dunia sekarang..
orang lebih suka dengar berita buruk tentang orang lain dari berita baik..
bila dapat berita baik tentang orang lain.. disuruh selidik dulu..
tapi bila dapat berita buruk tentang orang lain.. cepat dijaja dan disebar-sebar
OOO EMM GIII...
Sunday, May 27, 2018
Tuesday, May 22, 2018
handbag baruku...
walau tak beli di obersi
walau jenama biasa.. dan basa-basi..
walau harga tak sampai K pun..
malah tak sampai R...
beli plak sebab less 70%...
aku tetap bangga dan puas hati...
sebab ia halal.. bukan ambil dari wang negara,
mahupun wang anak-anak..
namun takut juga jika ianya tetap dihisab.. bukan di dunia..
tapi di akhirat sana...
allahumma hasibna.. hisaban yasiran...
Thursday, May 10, 2018
keputusan PRU14
aku?
sangat teruja....
sebab aku membesar zaman TUN M... aku sebahagian dari saksi kegemilangan dan kejatuhannya juga kebangkitannya kembali kini
semester ini aku mengajar tentang tamadun..
setiap tamadun ada zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan..
biasanya faktor-faktor kejatuhan semua bangsa dan tamadun hampir sama termasuklah yang jatuh 9mei 2018....UMNO..

