relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, September 26, 2011

Ummi nadiyah..hehe

budak ni memang buat aku gelak besar..
hilang penat marking seminggu bila baca ayat depan page paper dia.
kenapalah baru sekarang aku sedar aku ada anak yg dah jadi budak u..hehe

Friday, September 23, 2011

Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

mai la klik ini

suka join sebab antara cara untuk memperkenalkan saya..opps blog saya ke mata dunia maya.. hujung jari yang menaip lebih cepat menusuk hati berbanding hujung pedang!!!

Ya Allah..aku mengantuk..

ya allah aku mengantuk..
pada orang lain mungkin ia satu nikmat..bagi aku pun.. tapi kalau tak kena pada tempat..kadang boleh mendatangkan malu..huhu
ada ke patut..aku duduk depan sekali delam bengkel..muka menghadap ke penceramah..tapi mata aku tidoooo..hohoho.. apa daa.. dan rakan sebelah berapa kali gerak..tapi siap boleh angguk kat dia..pastu sambung tidooooo.
Ya allah..mengantuk aku ni mengantuk yang tak patut daa..
aku tahu kalau aku di tempat penceramah tu mst kecik hati.. aku dalam kelas pun, klu ada student spesis aku..mst aku tertanya dalam diri..boring ke aku cakap. huhuhu
dalam kelas..studnt tidoo..aku tak marah..cuma koreksi dr sudut penyampaian aku..terlalu skema sgt ke..dan mula lah studnt yang tido tu jadi mangsa perumpamaan perumpamaan aku..hehe
tapi bila aku lak jd pendengar dan TIDO..aku juga kena koreksi diri sndiri..terlalu boring sgt ke.. tido dah lena..makan dah kenyang..mandi dah basah..apalah punca penyakit aku ni.. .

ya Allah aku mengantuk..dan sekarang dok taip pun..mata dah kuyu..daaaa.. zzzzzz

Thursday, September 22, 2011

BE SIMPLE BUT BEWARE!!!

simple..org yang mudah serba serbi.
cerewet..org yang susah serba serbi.
hmm ada org yang simple tapi cerewet..macam mana tu.
contoh mudah diri aku sndiri..kdg2 aku ni so simple..tauk la kat mana pun insyaallah survive..tapi ada bnda aku cerewet..terutama soal agama, nyawa, akal, harga diri dan harta benda. kalau sapa yg faham memenuhi maqasid syariah lah..
habibi lagi mudah..semua makan..ikan bilis ke..ikan rebus ke..senang bininya jamu makan..hehe. tapi bab makan kat luar dia cerewet..nak cari kedai yang comform dia solat..huhuhu.

jgn kerana kita ni simple..mudah makan apa aje..tapi soal halal haram kita tak jaga..itu kena cerewet.
kita simple boleh kawan dgn sesapa..tapi kalau ssoal amar makruf nahi munkar..tetap terlaksana.

AD DIN yusron..islam itu mudah atau bahasa lain simple..tapi jangan memudahkan benda yang perlu dijaga.
BE SIMPLE BUT BEWARE!!!!

Tuesday, September 20, 2011

angka ONG!


rasa macam nak tergelak lak.. follower blog ni 101 dr mgu lepas..tak bertambah lak..hr jumaat lepas perasan 102..tetiba hilang..hmm..apa yg peliknya 101 ni ya..org kata angka keramat..betul ke ..hehehe

ada di kalangan fahaman masyarakat yang taksub dgn angka tertentu..
ada ynng minat angka 3.. angka 7..8..dan macam2 lagi lah..tak kurang juga ada yg kata angka teertentu sebagai sial contoh.. 666. hmm..

dalam konteks angka ni..jgn igt Islam tidak menunjukkan panduan..
better kalau kita nak buat sesuatu dan ada pilihan..baik kita ganjilkan bilangan..kerana Allah suka angka ganjil.

