hehe..
bukan sebarang puji yea..
dan bukan tanda mengkagumi..
cuma tanda ke'jakun'an atau bahasa utara pera'
balik kampung..dapat naik motor membonceng dgn suami mmg best..
hehe
klu diberi pilihan membonceng motor atau naik kereta sy pilih naik motor lagi..pasal fuh..best tau..
mmg lebih merasai angin..lebih rasa ke'adventure'an sesuatu perjalanan itu...
dan yang buat sy lebih menikmati..ialah ...
sy dapat lihat sesuatu yang saya tak lihat sebelum ini..atau..
sy dapat rasa sesuatu yang sy tidak rasa sebelum ini...
dan ketika itu baru satu perasaan lahir..
sesuatu nikmat itu tidak semestinya perlu dilihat hebat..
fikir-fikirkan....
Monday, March 7, 2011
Saturday, February 26, 2011
think others!!!
sepnjang balik dari 1 program di kuching hari ni..hanya 2 kalimah ni je teringang-ingang di telinga...
think others..it is right?
klu asyik fikirkan dan pentingkan org lain je..tp org lain xpeduli atau hargai kita..mcmmana?
takut orang amik kesempatan je nanti..kalau dia tahu kita ni jenis yang dahulukan orang lain...
hmm... persoalan itu buat ku berfikir lepas tu berfikir..lepas tu berfikir..tapi masih tiada jawapan yang memuaskan..
dan kebetulan pukul 730pm td..tgk doraemon..kali ni kisah nobita yang terlalu geram giant selalu buli dia..doraemon beri nobita satu alat yang boleh menghilangkan sesiapa yang dia kehendaki..
maka dgn alat itu nobita telah hilangkan giant..sunyo..malah ibunya dan doraemon sekali..setelah dia hilangkan..dia rasa ketiadaan orang yang menyusahkan mereka itu lebih memeritkan..nobita merayu agar kesemua itu dikembalikan dan dia lebih rela dibuli dari dari sepi...dia rasa hidupnya tidak bermakna...
yeye..inilah jawapan yang saya nak! allah menjadikan kita bermasyarakat bukan sekadar untuk kenal-mengenali,tolong menolong..malah ia juga adalah untuk mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya... dan kehidupan kita akan lebih bermakna jika kita benar-benar menghargai mereka yang di sekeliling kita..hargailah mereka..selagi mana mereka masih ada..atau selagi mana kita sendiri masih bernyawa...
THINK OTHERS!!!
opps lupa..thanks doraemon atas hiburan dan pengajaran secara tak langsung... hehe

Thursday, February 24, 2011
ust mansur dalam kenangan
ust..
dikau pergi dulu..
tidakkan ku lupa..
kenangan bersamamu...
dan masih terbayang hingga kini.perjumpaanku dgnmu yang terakhir kali bulan lepas..
kau masih igt namaku dan suamiku...
walau sudah di pembaringan...
ingatanmu pada kami hingga akhir hayatmu..
buatkan kami juga akan mengingatimu untuk sepanjang hayat kami..
terima kasih ustaz...atas segalanya..
Tuhan akan membalas segala kepayahanmu memahamkan kami tentang nahu..
setiap tuturmu ikhlas utk mencelikkan kami tentang bahasa...
doaku mengiringi pemergianmu...al-fatihah..

Monday, February 21, 2011
geramnya...tapi berbaloi..
kelemahanku yang mmg aku sedar sejak dulu..ialah bila kena cari barang
rasa macam dari suruh cari barang tu..baik suruh buat..atau beli je..
rasa lemas sangat mencari barang yang hilang..terutama kalau berbntuk kecik-kecik comel gitu..
alkisah..mgu lepas..ku amat2 memerlukan 1 dokumen ni (dokumen asli)...dan duenya jumaat lepas... dah habis punggah almari di ofis dan almari di rumah..tetap tak jmpa..waktu tu mulalah jumpa barang2 hilang lain yang tidak dicari..cari yang lain..jumpa yang lain..geramnyeeeee
dan bila jumaat tiba..dengan pasrah dan redhanya..aku terpaksa mengalah atas kegagalan menjumpai dokumen itu...
xpelah..nak buat mcmmana kan..xde rezeki...
dan tup2 pagi td..entah ilham datang tetiba..supaya cek fail yang selalu di kelek ke kelas setiap hari... rupanya ya Allah..mmg dokumen tu ada dalam fail tu... isk isk isk.. nak nangis ada..nak gelak ada..sebelum ni..fail lain semua dah punggah ..fail tu je tidak..sbb benar2 yakin xakan ada dalam tu coz..selalu dok buka hari2 amik attandence studnt..huhu
walau mcmmanapun..rasa berbaloi..yelah..sambil memunggah tu..jumpa barang lain..dan mengemas siap buat sistem 5S lagi..hehehe.
hmm..itulah kita kan..bukan saja dalam hal cari barang tapi juga dalam urusan kehidupan..kdg kita igt sesuatu yang kita nak tu di tempat lain..dan kita cari ia di tempat yang jauh..rupanya yang amat kita perlukan sebenarnya mmg dah dekat dgn kita..cuma kita xperasan... : )