catatan anak sulung calon parlimen arau PRU14
[11:51 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Pagi ni sesudah solat subuh abah terus ke dapur. Dibeleknya sorang2 cari roti. Tengok atas meja takdak. Atas almari pun takdak. Puas dicari sendiri akhirnya bertanya mana roti?
Ni ha abah kat meja depan ni. Kopinya dibancuh sendiri. Abah nak makan sikit sebab nak makan ubat.
[11:51 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Tbc
[11:59 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Sesudah sarapan roti kosong cicah kopi abah naik ke atas utk mandi dan bersiap. Harini hari penting buat abah. Abah sekali lagi dipilih untuk menjadi calon parlimen.
Ikut kudrat abah memang
[11:59 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Tbc
[12:03 PM, 4/29/2018] Ibumuhammadeeja💃: 😭
😭
[12:11 PM, 4/29/2018] Kak Bilah: Tak mahu bertanding dah. Abah dah 79 tahun ni. Ada wartawan tanya abah, tahu tak yg lawan abah adalah dssk. Abah kata tahu. Saya tak peduli siapa yang saya lawan, yg penting saya ikut arahan pemimpin.
Slps mandi di pelantar atas abah turun berkain pelikat dgn tshirt lusuh warna kelabu. Abah cari apa? Kakak bertanya. Cari baju melayu. Abah masuk bilik husna dan diambilnya baju yang siap digosok. Terketar2 tangan abah. Takpa abah kakak tolong. Boleh abah kuat lagi kata abah. Kakak terus amik baju yang berhanger dari tangan abah. Kakak pun nak naik atas ni. Maih kakak tolong abah.
Kenapa abah tak pakai baju hijau kakak tanya. Abah kata bajunya ada tapi seluar hijau tak jumpa. Kakak tersengeh. Kakak tunggu di ruang depan atas. Tunggu abah siap.
Lamanya abah siap. Kakak masuk bilik abah. Rupanya abah sedang bertungkus lumus bubuh butang baju. Terketar2 tangan abah nak bubuh butang.
[7:38 PM, 4/29/2018] Kak Bilah: Abah pegang sebatang pensel tumpul dan dijoloknya dlm lubang butang baju melayu. Lubang butang ni kecil kata abah dgn kepayahan.
Abah, biar kakak tolong. Dengan lembut kakak butangkan baju melayu abah. Kakak teringat masa kecil dulu masa kakak tak pandai kenakan butang. Pasti abah yang tolong kakak butangkan.
Siap segak abah pakai baju melayu kelabu kilat yang kakak beli 6 tahun dulu. Abah bersampin pelikat dan berkopiah putih.
Turun di tingkat bawah, kakak tolong abah cuci luka kaki. Kaki abah luka akibat kulit kering semasa abah tunaikan umrah disember lalu.
[7:43 PM, 4/29/2018] Kak Bilah: Abah berstokin dan mengenakan kasut baru pemberian rashdan. Rashdan ibarat anak lelaki abah yang sangat setia meneman abah setiap kali abah pergi kuala lumpur. Dibelinya untuk abah kasut berjenama istimewa. Mungkin rashdan mahukan kasut yg terbaik utk abah pakai.
[9:25 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Abah siap segak berjalan keluar rumah. Kakak sempat berswafoto dengan abah. Di luar rumah penuh penyokong berbaju hijau. Masing2 teruja bila melihat abah melangkah keluar. Abah diajak utk bergambar ramai sebelum perarakan bermula. Sebuah toyota wish warna kelabu siap menanti abah. Abah tak minta kereta anak2 utk membawa abah ke tempat penamaan calon. Kakak terdengar pada malam sebelumnya abah ada berbicara dengan seseorang melalui telefon yang abah nak naik saga putih milik abah pada pagi tersebut. Abah seorang yang sangat besederhana.
[9:30 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Kakak bergegas mengunci pintu rumah supaya tak terlepas dalam konvoi perarakan. Kakak sangat teruja melihat kibaran bendera hijau bulan purnama mengiringi perarakan tersebut. Ramai penyokong parti hijau. Kakak berdoa semoga allah memberi kemenangan untuk parti kesayangan kakak ini.
Kakak tahu abah berada dalam kenderaan yang paling hadapan. Kakak tak mampu nak iring abah terus ke pusat penamaan calon. Kakak iring abah dengan doa.
[9:37 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Lewat tengahari kakak telefon abah. Kakak bagitahu abah yang kakak dah masak. Kakak ajak abah makan tengahari di rumah kakak. Kakak nak abah berehat rumah kakak. Abah tanya siapa nak hantar abah balik nanti. Kakak mengaku untuk hantar abah pulang ke rumah abah waktu petang.
[9:45 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Lebih kurang pukul 2.30 petang, toyota wish masuk ke perkarangan rumah kakak. Kakak berlari membuka pintu rumah. Kakak nampak wajah kepenatan abah keluar dari kereta. Kakak tahu abah sangat tidak bermaya. Muka abah pucat dan abah tidak berdaya untuk berjalan. Kakak jerit, abahhhh. Terus muslimin yang bersama dengan abah memimpin abah berjalan masuk rumah kakak. Kakak tanya berkali kali. Abah ok ka. Abah kata abah ok. Cuma abah penat. Kakak suruh abah berehat dahulu. Kakak sebenarnya sangat cemas bila melihat abah tidak berdaya.
[9:48 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Abah terbaring atas sofa di ruang tamu rumah kakak. Kakak ajak abah makan tapi abah tak mahu. Penat katanya. Agak segar sikit abah bangun mengambil wudu dan menunaikan solat zohor.
[9:50 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Kakak perhati tengok abah solat. Abah cuba sedaya upaya berdiri tegak. Lama bacaan solat abah. Abah mengadu pada Allah agak kakak.
[9:53 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Usai solat abah baring atas kerusi. Nampak lebih segar. Abah cari kekuatan melalui solat.
Abah tidur la dulu, kata kakak. Abah angguk setuju.