Mengapa Allah SWT menyukai angka ganjil? Mengapa bukan angka genap? Apakah angka genap dibenci oleh Allah SWT? Allah SWT tidak membenci angka genap, tetapi Allah SWT lebih menyukai angka ganjil daripada angka genap. Beberapa hal yang menunjukkan bahwa Allah SWT menyukai angka ganjil, diantaranya yaitu:
  1. Nama-nama agung untuk Allah SWT yang disebut juga Asmaul Husna terdiri dari 99 nama, Karena Allah SWT menyukai angka ganjil. Hal ini tercantum dalam hadist HR . Buchary-Muslim, yaitu “Dan Allah memiliki Sembilan puluh sembilan nama seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal dan mentafakurinya) akan masuk surga. Dia itu Witir (ganjil) dan menyukai yang ganjil .”
  2. Shalat witir selalu mempunyai angka ganjil yaitu 1 atau 3 rakaat. Shalat witir adalah shalat sunnat penutup shalat yang lain. Seperti dalam hadist Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Turmudzi bahwa Sesungguhnya Allah itu witir (esa/ganjil) dan suka pada yang ganjil.
  3. Langit dan bumi terdiri dari 7 lapis. Angka 7 adalah angka ganjil. Seperti dalam Alquran: “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi…” (QS. 65:12), dan “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?” (QS.71:15)
  4. Nabi Yusuf bermimpi bahwa ia melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sedang bersujud kepadanya. Dalam hal ini disebutkan angka 11 yang merupakan angka ganjil dan tercantum dalam surat Al-quran (QS.12:4).
  5. Kita tahu bahwa dalam sepekan ada tujuh hari, begitu juga dengan neraka jahanam yang mempunyai tujuh pintu dan tujuh puluh ribu tali kendali.” (HR. Muslim). Disini disebutkan kembali angka ganjil yaitu 7.
Hal-hal diatas hanya sebagian bukti bahwa Allah SWT menyukai angka ganjil. Masih banyak bukti-bukti yang lain yang belum disebutkan disini. Semua bukti-bukti itu sudah tercantum dalam kitab suci Al-quran. Dari itulah mengapa Allah SWT sangat menyukai angka ganjil. dan apalagi jom lah kita suka angka yang Allah suka.. :)

Saturday, September 17, 2011

mesti mak bangga..

mak...
mesti mak bangga kan..
tahu bakat dan minat mak turun pada anak..
ke mana kuah klu tak ke nasi..
like mother like daughter..hehe
  mak tengok la ni.. mesin jahit pertama nadia..beli cash ni..

dulu.nadia pernah cakap kan "mak ,nadia taknak keje..nak jadi macam mak..tukang jahit sepenuh masa"
dan mak marah..hehehe
so..mak jangan bimbang..
nadia jadi tukang jahit juga tapi sambilan..jahit pun keperluan sndiri je..

mak..nadia memang tak sekreatif macam mak..xpandai potong kain tanpa ukur..tak pandai reka corak sulam itu ini..tapi nadia ada satu benda yang nadia nak rasa seperti yang mak pernah rasa..iaitu kepuasan melihat apa yang kita hasilkan sendiri terutama untuk yang kita sayang..kan mak kan...

lapangkan hatiku...

ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga kesulitan tidak bisa menyempitkan jiwa..
ya Allah..lapangkan hatiku..
hinga tiada kerisauan yang menyesakkan rasa
ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga tiada kedengkian membisik sengketa

ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga aku melihat segala yang ku nikmati tanda rahmatmu yang luar biasa
ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga aku menerima segala ujian yang hadir untuk ku menjadi lebih berharga

Thursday, September 15, 2011

MAXIS bagi aku hadiah hp..!!

macam tak caya.. tapi ini memang betul-betul..bukan cobaan..hehe
tak caya..tengok ni...


pastu dgn semangat membara..pergilah aku ke maxis centre kuching pg tadi..dan alhamdulillah...
org di situ pun terkejut..aku antara berjuta pelanggan maxis yg terpilih..hehehe

dan nilah hp baru aku
hmm.. apa pun..aku tetap bersedih berpisah dgn blueberry aku..yg hancussss pada raya lepas... bak kata siti nurhaliza.." cerminku retakkkkkkk seribu"

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

last kelas..

utk pelajar degree..diorang baru mula kelas semalam..tp utk pelajar dip..hari ni last class..
dan aku merangkap yang ngajar diploma kira hr ni last kelas berakhir 6 ptg td.. rehat sekejap dr bebanan ata..tp tetap bertugas atas lain yg berkaitan.
ada studnt pernah tanya..klu kami cuti..ustzah cuti gak ke?
hehe..waktu kamu orang cuti..kami hanya cuti dr mengajar, tapi tak cuti dgn buat keje2 lain.
keje lain tu apa? hmm..itu payah nak citer..kang bila kamu berada di tmpat saya..tahulah keje apa yg xhabis habis ni..hehe..keje hanya akan habis bila nafas ni habis..kan kan kan...

