relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, May 21, 2013

kaluit..

kaluit sungguh la.. bila semua last minit..dan overdue!
hahaha.. waktu tu rasa tak  cukup masa..
buat apa pun tak kena..
klu sebelum tu.."takpa..takpa"
la ni dah "padan muka"

peringatan..peringatan..peringatan..!
rasa dah selalu jadi macam ni..
dah beringat banyak kali..
tapi tetap jadi..
yang bestnya..bila waktu macam ni..
keja seminggu..siap sehari..
yang dicari tak jumpa..
yang lama hilang dijumpai..
klau urusan dunia macam ni..
rasa boleh counterback lagi..
harap tak jadi urusan akhirat..
takde change patah balik lagi...





Thursday, April 18, 2013

saya bukan pengedar gambar lucah...

alkisah..bila di bilik,mmg tak dengar klu hp menjerit2 di ruang tamu.. tambahan lagi kalau sibuk dgn si muhammad...memang jadi pekak badak bersumbu sumbu lah..hehe

bila tgk hp..ada 7 miscall..nombor yg tidak dikenali .. aku takut ia berkaitan dgn exam atau urusan keje. aku dgn senang hati membuat panggilan.. panggilan pertama dijawab oleh seorang lelaki.. bila aku tanya: tadi ada cal no ni kan? dia terus letak.. pelik..
aku cal kali kedua.. seorang perempuan pula menjawab . bila ditanya kenapa cal saya. dia balas ; kenapa awak hantar gambar xsenonoh pada saya. banyak keping.."
" haa... gambar apa?'
" gambar lucah"
' eh..xdelah.. sy nak buat apa mcm tu..simpan pun tidak..apalagi nak edar merata"

dan dia minta maaf..sbb mungkin berlaku penganinayaan pada no saya..

huhu.. igtkan orang politik je akan jadi mangsa fitnah.. aku yang suci berdebu ni pun nak kena juga..

Wednesday, April 17, 2013

falsafah kamek pun #2 caci maki

dengan mencaci maki..
orang memang akan memandang rendah pada yang dicaci
dan orang juga tidak akan memandang tinggi pada yang memaki..

Sunday, April 14, 2013

sabar sampai bila bila...

pengalaman dari seorang kekanda..

dia baru dipindahkan semula ke semenanjung..dapat pula di negeri kelahirannya sendiri.. setelah 10 tahun di negeri orang..maka ia anggap ini adalah satu perkara yang amat melegakan..

yelah.. di negeri orang..yang jauh merentasi laut cina selatan//yang hanya boleh melalui ruang udara.. yang bukannya boleh pulang suka hati dan sampai sekelip mata.. semuanya memerlukan wang yang banyak..dan masa yang panjang..

di negeri orang itu..dia berjaya hadapinya dengan penuh kesabaran.. sabar dengan cara hidup, cara fikiran..cara dialek dan cara pengamalan agama yang berbeza..
dan bagiku..kesabaran itu sudah terbayar dengan menikmati suasana baru yang cara hidup, cara fikiran, cara dialek dan cara pengamalan agama yang sama... tapi...

" akak igtkan..di ***** dah cukup teruk dan dah cukup sabar.. tapi rupanya tempat baru akak ni.. lebih memerlukan kesabaran akak yang lebih tinggi..."

hmm...kata kata itu buat aku terfikir.. ujian Allah ni di mana -mana..
 orang lain tak rasa apa ujian yang kita rasa..dan kita juga tak rasa apa ujian yang orang lain rasa.. kan adil tu..
ALLAH MAHA ADIL...

Tuesday, April 9, 2013

falsafah kamek pun#1 maaf

'maaf ' tidak mengubah apa apa yang sebelumnya
tapi mengubah sesuatu yang selepasnya

Wednesday, April 3, 2013

Tuesday, April 2, 2013

pengetahuannya hebat..moga dia kembali

sekarang..saat ini..saat aku menaip ni.. 2 april jam 1015am, aku berhadapan dgn seorng pelajar bukan islam yang terpaksa ambil paper islam. paper aku.
kenapa dia kn amik..coz asalnya dia Islam..tp bila mak dan ayahnya bercerai..dia ikut ibunya kembali ke agama asal..kristian..dan dia dibesarkan dgn didikan kristian..hanya nama Islam dalam icnya  sahaja tidak bertukar.