Monday, April 23, 2018
yang penting... apa kita rasa
ada satu masa...
kita akan rasa..
aku tidak mahu lagi peduli
apa orang kata..
apa orang rasa..
sebab apa kita rasa itu lebih penting
kerana kita menjadi kita sekarang
kerana mengikut apa kita rasa...
kita akan rasa..
aku tidak mahu lagi peduli
apa orang kata..
apa orang rasa..
sebab apa kita rasa itu lebih penting
kerana kita menjadi kita sekarang
kerana mengikut apa kita rasa...
Thursday, April 19, 2018
alahan.. rasa macam mana.. meh nak citer
dekat 2 bulan...aku dalam keadaan huyung hayang..
hanya yang pernah alaminya sahaja akan faham kenapa..
dan aku sendiri pun.. hanya ketika aku alaminya sahaja aku rasa cukup terseksa.. tapii bila sudah lepas fasa itu.. rasa xda apa.. dan sanggup ulanginya lagi.. hehe.. tak serik!
sementara masih ada rasa itu.. biar aku cerita
untuk bacaan aku juga nanti bila sudah rasa selesa
atau untuk sesiapa yang tak percaya..
atau untuk sesiapa yang nak tahu apa rasanya...
pertama...
dari segi selera
kalau hari biasa.. kita makan 2 hidangan berat, 2 hidangan ringan..
fasa ini, hanya tinggal 1 hidangan berat dan 1 hidangan ringan..
itupun kuantiti yang separuh dari biasa...
kedua..
dari segi tenaga
bila yang masuk kurang... maka tenaga juga separuh hilang...
nak bangun dari tidur pun rasa macam kena angkat beras 10 kilo..
susahnya..apa lagi dalam cuaca yang membahang..
lagilah membakar tenaga dan cepat sangat penat
ketiga..
muntah dan pening kepala
ini bukan muntah biasa-biasa
tapi muntah yang sampai keluar selagi liur pahit masam
hingga tiada lagi yang dapat dikeluarkan
di hujung tekak..xboleh silap bau atau rasa..
pasti menggelodak untuk luahkan apa yang ada..
tisulah peneman setia...
keempat..
pantang bau..pantang rasa..
ini mungkin tak lama..
tapi bila silap mencium bau.. atau tersilap lidah merasa..
bilik air atau longkanglah tempat tujunya..
kelima..
sensitif dan mudah terasa
ini mungkin kaitan hormon yang tak tentu hala
atau mungkin juga sifat mengada manja tu memang ada
cuma mohon untuk mereka yang sekeliling yang ada..
kami hanya minta difahami dan dimengerti sahaja
tak perlu anggap kami tipu auta helah semata
ini BETUL-BETUL BUKAN COBAAN
syukurlah pada siapa yang pernah rasa..
syukur juga siapa yang tidak pernah merasanya..
kerana ia semua tanda kasih PENCIPTA..
walau terseksa..tapi di hati bahagia tak terkata..
kerana akan hadir insan baru teman di dunia
anugerah yang TIADA NILAINYA...
untuk anak-anak ibu..
biarpun tika awal kehadiranmu di rahim ibu.
ibu banyak mengeluh..dan mengaduh
itu hanya sekadar luahan seorang manusia rapuh..
nyawamu lebih berharga dari nyawa ibu...
sanggup tempuhi apa sahaja jika itu bayaran untuk DIRIMU..

Friday, February 23, 2018
#awekcendol
maaf nak...
ibu nak pesan..sebab ibu sayang anak-anak ibu..
anak kandung.. mahupun anak-anak tak kandung..
terutama anak-anak perempuan..
jangan mudah tayang ..
jangan mudah buat orang terbayang
jangan mudah buat orang pandang tak senang
hidup anak mungkin panjang..
yang terviral mungkin akan sentiasa dikenang
harap ia tidak akan menyerang
mungkin bukan masa ni..tapi masa depan dirimu sayang
#dariseorangibubuatsemuaawekcendol

Thursday, February 15, 2018
buang tebiat ada sebab rupanya..
post lepas.. aku dapat penyakit buang tebiat..
dan beberapa hari kemudian.. tersingkaplah punca buang tebiat tu..
alhamdulillah..
moga Allah memberkati setiap apa yang direzekikan kepada kami..
ibu, abi, abang dan kakak.. tgu baby sayang...

Monday, February 12, 2018
buang tebiat
pernah tak.. ada satu masa..
kita teruja sangat nak buat sesuatu yang sebelum tu tak pernah kita buat pun..
atau tak pernah rasa apa -apa pun sebelumnya..
tu dipanggil buat tebiat kan...
tetiba nak sangat benda tu..
aku rasa sekarang ada dihinggapi "penyakit" buang tebiat ni la...
tetiba minat bunga deko..
sebelum ni jangan mimpi aku minat deko mendeko ni
tetiba minat facial..serum..toner..scrub.. dan segala bagai...
sebelum ni jgn harap aku nak layan iklan kecantikan ni..
Allahu.. mai penyakit baru ni.. rasa macam bebudak lak..
tak lena tidur selagi tak dapat apa yang kita nak..
dok berangan pun benda tu je..
dok google atau search pun.. tajuk tu la..
harap penyakit ni.. buang tebiat yang buruk.. dan dapat tebiat yang baik...
welcome 'penyakit' buang tebiat ..hehehehe..

