relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, July 22, 2014

world war III ?

Minum copy.. makan paste...

TRAGEDI MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA
DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN

Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu
pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat
MAS MH17 respon kepada tuduhan yang
dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak
barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa
Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab)
pembentangan tersebut dibawah :-

http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia-
bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah
sangkal dan keluarkan bbrp bukti.

Bagi yang tak
tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat
menerusi gambar video. Habis "telanjang" Ukraine.

Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg
telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg
terdapat jet fighter yg mengekori MH17.

Maruah
Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua
kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk
kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah
milik Ukraine.

Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan
sebelum hilang dari radar Russia.

2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada
dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.

3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp
buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan
tempat kejadian.

4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (>
110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (>
82,000 kaki).

5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan
sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk
walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti
penerbangan dari mana2 pihak tentera.

6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17
dan lencongannya.

7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft
missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar
laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:

1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj
kes kapal kargo AN-26 terhempas.

2. Terdapat self propelled launching system dan 2
system utk loading (Gambar 2).

3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu
5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).

4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile
system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis
pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).

5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai,
anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ
(Gambar 4).

6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki
BUK-M1?

7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-
Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang
anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:

1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.

2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.

3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti
aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan
kwsn tragedi MH17.

4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti
aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:

1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap
maksima iaitu 9 buah.

2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula
8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari
tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.

3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun
hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan
pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:

1. Gambar pada 17 Julai.

2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil
dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter
Ukraine.

3. Empat buah kapal komersil adalah MH17,
sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore)
dan sebuah lagi Paris ke Taipei.

4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian
10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan
masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn
MH17 adalah 3-4km.

5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia
berkata mungkin misil udara ke udara dari jet
fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut
boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil
sampai pada target iaitu 5km.

6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine
terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:

1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara
Russia (pangkat depa den tak tau, sori)

2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara
Russia.

3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan
Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan
kelajuan.

4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak
pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah
lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar
tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat
pengesan secondary.

5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih
berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:

1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US
mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg
melancarkan missile dari BUK tapi sehingga
sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar
bukti tersebut.

2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter
mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh
pihak Russia.

3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang
menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui
sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan
Russia.

4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam
video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah
15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine
masih menguasai kawasan ini.

5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya
pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut,
ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya,
kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir
ia diisi dengan misil?

6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri
sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.
Russia akan menghantar kesemua laporan pada
kesatuan Eropah dan Malaysia.

Akhir kata:
Terasa seperti di ambang WW3.



Malas nak ulas.. malas nak fikir.. malas nak tahu lanjut.. :(

No comments:

Post a Comment