwak..
secara umumnya..bolehlah ku katakan PR Sarawak kali ini agak sengit..agak bombastikdgn isu-isu peribadi samaada dr pihak kerajaan atau dari [ihak pembangkang..
jom selusuri KLIK KLIK dari kensa kameraku yang mungkin tidak akan keluar dalam SAYANG SARAWAk.. sayang kalau tak tengok,...hehe
hmm..teringin plak nak tgk kat  kelantan nnt ada tulis papan tanda macam ni plak " KAMPUNG KAMI TIDAK MENERIMA PERTI BN, INI BUKAN SARAWAK!"

ni lak suasana mengundi di Muara Tuang..yup..suasana tenang..tiada tarik menarik..tidak terdengar maki hamun atau sorakan..
pengundi hantu pun..dapat dikesan oleh kamera aku tau..ada 2 orang..jgn report kat SPR tau..hehe

Wednesday, April 13, 2011

kenali 'shit' anda

okeh..
sebelum meneruskan pembacaan..harap anda jauhkan diri anda dari sebarang makanan dan minuman..
apa-apa yang berlaku semasa atau selepas membaca post ini..di bawah tanggungan sndiri.. : )

jom kenali shit ....
kerna ia menentukan tahap kesihatan anda...

anda dalam kategori sehat apabila
shit anda terapung....

anda sakit
kalau shit tenggelam
atau shit cair...nama lain cirit daaa..

anda perlukan tambah air dan pelawas...
kalau shit anda berwarna gelap

usus anda sehat..
kalau shit keluar tidak putus putus dan tidak berdarah

kesimpulannya...
shit yang cemerlang ialah shit cerah,terapung dan sederhana keras..
semoga kita bersama-sama menjaga kecemerlangan shit kita.... : D

Tuesday, April 12, 2011

aku lelaki..

aku lelaki yang pemalu..
malah lebih malu dari perempuan
sbb aku tidak akan dedahkan peha dan pusatku di khalayak..
aku malu...

aku lelaki yang penakut..
malah lebih takut dari perempuan
sbb aku tidak akan keluar bersama orang yang tidak ku kenali
aku takut...

aku lelaki yang cerewet...
malah lebih cerewet dari perempuan
sbb aku tidak akan makan sebarangan tanpa kisah halal dan sucinya
aku cerewet...

aku lelaki yang sopan...
malah lebih sopan dari perempuan
sbb aku akan menjaga tutur kata ku dan adab pandangan
aku sopan...

aku lelaki yang warak...
malah lebih warak dari perempuan
sbb aku tidak akan benarkan org menyentuhku yang bukan mahram
aku warak

 

aku lelaki..eh..aku perempuanlah..
dah konfius lak aku ni lelaki ke perempuan..
kena tanya husben nih..hehehe

Saturday, April 9, 2011

dosa tak keluar dari Islam?

semalam sy membincangkan dgn pelajar ttg hukum2 Islam iaitu HUDUD ,QISAS dan takzir...(silibus kepada pelajar non muslim), budak2 ni nampak berminat sangat..mungkin bnda ni baru bagi mereka apatah lagi baru mereka tahu apa sebenarnya HUKUM ISLAM yang ditolak mentah2 oleh ORANG-ORANG ISLAM sendiri..tetiba keluar satu soalan dr seorang pelajar perempuan.
"saya ada seorang kawan lelaki muslim, kalau nnt saya nak berkahwin dengan dia, tapi dia yang memeluk agama saya..berdosa tak dia? tapi niatnya baik..."
saya agak terkejut..tapi biasalah control macho la..hehe
"NIAT BAIK?"
"yea..dia masuk dalam agama saya untuk ambil hati keluarga saya dahulu..nnt lama2 barulah dia dan saya akan memasuki agama Islam.berdosa tak dia?"
hmm..saya ambil masa yang lama juga untk mengatur jawapan..takkan sy nak jawab hukum murtad ni BUNUH. sbb ini adalah pelajar non muslim..
hmm..kami orang Islam..tidak dibenarkan keluar dari Islam walau apa niat sekalipun..kerana ia adalah AGAMA..bnda yang tidak ada yang lebih tinggi darinya walaupun CINTA... ia bukan sekadar dosa..malah ia adalah dianggap keluar dari landasan agama yg benar..dan ia sama hukum dengan orang-orang kafir.
hmm..sy amat tidak berpuas hati dgn jawapan saya..sbb lepas tu dia tanya lagi: " so, dia tak berdosa la yea? huhu..dia ke aku yang faham soalan nih?
saya jawab; "BERDOSA AMAT AMAT BESAR SAMPAI TIDAK BOLEH DIAMPUNKAN MELAINKAN DIA MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH KEMBALI!!!"