Monday, February 5, 2018
indikator cantik pada muhammad
bulan mengambang..sangat cantik..hadeejah: cantikla bulan ibu..
ibu: aah cantik.. macam ibu la
muhammad: ibu cantik macam bulan, hadeejah xcantik
ibu: kenapa hadeejah x cantik?
muhammad: hadeejah xpakai tudung
dalam hati ibu: baguslah..muhammad pandang cantik bila bertudung
muhammad: dan hadeejah x mekap..
ibu: HUHU..
hadeejah: ####@@@@****
Thursday, February 1, 2018
sakit
bila anak anak sakit... suami sakit.. mak abah sakit..
rasa lebih rela diri ini tanggung semua sakit tu dari melihat mereka sakit..
aku juga ada sakit..tapi melihat insan tersayang sakit.. itu lebih menyakitkan....
syafanallah syifaan aajilan

Tuesday, January 23, 2018
sek ren keb raja perempuan ipoh
sabtu ahad lepas..
berpeluang ke ipoh..
aku dah lama tak pergi..
bila smpai sampai.. cari kedai nak makan.. pusing pusing jumpa lah sek mgs, sek convent.. maka aku teringat sek ren aku...
sek ren keb raja perempuan...
apa yang aku igt sgt.. sek tu semua perempuan.. dan berbilang bangsa...
di sekolah itulah aku pandai cakap cina dua tiga patah.. sbb bestpren aku cina..hehe
rinduuuuu sgt...
tapi sayang.. aku cari tak jumpa.. rupanya belakang mgs tu je.. aku melilau tak lama.. sbb habibi ada kursus...
apa yang aku teringat sgt kat sekolah tu ialah.. bangunannya.. tapak peninggalan istana... ada satu bangunan tu.. tangga dia berpusing-pusing..dengan ukiran cantik...
dengar kata.. raja itu sangat suka budak perempuan,., maka raja situ dah wasiat supaya.. dijadikan sekolah utk budak perempuan sahaja... dan sebab tu sek tu nama sek raja perempuan.. hehe
wallahu alam... cayalah cerita yang didengari oleh budak darjah satu 1987 dulu.....klu betul..betullah.. kalau salah.. anggaplah itu cerita dongeng budak darjah satu...
apa pun.. saya takkan lupa CIKGU SANIAH.. guru kelasku darjah 1....
alfatihah utk beliau...samada beliau masih hidup atau telah meninggal dunia

Wednesday, January 17, 2018
makcik @ pakcik bawang
istilah popular di media sosial sekarang.. terutama di KRT
hehehe
makcik dan pakcik bawang..
huhu.. aku pun nak tergelak.. dalam masa yang sama nak mengelak..
ramai sebenarnya makcik/pakcik bawang di sekeliling kita ni.. dan tolong berwaspada.. kot kot kita tu sendiri makcik/pakcik bawang..
tak perlu sijil tinggi langit utk dapat job ni..
memadai pandai mengata atau menulis yang menyakitkan hati...
ini bukan soal.. hati tisu atau hati kering..
tapi soal bahasa yang digunakan...
kriteria lain...
suka cari salah orang... salah sendiri buat xtau..
macam pepatah..
gajah depan mata xnampak.. kuman seberang laut nampak..
lagi...
makcik/pakcik bawang ni..
suka bila kita susah..
susah bila kita suka..
aduh.. yang ni paling berat..
sedihkan...
sebab inila kriteria IBLIS...yang sangat dimurkai ALLAH..
jom semua.. mungkin kita tak dapat elak dari jadi mangsa makcik/pakcik bawang.. tapi kita boleh jaga diri kita supaya tak jadi makcik/pakcik bawang...

