relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, August 19, 2011

Jom Join Bloglist Birumuda91 dan Menangi Hadiah Misteri"

sila klik link di bawah
http://birumuda91.blogspot.com/2011/08/jom-join-bloglist-birumuda91-dan.html

best gak cekali cekala join ni.. mana tahu dpt duit raya..hehe

lagipun..sy sndiri nak kemas kini bloglist blog ni..:)

Thursday, August 18, 2011

air liur ibu lebih masin

haha.. jgn ada sesapa nak termuntah yea tgk gmbar di atas..ala air liur je..hehe
alkisah begini..
siang td ada seorang hamba allah sama tempat kerja minta tlg jampikan anaknya..
dah siap sediakan 6 botol air..
"hmm..akak..akak sebagai ibu..afdal akak sndiri yang menjampi anak sndiri.."
"tak berkesan ustazah..anak sy degil sangat..jgn kata bab pelajaran degil..bab solat lagilah degil..siap melawan cakap kita lagi..ustazah tolong doalah sikit..mulut ustazah lebih masih"

saya faham situasi akak tadi..dia bmbangkan anaknya..tapi dalam masa yang sama dia tidak yakin dengan kemasinan airliurnya sndiri..

Doa seorang ibu sungguh mustajab. Balk doa kebaikan ataupun doa buruk. Rosululloh pernah menyampaikan suatu kisah menarik berkaitan dengan doa ibu. 5uatu kisah nyata yang terjadi pada masa sebelum Rosululloh yang patut diambil sebagai ibroh bagi orang-orang yang beriman.
Dahulu, ada tiga orang bayi yang bisa berbicara. Salah satunya adalah seorang bayi yang hidup pada masa Juraij. Juraij adalah seorang ahli ibadah, dia memiliki sebuah tempat ibadah yang sekaligus jadi tempat tinggalnya.
Suatu ketika Juraij sedang melaksanakan sholat, tiba-tiba ibunya datang memanggilnya: "Wahai Juraij". Dalam hatinya, Juraij bergumam: "Wahai Robbku, apakah yang harus aku dahulukan... meneruskan sholatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?!".
Dalam kebimbangan, dia tetap meneruskan sholatnya. Akhirnya sang ibu pulang. Esok harinya, sang ibu datang lagi dan memanggil: "Wahai Juraij!". Juraij yang saat itu pun sedang sholat bergumam dalam hatinya: "Wahai Robbku, apakah aku harus meneruskan sholatku... Ataukah (memenuhi) panggilan ibuku?l". Tetapi dia tetap meneruskan sholatnya.
Sang ibu kembali pulang untuk-kedua kalinya. Ketiga kalinya, ibunya datang lagi seraya memanggil: "Wahai Juraij!". Lagi-lagi Juraij sedang menjalankan sholat. Dalam hatinya, ia bergumam: "Wahai Robbku, haruskah aku memilih meneruskan sholatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?I". Tetapi dia tetap meneruskan sholatnya.
Akhirnya, dengan kecewa setelah tiga kali panggilannya tidak mendapat sahutan Bari anaknya, sang ibu berdoa: "Ya Alloh,janganlah engkau matikan Juraij hingga dia melihat wajah wanita pelacur".
Orang-orang Dani Israil (ketika itu) sering menyebut-nyebut mama Juraij serta ketekunan ibadahnya, sehingga ada seorang wanita pelacur berparas cantik jelita mengatakan: Jika kalian mau, aku akan menggodanya (Juraij).
Wanita pelacur itupun kemudian merayu dan mengwarkan diri kepada Juraij. Tetapi sedikitpun Juraij tak memperdulikannya. Namun apa yang kemudian dilakukan oleh wanita itu? Ia mendatangi seseorang yang tengah menggembala di sekitar tempat ibadah Juraij.
Lalu demi terlaksananya tipu muslihat, wanitu itu kemudian merayunya. Maka terjadilah perzinaan antara dia dengan penggembala itu. Hingga akhirnya wanita itu hamil.
Dan manakala bayinya telah lahir, dia membuat pengakuan palsu dengan berkata kepada orang-orang: "Bayi ini adalah anak Juraij." Mendengar hal itu, masyarakat percaya dan beramai-ramai mendatangi tempat ibadah Juraij, memaksanya turun, merusak tempat ibadahnya dan memukulinya. 

citer ni berakhir dgn org kampung sedar ia semua adalah fitnah dan juraij pua sedar ini adalah kerana doa ibunya.. 

wahai ibu-ibu dan bakal ibu..
yakinilah..doamu bisa menjadi penawar yang amat mujarab..ATAU juga bisa menjadi racun yang amat cepat membinasakan...


air liurmu lebih masin.. lebih cepat termakbul tanpa hijab!!!

