relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, January 15, 2014

Suami pangku isteri..

suami pangku isteri.. ok kan?
klu di khalayak ramai?
errrr... klu ibu pangku anak tu biasa laa..

haha.. semalam habibi bgth..di airport dia nampak seorang suami memangku isterinya. dan isterinya tidur nyenyak atas pangkuan..walau di airport.. walau di laluan orang .. walau banyak mata memandang..

hmm.. kita fikir positif: mungkin si isteri terlalu mengantuk.. dan tidak selesa tidur sambil duduk..maka tidurlah dia atas pangkuan..
anak kita pun..kalau dapat tidur atas pangkuan..nyenyakknya 2 kali ganda berbanding tidur di bawah..

oh yea.. lupa nak bgth.. pasangan berkenaan omputeh.. mungkin mereka sudah biasa begitu.......dan kita tidak terbiasa..maka rasa terbisa mata. :)

Monday, January 13, 2014

xnak hutang..tp tetap kena hutang

seronok tgk org xde hutang..
aku xsuka berhutang..tp xdpt elak dr hutang... hutang kereta..hutang kad..

alkisah..aku nak buat rumah..atas tanah yang dihadiahkan (hehe)
atas prinsip xnak menambah hutang, pergilah aku ke KWSP..nak keluarkan wang sendiri utk buat rumah. igtkan keluarkan duit sndiri itu senang..tp rupanya lebih susah dr permohonan loan.
KENAPA?!!!!

duit sndiri..selagi yang datang tu mmg empunya nya.. xperlu nak di sibuk utk apa.. dan bila dah tahu keperluannya (rumahkan mmg satu keperluan asas) kenapa banyak sgt syarat yang menyusahkan?

ada ke.. syarat keluarkan duit utk buat rumah.:
1) tanah atas geran sendiri ( utk tukar nama..habis ribu raban tau..tukar nama je..)
2) rumah dah siap 30% ( nak amik duit mana 30%  buat rumah tu.. nak suruh org buat loan la jugak tu)
3) resit resit perlu disimpan utk urusan claim ( claim? duit sndiri oii..bukan duit org!)

hmm.. aku xbising sangat klu ketatkan syarat pinjam..sbb bukan duit kita!!!
tapi bila syarat ketat utk keluarkan duit sndiri..mana boleh diterima..!!!

tolonglah memudahkan urusan orang yang xmahu berhutang... (rayu sangat ni)

sabar sabar..jgn marah marah..coooooooooooool... ! hehe

Thursday, January 9, 2014

azam tahun baru 2014

bismillah..
xpelah..dah terlewat 9 hari pun..tetap nak rakamkan utk diri sndiri..
2014 bagi ku dilihat sebagai tahun yang mencabar dalam semua bidang..dan untuk itu aku azamkan utk tingkatkan taqwa. kerana taqwalah ..kunci jalan keluar segala cabaran tadi.

wa man yattaqillah yajal lahu makhraja..
"siapa yg bertaqwa kepada Allah, dijadikan baginya jalan keluar ..."
 
aku bukan yang terbaik..tapi aku berharap segalanya akan jadi yang lebih baik..

Wednesday, December 18, 2013

vet soalan kita...

rasanya semua pengajar setuju.. membina soalan akedamik lebih sukar dari menjawabnya..
berhari-hari..dan berperingkat peringkat untuk vet soalan yang hanya untuk dijawab dalam masa 2 jam..

tapi alangkah bagus juga kita vet soalan soalan harian kita..
kita kalau nak tanya sesuatu kat orang lain..main tanya tanpa kita lihat kesan soalan iitu pada perasaannya..

alkisah, aku mengambil pengajaran dan berkongsi apa yang aku dengar..
seorang kakak ni dia dakwa, dia cukup xsuka ditanya soalan yang mencabar kesabarannya..

cthnya:
seseorang yang sudah lama kahwin dan masih xdikurniakan cahaya mata / seseorang yang tak kawin lagi / seseorang yang belum ada kerja tetap / seseorang yang ahli keluarganya masih sakit ,, kemalangan  atau meninggal dunia... etc.

soalan biasa: KENAPA ?
sedangkan bukan semua perkara di atas ada sebabnya.. kadang benda itu sudah dielak, sudah dirancang sebaliknya tapi Allah sebaik baik Yang Merancang..

kan bagus tukar kepada BAGAIMANA?
bagaimana dia tabah menghadapi...bagaimana dia masih boleh tersenyum.. soalan berbentuk ini akan mendatangkan kesan positif kepada yg ditanya berbanding bentuk soalan di atas..

