relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, May 15, 2015

sudah sudahla...drama burukkan kaum sendiri

sudah sudahla cerita yang memburukkan orang kita sendiri..

soryla.. kadang makin aku berumur ni, makin menyampah aku dengan drama melayu.. tak habis habis memburukkan bangsa sendiri, pastu, banyak adegan yg bodoh sombong, yg cantik perampas, yg lebai bertopeng syaitan, yg selekeh jadi pak pacak. 

malam tadi ter tengok drama hantu tgh malam .. drama melayu.. aduh.. tahu apa nak disampaikan.. tapi hasilnya hanya meloyakan.... bunuh membunuh.. zina, dengki, seolah itu sikap orang melayu..

walau aku tak nafi.. yea,mungkin itu yang dia mahu tunjukkan reality sikap orang kita.. tapi boleh tak sampaikan dalam bentuk yang lebih memberi kesan positif..

aku bukan org filem..bukan org seni.. tapi aku penonton yang berhak komeen apa aku nak..

cth: nak sampaikan bahaya budak remaja jangan hisap dadah..
perlu ke tunjuk scene anak melayu.. selekeh.. tipu mak ayah, dan yang mak ayah plak org besar atau org alim yang terlalu percayakan anaknya... pastu tunjuk cara pegang jarum.. tunjuk cara nak dptkan dadah di mana.. itu bagus????????

bukan ke boleh disampaikan dgn cara seorang itu yang dia diberi pilihan untuk menghisap atau tidak.. dan dia pilih untuk tidak menghisap... kerana kenangkan mak ayah sbgi org besar atau org alim,
tunjukkan kekuatan watak bagaimana mahu menolak rasa nak menghisap itu.. itu yang perlu ditonjolkan pada penonton.. itu yang dinamakan boleh memberi kesan positif tanpa perlu aksi meloyakan dan memalukan kaum sendiri..... !!!!!!!!

Thursday, May 14, 2015

powtoon.. best

cuba buka ..www.powtoon.com

ada kelainan berbanding power point biasa.. dan aku yg malas dgn slide ni jadi teruja dgn benda2 baru macam ni..

jom try.. kita suka..pelajar mst suka... :)

Tuesday, May 12, 2015

sakitnyea tuh di sini.....

bila sakit hati... jangan salahkan seratus peratus org yang menyakiti hatimu. tapi tanyalah dirimu, sejauh mana kamu biar rasa sakit itu menyakiti..  :)

Thursday, May 7, 2015

di sebalik kisah duke

hampir seminggu.. ramai dah lupa.. tapi pasti ada insan, masih terasa..
pada aku yang takde kena mengena pada mangsa atau si pemangsa.. juga masih terkesan.. bukan terkesan dgn cara membenci semua myvi.. bukan juga dengan menyumpah seranah fmc.. tapi terkesan dgn pengajaran.. mati itu tiba tiba....
pandang wajah anak... klu aku pergi tetiba.. tahankah dia.. tidurkah lenanya.. siapa yang akan memeluknya.. siapa yang faham keletahnya.. siapa yang akan tahu bila dia merajuk.. bila dia gembira.. bila dia mahu dipeluk.. dan itu buat aku hiba...

 ya.. aku ibunya.. yang menyayanginya..dan aku yakin tiada orang lain akan lebih menyayanginya melebihi kasih sayang aku seorang ibu yang mengandungkannya dan melahirkan.. menyusukan dan bersamanya dalam suka dan duka tapi aku mst juga terima.. itu tidak menjamin aku akan kekal bersamanya selamanya....

satu yang buat lega.. mmg tiada siapa boleh menandingi kasih ibu... tapi aku mesti yakin.. kasih tuhan lebih tinggi dari kasih ibu, lbih halus, lebih rapat dan lebih berkesan...dan kalau ditakdirkan aku pergi.. Allah pasti ada sebabnya sendri.. Allah tak pernah salah memisahkan seorang ibu dan anaknya...dan sebabnya pasti diiringi bersama kasih sayangNya yang tinggi...

Monday, April 27, 2015

tajuk tangkap lentok..meleleh...

xtaulah kenapa..
dgn umur aku sekarang ni, banyak benda yang aku dah tak ngam dengan bnda yang aku suka dulu2..
pertama.. cerita drama tv.. klu tajuknya.. ombak kasih, awan rindu, cinta tak bertepi, sembilu rindu.. mmg aku akan tolak xtgk dah cerita macam tu.
tajuknya tangkap lentok.. meleleh leleh.. ceritanya comfirm lagilah meleret leret..

buat tajuk yang direct bg org tertarik jalan ceritanya.. bukan tajuk yang menyembunyikan kelemahan jalan cerita...
macam tajuk p ramli buat.. direct tahu cerita nya..cth: 3 Abdul.. xde dia buat.. lara dendam.
atau cerita ibu mertuaku: xde dia buat tajuk: pelangi mendung.

hihihi.. macam tu jugak tajuk buku cerita.. meleleh leleh tajuk.. konon Nampak bombamstik..Nampak gambaran yang lebih halus.. klu isinya benar halus dan cantik xpe.. tapi isi kosong.. baca kulit depan..baca kulit belang.. dah tahu keseluruhan cerita..

xpelah..yg xsuka..mungkin org org macam aku je kot.. yg suka lebih ramai...
yang berkualiti xsemestinya digemari.. yang paling digemari.. xsemestinya berkualiti..

