relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, January 24, 2012

cuti-cuti sarawak *2

post cuti-cuti sarawak aku yang lepas mendapat sambutan hangat.. dan ini aku nak sambung... asalnya memang tak rancang awal pun..yg cadang cuti raya cina ni nak balik kampung..tapi yang jadi lain.hehe.
alhamdulillah tuhan izinkan perjalanan sejauh 806km selamat pergi dan balik..ulang sekali lagi 806 km iaitu jarak dari kota samarahan ke miri. klu korang buka peta..kira dari bawah ke atas lah perjalanan aku ni..macam dr padang besar ke johor bahru..lebih kurang la kot..

klu sblm ni ke Kabong naik VIRU..kali ni naik FELIX lak.. sian dia..baru je belajar berjalan, dah dipaksa jalan jauh..
ni boleh jadi panduan sesapa yang suka pengembaran mencabar di bumi sarawak ni..dalam erti kata, permusafiran yang sebenarnya..nak kenal bumi Allah ni, mana boleh main kot atas awan je..kena menyelusuri segala denai, onak dan durinya.. kat mana yang perlu berenti, utk letak minyak, makan minum, dan sebagainya.
okeh start.. mula brtolak jam 3.15pm cuaca cerah, membuatkan permulaan perjalanan selesa dan berkobar-kobar. sampai di bandar serian jam 4.15. elok lah buat qasar asar di petronas. kami teruskan perjalanan hingga di SRI AMAn. di sini kami smpi dlm jam 6.20, rminya org berenti sini.. oh ya, di sini tempat rehat makan yang ada makanan muslim, igt ni bumi sarawak, muslim bukan majoriti so jangan sesuka hati singgah mana-mana kedai order makan!
kami buang apa-apa yang patut dibuang, makan malam dan terus buat jamak taqdim. ops, minyak dan habis 3 bar, takut tak smpat di sarikei, kami terus cari pump minyak..( ni pun nak pesan, jarak satu bandar ke satu bandar dalam 2-3 jam, pastikan minyak anda sentiasa mencukupi supaya xde yang kena tolak kereta.) hujan rintik2... perjalanan diteruskan, jalan raya bukan macam lebuhraya PLUS ya, ini yang turun naik bukit, lalu perkampungan, dan menyusuri hutan..lampu jalan kiri dan kanan xde...so nak pecut 120km dengan selesa..jgn mimpilah...!
kami smpi lak di bandar sarikei jam 10.30 malam. smntara tgu kereta kawan, cari port utk hilangkan lenguh badan. lama gak kami di sarikei. jam 12 baru kembali bertolak, kawan ajak singgah tido di rumah kwn mereka di bintangor 10minit je dr bandar sarikei, kami tolak perlawaan dgn baik, insyaallah rasa mampu teruskan perjalanan.. smpi di sibu jam 1am, letak minyak lagi..smntara stesen minyaknya masih buka..kalau tak ada yang main lagu aci-aci buka pintu lak klu stesen minyak tutup. di sibu kami melalui satu jambatan yang menyeberangi sungai rejang. ssungai terpanjang di MALAYSIA. ops..ada tol, kami kena bayar rm3..
perjalanan dr sibu seterusnya, jalan raya mmg macam naik kuda, dan waktu ni aku plak yg drive, melambung lambung keretaku, patutla kawanku taknak drive malam area ni jalan teruk sangat. perjalanan ini melalui perlbagai pekan kecil yang ntah apa namanya. namun alhamdulillah 4am kami smpi di bintulu..rasa dah terlalu penat..aku berhentikan kereta di stesen petronas dan zzzzzzz....
jam 5.50 am, habibi kejutkan, solat subuh cepat, nak habis dah ni.. igtkan kereta kami je tido di siu, ramai rupanya yang tumpang menidorkan diri di petronas tu. hehe. siap solat, sekali lagi kami penuhkan minyak kereta... cari masjid utk mandi. supaya rasa lebih selesa untuk meneruskan perjalanan yang berbaki 203km... bertolak dr bintulu dalam jam 8am dan sampai di miri jam 11am. ALHAMDULILLAH... congak masa lebih kurang 20 jam perjalanan termasuk berenti tido, makan minum dan sebagainya.. huhu.

ni lah felix yang berjasa bawa kami merentasi panas terik dan hujan...
ni kat serian, jual buah..buah habis, jual anak lak..hehe

medan selera di sarikei... bagus tuan kedai ni benarkan aku charge hp... klu tak..tak boleh nak refer map blackberry le..
masjid as-syakirin bintulu..unik dan cantik!

waterfront bintulu...
ni bukan ikan yang dah siap letak kunyit yea, ni ikan buntal
kura-kura
ulat sagu a.k.a ulat mulong
dabai..  nak makan kena rendam dalam air garam dulu

kayu kayu hutan pun ada...EKSOTIK DAN FANTASTIK!!!!
ni di pantai bintulu....
ni merdeka mall miri, punya la jauh nak ke sini..tak banyak gambar amik di miri..adalah seketul dua je..huhu. nak kena mai lagi ni..
haa, tapi aku sempat colek anak miri ni..hehe
 
okeh dan seterusnya gambar-gambar di kiri kana perjalanan kami.. rumah panjang lama dan moden dan macam macam lg ..
  perjalanan pulang..kami singgah tido di bintulu dan jalan jalan di sibu.. dari sibu ke serian..hujan lebat..ohh.. ya Allah selamatkan perjalanan kami, risau sbb ada beberapa tmpat tanah runtuh akan kami lalui.. dan kami terserempak dgn sebuah kereta terbabas termasuk dalam lumpur tepi jalan..

bukan kenangan di tmpat-tempat indah yang akan dikenang tapi kenangan melalui pelbagai gaya kehidupan manusia itu yang amat bermakna!!!!


3 comments:

  1. kenak x bawak kmk balit miri?? huhu.. rindu lah ngan miri.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  2. kelak madah awal...boleh kita jalan2 lama lagik sinun..

    ReplyDelete
  3. hehe.. boleh bah.. kelak kmk jd tour guide.. :)

    ReplyDelete