jom pakat pakat kita vet.. :)


Wednesday, December 4, 2013

Wednesday, November 27, 2013

tanggapan .. sangkaan...

sama sekali kita tidak bisa ubah tanggapan pertama orang terhadap kita..
tapi kita bisa bina tanggapan terakhir mereka tentang kita.. :)

Wednesday, November 13, 2013

rindu 10 tahun yang lampau

memang betul.. zaman belajarlah..zaman yang paling best sekali..
waktu tgh belajar dulu..dah ada orang cakap macamtu..
tapi rasa time tu : xde apalah yg best..duit pun harap mak abah..nak ke mana pun tak bebas.. due itulah..due inilah.. masalah kawan kawan..kekeliruan membina identity.. dan macam2lah masalah remaja..hehe

tapi bila dah lama di alam pekerjaan.. dan kebetulan terlibat dengan konvo semalam.. tengok pelajar2 happy ambil diploma/ijazah.. terus rindu 10 tahun lepas..dan aku akui..zaman belajar paling best!

rindu zaman..bangun pagi..berebut bilik air...itu satu pasal..berebut jamban pun jugak..
rindu zaman berebut iron..siap cup cup...lepas ni siapa ..dan siapa..
rindu zaman ramai2 berjalan ke kuliah..masa lecturer takdak..kenyih sampai ke telinga..
rindu zaman ramai2 cari bahan rujukan di library.. duduk 2 jam..tapi yang membaca betul 20minit je..
rindu zaman buat perbincangan..tukar tukar nota..salin salin jawapan..
rindu zaman kongsi makan.. Nasik sebungkus sampai 5 orang..
rindu zaman ramai2 pergi outing ke Bandar.. tunggu bas..kejar bas..tertinggal bas..
rindu zaman aktiviti dgn junior..dgn senior..dgn staf staf semua
rindu zaman peperiksaan.. makan tetap kenyang.. tidur tetap lena..
rindu zaman langkah terakhir aku tamat sebagai pelajar...
walau aku mula belajar balik pun..tak sama rasa apa yang aku pernah rasakan dulu.... :(

Sunday, October 27, 2013

nama pendekku DIDI.. hehe

mak ayah dah letak elok elok nama utk kita..
tapi bila kita dah ada akal sikit..konon nama yang kita dah dapat tu tak best.. tak komersil..

hehe..pastu dok ubah nama..ada yang mmg nak sembunyi terus nama asal.. dari awang.. jadi awie..
dari khadijah jadi kathy..

salah ka?
tak salah..malah harus kalau nama asal tu membawa makna yang buruk.. rasulullah sndiri pun pernah menukar ama sahabat sahabatnya. memberi gelaran yang baik pun tak salah.. rasulullah sndiri mempunyai beberapa nama gelaran.. dan baginda sendiri memanggil isteri isterinya dgn nama manja tersendiri..

yag tak betul... nama asal dah elok.. pi tukaq nama yang tak elok atau yang tidak ada makna.. itu yang tak kena.. adohai...

maka teringat la aku waktu zaman tak berapa nak cerdik..mumayyiz 50%.. kawan2 pakat dok tanya apa nama pendek.. nama aku mmg dah pendek.. nak pendek macam mana lagi...
tapi sbb takmau kalah dgn kawan kawan.. aku pun letak nama pendek aku DIDI... hahaha.. tapi tak lekat lama.. sbb lepas tu ada artis nama tu keluaq tv.. terus aku jadi tak suka nama tu.. hehe

bahagialah dan berbanggalah degan nama asli kita..kerana nama itulah yang akan diseru di BARZAKH dan di SANA...


Friday, October 25, 2013

bila dengar bicara orang lama...

makin kita berusia..segalanya2 berubah samada kita mahu atau tidak.. kita sedar atau tidak..
cara dan topik kita berbual pun berbeza..

dulu zaman sekolah rendah..kita akan cerita mengenai pakaian baru kita..kasut kita ada berapa..
zaman sekolah menengah.. mula berbicara soal hati..soal minat pada artis mana..fesyen pakaian..
bila masuk u..berbicara soal jenis hp..pc terkini..tempat shoping atau hiburan yang best..
bila dah keje..berbicara soal rumah..kereta..pinjaman..
bila dah beranak.. soal anak suka buat apa..anak dah tumbuh gg ke belum..

dan bila semua2 itu sudah berlalu..akan ada satu masa.. kita akan berbicara soal penyakit dan kematian..