Friday, April 10, 2015

GST...

sebelum dilaksanakan....xsuka.. xsokong.. xsetuju..



sedang dilaksanakan......xsuka.. xsokong.. xsetuju..


rasanya aku mewakilli pandangan 80peratus rakyat Malaysia.. kerana kami 80 peratus ni org bawahan atau pertengahan.. yang baki tu 20peratus orang atasan atau mewah...

tapi jgn lupa.. atas kamu.. adalagi yang Maha Atas.. dan kami yg di bawah ini mohon dari yang Maha Atas.. lepaskan kami dari penindasan ini...

Wednesday, March 25, 2015

hari gaji.. hari yang ditunggu..

semua setuju..
tambah klu beza masa gaji bulan ini dengan gaji bulan lps lebih dari 4 minggu...
lagi seminggu nak gaji.. mulalah berkira-kira berapa sen yg tinggal.. apa yg perlu dibeli, apa tak perlu..

dan ini kisah aku sblum masuk gaji,
perut lapar.. tekak teringin sesuatu yang panas.. dan mahu makan segera.. maka idea dlm kepala aku.. restoran makanan segera yang dekat dgn rumah aku, sblum keluar dr kereta, belek dulu dompet.. berapa yg tinggal, cukup tak utk baki bbrp hari sblum gaji.. okeh.. boleh la belanja xlebih dr rm20.. dan utk kami 3 beranak.. bukan utk aku sorang tau.. smbil beraatur tgu giliran.. mata dah tgk apa menu yang pada dgn bajet sebanyak itu utk 3 org.. okeh.. dapat.

dan di hadapan aku, pelajar... dia order utk makan disitu.. dgn belanja lebih dari bejet aku.. dan comfirm utk dia makan sorang... wow.. byknye duit dia... dan dia seorang pelajar!!!!

xpelah.. fikir positif.. mungkin dia ikat perut 2/3 hari utk dapat makan sekali sekala macam tu.. dan aku plak ikat perut 2/3 mgu utk dapat sekali sekala makan mcm tu.. hehe

sapa kata ekonomi makin sempit..klu aku, yea aku rasa macam tu.. tp aku tgk org lain belanja makin mewah je.. serius, studnt aku boleh makan ptg di secret recipy.... hampir setiap mgu.. aku plak yg jeles.. nak makan donut big apple pun.. tgu betul betul teringin sgt sgt.. nak makan secret recipy.. tgulah.. smpai tekak ni dah xmau kek murah lain... aksesori hp, pakaian jangan cakapla.. aku ni kasut bata je.. baju yang lelong 3 pasang rm50.. pastu... mak buatkan sndiri. hp, yg besar nilah.. itu hp, itu tab..dan itu mmg keperluan.

ni belum 1 april.. lepas 1 april, aku nak tgk adakah mereka masih mampu semewah itu.. aku tak kisah klu betul mampu.. tp aku risau klu wang itu adalah atas kesusahan dan penderitaan orang lain...mak ayah mereka... atau ptptn mereka yang nnt hanya akan menjerut diri mereka sndiri juga...

Tuesday, March 24, 2015

fikir orang lain..

aku selalu cakap begini pada rakan rakanku.. atau adik adikku.. atau pelajar pelajarku...
bila kawin.. lupakan utk memikirkan tentang diri sendiri sahaja..  kawin memerlukan kita memikirkan orang lain yang adakalanya lebih dari kita fikir diri sendiri...

no more.. ttg apa aku nak makan.. tp apa pasanganku nak makan..anak2 nak makan..
no more.. apa aku nak pakai.. tp apa pasangan nak pakai.. anak anak nak pakai..

belum masuk time raya.. belum masuk time sakit.. atau apa apa event tertentu..
semua itu kena fikir orang lain dulu...