so..1 jam kami berbincang soalan soalan kemungkinan keluar ptg nnt.. aku nak sangat tanya dia kenapa dia taknak Islam pada hakikinya? tapi sbb nak menjaga hubungan dan menjaga keselesaannya di hadapanku..aku pendamkan..sikit sikit aku menceritakan tentang kelebihan islam...
dan pengetahuannya hebat... hebat jika dibandingkan dengan rakan rakan muslim seangkatannya..

soalan yang 2, 3 kali dia tanya : bolehtak..orang bukan Islam masuk syurga? kejap dia sebut buddha..kejap dia sebut hindu..

aku rasa dia nak menyentuh mengenai dirinya....

aku menjawab secara ringkas.. islam dan imannya seseorang pada akhir hayatnya... mungkin dia lahir dan membesar bukan islam..tp kalau dia mati dalam iman dan islam..dia dikira ahli syurga begitu juga sebaliknya.

soalan soalan lain : ustazah, sy ada kawan..dia tak tahu dia agama apa..tapi dia cukup hormat dgn agama islam..bila azan dia hormat..bila org solat dia hormat.. masuk syurga tak?

dan soalan ini aku rasa juga adalah ttg dia ( org tua dah dapat baca yang tersirat..hehe)

moga allah beri hidayah dan beri iman dan islam padanya sebelum mati...
serbelum dia keluar..dia ucap assalamualaikum padaku.. dan ku jawab salam tanpa ragu..kerna ku tahu dia ISLAM pada keyakinannya..cuma konfius pada pemikiranya yang membuatkan dia tak tentu dalam amalannya.

Ya Allah..moga dia kembali kepadaMu...

Monday, March 25, 2013

betul..tapi macam tak kena

laman sosial mmg banyak kelebihannya..tak kurang kekurangannya.
aku masih tahap tadika terhadap semua kecanggihan yang memang tak terkejar..
xpelah..bukan tahap aku dah nak pulun semua tu.

hmm.. aku banyak dapat jumpa balik kenalan lama.. yg sekadar bertulis surat berkenalan pun kami boleh sambung berukhuwah di laman sosial maya. alhamdulillah.. ada yng smpai dah ada anak dara pun.  tak kurang jumpa kawan sekolah rendah.. kawan setadika je..aku tak pandai carik..hehe

cuma kan..ada yang aku agak terkilan..ada antara kawan lama yg mula menghubungiku semula just utk 'promote' sesuatu..bila tahu aku tidak berminat.. ditingglkannya saja aku.. huhuhu. sedangkan pada awalnya..dia yang mula menyapa penuh mesra..

betul..tak salah mempromosi apa saja yang kita perniagakan (asal halal) laman sosial adalah salah satu cara pantas mencari pelanggan.. tapi klu itu alasan utama cntact kawan lama..lepas tu, ignorekan dia bila dia xberminat.. macam tak kena je.. hmm.. :(

Tuesday, March 19, 2013

dia memang hodoh...

bila membicarakan tentang kehodohan satu makhluk Allah itu.. ala yg dibuat dari api itu.. aku hanya menakalkan apa yang orang lain pernah terlihat.. aku sndiri tak pernah lihat direct jadi tak dapat memberi gambaran yang jelas. jadi kurang perasaan untuk aku yang menceritakannya dan lebih2 lagi pada orang yang mendengarnya.walaupun macam tu..aku tetap suka menceritakannya..dan mereka suka mendengarnya..hehe

tapi dalam satu kelas ni...selepas aku menceritakannya..datang seorang pelajar.. ustazah.. sy mmg boleh nampak dia.. dia memang hodoh!
aku terkedu.. walau itu saja ayatnya..dia menyampaikan dgn penuh perasaan.. dan aku mendengar dengan penuh perasan perasaan juga..

ujarnya..dia dapat lihat sejak umur 14 tahun lagi.. dia pun taktahu bgimana dia boleh melihat. katanya: benda tu banyak lepas subuh dan asar.. huhu. ( patutla nabi larang kita solat sunat lepas subuh dan asar)

dan dia kata: dalam kelas ni pun banyak ustazah...huhu

dan selepas aku tahu dia dapat melihat, aku jadi berhati2 melihat pandangan matanya.. takut dia merenung aku dan membelalakkan mata sbb itu tandanya adanya 'benda' di sisiku.. huhu..