Wednesday, August 17, 2011

lihat makananmu..dan lihat juga siapa yang masak makananmu..

ramadhan..pesta makanan..
bulan puasa jugala tekak ni teringin mcm mcm..
semua nama makanan pelik2 keluar waktu ni..
alhamdulillah mewah sangat negara kita dgn makanan..
tapi berapa ramai antara kita sedar..
kita kena lihat apa yg kita makan...dr segi kehalalannya.. kualiti kebersihannya..kualiti zatnya..
itu mungkin banyak dibicarakan di akhbar dan majalah.. begitu juga ia dititikberatkan pada setiap agama dan kepercayaan...

tapi ada atau tidak kita memerhati siapa yang menyediakan makanan kita???

kita jijik klu org yang menyediakan makanan kita berkudis atau kurap..takut dijangkiti. kita rasa nyaman makan masakan orang yang bersih..

bgimana agaknya klu kita makan makanan org yang menderhakai Allah? atau paling tidak pun..tidak solat.. ada kan kemungkinan berjangkit penyakit derhaka Allah itu pd kita?
pernah terfikir kenapa ramai org kata masakan ibu paling sedap di dunia... ibu memasak dgn penuh kasih syg..kasih cintanya menjadikan masakannya terlekat di hati anak2nya..
jom test dan buktikan..
1) cuba kita suruh seseorang marahkan kita..lepas itu kita minta dia sediakan makanan utk kita.. kita makan makanan itu..dan perasaan marah itu akan berjangkitan dgn kita.
2) kita makan air tangan org alim/abid...kita rasa ringan badan utk beribadah

so.. perhatikan makananmu dan siapa yang menyediakannya dr saat ia mentah..hingga ia masuk ke mulutmu!!


Monday, August 15, 2011

cepatnya..masa berlalu:cepatnya kiamat nak sampai

dah 15 ramadhan..
saya pasti semua org akan setuju terasa cepat sekali berlalunya masa..
tahun 2011 dan menginjak buln 8..tangan masih lagi terkial2 nak tulis 2010..
tengok pada umur..alamak angka depan dah 3..
budak2 dulu yang masih beringus atau didokong ke sana-sini..dah 2 kali ganda besar dr kita.. bekas-bekas pelajar sy sndiri dah ada yang berkahwin..wah..cepaatnya masa berlalu.

kiamat semakin hampir....

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radliyallah ‘anhu berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ ، وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ

Tidak terjadi hari kiamat dan sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, masa semakin berdekatan (terasa singkat), banyak terjadi fitnah, dan banyak pembunuhan.” (HR. Bukhari, no. 1036)

Diriwayatkan juga dalam Musnad Ahmad (10560), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallau ‘alaihi wa sallam bersabda:

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ ، وَيَكُونَ الشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونَ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ ، وَيَكُونَ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ ، وَتَكُونَ السَّاعَةُ كَاحْتِرَاقِ السَّعَفَةِ


Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap.” (Imam Ibnu Katsir mengatakan: isnadnya sesuai syarat Muslim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami’ no. 7422)

Kedua hadits ini menunjukkan bahwa di antara tanda-tanda dekatnya kiamat adalah berdekatannya zaman (waktu semakin singkat dan cepat).

Mengenai makna semakin berdekatannya zaman ini, para ulama berbeza pendapat. Di antara makna yang paling kuat adalah bahwa berdekatannya zaman boleh jadi berdekatan secara Hissi (inderawi) dan boleh jadi berdekatannya adalah secara Ma’nawi (non inderawi).

Berdekatan waktu secara Ma’nawi adalah dengan hilangnya barakah pada waktu/zaman tersebut. Ini sudah terjadi sejak beberapa tahun yang lalu. Sehingga Ibnul Hajar rahimahullah mengatakan, “Hal ini telah kita jumpai pada masa sebelumnya.”



jom kita renung jap..samaada secara maknawi atau inderawi keduanya benar...
klu dulu tok nenek kita pergi mekah 6 bulan..termasuk perjalanan pergi dan balik...kalu hntar org pergi haji..mmg seolah hantar selama2nya.. tapi skrg.subuh ni ada dgn family..subuh esoknya dah boleh berjamaah di masjidil haram..
berlakunya byk kejadan gmpa bumi membuatkan struktur bumi kita berubah..daratan makin dekat antara satu sama lain..
ntah..ntah..ini ramadhan terakhir kita.....

