relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, October 31, 2014

aku nak buat keje aku, dan aku kena biar dia buat keje dia...

Aku nak buat keje aku...dan aku kena biar dia buat keje dia..

Errr.. mcm ni.. td geram aku kena marah.. aku nak parking kereta di tmpat biasa dan ditempik suruh parking belah lain.. xde tanda apa apa.. tak bg parking letak ka kon ke.. aiskrim ke..apam balik ke... klu biar kosong..mmg la org akn paking... huh.. geram.. tp terus aku pujuk diri aku... aku nak buat keje aku.. aku kn biar org buat keje dia wlu mgkin cara dia sikit salah..tp please hormat..mcm aku yg buat keje aku.. maybe ada salah.. dan aku nak org masih hormat aku...
So.. be cool... hehehe

Thursday, October 30, 2014

makin hari...

Makin hari.. makin membesar anakda.. makin rasa teruja utk melihat pelbagai potensinya.. malah tahi lalat baru muncul pun sesuatu yg amat mengujakan hati seorang ibu...

Dan dalam masa yang sama.. makin takut.. makin takut dengan hilangnya saat saat penting pembesaran anakda.. hilang masa masa rapat dan dekat antara ibu dan anak..
Masa 6 bulan ke bawah.. x berganjak dari badan kita kerana hanya menyusui susu ibu.. 6 bulan ke atas.. sentiasa dalam dakapan ibu sbb masih belum dapat berjalan.. dan seterusnya.. bila anakda makin jauh melangkah.. makin ibu merindui saat saat kecil anakda...

Sungguh.. ibu makin teruja.. dan ibu juga makin takut...


Wednesday, October 29, 2014

hiburan setiap kita berbeza...

Alhamdulillah.. di sepanjang liku kehidupanku.. kdg allah temukan ku dengan orang orang yang hebat.. dan kadang dengan orang orang yang buat kita meluat...hehe

berhadapan dengan seorang hamba Allah yang hebat ini.. yang mana ceritanya.. dalam soal dakwah.. dia akan keluar dari rumah sebelum subuh dan pergi ke masjid yang berlainan setiap hari utk subuh berjamaah.. dan dari situ dia akan kenal ramai golongan masyarakat.. dan seterusnya merapati dan berdakwah dgn mereka BIL HAL.. dia lakukan semua itu walau dia seorang muslimah!!! walau dia seorang ibu kepada 12 ANAK...dan semua urusan rumahtangga dia uruskan sendiri..masak, basuh, kemas..tanpa pembantu rumah... hebatkan?


maka akal nakal ku sempat bertanya : puas ke tidur dia? taknak ke lepas subuh.. dia baring baring sambung tidur balik.. malam hari.. tak teringin ke dia pergi panggung wayang..
hari cuti sekolah.. x nak bawa anak anak pergi berkelah ke..? xpenat ke dia.. tgk gelagat manusia yg mcm mcm..yg mengada ngada.. yang hanya tahu meminta.. yang hanya tahu buruk sangka..

dan akal baikku pula menjawab:
hiburan setiap kita berbeza... ada orang hiburannya muzik,,tanpa muzik, tida tawa,
ada orang hiburannya berjalan jalan, tanpa berjalan.. terkurung jiwanya,
ada orang hiburannya anak-anak, tanpa anak anak hilang ceria..
dan bagi manusia hebat itu..itulah hiburan baginya.. menilai dunia yang perlu diteguri dengan cara bijaksana.. itulah nikmatnya.

aku mula muhasarawak diriku.. hiburan bagiku masih lagi yang sia sia.. yg tak mampu menolongku di hari SANA... ;(

Sunday, October 19, 2014

marah anak depan orang...

Klu anak anda tidak mumayyiz.. susahkan nak marah atau tegur.. sbb dia mmg tak tahu lagi apa yg dia buat tu salah atau tidak..
Anakda br 2 tahun.. mmg xlarat bercakap dgn dia.. ada je bnda yg dbuatnya perlu ditegur..
Pki selipar dlm rumah.. tuang air dalam kepiah abinya.. letak baju dah basuh dlm raga baju belum basuh.. kain solat jadi kain lap.. huhuhu

Dan klu depan orang.. lagilah haru.. adalah bnda yg nak ditayang nya..
Aku dan habibi bab jaga anak ni.. aku lebih garang kot.. lebih cengei.. hehehe.. tp aku masih mohon lindung supaya marahku marah mendidik bukan marah menghukum...

Alkisah pg tadi.. waktu sarapan roti canai di gerai.. anakda tertumpah kuah.. habis tangannya bercelup kari kambing.. klu ikut hati mmg nak cubit.. tp ya lah.. mana dia sengaja..