Thursday, February 17, 2011
pencuri oooh pencuri..
‘Jemaah’ kebas beg dalam surau
SUNGAI BULOH: Dengan berpura-pura mendirikan solat, seorang wanita menjadikan surau perempuan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, di sini, sebagai sasaran menjalankan kegiatan mencuri beg tangan ketika mangsa mengambil wuduk atau bersolat.
Dalam kejadian terbaru, seorang kakitangan kerajaan, Zalina Othman, 36, menjadi mangsa ketika dia berhenti di kawasan itu untuk menunaikan solat Maghrib, kira-kira jam 7.40 malam kelmarin.
...ni laporan harian metro hari ni.. bukan apa teringat kejadian bulan lepas... 'handbeg' habibi pernah diselongkar di sebuah masjid di penang..tapi yang pelik..duit tidak dikebasnya..mungkin sebab dia terkejut ada quran juga dalam 'handbeg' tu..tapi yang diambil adalah surat cinta ...hahaha.. nak buat tangkal pengasih kot..

Monday, February 14, 2011
hadiah hari kekasih
apa nak ku hadiahkan..
kamu kekasih yang amat dicintai...
kamu suami yang amat disanjung tinggi
kamu pemimpin yang amat dihormati
kamu bapa yang amat diteladani
kamu kawan..sahabat yang sejati
apa nak ku hadiahkan..
buatmu yang pernah terluka utkku..
buatmu yang pernah dibaling batu utkku
buatmu yang pernah dilempari najis utkku..
untukku ..kau dipanggil gila
untukku kau digelar penyihir
untukku kau hampir dibunuh..
untuk kau tinggalkan padaku cara hidup yang sempurna
dan ini hadiahku untukmu..
iaitu janji..
meneruskan perjuanganmu..
menyambung ajaranmu..
mewariskan umat-umatmu..
agar nanti..ku bisa bersamamu di hari itu..
hari yang aku tidakkan mampu selamat..
tanpa doa dan juga syafaat..
ya Rasul..ya Habiballah..