aku tumpang dgr bicara orang lama...
" si polan, mati mudah je.. pagi keluar pergi pekan..beli barang.. balik tu duduk rehat kejap terus meninggal."
" si polan minta mati kat rumah, walau kerap masuk hospital, tapi tuhan ambil juga nyawa dia di rumah"
" aku ni dah takmau makan ubat apa apa dah.. kalau nak mati tu..mati jugak'
" sakit sakit tulang belakang, buat kerja banyak tak larat, aku rasa aku dah tak lama lagi"

walau aku hanya tumpang mendengar..aku juga tumpang merasa keinsafan...dan tumpang rasa dah tua.. ;)

Friday, October 11, 2013

bila berbicara tentang cinta..

semalam..jumpa kekawan..yg kebanyakkan masih bujang..
aku bertanya macam mengusik tapi ada seriusnya juga " adakah akan mencari jodoh sefikrah?"
mcm2 jwpan..ada yg mmg nak..ada yg xkisah..

hmm.. bila banyak pilihan.. sukar untuk menentukan..
bila tiada.. rasa apa yang datang itulah ketentuan...

jangan rasa kita yang memilih..
jangan rasa..kita yang buat keputusan..
jangan rasa..org itu atau orang ini yang aturkan...

serah pilihan itu pada Allah.. Dia terbaik memilihnya..


smbil ni..smbil tgk DILTO PAGAL HAI..
nak gelak pun ada..part menyalahkan tuhan bila cinta jadi bersegi2..

adik adik yang belum bertemu jodoh..
dengar ni pesan akak...(hohoho)
kita mmg nak yang terbaik.. tapi igt minta kat tuhan.. "yang terbaik untuk kita"
kadang kita jumpa org baik.. tp dia bukan terbaik utk kita..
kadang kita jumpa org biasa biasa.. tp dia 'terbaik untuk kita'
bila kamu pasti pilihan itu pilihan tuhan.. ia sentiasa TERBAIK!

Wednesday, October 2, 2013

semua ni pasal sapa?

klu pasal invigilate..mmg macam2 citer.. hahaha,
alkisah utk semester ni aku kn 4 kali invigilate.. 3 di awal2 peperiksaan, 1 di tgh2 dan hanya standby..
aku dah bersedia awal cara2 menghadapi ke'boring'an menunggu..mcm2 dah ready dlm kepala ku.hehe

tiba2 F mintak tukar dgn aku..sbb dia ada urusan pnting yg lain..dia ambil invigilateku hari pertama..dan bertukar dgnnya invigilate hari weekend..tp hanya standby. aku menyahut dgn senang hati.. boleh bangun lambat dgn Muhammad..hahaha.

dan pagi 1st tu..jam 830 " akak, knp sy sorang je ni..xde pun kak *****."
aku dah gabra.. aku mntak dia berurusan dgn bilik gerakan. aku faham betapa gentingnya situasinya.

dan ptg ku aku berjmpa dgnnya " akak tahu kak, mcm2 sy kena pg td, dahla kakak **** tu lambat, kertas jawapan x cukup, kena marah lagi.. macam2 kena pagi tadi.
aku menyahut simpati "klu F tak amik alih, akak la yg kena semua tu.. sian kat F"
dia balas: " saya pulak rasa, klu akak yg duduk tmpat sy tadi, xjadi macam tu"

dan kemudian aku bersedia utk menggantikan tmpatnya.. adakah aku akan menghadapi situasi sprit yang dia ambil alih tempatku.

aku smpi awal, slps mendaftarkan diri..aku mendudukkan diri di kerusi berdekatan..menunggu klu2 ada kelopongan untuk aku isi.. bersamaku 3 sahabat lagi yg jugak sama status 'standby'. tiba2 kami dipanggil dan brth ada2 kekosongan, ertinya 2 dari kami kena 'bekerja' dan 2 lagi boleh 'enjoy'..
 caranya menentukannya adalah dgn cara undi.

aku dah gelabah..biasanya klu bab undi..aku selalu kalah..huhu. undi pertama, semua xkena.. coz kertas undian dibuat lebih.. haa..selamat!
undi kali ke2..jeng jeng jeng.. 2 org rakanku ku dengar mereka mengeluh..dan bila ku buka kertasku..ye.. selamat lagi.. "KITA ENJOY".

mulalah dlm kepala ni teringat F..klu dia di tmpatku..adakah dia bernasib baik sprti ini?
huh..aku mula beristigfar..mintak ampun dari dosa igt soal ong..tuah individu dan sial..
semua ni pasal sapa?