Sunday, August 14, 2011

saling tukar bloglist

ni bukan pertandingan tau..
just memerlukan sukarela yang benar-benar rela.
saling bertukar bloglist
xperlu buat entry..tak perlu amik header ni..

syaratnya mudah.. semudah 1,2 dan 3.
1) jadi member blog ini
2) masukkan blog ini dalam bloglist anda
3) komen tampalan ini dgn letakkan nama blog anda.

hasilnya:
1) sy akan masukkan blog anda dlm senarai bloglist blog ni
2) sy akan selalu melawat blog anda
3) pembaca sy juga akan berkunjung ke blog anda

Friday, August 12, 2011

kalau aku yang bukan artis jadi artis..

"kalau aku bukan artis".. rancangan di astro
kalau aku yang bukan artis jadi artis..rancangan baru aku..hehe

kalau aku jadi artis..aku akan letak syarat2 berikut;
1) aku tak mahu ada satu pun gambar aku ada di akhbar atau majalah.. sbb takut muka aku jadi pembalut nasik lemak, atau lapik punggung orang..
2) aku takmahu diambil gambar dgn pasangan yang bukan mahramku..takut tersentuh atau berlaku gossip yang tak sepatutnya.
3) aku elak keluar tv..apalagi melodi..takut bnda yang asal batu kerikil boleh jadi gunung kinabalu
4) kalau aku disuruh berlakon, aku nak berlakon cerita yang benar..tentang kehidupan aku..
5) kalau aku disuruh menyanyi, aku nak nyanyi lagu yang makcik-makcik  sejuk telinga mendengarnya
6)kalau aku disuruh bergaya, aku nak gayakan pakaian yang suami aku pilihkan..
7) kalau aku disuruh buat konsert, aku nak konsert aku jmput semua org dtg percuma ..syarat datang kena solat dulu..hehe
8) kalau aku disuruh berucap, aku tak akan kata no komen..tapi aku akan komen apa yang benar-benar salah
9) kalau aku ramai peminat, aku akan suruh peminat tu doakan aku banyak-banyak utk kebahagiaan dunia akhirat.
10) kalau aku difitnah..aku tak akan marah, tapi aku akan kata "padan muka aku sapa suruh jadi artis!" hehe


amacam..layak tak aku jadi artis? hehe

Wednesday, August 10, 2011

kalau malaikat yang datang....

berbalik pada tampalan kerana-pengemis-di-sana
aku bertanya sifuku..sapa lagi habibi ya maulana la..hehe
apa pendapat dia?
dia kata:
"jangan hampakan orang yang meminta.. kita beri sekadar yang ada. utamakan niat kita. biasanya kita ni berkira utk nak beri pada orang sbb kita rasa duit itu KITA PUNYA... cuba kita rasa..duit tu BUKAN KITA PUNYA cuma ada pada kita... apa salahnya kita berkongsi seadanya..  kadang niat kita yang mulia boleh menginsafkan niat orang lain yang durjana. bagaimana kalau malaikat yang datang..menyamar untuk menguji kita? atau yang datang meminta itu benar-benar dalam keadaan memerlukan?"

tapi bang.. sekarang ni banyak yg menipu..sbb kita terlalu baiklah..makin banyak orang ambil kesempatan...

yea..itulah tugas pemerintah.. saidina umar menghalau pengemis..sbb atas nama dia pemerintah yang tidak mahu pengemis itu hidup bersandarkan meminta-minta semata-mata. TUGAS PEMERINTAH MENGHALANG PENIPUAN PENGEMIS...

satu lagi yang penting..apa yang mula-mula milik kita kemudian kita beri pada pengemis ke..duit hilang dalam simpanan ke.. org jahat yang datang merompak ke.. samaada niat dia baik atau buruk..yang pasti wang itu mmg sudah ditakdir BUKAN REZEKI KITA...

wordlesss wednesday#2 : couple yang amat comel!!!


Monday, August 8, 2011

wow... BoNUs!!!

semua penjawat awam happy pengumuman bonus setengah bulan utk kakitangan awam.. menelan air liur mereka yang tidak tergolong dalam golongan ini.. but dont worry.. ada satu majikan ni mmg dah janji..bulan ramadhan ni..dia bagi bonus utk semua pekerjanya..tak kira sapa..asal namanya ISLAM.. majikan yang MAHA BESAR..MAHA PEMURAH...
bonus yang diberi bukan setengah bulan tau..malah berpuluh kali ganda dr bulan biasa...errr..tak happy ke..happyla.. bonus yg kerajaan bg tu..kejap je habis..ntah tak sempat raya..dah licin.. tp boonus yg majikan MAHA KAYA ni bagi comform tahan utk digunakan pada kehidupan selepas mati....wow!!!!