Friday, February 11, 2011
majlis persandingan...
hari tu nikah..dan kenduri kawen je kan..haa ni baru buat majlis persandingan..maafla yang tidak dijemput..mmg sengaja xjemput pun..hehe
ni persiapan tempat..
ni persiapan lauk..
proses memasak....
ada juga pertunjukan silat....
ni persiapan tempat..
ni persiapan lauk..
proses memasak....
dan inilah jamuannya..koktel..ayam panggang..
ada juga pertunjukan silat....
Tuesday, February 8, 2011
aku mencintai mesir
aku mencintai mesir...
bukan pada udaranya yang berhabuk debu
bukan pada bangunannya yang berkotak-kotak
bukan pada sampahnya yang berselerak
bukan pada permpuannya yang hijab..
juga bukan pada wanitanya yang bermata indah
bukan pada jejakanya yang tinggi dan sasa
juga bukan pada lelaki yang bau rokoknya melekat sntiasa
bukan pada si kecil yang mata bulat..rambut ikal..
juga bukan pada si bayi yang pipi merah bak delima
bukan pada ammu si peniaga atau si bawaab
bukan pada mama jiran-jiran seSYAAH
bukan pada pemandu teksi yang pakar drift
bukan pada tenko..metro..dan keretapi laju..
bukan pada keldainya yang malas bergerak
atau si kuda yang liar mata
atau kucingnya yang gebu..tapi bersalut debu
atau si anak-anak anjing yang manja mengejar
tidakku suka trafficnya yang berselerak..
hon pelbagai bunyi dan tak henti bertekak
suara jeritan peniaga BEKIAAQQ...BEKIAAQQ
juga tidak kerana pengalaman-pengalaman kelakarku
aku mesti berlari utk mengejar bas atau keretapi..
pernah beg je yang sempat lompat naik..aku tertinggal
aku pernah tersilap naik bas..dan sesatku..nun jauh merata..
pernah ditinggalkan di tengah padang pasir..kerana kereta rosak..
pernah terpijak paku,,dan aku hanya menyedari setelah 3 jam berjalan terdengkot-dengkot..
gigitan baraghis yang merenyam dan bengkaknya yang menyucuk nyucuk
ditimpa hujan batu..dilanda ribut pasir..hingga mataku kelabu bagai disapu eye shadow
menggigil kesejukan hingga 7 lapis pakaian..
mengelepar kepanasan hingga air sentiasa dibawa
berebut masuk kelas..hingga terperosok masuk ke dalam..
tersilap bangunan hingga kelas lain yang aku cari..kelas kos lain yang aku masuk
ditipu penjual penjual di suq..lain yang aku minta..lain yang diberi..dan harga berganda dr biasa
juga tidak kerana pengalaman pengalaman manisku
menziarahi makam-makam ulamak..fuqahak dan auliyak dan masjid-masjid sejarah
bersama pengajian dgn syeikh syikh terkemuka
bersantai di pantai iskandariah sambil menjilat aiskrim..
kala raya..satu malaysia aku berpusing..keluar pagi..pulang petang perut kenyang
solat raya di hayyu asyir..
dan kuliah tahunan syeikh nuruddin di rumah kedah..
aku mencintai mu mesir...
bukan kerana semua di atas....
tapi aku mencintai mu..sejak dari mula kakiku menapak di sana..
kerana aku terhidu bauan anbiyak..
dan hingga hari ini..walau apa jua berlaku padamu mesir..
ku kan tetap mencintaimu..dan moga Allah mengizinkan ku mendatangimu lagi...

Monday, February 7, 2011
kita pembeli yang zalim..
sapa suka harga naik kan?
naik minyak 10sen..memang kita semua rasa macam naik minyak...
beli itu mahal..bei ini dah mahal..
kita kata orang itu zalim..orang ini zalim..
sana salah..sini salah..
tapi kita tak sedar kita adalah pembeli yang zalim...
haa tak caya..?
meh saya explain...
jom kita ke kedai runcit kampung..
pembeli2 di situ akan membeli barang yang hanya sekadar nak guna segera..
nak cepat..ala nak beli satu dua barang je..
jarangkan kita tgk orang keluar dr kedai runcit dgn membawa barang utk stok sebulan..
tapi..kita berkira dgn harganya..
"haa..kacang tanah sekilo RM2..kat tes** RM1.60 je..mahal betul kedai runcit ni..."
merungut dan siap tawar menawar lagi dgn tokey kedai..yang lebih teruk siap berhutang...
keluarlah si pembeli itu dgn muka masam..dan meninggalkan tokey kedai yang tersenyum kelat..
kalau ke pasaraya besar lak..
uhh..yang dr awal..taknak shoping..tapi tetap akan ambil juga sebarang dua..
yang plan shoping..dah tntu barangnya setroli dua..konon utk stok sebulan..
tapi minggu depan..muka tu juga datang lagi..
harga tak tengok dah..memandai dgn tampalan JUALAN HARGA RUNTUH..
JUALAN TERMURAH..terus amik ikut nafsu..
tak berkira dgn harga..dan yang best..bayar juga tanpa banyak tanya..siap bertenqiu lagi dgn si penjual..
maka keluarlah si pembeli itu dgn muka puas..dan meninggalkan tokey kedai yang tersenyum bangga