ops.. bawang merah kat rumah dah habis... kena pi cari ni..hihi
Friday, January 12, 2018
kuch kuch hota hei dan aku
filem gempak hampir 20 tahun dulu...
igt lagi.. waktu mula2 filem ni keluar.. aku di madi..
kawanku A dia dah tgk cerita ni di DVD...
dia ceritakan balik padaku dan kawan yang lain..atas surau lepas isyak.. 3 jam tau.. sama masa durasi filem ni berlangsung.. betapa detailnya dia cerita satu persatu.. siap memek muka
kami yg dengar.. sgt khusyuk walau ada diselangi iklan iklan tidak berbayar.. hehehe
dan semalam.. aku tengok lagi.. tengok dgn dua anakdaku...
cuma sikit yg menarik..ialah bila rahul dan anjali berkawan.. mereka ada cara khusus bergurau yang khas.. mereka sahaja yang buat... dalam bahasa purba aku.. isyarat khusus seperti tepuk tangan dan kemudian kuis hidung.
ini adalah perkara yang bagus utk kita apply jika mahu kita diingati lama oleh seseorang itu.. tak semestinya cara yg sebjik.. tp apalah apalah yang bersesuaian...kalau tak perbuatan.. boleh juga panggilan..
aku ada seorang kawan.. antara kami berdua.. kami ada satu panggilan khusus.. kami sahaja yang gunakan bila kami berbual..
dia panggil aku "bek bek"
aku panggil dia "aak aak"
kadang orang dengar.. apalah depa ni sembang.. bunyi pelik pelik
dan setelah 20 tahun... panggilan special itulah yang mengautkan kami kembali...
kita boleh buat dgn sapa-sapa... adik beradik... suami/isteri.. dan kawan-kawan... cuma make sure kamu dah mesra.. sbb kalau baru kenal.ia akan disalah anggap..
aku dgn muhammad pun ada panggilan yang spesel aku je pannggil dia macam tu.. hadeejah pun sama...
harap mereka akan sentiasa igt itu tanda kespecialan kasih sayang cinta seorang ibu utk mereka...
dengan habibi aku pun ada.... hahahaha... biarlah rahsia.....

Wednesday, January 10, 2018
nampak tua...ada aku kesah
aku tahu.. umur adalah perkara sensitif bagi kebanyakkan orang...
"janganlah tanya umur..."
"err..cer teka umur i berapa"
"umur..? rahsia..."
malah aku ada kawan... waktu kami belajar master ukm dulu.. umur pertengahan 20an je... dia cerita.. kalau dia pergi kedai.. dan orang kedai tu panggil dia makcik.. dia akan terus keluar..blah macam tu je.. ada ke panggil makcik.. jadi bini orang pun belum... malah dia kata.. dia juga pernah sound terus jurujual tu.. : panggil kak la.. bukan makcik
aku pun tak terlepas.. biasalah. orang dah azali terlebih cantik.. maka nampak lebih matang.. lebih berusia.. hahaha
ada sorang kakak ni.. aku tahu dia dalam lingkungan 40an ... dan bila kami berbual.. dia panggil aku "kakak!"
aku senyum je.. 1st..sebab rasa dihormatila konon... hehe 2nd.. aku nak tengok.. sampai bila dia akan rasa aku lebih tua atau dia rasa dia tu dah tak muda...hihihi
sampaila satu masa..dia borak tentang anak..tentang kerja.. tentang sekolah... barulah dia perasan dia tu lebih tua... dan aku masih terus senyum... dia nampak malu... dan tiada kata maaf dr mulutnya..
takpe.. ada aku kesah..
dalam kelas.. student aku hampir semua mengatakan anak aku dah besar-besar dan mungkin sebaya diorang.. dan bila aku cerita.. anak aku baru tadika.... respon diorang.. "HAAAAA!"
hehe... ada aku kesah
sorang jurujual perabot.. mula-mula panggil aku makcik.. aku buat bodo je.. terus tanya dia macam-macam... dan borak-borak mesra.. and hujung sebelum aku keluar.. aku dengar dia sebut.." terima kasih kak, datang lagi..."
aku senyum... ada aku kesah...
betul... kalau satu masa dulu.. aku mungkin kesah dengan pandangan orang tentang umur.. rasa.. iii kenapa aku nampak tua...
tapi sekarang.. aku langsung tak kesah... dan rasa ia adalah satu perkara positif yang balik ke arahku..
mungkin itu dipanggil MATANG! aku dah tak lihat nilaian mata orang.. sebab aku lebih kenal diri aku dan aku hanya perlu hargai dan syukurinya...
kita tak boleh ubah persepsi pertama orang terhadap kita.... tapi kita boleh ubah persepsi terakhir mereka terhadap kita....