Thursday, April 7, 2011

tak cukup la 24 JAM

waktu masa terasa begitu berlalu cepat ni..
waktu kerja bertimbun yang perlu disegerai..
waktu itu..mulala kepala ni terpikir DORAEMON..
ALAT MENGHENTIKAN MASA... @ ALAT MELAMBATKAN MASA...
hmm..terasa nak mcm tu plak..
tapi astagfirullahalazim..
salah aku menyalahkan susunan Tuhan..
dari dulu sampai sekarang 24JAM je..
tak pernah bertambah atau berkurang
yang bertambah bebanan dan tugasan..
jadi apa kena buat ek?
tangan tetap 2..otak tetap satu..badan pulak..terlebih bekerja mulalah ngantuklah..penatlah..terasa nak demamlah..
dan sedih sangat..banyak yang tercicir dan terasa atas kesibukanku..
insyaallah Jumaat ni kerja akan settle semua..boleh kembali normal seperti sedia kala..dan kenala pujuk balik si dia yang terasa..
nak tahu sapa yang terasa...
NONE..hehe..kucing aku..sian dia merajuk minggu ni tak bagi dia makan..tak datang terus...kalau tidak..buka je pintu..ada la muka kesian dia depan pintu..SORY NONE..

Wednesday, April 6, 2011

tq to'wan... sedih teramat... xtentu arah..

TQ TO'WAN...
terima kasih bebanyak tolong promote blog nih..
mulanya blog ni blog syok sndiri..
tp ye lah..kdg tak sedar yang diluahkan tu..rupanya dapat juga memberi perkongsian kepada org lain..
tapi tu lah..time dipromosikan tu..time tu lah xleh nak bagi input bermanfaat..yg merepek mcm ni boleh lah.. 3 tajuk dalam 1 entry lak tuh..hehe

SEDIH TERAMAT...
kes adik saiful didera hingga mati..
bila dengar je..rasa sedih teramat..
sampai tak sanggup tgk rupa jenazah wlu dlm akhbar
yea..mmg dah selalu dgr kes dera smpai mati ni..
tp yg ini lain..mungkin kerana ada sangkut paut dr sudut mangsa dan pemangsanya..
hmm..komen saya: budak tu dah selamat dah..ta perlu nak kesian dah..dah sah sah tempat dia di jannah. tapi kesian pd pemangsanya: NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..tapi selagi mana belum ajal..selagi itu ruang taubat terbuka.
dan kepada mereka yg lain yang berkaitan: jgn kerana satu sudut kain terkena taik..seluruh kain nak dibuangnya..basuh je lah tempat kena najis tu..atau takdapat dibasuh pun..potong bahagian tu sudah..

X TENTU ARAH..
haa..ni mungkin sbb perubahan waktu jadual yang agak drastik..jadi kepala mmg rasa tak tentu arah.. itu nak buat..ini nak buat.. pendek kata kewajipan lebih banyak dari masa.. hmm..smntara nak disesuaikan dgn jadual baru ni..mmg harap sgt2 kerjasama dari insan tersayang..hehe..

Sunday, March 27, 2011

boleh tak kita seksi?

FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.
Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.

hahaha..agak2 korang apa perasaan Fasha yea bila dinobatkan artis paling seksi?
BANGGA @ BERDOSA?

hmm.. secara jujurnya..aku tahu semua perempuan suka dgn imej seksi..maksudnya..suka dilihat mempunyai tarikan..seksi tak semestinya terdedahkan?
tak salah..tapi tetap salah..huh berbelit lak ayat aku hari ni..
ISLAM ITU INDAH...
ini bermakna seorang muslimmah itu tidak salah mengimpikan keseksian diiri sndiri...
CUMA... hmm..meh kita study sikit....
 mula-mula tgk ayat ni:
" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32

ayat di atas larang seksi pada suara..itu pada suara..apalagi pada pendedahan yang tidak sepatutnya.

jom ayat ni lak :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An-Nur, Ayat: 31)

hmm...kita ada dua pilihan:
SEKSI YANG MEMBERI KITA PAHALA
SEKSI YANG MEMBERI KITA DOSA
Allah dah bgth, Rasul dah ajar, mak ayah dah pesan,
tinggal kita je buat pilihan.....

 

Friday, March 25, 2011

Sayang Sarawak... Sayang Onin...

mntang-mntang nak election..
siap ada rancangan khas di Tv..
popularlah sarawak..dan popularlah juga penghuni2nya..hehe
dan yang mesti didedahkan dalam sayang sarawak ini ialah ada tempat bernama PD (Port Dickson) di Sarawak ni..
mesti korang tak tahu kan ada PD di sarawak...
haha..kalau nak tahu..baca ni sampai habis..

smpena besday ONIN..umi dan babah dia nak sambut besday tahun ni di PD..
dan inilah gambar2 sambutan 4 hari 5 malam besday ONIN di PD, Sarawak.
ni lah besday girl..
nih antara tetamu-tetamu jemputan  utk memeriahkan sambutan besday Onin.. seronok dijemput..sampai nganga-nganga mulut tanda gembira
ni BAB 1...dia nak mai celebrate gak..tapi ummi tasnim tak bagi..sian dia..merajuk
ni hadiah besday dari makjang..rumah orang ulu sarawak...eh..orang bagi kat onin..ummi dia plak yang suka lebih..
ni hadiah dr ummi onin..tunjuk rajin...hahaha

ni hadiah dr babah onin..tunjuk kuat..hahaha
 dan hasil penat lelah..ummi dan babah onin..terhidanglah masakan2 yang lazat lagi terangkat..tetamu2 ini sahaja dibenarkan masuk ke ruangan VIP..coz bawa hadiah..yang lain xbawa hadiah..xdijemput masuk..hehe
ni gambar kek sebelum dimakan ..agak-agak hari ni dah jadi apa yea kek ni selepas dimakan..masihkah ia bewarna pink? hahaha

sian Onin..penat dia sambut hari lahir ke 8 kat PD nih..haha..sebenarnya..Onin kena kelentong dgn Ummi dan Babah dia..kata nak pergi PD..dan siap bgth..pergi PD naik teksi bukan naik kereta sndiri..
so bila teksi yang bawa diorang sampai kat LCCT..dan siap dah check in..ONIN pun tanyalah "UMMI..NNT TEKSI TU AMIK KITA KAT SINI YEA BAWA KE PD..." gelak besar ummi dan babah dia..tektik surprise itu mengena..
hehe..onin..onin..nasib onin la kena buli dgn ummi dan babah..
whatever..onin kena faham..semua itu kerana Ummi dan Babah sayang sangat kat Onin..
dan inilah acara kemuncak..acara menghantar pulang besday girl dari PD, Sarawak....
PLEASE COME AGAIN...AND AGAIN....

