relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, August 20, 2014

seni itu kreatif.. atau kreatif itu seni?

awak ni senila..
mst awak kreatif..

awak ni kreatif...
berseninyaa...

ramai kata klu seseorang tu kreatif dia mst seni.. atau sebaliknya..
bagi saya.. dua tu berbeza la..

seni tu takrifnya.. errr... apa ntah hahaha.. cuma bahasa mudah.. menarik perhatian tentang kehalusan dan kecantikannya..juga kekemasannya..

kreatif tu plak.. sesuatu idea segar dan asli.. bukan tiru.. bukan juga lakonan.. ia unik!

lain kan... hmm..
org yang seni kadang ia teliti dan cermat.. focus maka hasilnya sesuatu yang menarik..wlupun org lain ada juga buat bnda yang sama...atau atas idea org lain.

org yang kreatif..buat sesuatu atas inisiatifnya sendiri.. caranya sendiri dan maka hasilnya sesuatu yang unik.. walau x cantik.. hehehe

hmm..saya xsuka orang kata saya ORANG SENI... tapi saya suka orang panggil saya ORANG KREATIF!!!
 ;)

Thursday, August 14, 2014

byk cerita di sebalik satu cerita...

satu cerita.. ada banyak cerita di belakangnya..
dan kita je yang menyembunyikan banyak banyak cerita itu sbb kita hanya nak tonjolkan 1 je cerita..kononnya itu MAIN POINT.. sdgkan byk kisah di sebaliknya yang disembunyikan..
bukan kisah politik je.. bukan juga kisah ekonomi..

tapi cerita cerita lain juga.. boleh tak kita cakna semua cerita..walau hanya nak tahu satu cerita..

sbb takkan jadi satu cerita PENTING tu tanpa cerita cerita yang lain..

Saturday, August 2, 2014

switch mood...refresh minda..

Dari mood raya.. akan bertukar ke mood keje...
Hmm.. bnda ni normal dan semua org rasa..dari budak sekolah smpi pd yg dah pencen..
Perlu ada pertukaran mood ni utk refresh kan mental, jasmani dan rohani...
Dulu ada seorang ust saya cakap.. bagus klu  kita berpindah randah..mengembara sbb ia akan mengubah mood.. dan bila mood berubah akan ada yg direfresh..
Dalam islam pun..diatur pelbagai aturan dan disiplin..ia utk perubahan mood..
Hmm.. ok.. mood malas dah bertukar ke mood teruja.. :)

Sunday, July 27, 2014

bila rasa kemeriahan raya?

Raya best kan...
Tapi perasan tak.. best raya tu..mula rasa bila?
Pada saya, raya tu best pada persiapannya.. tambah tambah seminggu sblum raya..
Dan lagi terasa bila dalam persiapan nak packing balik kampung. Setiap detik tu dengan kemeriahan dan keterujaan..

Pastu sehari sebelum raya lagilah.. sibuk itu ini.. wlu bukanlah rajin sgt pun.. tp tengok org lain rajin.. kita pun nak rajin...
Pastu takbir malam raya.. wah.. best best best..

Pagi raya.. siap ke solat raya.. jmpa org jauh dekat.. kenal x kenal tetap bersalaman.. meriah.. dgn jerik pekik sorakan anak anak..lagilah...

Dan bila mood raya mula habis yea... bila mula packing nak balik tempat keja.. huhu.. bila mula tgk emel emel rasmi.. bila mula dipanggili oleh panggilan tempat kerja.. dan kala itu kemeriahan raya sudah bertukar ke mood kerja..dan kembali seperti biasa...

Wednesday, July 23, 2014

penghibur...

Rumah semak... hati lapang..
Makanan bersepah... tapi jiwa tenteram..
Penat layan karenah.. tapi terhibur dgn keletah..


Tuesday, July 22, 2014

world war III ?

Minum copy.. makan paste...

TRAGEDI MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA
DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN

Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu
pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat
MAS MH17 respon kepada tuduhan yang
dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak
barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa
Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab)
pembentangan tersebut dibawah :-

http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia-
bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah
sangkal dan keluarkan bbrp bukti.

Bagi yang tak
tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat
menerusi gambar video. Habis "telanjang" Ukraine.

Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg
telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg
terdapat jet fighter yg mengekori MH17.

Maruah
Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua
kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk
kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah
milik Ukraine.

Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan
sebelum hilang dari radar Russia.

2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada
dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.