Sunday, September 11, 2011

maza takkuluna min bakdi @ maza takbuduna min bakdi

baru dgr berita dunia akan mengalami krisis makanan pd 2050..
bila dgr mula2 dah calculate..aku hidup tak lagi..kemungkinan tak kot..selamat..hehe..
rasanya mst ramai dah planning utk buat stok makanan byk utk keturunan mereka...bimbang sgt nnt keturunan dah xde apa nak dimakan.. kita selaku ibu bapa sememangnya akan sedaya upya menyediakan kemudahan keselesaan kehidupan keturunan kita..tapi yang lebih penting ialah adakah kitaa juga telah rancangkan warisan cara hidup mereka?
sebab jelas-jelas ancaman krisis akidah lebih dahsyat berbanding ancaman krisis makanan
hmm..
yang kita risaukan
maza yakkuluna min bakdi ? (apa yg akan mereka akan makan selepas kematianku?)

sedangkan yang lebih wajar kita bimbang:
maza yakbuduna min bakdi ? ( apa yg akan mereka akan sembah selepas kematianku?)

Saturday, September 10, 2011

penghuni baru: si bakok kok..

rumah aku dah jadi rumah persinggahan haiwan...
ada je haiwan yang tertarik dan nak jadi anak angkat aku.. huhu
dan ini yang terbaru: si bakok kok..
aku terima je dia jadi anak angkat aku..sbb dia janji nak kok kok tiap2 pagi..dan dia juga janji takkan berak atas simen rumah aku..hehr..klu dia mungkir janji..lauk ayam free lah aku.hehe..gurau yea si bakok kok..

bani hashim's family day-2011

aidilfiri 2011 menghimpunkan kami sekeluarga..yang jauh kembali..yang dekat makin hampiri..
kami baca yaasin utk arwah-arwah keluarga kami..tanpa mereka tiadalah generasi kami...
kami sukaneka..BEST!!!
malamnya kami makan2..buat persembahan..dan kemuncaknya..tukar2 hadiah!!!
I LOVE MY FAMILY

Thursday, September 8, 2011

coming back dgn 1001 tugas menanti !!!!

huhuhu..kan best raya tiap2 bulan..
balik seminggu tak cukup daa..
tapi aku perlu akur.. 1001 tugas mennti ku di Kota Samarahan..
aku dah kembali..kembali sambung bertugas..kembali menanggung amanah.. kembali menyelesaikan masalah.. kembali berjuang di jalan Allah!!!!

Wednesday, August 24, 2011

DNA babi...boleh jadi halal tak?

kerana isu jumpa DNA babi dlm mentega GOLDEN CHURN... boleh kek sambutan kek sarawak aidilfitri ni tak sehebat tahun lepas dan juga 2 tahun lepas seperti yg saya ada cerita di SINI.
boleh kata semua dah takut2 beli kek lapis..sbb kebanyakkannya guna GOLDEN CHURN..sbb terbukti lemaknya..hahaha. sampai ada sorang org local srawak dia citer..lepas diharamkan dia pun tukar guna mentega lain.. rasa sik nyaman (tak sedap) mcm kek lapis yang lama..hahaha.. hebatnya pengaruh babi.

bukan nak menghalalkan yang haram..apalagi nak mempertikaikan keharaman BABI itu...kita terima ia sebagai satu urusan taabbudi..(kepatuhan ibadat,terima tnpa perlu fikir logik). klu fikir logik..BABI DARI HUJUNG HIDUNG SAMPAI HUJUNG BULU..semua boleh dimanfaatkan...

ISU ISTIHALAH DAN ISTIHLAK; adalah satu isu yang saya rasa pihak yang bertanggungjawab harus bergandingan dgn ulamak dan fuqahak untuk menyelesaikan masalah HALAL HARAM yang sntiasa membelenggu pengguna-pengguna muslim.