ALLAH!... :)

Wednesday, September 25, 2013

tekanan yang bagus...

tekanan yang bagus ialah tekan+an yang menolak kita ke depan
bukan yang membuatkan kita ke belakang..atau tidak dapat bergerak...
 
 
 
huh..aku sedang ditekan sekarang..dan aku sedang ditekan bergerak ke depan..hehehe

Saturday, September 21, 2013

masjid laksana tandas/kedai runcit/pasaraya?

ni yang aku quote dari seorang ilmuan..
menarik untuk sama-sama kita fikirkan...

apakah tanggapan kita terhadap masjid?

tandas         : tak suka pergi, tapi dah terpaksa..kenalah pergi..dan duduk kejap saja
kecai runcit : hanya pergi bila ada keperluan dan duduk kejap saja
pasaraya     : takde keperluan sangat, tapi rasa seronok nak pergi..dan duduk lama lama..

 @  





@

Friday, September 20, 2013

apa yea alfatihah?

apa yea alfatihah?

aku bagai dihempap batu bila dibalas begitu oleh seorang pelajar MUSLIMAH..bila diminta bacakan alfatihah (tujuan pemarkahan)


rasa sedih..
lebih sedih dari dengar berita minyak naik..
lebih sedih dari lihat kekejaman di Syria dan Mesir.
lebih sedih dari kehilangan duit RM100..

sedihla..sampai nak taip banyak banyak pun tak boleh..sedih.. huhuhu.

Wednesday, August 28, 2013

penakut..halus hati?

makin hari..makin aku risau keadaan dunia sekarang.. berita mengejutkan..menyedihkan berlaku di mana-mana..
bila aku bukak facebook..ada beberapa post aku xdapat baca..dan ada yang aku tak dapat tgk gambar.. apatah lagi video.. klu habibi buka video2 tertentu..aku akan pergi jauh2..tak sanggup tengok dan juga tak sanggup dengar..



igt waktu kecik2 dulu.. cita2 nak jadi doctor.. mcmmn nak jadi doctor..darah pun ngeri tengok..
pernah abah suruh tolong pegangkan ayam..dia nak sembelih..juga aku tak sanggup.. kambing atau lembu..nak disembelih..aku akan pergi jauh2 supaya tidak melihat..dan tidak mendengarnya...
aku penakut?

penakutkah aku ...jika..
aku tidak dapat menahan air mata...mlihat mereka yang sampai sudah tiada air mata..
aku tidak selesa memerhati situasi yang merobek jantung dan memutuskan tali perutku.
aku tidak tahan telinga dengar raungan suara yang mengehentak2 jantungku..
aku tidak dapat menahan kebencian memandang wajah2 si laknatullah..
aku tidak mampu.. hati aku mangatakan..dia tidak sanggup...

atau

hati aku terlalu haluskah? sehingga langsung tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku hari ini?

Saturday, August 24, 2013

3 kematian... 23 ramadhan.

23 ramadhan.. bersamaan 1 ogos..
dah lama kami tgu tarikh ni.. SEBAB..?
balik kampung..yeye.. teruja sgt balik kampung..balik raya lak tu...

flight jam 4..jadi smpat ke kelas 8-12..
balik je kelam kabut kemas dan cek apa apa yang tertinggal.
smpai epot..cun cun.. smbil tgu flight.. belek belek facebook.. aku bukan kaki update status.. skadar tgk info info terkini...

dan aku terbaca salah satu posing ni:
alhamdulillah..husnul khatimah... bertuahnya beliau dijemput dalam keadaan, tempat dan masa yang amat mulia...
AL_FATIHAH..

jam 6.30 kami smpi di KLIA.. alamak flight delay..sepatutnya 750.. delay hingga 950... ahhhhhh! geramnya.. dan melilaulah kami cari tempat lepak yg selesa terutama utk muhammad yg dah boring didokong....
kami lepak 1jam setengah di KFC... dan 1jam lebih lagi masuk check in semula... smbil tgu flight seterusnya.. dapat satu panggilan dr K.A.. dia menghabarkan ttg kematian seorang kekanda pada rakan sekerja ku...
salah seorang pegawai jakim yang terlibat kemalangan ialah kekanda beliau..
 aku amat terkesan.. sbb baru je aku menziarah beliau di rumahnya di semariang dan pada cuti gawai lepas.. kami menghadiri majlis perkahwinan salah seorang adik beradik mereka di Kabong..
juga husnul khatimah.. mati dalam berdakwah.. mati syahid...
AL_FATIHAH...

sampai di alor setar jam 11pm.. dari jauh dah nampak dinda H menunggu.. muhammad merenyeh nampak CIKNA dia menyambut...
dan ada sikit kekecohan di epot alor setar waktu itu.. rupanya.. flight sebelum slight kami.. (air asia) ada seorang pakcik mati mengejut ketika flight itu membuat pendaratan.. sedar2 dan mati di tempat duduknya..
hmm... ajal tak kira tempat..atas awan pun.. Izrael tetapkan menjemput..
AL_FATIHAH....