3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp
buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan
tempat kejadian.

4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (>
110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (>
82,000 kaki).

5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan
sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk
walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti
penerbangan dari mana2 pihak tentera.

6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17
dan lencongannya.

7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft
missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar
laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:

1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj
kes kapal kargo AN-26 terhempas.

2. Terdapat self propelled launching system dan 2
system utk loading (Gambar 2).

3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu
5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).

4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile
system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis
pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).

5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai,
anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ
(Gambar 4).

6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki
BUK-M1?

7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-
Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang
anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:

1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.

2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.

3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti
aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan
kwsn tragedi MH17.

4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti
aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:

1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap
maksima iaitu 9 buah.

2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula
8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari
tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.

3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun
hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan
pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:

1. Gambar pada 17 Julai.

2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil
dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter
Ukraine.

3. Empat buah kapal komersil adalah MH17,
sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore)
dan sebuah lagi Paris ke Taipei.

4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian
10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan
masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn
MH17 adalah 3-4km.

5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia
berkata mungkin misil udara ke udara dari jet
fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut
boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil
sampai pada target iaitu 5km.

6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine
terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:

1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara
Russia (pangkat depa den tak tau, sori)

2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara
Russia.

3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan
Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan
kelajuan.

4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak
pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah
lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar
tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat
pengesan secondary.

5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih
berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:

1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US
mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg
melancarkan missile dari BUK tapi sehingga
sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar
bukti tersebut.

2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter
mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh
pihak Russia.

3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang
menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui
sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan
Russia.

4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam
video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah
15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine
masih menguasai kawasan ini.

5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya
pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut,
ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya,
kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir
ia diisi dengan misil?

6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri
sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.
Russia akan menghantar kesemua laporan pada
kesatuan Eropah dan Malaysia.

Akhir kata:
Terasa seperti di ambang WW3.



Malas nak ulas.. malas nak fikir.. malas nak tahu lanjut.. :(

Tuesday, April 15, 2014

raba xdak sekupang dah....

Anakda makin banyak ideanya.. maka ibunya makin perlu lebih berjaga jaga..
Apa yang dalam kotak pensel..pasti akan dikastam oleh anakda.. dan bnda yang dia paling suka... raba aka pemadam.
Dan peliknya..bila dah dia dapat..mst hilang sampai xketemu lagi.. xkan makan kot...

Bila pi kedai..nak beli lagi.. tetkejut.. raba harga dia... paling murah 70 sen... wow.. kebanyakkan nya rm1... tu dia... mana pi raba sekupang... ?

Huhu.. anakda.. sbb raba dah naik haRga.. ibu pun kena jual mahal.. xleh dah main raba.. main hat lain.. hat xnaik harga.. tak tau lah nnt zaman dia sekolah ..ntah ntah raba harga rm5... salah sapa ek?

Sunday, April 13, 2014

cerita gedik...

Habibi : citer apa malam ni....
Aku: drama melayu... best gak ni..
Habibi: la..awat cerita ni gedik sangat...

Sambil tukar channel...
Aku: klu citer ni?
habibi : gedik jugak....

La..ada ke citer melayu yang tak gedik.. adoi.. kdg nak berhibur cara halal tgk drama pun susah.. susah nak cari yg x gedik... hehe..aku jelah yg mengarah drama... tergedik lak aku tetiba nak jadi pengarah.. haa haa.. gedik jugak... hahahaha

Thursday, April 3, 2014

bodek lecturer...?

Aku terbaca satu post salah sorang student aku " betul ke time time nak periksa ni kena rapat rapat, buat baik dgn lecturer supaya senang diorang bagi markah lebih?"

Wlupun..itu post berbentuk soalan.. aku tanya balik pd diri aku.. betul tak?
Hmm..aku terus gelengkan kepala... aku bukan jenis senang dibodek.. tapi aku terkesan dari sudut adab...dan akhlak..

Dulu dulu... waktu aku di alam persekolahan.. setiap kali nak exam.. km akan berjumpa dgn guru..atau pensyarah.. dan minta halal serta maafkan klu ada salah silap.. kami buat bnda tu dr sek men.. kolej..smpila ke al azhar.. cuma bila masuk ukm.. aku xbuat..sbb aku xde geng sekelapa.. ehh..sekepala...
Tujuannya apa? Bukan bodek...tp mnta kap ba ra kap alip ta nun... keberkatan....
Ini apa yg aku alami... apa yg aku lalui... klu lah guru tu..        setle 0-0 dgn kita ertinya xde smpan dendam sakithati, kecik hati atau apa apa... aku akn mudah faham, igt, hafal dan jawab soalan nya.. tp klu ada yg x selesai.. maka jadilah sebaliknya... betul...