Friday, March 8, 2013

i really feel it..

kalau dapat panggilan tengah malam..mmg panggilan kecemasan kan..
dan itu yg berlaku semalam..jam 130 am, aku angkat telefoh.. tertera nama sahabatku..R.
"nadia..air naik..habis rumah kami..air dah sampai buku lali dalam rumah"
kata2 itu butku terbeliak biji mata...

terus ku kejut habibi minta dia lihat apa yang boleh dibuat.
kami melihat ke tingkap..air atas jalan depan rumah hampit melimpah masuk ke perkarangan. longkang besar di hadapan tidak mampu lagi menampung kehujanan yang makin lebat diselangi guruh dan petir.. huh..kalau boleh divideokan mst best kan..tp tak terpikir buat begitu semalam.

habibi terus capai payung dan keluar untuk meninjau keadaan.. aku di rumah dah tak keruan.. telefon pula K.M.. dia kata air dah masuk hingga ke bilik belakang..habis peralatan elektriknya dan kotak2 .
waktu itu aku sudah putuskan untuk angkat apa yang penting.. dan pada ketika itu.. aku rasa.. aku rasa..apa yang selama ini aku hanya lihat di tv.. aku rasa bagaimana perasaan menghadapi banjir.. aku rasa bagaimana perasaan saat saat cemas melihat air makin naik dari satu tahap ke satu tahap.. rasa yg xmungkin dlm dijelaskan sepenuhnya dgn kata kata..  i really feel it!

klu sblum itu.. berat sahaja mata memandang.. dan sekarang berat lagi bahu yang memikul..!

ni baru kes banjir kan... klu kes perang???
berat lihat di tv.. terkedu..tersentak..marah..itu hanya bila memandang..
tapi bila benar2 menghadapinya.. rasa sendiri apa yang telah mereka rasa...


Tuesday, March 5, 2013

badi..

tak suka .. takut.. dan amat amat nak dielakkan..

bukan alim pasal badi..cuma berkongsi apa yg ada..

jumaat lepas..dlm 630ptg (di sarawak..ni dah senja) dalam perjalanan ke unimas..nak hntr ubat buat sepupu di sana. tak sangka jalan masih lagi jem..sepatutnya 5-6 je jem..hmm..aku di belakang bersama anakda (macam bos daa) mulutku berpesan supaya habibi tak pecut laju takut insiden langgar punggung kereta orang berulang kembali..tengah mulut dok tot tek tot tek.. habibi tiba2 ucap :innalillah.. budak tu..budak tu..
mataku terus tertangkap pada satu jasad yang tergolek di jalan sebelah (laluan bertentangan kami)..tak terucap apa-apa..tanganku menggeletar..apalagi aku lihat sndiri wajahnya yang dipenuhi darah.. suamiku minta istigfar banyak banyak..ye lah..waktu senja..kejadian berdarah begini..dan anakda masih kecil...

kejadian itu..walau tidaklah sengeri mana..tapi bila berkait dengan darah..ia boleh membuatkan ia teringang ingang dan terbayang bayang.. ITULAH BADI!

dan malam tu..bila terjaga kerana menyusukan anakda..ada terbayang wajah itu..tapi terus istigfar..agar badi itu tidak terus mengganggu!

kongsi..apa yng ku belajar dari tok guru: bila berlaku suatu peristiwa tragis samaada pada manusia atau haiwan, maka syaitan amat meraikan perkara tersebut..maka bersekongkollah syaitan dgn pendamping (qarin) manusia dan haiwan berkenaan utk menakut nakutkan manusia yg lain. apa pun jgn takut..kita ada Allah kan.. mereka pun makhluk juga..