3 kematian yang aku dengar hari ini sedikit sebanyak mengurangkan kehappyan aku balik kampung.. maksudnya.. aku tetap mesti memikirkan KEMATIAN bila bila masa...kerana masaku jua akan tiba.. entah bila..entah di mana.....

Monday, July 29, 2013

jin masuk islam bulan posa..


alkisah..malam td kami agak kepenatan..kerana memenuhi undangan berbuka di Kuching.. ankda dan nyenyak tidur.. ibunya dan lali dan lalok sbb banyak meratah ikan bakar.. baru je nak terlelap..terdgr org beri salam.. ni mst hal emegency.. tgk jam 1130 pm..

lepas habibi berbual, dia masuk brth..ada kerasukan.. lelaki, jadi aku tak perlu ikutlah.. biar dia je pergi. aku lega..sbb dan ngantuuuuk sgt.
pagi td, barulah aku bertanya apa berlaku..

pendek cerita : jin yang telah memasuki badan seorang lelaki dalam lingkungan 30an.. smpai terangkat badan dan menggelepar...
dalam dialog habibi dan dia.. dia mengaku bukan islam dan berasal dr Indonesia..
habibi pujuknya dgn baik supaya keluar..hingga dia berkata..dia tidak takut dgn habibi tp dia hanya takut allah.. maka habibi umpan dia supaya masuk Islam.. supaya nnt boleh masuk syurga ..hanya yang islam saja boleh masuk syurga.. dan umpan habibi mengena.. mengucaplah JIN itu... dan siap berjanji lagi bersetuju utk  keluar sbb..bila dah islam, dia kena anggap manusia yang islam itu saudaranya dan tidak boleh sama sekali menyakiti saudara sendri..
dan selepas habibi azan..jin itu menepati janji..keluar..dan lelaki itu sedar...

hmm.. sayang sekali aku tidak menyaksikan proses pengislaman Jin itu.. bertuah habibi..sebelum ni dia ada kata padaku..supaya mengIslamkan orang.. tp dia bertuah..tuhan beri peluang dia mengislamkan..bukan manusia tapi JIN...

tahniah habibi.. tahniah abi Muhammad.. :)

Wednesday, July 24, 2013

Tuesday, July 23, 2013

bulan mengambang siang dan malam

malam tadi balik dari kelas ganti.. (huhu..org lain tarawikh)
tengok di langit.. SUBHANALLAH... cantiknya langit..bulan sedang mengambang....

dan bila sampai di rumah.. SUBHANALLAH.. ada bulan sedang mengambang atas tilam..
bulanku.. bulan yang mengambang siang dan malam... :)

siang dan malam sentiasa mengambang... menceriakan ibu dan abi.. :)
YA HANANA BI MUHAMMAD... ALHAMDULILLAH

Saturday, July 20, 2013

ust asyraf dan ust said..

aku teringat pada dua bekas guruku ini..
ust asyraf dan ust said..
keduanya warga negara mesir
dan mereka pernah mengajarku di MADI..

dua dua ustaz ni pada pandangan mataku agak kontra

ust said berkulit cerah. ust asyraf agak sawo matang

ust said murah senyuman..ust asyraf serius menggerunkan
ust said mesra pelajar.. ust asyraf menakutkankan pelajar..
hahaha..
masih aku igt.. kami tanya pada ust said..
"ust..ust pakai minyak wangi apa?"
dan dia jawab : " bolow mi"   (follow me)

ust asyraf pulak..kalu dia masuk kelas..semua tingkap dan kipas mesti ditutup..
tumpuan hanya mesti beri padanya sahaja..
pernah satu novel kawanku dikoyak dan dibaling keluar..
hanya kerana dia membaca waktu pengajarannya
dan dia suka menggelar kami dgn pelbagai gelaran.. "haggah, syairah..dan sebaginya"

aku rindu plak pada keduanya tetiba..
langkah mereka yang panjang2 dan laju..
tutur kata mereka yang fasih dan sabar memahamkan kami
renungan mata seorang guru yang betul2 ikhlas
aku rindu semua itu

dan sekarang di manakah mereka?
masih adakah mereka?
adakah mereka penyokong mursi atau sebaliknya?