Sunday, August 7, 2011

kerana pengemis di sana...

salah tak apa aku buat yea..
aku sebelum ni membaca tempalan ini  . dan ia amat memberi kesan..
td tengah sibuk buat kuih ketayap yang separuh siap..hehe
org ketuk pintu.. jenguk kat tingkap..sorang budak.

'yea dik"
'nak minta sumbangan..rumah anak yatim di *****."
 aku smpat tinjau..ada sorang budak lain sdg melihat ke arah kami..aku nak beri..tapi terfikir takut ini satu penyalahgunaan tenaga kanak-kanak.
nak menghalau..tak sampai hati..nak soal selidik..panjang citer..kang kuih ketayap aku jadi kuih songkok kang.
"hmm..addik..tunggu suami saya balik yea..dia ke masjid nih..nnt dia balik datanglah lagi" 
wajahnya nampak kelat tapi dia terpaksa berundur diri juga.

tetiba aku rasa serba salah lak.. salahkah aku? patutkah aku tetap memberi dgn hanya perlu mengutamakan niat aku..tanpa perlu mempedulikan niat mereka pula?

Friday, August 5, 2011

tuan puasa...rohnya puas...


puasa: menahan diri dr melakukan perkara-perkara yang dilarang dr terbit fajar siddiq hga tenggelam matahari
puas tak puasa... tahan diri mana puas kan? 
tapi tahukah kita ramadhan lah bulan kita memberi kepuasan rohani melebihi kepuasan jasmani
tekak dan perut mmg menderita..nafsu lagilah berduka nestapa.. tapi ada satu part dalam diri kita yang rasa amat selesa bila tuannya puasa..iaitu roh kita..
cukuplah 11 bulan kita abaikannya..1 bulan ni..manja-manjakan roh kita..dgn memberinya kepuasan tahap maksima dgn memperbanyakkan ibadat sebaik mungkin..

Thursday, August 4, 2011

buluh boleh jadi rebung balik tak?

"ustazah..sy tak tahu mengaji..saya tak kenal huruf..."
"kamu kn mula mengaji dr awal...'
"tapi..masa sempat ke..? byk keje lain sy kena buat"

kesian kan....ada ramai lagi dikalangan anak-anak kita yg masih 'buta quran'..
akedamik..excellent..klu tak tak masuk laa ipta.
dah jadi rebung dah..dah keras..dah sukar nak dilenturkan atau diubah habit.. apatah lagi makin bertambah masa..makin bertambah tggjwb..dan masa utk mengulang yang tercicir dahulu rasanya tidak sempat di catch up...
buluh boleh jadi rebung balik tak?
bertukar ke rebung mmg mustahil..tapi dilenturkan seperti rebung..masih boleh..
cuma perlukan kepakaran dr yang nak melentur dan perlukan kesanggupan dari yang dilentur..

Wednesday, August 3, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Singgah Sahur Pucukandubi !

hehe.. best gak singgah sahur di alam maya ni..huhu..
perut tak kenyang laa..tp info info yang berguna ttp juga rezeki yang baik dan dinilai sebagai ganjaran di bulan ramadhan nih...

jom singgah sahur ramai-ramai !!

Monday, August 1, 2011

kanak-kanak saf belakang...


'kanak -kanak saf belakang..."
inilah pengukuman yang selalu dibuat di masjid..terutama musim tarawikh ni..meriah betul masjid dengan kehadiran bebudak..yelah wlu kehadiran mereka bukan solat penuh pun..
pernah sekali..satu gelagat sorang budak yg mmg aku tak dapt lupa.. dia solat tepi ayah dia..dlm 4@5 tahun la.. sekali tu ayah dia sujud.songkok ayahnya terkeluar dr kepala..atau tercabut.. si anak ni menyedari..dan mungkin kerana merasa tanggungjawab utk letak balik songkok tu kat kepala bapanya..terjengket jengket dia nak letakkan balik kepiah tu ke kepala bapak dia..siap mengeluarkan bunyi2 lagi..hehe..dan dia berjaya meletakkan kembali songkok tu ke kepala bapak dia..bila bapak dia rukuk..hehe.. khusyuk ke tak bapak dia solat tak tahu la..yg comform aku yang dok solat kat belakang depa tak khusyuk..rasa nak terhambur gelak pun ada..apa daa..