Monday, February 25, 2013

gigi panjang...


dah seminggu tak selesa dgn ngilu apabila minum minuman kesukaanku.. rasa hilang kenikmatan..walau rasanya tetap sama..huhuhu..
supaya minuman kegemaranku tak merajuk ..aku pun pergilah jumpa doktor gigi.. (sebolehnya nak elak sangat)
alkisah menurut doktor gigi: rasa ngilu ini disebabkan gigi awak memanjang..
aku nak pecah perut tahan gelak..tak berani nak gelak kuat kuat sbb tangan doktor di mulutku..takut tergigit jari dia..hehe

aku tak pernah dengar gigi memanjang tp bila ia disebut oleh doktor gigi..aku tak boleh nak membantahnya..bila aku cr info di internet...ooohh.. maksudnya..gusi kita akan makin mengcut dan bila gusi mengecut..gg akan nampak lebih panjang... hahaha..bukannya gigi itu makan panjang.. (betul tak, ntahla)

ok.. aku paste bnda yang aku dapat dr internet ni..baca dulu dan u all rasa betul tak seperti yang aku rasa dan faham......


PERNAH menderita gigi sensitif? Jika pernah, Anda tentu sudah tahu rasa nyeri akibat masalah ini sangat mengganggu. Gangguan ini muncul saat lapisan email gigi terkikis dan membuat saraf gigi terpapar.

Bagaimana cara mengatasinya? Untuk menghindari atau mencegah masalah berulang, ada baiknya mengenal dan menghindari faktor pemicunya. Berikut faktor-faktor pemicu gigi sensitif:

Kerusakan
Kerusakan ini umumnya terjadi akibat makanan manis. Interaksi protein dalam air liur dengan gula yang tersisa di gigi akan menciptakan plak mengandung bakteri. Bakteri dalam plak ini selanjutnya akan mengikis lapisan email gigi.

Kertakan gigi
Kertakan akan mengikis lapisan email gigi. Sebagian besar orang melakukan hal ini tanpa sadar saat mereka tidur. Kertakan gigi ini juga umum dijumpai pada anak-anak.

Menggosok gigi terlalu keras
Menggunakan sikat gigi yang terlalu keras atau terlalu menekan saat menggosok gigi juga bisa merusak dan mengikis lapisan email gigi. Karena itu, ada baiknya melakukan secara perlahan dengan sikat gigi yang tidak terlalu keras.

Pengerutan gusi
Saat gusi berkerut, biasanya akibat penyakit gusi, gigi akan terpapar, sehingga menjadi lebih sensitif.

Pemutihan (bleaching)
Proses pemutihan gigi akan membuat gigi semakin sensitif. Akan tetapi, efek ini umumnya hanya bersifat sementara dan akan pulih dengan sendirinya.

Plak
Penumpukan plak di akar gigi akan meningkatkan kepekaan gigi. 

Makanan tertentu
Mengonsumsi terlalu banyak makanan asam, seperti buah-buahan asam, tomat dan acar bisa meningkatkan kepekaan gigi.

Gigi retak
Retakan di gigi akan diisi oleh bakteri.

Obat kumur (mouthwash)
Obat kumur tertentu mengandung asam yang bisa mengikis lapisan email gigi. Karena itu, pastikan membaca label sebelum membeli satu produk tertentu.

Atasi masalah

Cobalah mengontrol makanan yang Anda konsumsi. Cara ini bagus untuk kesehatan gigi serta kesehatan tubuh secara umum. Cobaah membatasi makanan kaya gula, termasuk karbohidrat, dan makanan kaya asam.

Jika masalah kepekaan gigi Anda dipicu oleh kertakan gigi, cobalah menggunakan pelindung mulut (mouth guard) di malam hari.

Cobalah mempertahankan kebersihan gigi dan jangan lupa flossing. Flossing bisa menjangkau area gigi yang tidak tersentuh olah sikat gigi. Dan cobalah menggunakan sikat gigi berbulu halus hingga sedang. Selain itu, pastikan menggosok secara pelahan sehingga tidak merusak jaringan gusi. Di samping itu, Anda bisa memilih pasta gigi yang khusus untuk gigi sensitif. 
Sumber: Media Indonesia


Monday, February 18, 2013

amah atau stay di rumah?