Thursday, March 24, 2011

S.P.M

sapa takde spm angkat tangan?
hehe..mmg ada pun antara kita ni yang tak kisah tiada spm..
aku sndiri antara yang pernah berada dlm kelompok itu..
hmm..walau sekarang dah ada spm..
mmgla ambil lambat..tapi tetap dapat..

kalau tanya aku.. aku jawab..xde nilaipun
tanya aku kenapa amik SPM..
jawabku..
Saja Penuhi Masa
tapi ada org yang mewajibkannya
ia sebagai ..
Sijil Penuh Manfaat

cuma aku agak kesal..bukan sedikit..tapi sekesal-kesalnya..
ramai yang dah buat SPM ni seperti
Sijil Penentu Matlamat
yang buat buruk baik SPMlah..burukbaiknya masa depan

di mana Tuhan?
bukan menafikan 'pentingnya pelajaran'..
tapi menidakkan 'belajar untuk pekerjaa'n..
bukan membangkang 'adanya persaingan'
tapi menolak 'banyak ilmu tapi kurang amalan'
So PikiQ Mendalam!!!!

Sunday, March 20, 2011

hidup ini singkat...

hidup ini singkat..
untuk aku mengingati mereka yang melukaiku
biarlah..luka itu terubat oleh ubat keampunan..
dari diracun oleh rasa dendam


hidup ini singkat..
untuk aku mencari yang tidak pasti..
biarlah aku menghargai apa yang ada di sisi
dari memburu yang buat aku terburu-buru


hidup ini singkat..
ku mahu sisa sisa ini bercahaya..
dari bahagia dari wajah2 tercinta

hidup ini singkat..
ku mahu ia berkat..
hidup ini singkat..
ku mahu menjadi rahmat
hidup ini singkat..
ku mahu memberi nikmat..
hidup ini singkat..
tapi biar padat....

Monday, March 14, 2011

aku lebih suka..

aku lebih suka..
orang memandangku tiada apa-apa
kerna itu kan buatnya rasa bangga
dia melebihiku dalam segala
dan moga dengan itu dia mensyukuriNya
aku lebih suka..
aku tidak dikejar ramai manusia
kerna itu kan buat ku setia
pada orang yang menyayangiku seadanya..
aku lebih suka..
orang langsung tidak kisah atau ambil cerita 
kerna aku bukan buat kerana mereka
bukan untuk diangkat..dijulang..dipuja
aku lebih suka..
bersama mereka yang di bawah..
kerna itu kan buat kami amat mesra
dan aku mempelajari di bawah lebih rasa mulia
aku lebih suka..
rasa tiada apa-apa walau 'berada'
dari rasa 'berada'..tapi itu semua sementara

Saturday, March 12, 2011

guzaarish..antara hidup dan mati..


suka cerita ni..
cerita pelik..menarik..romantik..menyentuh perasaan malah juga menyentun pemikiran..
hmm..apa hukum bunuh diri?
haram kan? tp klu eutanasia (memohon untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan)?

nyawa bukan milik kita..wlu kita mahu hidup
maut bukan milik kita..wlu kita mahu mati

tapi kita bisa buat pilihan..
bukan pilihan untuk hidup atau mati
tapi pilihan untuk hidup bahagia atau derita
pilihan untuk mati bergaya atau sengsara..
untuk hidup bahagia..kita tidak perlu semua orang menyayangi kita
tapi memadai orang-orang yang kita sayangi membalas sayang kita
untuk mati bergaya..kita tidak perlu tunaikan segala harapan kita
tapi memadai jika tidak menghampakan harapan orang pada kita
Ya Allah..ku minta hidupku..hidup yang makin bertambahnya ketaatan..
dan ku minta matiku..mati yang tiada dosa menjadi beban

Wednesday, March 9, 2011

bila ku memanggilMu...

bilaku memanggilMu..
bila ku sebut namaMu..
Kau menyahut panggilanku
dalam bentuk getar perasaan..
dalam bentuk ketenangan di fikiran..
aku sejenak dalam keindahan..
ku tak perlu melihatMu..kerana Kau terlalu dekat dengan mataku
ku tak perlu mendengar suaraMu..kerana Kau terlalu dekat dengan telingaku
ku tak perlu menyentuhMu..kerana Kau sudah sebati dengan jiwaku..
cukupku memanggilMu..Kau pasti sedia ada dekat denganku..