Monday, January 1, 2018
Friday, December 29, 2017
29DIS2017-TARIKH MASUK RUMAH SENDIRI
alhamdulillah
antara nikmat dunia ialah kediaman yang menyenangkan
dan padaku.. menyenangkan ialah.. rumah sendiri.. walau comel..tapi besarnya kegembiraan kami dapat masuk rumah sendiri..
aku dah lama menyewa
dari belajar diploma di kuala nerang..degree di mesir..master. di bangi..
kerja 8 tahun 4 bulan di sarawak.. dan 8 bulan di kubang gajah...
hari ini 29 dis.. kami melangkah secara rasminya ke rumah kami sendri..
sejarah dapat rumah ini pun.. penuh tawa dan luar jangkaan...(nntila aku cerita)
namapun rezeki.. allah maha mengatur.. itu yang terbaik...
FABIAYYI ALAI RABBIKUMA TUKAZZIBAN

Wednesday, December 27, 2017
komen tentang 'PENDAMPING'
ni belum keluar lagi ni..
ni baru keluar aku menulis novel pendamping.. itupun macam macam reaksi ada.. hehe
nnt dah keluar novel ni.. ntah apala plak reaksinya
ini antara komen-komen dari kawan fb aku je pun.. yang mmg kenal aku samada dari sek ren, sek men, uni atau kawan sekerja...
betul.. aku dah lama tidak menulis....maksud aku menulis kreatif aka menulis novel... bagi mereka yang pernah sezaman sek men denganku.. mmg tahu aku ada menulis byk novel utk bacaan suka-suka je
yang kenal aku sebelum dan selepas sek men.. takkan tahu aku suka menulis... malah ramai yang akan anggap akulah paling malas menulis... kalauboleh semua nak main rakam dalam kepala ja...
menulis byk cabangnya... aku akui.. dari beberapa sudut aku cukup lemah penulisan dan tidak minat..jgnlah org lantik aku jadi setiausaha.. aku hanya 'setia'.. tapi tak minat 'usaha' menulis report dengan baik.. hehe
tapi dr segi penulisan kreatif.. aku sgt minat... walau aku tahu byk sgt aku perlu belajar.. aku anggap PENDAMPING adalah satu dorongan utk aku menajamkan bakat dan pengetahuanku dalam bidang penulisan kratif.

Sunday, December 24, 2017
hepy annyversary amir dan nadia ke 7
ni post kami utk annyversary 6 tahun yang lepas
http://nadiyahashim.blogspot.my/2016/12/happy-annyversary-6-tahun-baru.html
tahun ini...
macam macam plan..
tapi yang jadi nya.. di pizza hut arau ja..
hehehe
xpe.. xkisah.. yang penting kami bersama-sama dengan insan yang dicintai...

Wednesday, December 20, 2017
aku juga guru..ibu..dan pelajar
aku juga guru..
igt lagi seorang guruku ada menyebut pekerjaan gurulah yang paling senang buat pahala dan susah buat dosa...
aku akui kebenaran itu..
namun kini pekerjaan guru tidak kurang cabarannya...
anak murid tidak lagi pandang kita selaku guru.. tapi pandang kita selaku orang yang diupah untuk mengajar
ibubapa tidak lagi pandang kita sebagai guru..tapi pandang kita selaku orang gaji yang dipertanggungjawabkan jaga dan ajar anak mereka di kala mereka kerja
mungkin manusia sekarang makin bijak dan berilmu.. tapi mereka kurang beradab dan bermutu
aku juga ibu..
yang hantar anak ke sekolah minta guru mengajar anakku..
kadang terdengar rungutan anak tentang guru-guru mereka..
hati ini mahu marah dan memberontak..
tapi hati kecil memujuk... itulah bebanan guru..
tidak mampu memuaskan hati semua pelajarnya..
lalu adakah guru yang harus disalahkan sedang..dia ada lebih 20 kepala untuk dilayan
sedang kita dan anak sendiri mungkin satu atau dua..sudah mudah terlepas dari pandangan..
aku juga pelajar..
dari tadika hingga aku di umur tua..
aku masih menganggap mereka sebagai guru
walau hanya pernah mengajarku sekejap cuma
mereka tetap guruku..
yang sangat berjasa.
yang menjadikan aku sebagai AKU
biarlah aku murid yang tidak diingati.. tapi mereka tetap guru yang ku sanjung tinggi...

Subscribe to:
Posts (Atom)