budak-budak katakan.. hehe.. terimbas lak waktu aku  bebudak dulu..
ikut mak tarawikh..waktu tu darjah satu tak silap..adik aku pun ikut.. waktu tarawikh aku ikut juga solat tepi maak..adik aku je tak..dia kecik lagi baru 2@3 tahun..mungkin dia boring tak tahu nak main dengan sapa..ditariknya kain telekung aku...mula-mula aku sabar..tp bila dah sampai menyenget kepala..aku apa lagi..atas niat nak solat sampai habis..aku pun tolakla adik aku tu..tersembam dia..dan dia nangis lebih kuat dari bacaan imam..huhu.
dan hasilnya sepanjang balik dr tarawikh tu aku lak menangis sbb dimarahi mak lak..buat adik nangis kat surau..huhu

budak2 katakan..hehe..sel-sel otak belum saling berhubung kagi..yang baru nak jadi saling berbuhung (berbohong)..hehe

Wednesday, July 27, 2011

kalau korang jumpa artis..

kalau korang jumpa artis
apa korang buat?
aku buat entry ni bukan apa..biasalah..bila selalu travel ni..kekadang terserempak dgn golongan artis ni..
ada yang lalu sebelah..ada yang dpt tengok dr jauh je..ada yang tersentuh bahu..dan ada sekali ni..kami sama2 check in dan boarding sama2..dia duduk lak depan menghadap aku. alamak..aku taktau nak buat apa..nak tegur ke..nak senyum ke..nak amik autograf ke.. last last buat taktahu je..hehe. orang lain lak yang datang beria-ria tegur dia..hehe
alasan aku.. buat aku tak hormat..bukan aku benci..bukan aku tak suka.. rumah aku pun ada tv..bila ada tv..ada filem dan drama..bila ada filem dan drama..adalah artis.. klu takde artis,xde le filem dan drama, klu xde filem dan drama, xde la tv kat rumah aku, klu xde tv kat rumah aku..xdela ..eh ni merepek dah..

ok.macam nih..alasan aku.. bila aku suka..tak semesti aku puja.. sekadar sahaja..suka yang langsung tidak masuk ke jiwa.. suka yang sekadar suka-suka.. hehe

Tuesday, July 26, 2011

bang bang boom: edisi lobster..

ingat tv3 je pandai buat bang bang boom...
kami pun pandai daa..
alkisah..utk buat bang bang boom ni mmg memerlukan kerjasama orang-orang tertentu..dan 2 pelakon utama bang bang boom edisi lobster ni habibi dan kak m.. hehe. nnt dapat anugerah yea...

mula -mula semua berlaku dalam keadaan kelam kabut.. mcm entri lepas.. tak cukup pasal tiket dan pasport lagi..aku nyaris ditinggalkan flight sbb tersilap  tunggu gate.. mujur diorang buat pengumuman..maka popularlah aku kejap hari tu..huhu
2 hari bengkel di shah alam..best gak..byk bnda aku dapat top up isi kepala otak dan rohani aku..tq byk byk kepada penganjur.

habis bengkel balik kampung..tak bgth pun pada org kat rumh..just pesan pada kajol suruh pi epot..amik barang adiya kirim pada kwn..adiya kirim lobster..mahal tau jgn tak amik..
atas arahan mak dan abah..kajol dgn berat hati pun pi amik.. nak bg tambah drama.. aku mention lagi. nnt tolongla hantar kawan adiya tu ke rumah..ala sbgi balasan dia tolong angkat lobster tu.. apalagi hangin la si kajol tu..dah le kn pi epot..pastu kn hantar ke rumah lagi semata -mata kerana udang..hehe.kat perlis pun banyak... aku nak tambah lagi suruh dia belanja sekali kawan tu.tapi igt igt kang dia tak amik terus yang naya nye aku la..aku plak yang terkena bang bang boom sendiri..hehe


dan hasilnya sepeti yang dijangka..diorang amat2 terkejut dgn kemunculan kami..yelah..sblum tu cakap..nak balik raya puasa nnt.. ni tup tup dok kenyih kat tepi tingkap kereta..hehe
dan kerana kejutan kami itu juga demam mak kebah malam tu..makan pun selera. alhamdulillah.
ehem..ehem.. lobster ttp juga balik kampung dan hasilnya gulai lobster yang enak bangat..licin ....