Berbalik pd post student aku td... buat baik atau rapat bukan utk bodek... tp utk amik kap ba ra kap alip ta nun.....


Wednesday, March 12, 2014

sampai termimpi mimpi...

MH 370..
huh.. semua pening kepala..mana nak cari ni..
aku yang ntah sapa sapa dalam episode kehilangan ni pun tumpang rasa kemisteriannya.. sampai termimpi mimpi..

mimpi..studnt aku lambat masuk kelas sbb terbabit dalam penerbangan mh370 la
mimpi aku jumpa kapal terhempas lah
mimpi aku pergi naik kapal terbang cari di gunung kinabalulah..

aku xnak buat apa apa spekulasi.. namun aku juga antara yang berdoa.. walau apa pun yang berlaku..semoga mereka yang terlibat selamat...

andai aku dikalangan keluarga mereka..pastiku gusar dan hidup ini bagai terhenti semntara..

andai aku di kalangan mereka (mangsa) pastiku bangga..terpilih antara berjuta..menjadi tumpuan seluruh dunia.. samada hidup atau mati..pasti namaku dikenang selamanya.. namaku disebut ramai manusia.. sedekah al-fatihah dan yaasin  pasti berganda ganda..

Monday, March 3, 2014

bila dihargai...


Dihargai untuk kita lebih menghargai
TAPI.......

Menghargai bukan untuk dihargai...

Tuesday, February 25, 2014

kelam dan kabut..




inilah status saya sekarang.... hehehe
tapi kan...
makan tetap kenyang
tidur tetap lena..
mandi tetap basah... :)
 


Monday, February 17, 2014

smartphone... hamba ku...

huh.. xterkejar teknologi sekarang ni.. belum habis belajar yang ni.. datang pula jenis baru..
hohogho..

dan aku , xterkecuali rasa teruja dgn bnda2 baru ni..
tujuan utk melicinkan tugas.. utk nampak lebih teratur.. dalam erti kata.. itulah hamba abdi kita zaman moden.. tukang gerak, tukang igtkan tarikh tarikh tertentu.. tukang simpan dokumen.. tukang ambik gambar, tukang hiburkan tuan dgn game gamenya..hehe

huh..tp kan.. rasa mcm lebih tak teratur je.. hahaha.. dgn cepat habis baterinya.. dgn line tenet yang slowwwww... dgn nak kawal dari anakda lagi.. huhu.

betullah.. klu kita silap kendalikan barang.. kita jadi hamba dia, bukan dia jadi hamba kita..

Wednesday, February 12, 2014

wordless wednesday2014# bahagia



saya pilih malaysia
opps...
saya pilih BAHAGIA... :)
 dunia dan akhirat... ameeeeeen

Tuesday, February 11, 2014

ini bukan cobaan... ini betul betul..

sabar bila kena cobaan.. betul.. memang sabar..tapi kena tambah satu lagi.. REDHA..ini yang payah.. selalu bila dapat cobaan..kita akan tertanya..apalah silap aku.. apalah dosa aku.. bukan tak boleh.. tp takut ada rasa xpuas hati.. cth :  org lain buat..ok je.. errmm..sebelum ini aku buat xde plak jd mcm ni..

cobaan bukan sekadar cobaan.. ini betul betul.. betul betul tuhan uji..kerana dia sedang 'berbicara' dengan kita... Dia 'panggil' kita...

kita selalu anggap kita 'Tuan' pada Tuhan.. apa kita nak..kita nak Tuhan tunaikan..apa kita taknak kita xmahu Tuhan berikan. siapa kita?????????

sbb tu REDHA tanda sifat seorang hamba... nak banyak tp dapat sikit... REDHA.. nak yang itu, tapi dapat ini...REDHA.. xmau kehilangan, xmau kesakitan, xmau kesusahan..tapi klu dapat.. REDHA..

nak REDHA ni..dgn kita rasa ALLAH beri yang TERBAIK utk kita...