Monday, March 7, 2011

best rupanya jadi 'minah rempit'

hehe..
bukan sebarang puji yea..
dan bukan tanda mengkagumi..
cuma tanda ke'jakun'an atau bahasa utara pera'
balik kampung..dapat naik motor membonceng dgn suami mmg best..
hehe
klu diberi pilihan membonceng motor atau naik kereta sy pilih naik motor lagi..pasal fuh..best tau..
mmg lebih merasai angin..lebih rasa ke'adventure'an sesuatu perjalanan itu...
dan yang buat sy lebih menikmati..ialah ...
sy dapat lihat sesuatu yang saya tak lihat sebelum ini..atau..
sy dapat rasa sesuatu yang sy tidak rasa sebelum ini...
dan ketika itu baru satu perasaan lahir..
sesuatu nikmat itu tidak semestinya perlu dilihat hebat..
fikir-fikirkan....

Saturday, February 26, 2011

think others!!!

sepnjang balik dari 1 program di kuching hari ni..hanya 2 kalimah ni je teringang-ingang di telinga...
think others..it is right?
klu asyik fikirkan dan pentingkan org lain je..tp org lain xpeduli atau hargai kita..mcmmana?
takut orang amik kesempatan je nanti..kalau dia tahu kita ni jenis yang dahulukan orang lain...
hmm... persoalan itu buat ku berfikir lepas tu berfikir..lepas tu berfikir..tapi masih tiada jawapan yang  memuaskan..
dan kebetulan pukul 730pm td..tgk doraemon..
kali ni kisah nobita yang terlalu geram giant selalu buli dia..doraemon beri nobita satu alat yang boleh menghilangkan sesiapa yang dia kehendaki..
maka dgn alat itu nobita telah hilangkan giant..sunyo..malah ibunya dan doraemon sekali..setelah dia hilangkan..dia rasa ketiadaan orang yang menyusahkan mereka itu lebih memeritkan..nobita merayu agar kesemua itu dikembalikan dan dia lebih rela dibuli dari dari sepi...dia rasa hidupnya tidak bermakna...
yeye..inilah jawapan yang saya nak! 
allah menjadikan kita bermasyarakat bukan sekadar untuk kenal-mengenali,tolong menolong..malah ia juga adalah untuk mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya... dan kehidupan kita akan lebih bermakna jika kita benar-benar menghargai mereka yang di sekeliling kita..hargailah mereka..selagi mana mereka masih ada..atau selagi mana kita sendiri masih bernyawa...
THINK OTHERS!!!

opps  lupa..thanks doraemon atas hiburan dan pengajaran secara tak langsung... hehe

Thursday, February 24, 2011

ust mansur dalam kenangan

ust..
dikau pergi dulu..
tidakkan ku lupa..
kenangan bersamamu...
dan masih terbayang hingga kini.perjumpaanku dgnmu yang terakhir kali bulan lepas..
kau masih igt namaku dan suamiku...
walau sudah di pembaringan...
ingatanmu pada kami hingga akhir hayatmu..
buatkan kami juga akan mengingatimu untuk sepanjang hayat kami..
terima kasih ustaz...atas segalanya..
Tuhan akan membalas segala kepayahanmu memahamkan kami tentang nahu..
setiap tuturmu ikhlas utk mencelikkan kami tentang bahasa...
doaku mengiringi pemergianmu...al-fatihah..

Monday, February 21, 2011

geramnya...tapi berbaloi..

kelemahanku yang mmg aku sedar sejak dulu..ialah bila kena cari barang
rasa macam dari suruh cari barang tu..baik suruh buat..atau beli je..
rasa lemas sangat mencari barang yang hilang..terutama kalau berbntuk kecik-kecik comel gitu..

alkisah..mgu lepas..ku amat2 memerlukan 1 dokumen ni (dokumen asli)...dan duenya jumaat lepas... dah habis punggah almari di ofis dan almari di rumah..tetap tak jmpa..waktu tu mulalah jumpa barang2 hilang lain yang tidak dicari..cari yang lain..jumpa yang lain..geramnyeeeee
dan bila jumaat tiba..dengan pasrah dan redhanya..aku terpaksa mengalah atas kegagalan menjumpai dokumen itu...
xpelah..nak buat mcmmana kan..xde rezeki...