Konsep pertama di dalam Islam yang boleh menukarkan status benda yang haram menjadi halal, dan yang najis menjadi suci di kenali sebagai transformasi ataupun disebut sebagai istihalah di dalam bahasa Arab yang secara teknikalnya bermaksud perubahan sesuatu bahan kepada bahan yang lain dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza, perubahan bahan-bahan yang asalnya tidak suci menjadi suci, dan perubahan sesuatu bahan yang diharamkan kepada halal.

Konsep istihalah ini digunakan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 66 yang bermaksud “"Verily you will find in cattle an instructive sign from what is within their bodies, between excretion and blood, We produce, for your drink, milk, pure and agreeable to those who consume it"

Istihlak pula bermaksud “extreme dilution” ataupun pencairan yang sangat banyak. Dalam konteks ini, pencairan yang dimaksudkan ialah pencairan bahan yang diharamkan ke dalam bahan yang halal sehingga ke suatu tahap di mana ciri-ciri bahan yang haram tersebut tidak dapat dikesan atau tidak merubah ciri ciri bahan yang halal itu.

Sebagai satu analogi, jika haiwan kencing di dalam satu tasik yang besar, air di dalam tasik tersebut masih dianggap suci dan boleh diminum atau digunakan untuk berwudhu dengan syarat ciri ciri air tasik tersebut tidak berubah seperti warna, rasa dan baunya tidak berubah oleh air kencing tersebut.

Konsep Istihlak ini adalah berdasarkan hadith Nabi s.a.w dia seorang bertanya kepadaNya tentang bangkai yang terjatuh ke dalam sebuah telaga air. Rasulullah s.a.w menerangkan jika air dalam telaga itu lebih daripada kuantiti yang tertentu, maka tiada kemudharatan atau larangan untuk menggunakannya. (Kuantiti air yang diperlukan untuk memastikan bangkai itu tidak merubah ciri-ciri air tersebut).

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM... yang bukan jauhari jangan memandai nak tikam tikam..hehe

OPPS..GAMBAR DI ATAS XDE KENA MENGENA DGN ISTIHALAH ATAU ISTIHLAK YEA..SEKADAR HIASAN.

wordlesss wednesday#3: masih ada kesempatan..


Monday, August 22, 2011

jiwaku diusik...

semalam..smntara menunggu ketibaan tetamu utk berbuka..tgklah tv jap.. semena-mena..keluar lagu raya...
aduh syahdunya...jiwaku terusik terus...
terus membilang hari utk pulang beraya jumaat ni..isk kalah bebudak lak...hahaha
rasanya semua org terusik jiwanya kan bila dgr lagu raya.apalagi perantau jauh macam aku ni..dari mula sek men..mmg sntiasa jauh.. jauh di mata je..di hati tak pernah lekang.
nak tahu kenapa lagu raya buat jiwa terusik.. baca entry ni.

apa pun..aku dah tak sabar nak packing beg balik kampung ni..apa aku nak ngajar minggu ni citer kedua./.hehehe

Saturday, August 20, 2011

TAK ZIARAH MAKA TAK KENAL..TAK KENAL MAKA TAK CINTA

kita selesa dgn orang yang dah biasa dgn kita.. apalagi orang orang itu sama minat..sama tahap pendidikan..sama kampung..sama adat dan budaya..
mula2 mungkin agak canggung juga bila nak bersama merka yg tidak kita kenali..tapi bila sudah dikenali..barulah sedar hikmah ayat :

Bahwasanya diciptakan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, untuk saling kenal-mengenal.  (dalam Q.s. [al-hujurat]:13)

TAK KENAL MAKA TAK CINTA...   kena tambah lg pepatah ni..
TAK ZIARAH MAKA TAK KENAL..TAK KENAL  MAKA TAK CINTA


alhamdulillah bulan puasa ni aku berkesempatan ziarah ke tempat2 baru..kenal rakan2 seagama yg baru..tahu adat baru..faham gaya hidup baru..

program ziarah saudara-saudara baru kg plaie



comel sangat....

program klinik fatihah kg iboi


dan hasilnya.... dgn mengenal ramai orang..aku bukan sahaja mengenali dan mencintai mereka malah ia buat aku makin kenal,makin cinta dan makin menghargai hidupku..






Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL


hehehehe..jom join reramai..