Dan betul berhadapan dgn kami, seorang ibu dan anak prmpuannya.. sebaya anakda.. dlm 2 tahun gak rasanya.. si anaknya hanya tertumpah air minum ibunya.. sikit je.. mak nya siap cubit dan tengking sampai kami di sekitarnya semua terkejut..
Dan anaknya hanya tertunduk malu... aku la rasa dia malu.. sbb dia jeling jeling lagi kat anakda yg juga melihatnya kena marah..

Aku kesian sgt.. malah mula rasa.. janganla aku mengaibkan anak aku mcm tu.. wlu aku rasa dia mungkin x faham apa apa.. tp dia sudah mula rasa sesuatu tak kena..dan terkesan di jiwanya...


Tuesday, October 14, 2014

kereta baru kami...

Kereta baru kami...

Walau minyak naik.. kami tetap beli kereta.. huhuhu
Tapi kereta yg xguna petrol..xde roadtax..
Parking mana mana boleh.. outdoor or indoor

Dan namanya.. pawan. Hadiah besday anakda 2 tahun.

Dan ini kenderaan kami dalam rumah..
Kami?
 Yea.. kami, ibu, abi dan anakda..semua naik.. hehe

Friday, October 10, 2014

ingatan tajam...

Smpai airport amik cab utk ke rumah di samarahan, malas nak susahkan org ptg ptg...
Nampak je muka kami terus cina driver tu cakap.. desa ilmu kan..
Aah.. betul..
I igt lagi suami u dan anak u.. dulu masih baby.. skrg dah besar..
Hehe.. kuat yea ingatan u.. kami pun xigt..
Tajam betul ingatan, boleh buat sembelih korban.. hehe

U all ingatan kuat tak.. igt orang ni jumpa di mana.. dan nama apa? Aku bab tu.. amatlah gagal.. kdg studnt sem ni..yg baru je jumpa mgu lepas.. klu jmpa tgh jalan dan ditegur.. aku akan terfikir.. mana la aku jumpa budak ni yea.. bekas studnt aku sem sem lepas kot.. huhuhu.. punyalah tumpul ingatan ni.. xleh buat sembelih korban.

Waktu aku kat mesir dulu.. aku dan roomate aku pi la shoping kat pasar.. roomate aku ni comel sikit.. ramaila pak pak arab ngorat.. satu hari tu.. dia ditanya nama.. dia malas bgth nama betul, dia jawab nama dia aishah.
 Next time ..kami pergi lagi kedai tu.. dan kami pun x igt kami pernah ditanya oleh pak arab ni.. bila dia tanya nama.. roomate aku jawab nama asma lak.. terus pak arab tu cakap.. eh.. bukan nama aishah ke cakap hari tu.. hehe.. kantoi!

Wednesday, October 8, 2014

tapak...

Baru tapak...
Yang masih kosong ..
Kami mulai dgn doa dan harapan...
Untuk pembinaan tapak syurga dunia..
Baiti jannati

Monday, September 29, 2014

xde sapa tengok kita...

Waktu pulang dari kuching di satu perhentian traffic light..kami berkembar dgn 1 kereta lamboghini putih.. fuh.. mmg kena tengok.. dan bila lampu hijau.. keteta itu memecut laju meninggalkan kami kembarnya.. hehe. Dan aku perasan.. semua yg lalu akan memandang kagum kereta berkenaan...

Wah.. bestnya.. semua org nak tengok kereta dia.. dan nak tengok sapa memandunya.. kataku spontan..

Dan xde sapa pun tengok kereta kita.. dan xde sapa tengok kita... sambungku lagi.. juga secara spontan..

Ada... yang tengok kita.. tu.. penunggang motor.. penaik basikal..yg jalan kaki.. balas habibi... spontan...

Dan secara spontannya.. allah tunjukkan kepada kami... seorang lelaki tua sedang mengheret basikal aiskrimnya.. dia nampak kemengahan dan penat mengayuh di bawah panas terik...

Dan kala itu.. secara spontan.. aku insaf.. dan spontan.. aku bersyukur. Amat bersyukur.. aku masih punya kenderaan melindungiku dr panas hujan....

Friday, September 26, 2014

kami xde pantang.. tanam apa saja

Kami tanam apa yg dapat ditanam.. dan ia sudi tumbuh.. dan Allah izinkan menjadi rezeki...
Ini bukan kali pertama...
Dah byk kali habibi cuba.. dan alhamdulillah rezeki kali ini banyak dan boleh berkongsi... :)

Tuesday, September 23, 2014

kami xtanam pisang dekat rumah.. pantang..