dan tup2 pagi td..entah ilham datang tetiba..supaya cek fail yang selalu di kelek ke kelas setiap hari... rupanya ya Allah..mmg dokumen tu ada dalam fail tu... isk isk isk.. nak nangis ada..nak gelak ada..sebelum ni..fail lain semua dah punggah ..fail tu je tidak..sbb benar2 yakin xakan ada dalam tu coz..selalu dok buka hari2 amik attandence studnt..huhu

walau mcmmanapun..rasa berbaloi..yelah..sambil memunggah tu..jumpa barang lain..dan mengemas siap buat sistem 5S lagi..hehehe.
hmm..itulah kita kan..bukan saja dalam hal cari barang tapi juga dalam urusan kehidupan..kdg kita igt sesuatu yang kita nak tu di tempat lain..dan kita cari ia di tempat yang jauh..rupanya yang amat kita perlukan sebenarnya mmg dah dekat dgn kita..cuma kita xperasan... : )

Thursday, February 17, 2011

pencuri oooh pencuri..

‘Jemaah’ kebas beg dalam surau


SUNGAI BULOH: Dengan berpura-pura mendirikan solat, seorang wanita menjadikan surau perempuan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, di sini, sebagai sasaran menjalankan kegiatan mencuri beg tangan ketika mangsa mengambil wuduk atau bersolat.
Dalam kejadian terbaru, seorang kakitangan kerajaan, Zalina Othman, 36, menjadi mangsa ketika dia berhenti di kawasan itu untuk menunaikan solat Maghrib, kira-kira jam 7.40 malam kelmarin.

...ni laporan harian metro hari ni.. bukan apa teringat kejadian bulan lepas... 'handbeg' habibi pernah diselongkar di sebuah masjid di penang..tapi yang pelik..duit tidak dikebasnya..mungkin sebab dia terkejut ada quran juga dalam 'handbeg' tu..tapi yang diambil adalah surat cinta ...hahaha.. nak buat tangkal pengasih kot..

Monday, February 14, 2011

hadiah hari kekasih

apa nak ku hadiahkan..
kamu kekasih yang amat dicintai...
kamu suami yang amat disanjung tinggi
kamu pemimpin yang amat dihormati
kamu bapa yang amat diteladani
kamu kawan..sahabat yang sejati


apa nak ku hadiahkan..
buatmu yang pernah terluka utkku..
buatmu yang pernah dibaling batu utkku
buatmu yang pernah dilempari najis utkku..


untukku ..kau dipanggil gila
untukku kau digelar penyihir
untukku kau hampir dibunuh..
untuk kau tinggalkan padaku cara hidup yang sempurna


dan ini hadiahku untukmu..
iaitu janji..
meneruskan perjuanganmu..
menyambung ajaranmu..
mewariskan umat-umatmu..
agar nanti..ku bisa bersamamu di hari itu..
hari yang aku tidakkan mampu selamat..
tanpa doa dan juga syafaat.. 
ya Rasul..ya Habiballah..

Friday, February 11, 2011

majlis persandingan...

hari tu nikah..dan kenduri kawen je kan..haa ni baru buat majlis persandingan..maafla yang tidak dijemput..mmg sengaja xjemput pun..hehe
ni persiapan tempat..

ni persiapan lauk..

proses memasak....
dan inilah jamuannya..koktel..ayam panggang..

antara tetamu yang hadir..YB sarah..YB nabilah..
Tunku maizah dan datokwan hashim
artis bollywood..kajol
dan artis tempatan..fasha sandha..hahaha
ada juga pertunjukan silat....
dan mendapat tajaan air sarang burung DR FAIZ...
dan ni lah pengantinnya...bersanding baju sorang hijau sorang biru..cakpong..cakpong..hehehehe