16hb malam..K.M call aku nak bgth berita sorang amah hempuk dan lambung bayi seusia 4 bulan.. sama muhammad tu... geram rasa hati.
17 malam, aku sndiri menontonnya di buletin utama..berderau darah naik ke muka..rasa macam muhammad yang diperlakukan sedemikian...
kalaulah amah tu depan aku sekarang..rasa habis muka dia basah dengan ceramah aku..huhu
ibu ibu satu malaysia marah dan geram...bapa bapa satu malaysia mengutuk... ibu ibu bapak bapak di indonesia entahla..adakah mereka biasa ajarin anak sndiri begitu? ok stop..geram klu fikirkan lagi~!

msti lepas kes ini..dan banyak lagi yg telah dipaparkan..ibu ibu yang bekerjaya akan berada dalam dilema.. guna amah..duduk di rumah..atau taska?
banyakla pro dan kontra.. dan ini pendapat peribadi kami.. (aku dan habibi).. anak harta tiada harga.. jgn gadaikan keselamatan..dan yang penting peluang keemasan melihat mereka membesar dari satu saat ke satu saat...kami taknak ada tangan lain yang tiada rahmah menjaganya...

mungkin akan ada yang kata: banyak duit bolehla..klu kami ni yang tak cukup klu keje sorang..?
 tepuk dada tanya selera.. mana lebih utama?


Thursday, February 14, 2013

setia hujung nyawa..

bila kamu menjadi seorang ibu..kamu akan lebih menghargai ibumu...

Monday, February 11, 2013

hidupku kini...sebab..

kini aku ada sebab ..kenapa rasa cepat nak balik..
kini aku ada sebab .. kenapa aku suka duduk rumah..
kini aku ada sebab.. kenapa bersemangat bangun pagi..
kini aku ada sebab ..kenapa tak letih bangun dua tiga kali malam hari
kini aku ada sebab ..kenapa tak kisah tidurku diganggu
kini aku ada sebab ..kenapa pakaianku comot berbau susu
kini aku ada sebab ..kenapa rasa nak siapkan keje on time  :)
kini aku ada sebab ..kenapa kejeku tak siap langsung :(
kini aku ada sebab ..kenapa rasa hidup ini lebih beerti
kini aku ada sebab ..kenapa hidup ini bahagianya bila memberi
kini aku ada sebab ..kenapa indahnya diri dihargai
kini aku ada sebab ..kenapa nak hidup beribu tahun lagi

sebabmu sayang....

Saturday, December 22, 2012

aku soal..aku jawab..

ramai orang mempersoalkan tentang kemalasanku..kelembapan ku dalam menyiapkan beberapa perkara..

marah?
..taklah..buat apa nak marah. aku akui sikap itu betul ada padaku dan ia makin parah sejak kebelakangan ini..

punca muhammad?
eh..bukan..muhammad tak salah apa apa..walau dalam post yg lepas aku ada mengatakan ia mungkin sbb pembawakan anak.. tapi aku sedar ia kerana perkara lain..

perkara apa?
aku dalam peralihan dua cara hidup yang berbeza..dan ia mempengaruhi sikap dan tindakanku..
kalau dulu masa aku agak fleksible..dan aku boleh atur masaku mengikut keselesaanku..tapi kini tidak lagi.. masaku milik orang lain, bergantung pada keselesaannya.

jadi betullah punca muhammad?
bukan..bukan dan bukan... walaupun ada kaitan.. tapi puncanya bukan muhammad.. aku lebih salahkan diriku yang tidak pandai menggunakan banyak peluang lain yang terbuka untukku.. sebijaknya aku patut merancang dan bertindak dalam jadual yang berbeza dari dulu..dan peluangnya tetap sama..masanya juga tidak berkurangan..hanya memerlukan kepandaian dan kerajinan..

peninglah ayat tu...ringkaskan...
ok..aku explain. Allah menaikkan tarafku menjadi seorang ibu..menganugerahkan aku harta tiada ternilai dan dalam pada masa yang sama Allah mengujiku adakah aku bijak menggunakan anugerahnya. dan dalam ujian itu..aku gagal sedikit.. dan wajarkah  disalahkan anugerah Allah atas kegagalan itu?

ok..hampir faham..
pokoknya...walau tanggungjawab bertambah..allah tetap akan mudahkannya jika kita pandai mencari jalannya.. :)


Saturday, November 10, 2012

biar susah tapi bahagia...
dari senang tapi derita... :)


orang cakap bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah

tapi utk bahagia..susah ke senang ke..tetap kita boleh rasa kalau kita ikut caranya