Nampak macam susah kan.. Nampak macam.. berat kan.. tapi ada sesuatu yang buat ramai ibu ibu dan isteri di luar sana.. terus dalam situasi ini.. kerana.. BAHAGIA....
 melakukan sesuatu lebihkan orang lain.. itulah KEBAHAGIAAN.... :)

Wednesday, March 18, 2015

berjuang tak pernah senang.....

berjuang utk hidup..
untuk pertahankan kehidupan
untuk meneruskan kehidupan
untuk memartabatkan kehidupan
untuk menghargai kehidupan
untuk kelangsungan kehidupan

semua perlu dengan pelbagai perjuangan...
dan mana ada perjuangan yang mudah...

so kenapa risau kalau perjuangan kita susah.. sebab itu sunnatullah..

so happylah.. berbahagialah bila rasa susah berjuang!!!!! :)

Saturday, February 28, 2015

hidup makin kompleks..

Hidup makin kompleks.. makin mudah untuk difahami
hidup makin mencabar.. makin indah untuk diselusuri
hidup makin tidak dijangka.. makin teruja untuk diterusi.

Kita kan ada Allah... be cool.. relaks.. tenang.. semua akan jadi simple... :)

Friday, February 20, 2015

anakda dan buaya.... :)

Dah lama tak pergi.. dari bersalin muhammad.. dan sekarang muhammad dah 2 tahun lebih.. kiranya ni 1st time utk anakda dan kali ke 5 kot utk bonda. Hehehe
yang best pergi kali ni dapat pegang anak buaya 2 tahun.. rupanya lembut dan sejuk badan dia... macam pegang ular je.. mula mula igtkan keras..
yang lain tu haiwan haiwan sampingan macam merak, monyet, burung hantu dan ikan ikan besar...

Anakda la excited.. mula sampai ternganga dia.. mata terkejut tgk haiwan haiwan ni secara live.. hehe. Dah dekat nak balik barulah perangai asli dia datang bila dah hilang terkejut. Hehehe





Wednesday, February 4, 2015

2015..masih di sini

masih di sini..
luarnya sama macam yang lama..
yang tak sama.. rasa dan cita..
mungkin ada bezanya..
terutama dalam kala aku menilai sesuatu dan cara aku memandang sesuatu..
dan juga rasa dewasa..dalam erti kata matang yang sejujurnya..
dan jujur rasa masih belum cukup..
kalau ini sudah dinilai cukup..masih tidak berpuas hati..

namun yang buruk masih banyak perlu diperbaiki..
yang baik harus diulang ulangi..
love my self..... :)

Wednesday, December 24, 2014

happy anniversary ke 4

gambar ibu dan abi xde.. so muhammad ganti.. hehe

Wednesday, November 26, 2014

10 julai 2015

10 julai 2015
Ibu, abi dan abang muhammad tunggu yea sayang...


segala pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki..

Tuesday, November 18, 2014

cerita dulu dah jadi kenyataan sekarang

aku dulu ulat buku.. bukan ulat.. mmg ular buku.. sbb Nampak je buku mmg aku suka baca apalagi buku cerita.

ada 1 cerita ni, aku baca dulu dan walaupun waktu tu aku masih kecil, tapi ada rasa tak puas hati jalan cerita tu..
ceritanya begini..  sorang budak ni ada seekor ayam jantan sebagai haiwan peliharaannya. 1 hari budak ni Nampak setandan pisang atas para dapur, dia pun mnta izin pada ibunya.. ibu nya jawab.. tanya ayah.. dia tanya ayah dia.. ayah dia jawab.. tanya ibu.. dia balik semula tanya ibu.. ibu jawab tanya ayah.. dia tanya ayah.. ayah jawab tanya ibu...
 sampailah budak ini rasa sedih sangat terus dia mengadu pada ayam jantannya, dan ayam jantannya..menerbangkan dia jauh jauh dari rumah. ibu dan ayahnya pun menyesal..

aku cukup xpuas hati dulu, knp ibu dan ayah tu saling tolak menolak.. dan budak tu sedih bukan sbb tak dapat makan pisang, tapi sedih dgn sikap ibu dan ayah yang berlepas tanggungjawab.

dan reality cerita itu aku lihat banyak berlaku sekarang... banyak orang orang besar.. kuasa kuasa besar.. saling berlepas tanggungjawab.. dan si kecil menjadi mangsa... dan si kecil tu jangan pulak mengalah dgn biar diperkotak katikkan.. jadilah mcm budak tu.. ambil tindakan drastic supaya  orang orang besar tu sedar apa yang diorang buat tu salah.. dan kena ada hero dalam kes ni.. iaitu macam ayam tu.. yang bukanlah sapa sapa pada awal cerita.. tp dialah yang menyelamatkan mangsa dari terus menjadi mangsa...



Sunday, November 16, 2014

klu tak nak stress...

Klu tak nak stress.. jgn stress kan org lain..
simple kan..
boleh juga klu tukar kepada ayat begini..

Klu nak bahagia.. bahagiakan orang lain...

:)

Mood: tidak mahu stress dan menstresskan org... hehe