relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Thursday, May 10, 2018

catatan anak sulung calon parlimen arau PRU14

[11:51 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Pagi ni sesudah solat subuh abah terus ke dapur.  Dibeleknya sorang2 cari roti. Tengok atas meja takdak.  Atas almari pun takdak. Puas dicari sendiri akhirnya bertanya mana roti?
Ni ha abah kat meja depan ni.  Kopinya dibancuh sendiri.  Abah nak makan sikit sebab nak makan ubat.
[11:51 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Tbc
[11:59 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Sesudah sarapan roti kosong cicah kopi abah naik ke atas utk mandi dan bersiap.  Harini hari penting buat abah. Abah sekali lagi dipilih untuk menjadi calon parlimen.
Ikut kudrat abah memang
[11:59 AM, 4/29/2018] Kak Bilah: Tbc
[12:03 PM, 4/29/2018] Ibumuhammadeeja💃: 😭
😭
[12:11 PM, 4/29/2018] Kak Bilah: Tak mahu bertanding dah. Abah dah 79 tahun ni. Ada wartawan tanya abah,  tahu tak yg lawan abah adalah dssk.  Abah kata tahu.  Saya tak peduli siapa yang saya lawan,  yg penting saya ikut arahan pemimpin.
Slps mandi di pelantar atas abah turun berkain pelikat dgn tshirt lusuh warna kelabu. Abah cari apa? Kakak bertanya. Cari baju melayu. Abah masuk bilik husna dan diambilnya baju yang siap digosok. Terketar2 tangan abah.  Takpa abah kakak tolong.  Boleh abah kuat lagi kata abah.  Kakak terus amik baju yang berhanger dari tangan abah.  Kakak pun nak naik atas ni.  Maih kakak tolong abah.
Kenapa abah tak pakai baju hijau kakak tanya.  Abah kata bajunya ada tapi seluar hijau tak jumpa. Kakak tersengeh. Kakak tunggu di ruang depan atas.  Tunggu abah siap.
Lamanya abah siap.  Kakak masuk bilik abah.  Rupanya abah sedang bertungkus lumus bubuh butang baju.  Terketar2 tangan abah nak bubuh butang.
[7:38 PM, 4/29/2018] Kak Bilah: Abah pegang sebatang pensel tumpul dan dijoloknya dlm lubang butang baju melayu. Lubang butang ni kecil kata abah dgn kepayahan.
Abah,  biar kakak tolong.  Dengan lembut kakak butangkan baju melayu abah. Kakak teringat masa kecil dulu masa kakak tak pandai kenakan butang. Pasti abah yang tolong kakak butangkan.
Siap segak abah pakai baju melayu kelabu kilat yang kakak beli 6 tahun dulu. Abah bersampin pelikat dan berkopiah putih.
Turun di tingkat bawah, kakak tolong abah cuci luka kaki. Kaki abah luka akibat kulit kering semasa abah tunaikan umrah disember lalu.
[7:43 PM, 4/29/2018] Kak Bilah: Abah berstokin dan mengenakan kasut baru pemberian rashdan. Rashdan ibarat anak lelaki abah yang sangat setia meneman abah setiap kali abah pergi kuala lumpur. Dibelinya untuk abah kasut berjenama istimewa. Mungkin rashdan mahukan kasut yg terbaik utk abah pakai.
[9:25 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Abah siap segak berjalan keluar rumah. Kakak sempat berswafoto dengan abah. Di luar rumah penuh penyokong berbaju hijau. Masing2 teruja bila melihat abah melangkah keluar. Abah diajak utk bergambar ramai sebelum perarakan bermula.  Sebuah toyota wish warna kelabu siap menanti abah.  Abah tak minta kereta anak2 utk membawa abah ke tempat penamaan calon. Kakak terdengar pada malam sebelumnya abah ada berbicara dengan seseorang melalui telefon yang abah nak naik saga putih milik abah pada pagi tersebut.  Abah seorang yang sangat besederhana.
[9:30 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Kakak bergegas mengunci pintu rumah supaya tak terlepas dalam konvoi perarakan. Kakak sangat teruja melihat kibaran bendera hijau bulan purnama mengiringi perarakan tersebut. Ramai penyokong parti hijau. Kakak berdoa semoga allah memberi kemenangan untuk parti kesayangan kakak ini.
Kakak tahu abah berada dalam kenderaan yang paling hadapan.  Kakak tak mampu nak iring abah terus ke pusat penamaan calon. Kakak iring abah dengan doa.
[9:37 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Lewat tengahari kakak telefon abah.  Kakak bagitahu abah yang kakak dah masak.  Kakak ajak abah makan tengahari di rumah kakak. Kakak nak abah berehat rumah kakak.  Abah tanya siapa nak hantar abah balik nanti. Kakak mengaku untuk hantar abah pulang ke rumah abah waktu petang.
[9:45 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Lebih kurang pukul 2.30 petang,  toyota wish masuk ke perkarangan rumah kakak. Kakak berlari membuka pintu rumah. Kakak nampak wajah kepenatan abah keluar dari kereta.  Kakak tahu abah sangat tidak bermaya. Muka abah pucat dan abah tidak berdaya untuk berjalan.  Kakak jerit,  abahhhh. Terus muslimin yang bersama dengan abah memimpin abah berjalan masuk rumah kakak. Kakak tanya berkali kali.  Abah ok ka.  Abah kata abah ok.  Cuma abah penat. Kakak suruh abah berehat dahulu. Kakak sebenarnya sangat cemas bila melihat abah tidak berdaya.
[9:48 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Abah terbaring atas sofa di ruang tamu rumah kakak.  Kakak ajak abah makan tapi abah tak mahu.  Penat katanya. Agak segar sikit abah bangun mengambil wudu dan menunaikan solat zohor.
[9:50 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Kakak perhati tengok abah solat. Abah cuba sedaya upaya berdiri tegak. Lama bacaan solat abah. Abah mengadu pada Allah agak kakak.
[9:53 PM, 4/30/2018] Kak Bilah: Usai solat abah baring atas kerusi. Nampak lebih segar. Abah cari kekuatan melalui solat.
Abah tidur la dulu,  kata kakak. Abah angguk setuju.

No comments:

Post a Comment