ini bukan cobaan..ini betul betul betul... ALLAH tak pernah ZALIM...buat sesuatu tanpa tujuannya.. menghukum sesuatu tanpa alasannya, memberi sesuatu tanpa sebabnya, mengambil sesuatu tanpa hikmahnya... :)

Thursday, January 30, 2014

kajang..kajang..kajang..

popularlah kajang secara tibatiba..dulu pekan kecil ni hanya popular dgn satenya (sate kajang) ..atau dengan kertasnya (kertas kajang..apa kena mengena ntahla)

dulu..aku dan kajang memang rapat..
stesen bas kajang..itulah transitku..dalam 3 tahun....
bandar kajang yang xpernah sunyi.. penduduk kajang yang lebih banyak org luar dr org sendiri..stesen keretapi kajang..yang pegawainya langsung tidak mahu menolong..
hospital kajang..yang rapat rapat katilnya.. sampai tepi meja nurse pun ada katil..
mahkamah kajang..tmpat buat kajian...kes cerai yang kadang hanya 'kerana sayur xde belacan'..:)
balai polis kajang..tempat report hilang kereta dulu..

itulah memoriku tentang kajang...
memori yang indah..dan hampir terlupa..bila meletop isu kajang.. memori memori ini juga meletop bersama..  aku bukan pengundi kajang..namun aku tetap mengharapkan kajang akan mendapat yang terbaik untuk mereka..

Wednesday, January 15, 2014

Suami pangku isteri..

suami pangku isteri.. ok kan?
klu di khalayak ramai?
errrr... klu ibu pangku anak tu biasa laa..

haha.. semalam habibi bgth..di airport dia nampak seorang suami memangku isterinya. dan isterinya tidur nyenyak atas pangkuan..walau di airport.. walau di laluan orang .. walau banyak mata memandang..

hmm.. kita fikir positif: mungkin si isteri terlalu mengantuk.. dan tidak selesa tidur sambil duduk..maka tidurlah dia atas pangkuan..
anak kita pun..kalau dapat tidur atas pangkuan..nyenyakknya 2 kali ganda berbanding tidur di bawah..

oh yea.. lupa nak bgth.. pasangan berkenaan omputeh.. mungkin mereka sudah biasa begitu.......dan kita tidak terbiasa..maka rasa terbisa mata. :)

Monday, January 13, 2014

xnak hutang..tp tetap kena hutang

seronok tgk org xde hutang..
aku xsuka berhutang..tp xdpt elak dr hutang... hutang kereta..hutang kad..

alkisah..aku nak buat rumah..atas tanah yang dihadiahkan (hehe)
atas prinsip xnak menambah hutang, pergilah aku ke KWSP..nak keluarkan wang sendiri utk buat rumah. igtkan keluarkan duit sndiri itu senang..tp rupanya lebih susah dr permohonan loan.
KENAPA?!!!!

duit sndiri..selagi yang datang tu mmg empunya nya.. xperlu nak di sibuk utk apa.. dan bila dah tahu keperluannya (rumahkan mmg satu keperluan asas) kenapa banyak sgt syarat yang menyusahkan?

ada ke.. syarat keluarkan duit utk buat rumah.:
1) tanah atas geran sendiri ( utk tukar nama..habis ribu raban tau..tukar nama je..)
2) rumah dah siap 30% ( nak amik duit mana 30%  buat rumah tu.. nak suruh org buat loan la jugak tu)
3) resit resit perlu disimpan utk urusan claim ( claim? duit sndiri oii..bukan duit org!)

hmm.. aku xbising sangat klu ketatkan syarat pinjam..sbb bukan duit kita!!!
tapi bila syarat ketat utk keluarkan duit sndiri..mana boleh diterima..!!!

tolonglah memudahkan urusan orang yang xmahu berhutang... (rayu sangat ni)

sabar sabar..jgn marah marah..coooooooooooool... ! hehe

Thursday, January 9, 2014

azam tahun baru 2014

bismillah..
xpelah..dah terlewat 9 hari pun..tetap nak rakamkan utk diri sndiri..
2014 bagi ku dilihat sebagai tahun yang mencabar dalam semua bidang..dan untuk itu aku azamkan utk tingkatkan taqwa. kerana taqwalah ..kunci jalan keluar segala cabaran tadi.

wa man yattaqillah yajal lahu makhraja..
"siapa yg bertaqwa kepada Allah, dijadikan baginya jalan keluar ..."
 
aku bukan yang terbaik..tapi aku berharap segalanya akan jadi yang lebih baik..