Alkisah.. habibi yg suka bercucuk tanam.. xcukup tanah sendiri.. tanah orang pun bak ditanamnya...
Habibi tanya jiran sebelah kaum cina.. boleh tak nak tanam pisang depan rumah dia.. coz depan rumah kami dah ada pisang.. jadi nak luaskan jajahan la.. hehe

Dan tadi dia datang rumah kami dan maklumkan.. u tanam je apa apa pokok lain.. jgn pokok pisang saja.. sbb kami kaum cina xboleh tanam pisang dekat dekat rumah.. jauh jauh xpa.. u suruh husband u tanam jagung la bagus...

Errmm.. menarik. Aku xpernah tahu.. dan bila dia sebut.. aku teringin sangat nak tahi.. maka aku pun pi jumpa sheikh google..
 Tapi kan.. aku jumpa 1 je.. jgn tanam pokok pisang sbb nnt dapat baby kepala besar...
Hmm.. xpe xpe.. aku cari lagi.. nak tanya sheikh lain lak. Hehe

Friday, September 19, 2014

best di tawau... apa yea?

Smbil menyelam.. minum air.. smbil urusan rasmi.. buat juga kerja kerja x rasmi yg menyenangkan..
Kebetulan k.m pergi juga.. duduk pula sebilik.. apa lagi.. acara tidak rasmi tu jadi acara wajib bah... hehehe
Hari prtama smpi, hanya round di bawah hotel tu je. Ajarla k.m makan banana cheese yg mnjadi kegilaanku...

Hari kedua, ptg nya.. kami tanya kwn kwn sabah.. best di tawau apa yea?
Pasar gantung!
kami pun tahan teksi dan menuju ke pasar gantung... dalam kepala dah bayang.. mst unik dan menarik tmpt ni... bila smpi.. kami tercangak cangak... ni pasar gantung? Driver tu angguk angguk.. kami geleng geleng... mana yg gantung nya?
Tu.. baju baju dalam kedai tu yg bergantung....
Hahaha.
Lain tempat.. lain bahasa dan lain cara fahamannya. Sbb tu bila org suruh kami try makan nasik lalap.. kami x berani cuba.. nnt lain yg kami fikirkan dan lain yang keluar... dan seperti dijangka.. kami bayang nasik lalap ni.. ialah nasi dgn ikan besar yang mulut dia nganga lap lap.. rupa rupanya.... nasik putih, dgn ayam goreng.. cuma ada kuih hitam cara jawa.. huhuhu...
apa pun.. nice memori di tawau utk dikenang... tambahan penduduknya yg baik.. driver teksi yang tidak cekik darah.. dan driver uitm kami yang pandai berjenaka...
Opp.. 1 petua dari driver ..klu sesat di tawau.. cari je pokok airport ni.. pokok ini hanya ditanam sepanjang laluan dr airport ke bndar tawau... hehehe

Wednesday, September 10, 2014

tawau.. aku di sini...

Tawau...
Aku sampai pertama kali..
Walau atas urusan rasmi keterujaan mmg ada

Sunday, September 7, 2014

dah serasi...

Bukan senang nak serasi..
Bukan boleh buat buat..
Dia kena penuhi langkah langkah tertentu.. baru dapat rasa serasi tu.
Dan bila dah serasi.. rasa selesa.. rasa xda masalah utk sntiasa bersama walau dalam apa jua keadaannya...

Dan ada satu kelas ni.. aku dah rasa serasi dgn mereka... dan sedih la plak.. dah nak habis mgu kuliah... huhuhu

Tak pernah aku sedih sangat nak akhiri kelas.. tapi dgn kelas ni.. aku sayang sangat..sbb rasa serasi sangat...

Friday, September 5, 2014

orang lain ke mekah..aku ke mukah

Mukah tau tak kat mana?
Jauh ooo.. 10 jam juga perjalanan.. sama jauh nak ke mekah tu...
Hehe
Mukah satu tempat di sarawak.. aku yang dah nak masuk tahun 6 ni, tak habis pusing 1per3 sarawak lagi.. punyalah besar.
Namun alhamdulillah di kesempatan aku masih lagi golongan muhajirin ni.. ambil peluang ke tempat orang.. dan kali ni ke mukah.

Dari kota samarahan, 3 ptg... + solat, makan, toilet... sampai mukah 1 am.
Smpi tgh malam jd xperasan sgt keadaannya. Esok paginye.. wah.. igtkan kampung.. rupanya membangun la jugak..
Kenapa dlm kepala aku set mukah ni kawasan kampung.. sbb ada 1 caw uitm kat sini.. dan rmi yg enggan ke sini.. ktnya xde apa.. boring.. kampung. Tp.. oklah.. persisiran laut..hijau.. dan yg aku suka, x sibuk.

Dan.. 1 benda yg aku jatuh cinta kt sini..laksanya.. laksa sarawak yg sedappppppppp... aku yg xsuka ni jadi terus suka sangat.

Nak pi lagi mukah........dan mekah.

Saturday, August 30, 2014

aku anak malaysia merdeka

Aku anak merdeka..
Bangga dengan merdeka..
Bangga dengan selesa
Bangga dengan segalanya tersedia
Bangga dengan hanya menerima
Bangga dengan segala nikmat percuma

Cuma tak dapat nak jangka..
Banggaku sampai bila..
Takut tak sampai bila bila
Dan risau mula menerpa..
Aku anak merdeka..
Anakku anak merdeka
Cucu cucuku?
Cicit cicitku?
Bagaimana nasib mereka?

Friday, August 29, 2014

kerap beli kasut..

jap lagi nak kena ke kadai.. cari kasut..
rasa mcm baru je ajak habibi pi cari kasut.. hmm.. tahun ni.. aku dah beli 3 kasut.
dan petang ni nak beli lagi? melampau... eh taklah..

kasut pertama aku.. bila pijak..dah dapat rasa batu tu tajam ke tak..kalau pijak atas air.. comfirm basah kaki aku.
kasut kedua.. atas dan tapak dah tak tahu beza dah.. sama nipis je atas bawah.. hehe
kasut ketiga.. ni masih boleh tahan..tapi takleh bawa majlis rasmi, tak bertutup depan..

huhu.. mmg kena beli la kan? keperluan bukan kemahuan..

disebabkan aku mmg akan beli kasut sekurang kurangnya 3 bulan sekali.. pernah aku disyorkan.. beli la yang mahal sikit.. beli yang brand sikit.. tak rugi pun malah boleh pakai sampai 3 tahun..
aku pun ikut la nasihat tu.. beli kasut yang 4xganda harga kasut aku yang biasa ni.. dgn harapan tahan 4 kali lama.. dan..... hmm.. tempoh hayatnya.. 4 bulan je... hahaha

xpelah.. beli je yg murah.. boleh selalu menyoping nyoping.. hehehe

Monday, August 25, 2014

sapa pantang tunggu org?

Tapi.. aku pantang kena tunggu terutama klu alasan yg mmg tak munasabah..
Klu sebab yang lojik..ok la.. kdg kita pun terbabas juga masa seminit dua..
Bila nak marah.. rasa mcm aku ni teruk sgt., xpandai sabar.. tapi org yang sengaja buat org lain tunggu tu tak teruk ke

Wal asr..mmg manusia selalu dalam kerugian..bila xpandai hormat masa sendiri apalagi x pandai hormat masa orang lain..

Wednesday, August 20, 2014

seni itu kreatif.. atau kreatif itu seni?

awak ni senila..
mst awak kreatif..

awak ni kreatif...
berseninyaa...

ramai kata klu seseorang tu kreatif dia mst seni.. atau sebaliknya..
bagi saya.. dua tu berbeza la..

seni tu takrifnya.. errr... apa ntah hahaha.. cuma bahasa mudah.. menarik perhatian tentang kehalusan dan kecantikannya..juga kekemasannya..

kreatif tu plak.. sesuatu idea segar dan asli.. bukan tiru.. bukan juga lakonan.. ia unik!

lain kan... hmm..
org yang seni kadang ia teliti dan cermat.. focus maka hasilnya sesuatu yang menarik..wlupun org lain ada juga buat bnda yang sama...atau atas idea org lain.

org yang kreatif..buat sesuatu atas inisiatifnya sendiri.. caranya sendiri dan maka hasilnya sesuatu yang unik.. walau x cantik.. hehehe

hmm..saya xsuka orang kata saya ORANG SENI... tapi saya suka orang panggil saya ORANG KREATIF!!!
 ;)

Thursday, August 14, 2014

byk cerita di sebalik satu cerita...

satu cerita.. ada banyak cerita di belakangnya..
dan kita je yang menyembunyikan banyak banyak cerita itu sbb kita hanya nak tonjolkan 1 je cerita..kononnya itu MAIN POINT.. sdgkan byk kisah di sebaliknya yang disembunyikan..
bukan kisah politik je.. bukan juga kisah ekonomi..

tapi cerita cerita lain juga.. boleh tak kita cakna semua cerita..walau hanya nak tahu satu cerita..

sbb takkan jadi satu cerita PENTING tu tanpa cerita cerita yang lain..

Saturday, August 2, 2014

switch mood...refresh minda..

Dari mood raya.. akan bertukar ke mood keje...
Hmm.. bnda ni normal dan semua org rasa..dari budak sekolah smpi pd yg dah pencen..
Perlu ada pertukaran mood ni utk refresh kan mental, jasmani dan rohani...
Dulu ada seorang ust saya cakap.. bagus klu  kita berpindah randah..mengembara sbb ia akan mengubah mood.. dan bila mood berubah akan ada yg direfresh..
Dalam islam pun..diatur pelbagai aturan dan disiplin..ia utk perubahan mood..
Hmm.. ok.. mood malas dah bertukar ke mood teruja.. :)