terukkan kita?
kita bertawar harga dgn peniaga kecil..
dan kita tak kisah harga dgn peniaga besar..
kalau ini memang sikap cara beli kita
kalau ini memang sikap cara beli kita
kita pembeli yang zalim...betulkan?
Sunday, January 30, 2011
seketul cekodok
petang semalam makan petang dgn habibi.. puding jagung dan cekodok lebihan sarapan..
habibi tanya "apa nilai seketul cekodok?"
"20sen je.."jawapan yang hanya keluar dalam kepalaku..tak keluar di mulut..rasa mcm orang tak cerdik je klu jawab mcm tu..sbb aku tahu..dia tanya untuk mendapat jawapan yang bijak..
tanpa menunggu ku menjawab..dia menyambung:
"cekodok ni dari tepung..pisang dan garam..bukan itu sahaja..masa utk terhasilnya cekodok ni..masa yg panjang..dari benih gandum..dari anak pokok pisang..pengorbanan tuan pisang dan tuan tepung..ada lagi..ia juga hasil dari zikir malaikat yang menjaga tumbuhan ini...belum masuk proses tebang..proses tuai..hntar ke kilang..ke kedai..dan juga susah payah orang yang menyediakan cekodok ini..semuanya bermula dari satu pengharapan..dan allah tunaikan dalam bentuk kenyataan.."
soalan yang simple kan..tapi memerlukan jawapan flash back yang panjang dan mendalam..kalau ini yg kita nilai apabila memndang sesuatu yg simple..pasti kita kan memandang ia sebenarnya tidak semudah itu..
setiap sesuatu permulaannya adalah jalan yang panjang...dan pengakhirannya juga jalan yang panjang...
dan seketul cekodok itu amat dihargai..hatta..yang hampir-hampir hangus pun tetap dimakan..hehe

Thursday, January 27, 2011
apa yang aku merepek ni?
biasanya..
orang berfikir sebelum berkata-kata
akal akan mengatur bahasa dan ayat..
maka mulut menuturkannya dengan nada yang sesuai..
tapi kan..bayangkan kalau mulut
terus hendak berkata-kata..dan akal belum sempat memikirkannya..
mulut menyatakan itu dan ini..dan akal berkata :
" eh..apa ni?"
"apa yang aku merepek ni?"
but..dont wory..
biarkan...akal bukan raja yang nak selalu kita agungkan..jangan panik bila dalam situasi itu..bila akal mati kutu..atau merajuk tak mahu membantu..
waktu itu arahkan pada mulut..ucapkan..ucapkan..minta ilham terus dari tuhan..
dan di situ nanti..mulut bisa lebih bijak bertutur tanpa akal.. dan bila kita selesai mengucapkannya..akal akan berkata : "eh betul jugak ..apa yang aku merepekkan tadi..."
eh..apa yang aku tulis ni?

Friday, January 21, 2011
tarikh MATI...
opps...jangan fikir yang bukan2 yea tntg tajuk entry kali ni..
bukan nak ajar ajaran sesat..
tapi just nak share..
tadi dalam kelas..keluarlah tetiba persoalan tentang roh..
saya katakan..roh dari Tuhan..dan kepadaNya roh kembali...
saya katakan juga..kita tidak akan tahu bila kita akan mati..wlu roh kita berada dlm jasad kita..
tetiba sorang studnt angkat tangan..
"Mdm..sy ada sorang pakcik..dia boleh tahu tarikh bila kita akan mati..dgn membuat perkiraan tarikh lahir kita dan tarikh lahir bapak kita.."
saya balas.." kebetulan je kot...dah terbukti berkesan ke teori tu"
dia jawab" dah madam"..rmi yang dia dah tilik...tepat tilikannya"
saya xpuas hati..sy membalas " jodoh..rezeki dan ajal di tangan tuhan"..sy sndiri..kalau diberi pilihan, sy xmahu tahu tarikh kematian sy..sebb nnt sy xboleh nak buat kerja..sy hanya akan terfikirkannya kalau tempohnya tidak lama lagi..tp kalau tempoh mati sy jauh..sy akan main main..dan abaikan rasa takut sy dgn tuhan"
dia nampak xpuas hati juga..dia balas " tapi madam, bagi sy lebih banyak kebaikan bila kita tahu kita akan mati..pertama, kita akan buat persiapan..kita akan tunaikan segala harapan kita dan harapan org sblm mati..kita juga tidak menyusahkan org..dgn mmbiarkan org lain mengejut dgn kematian kita terpaksa sediakan peralatan kematian..klu dah tahu..kita sndiri yg sediakan peralatan mati kita"
sy biarkan perdebatan ringkas kami tadi tnpa memenangkan sy..atau memenangkan dia...ia supaya dpt difikirkan semua..pelajar-pelajar lain..diam..xmenyampuk sepatah pun..oh lupa nak citer..ni kelas pelajar-pelajar non muslim..jd sy tidak dpt menekankan konsep tauhid sekukuhnya dlm kepala mereka..

sy bw persoalan ini pada anda.. ANDA NAK TAHU TARIKH MATI ANDA?
Thursday, January 20, 2011
aku akur....
tika dalam keengganan...
tika banyak persoalan..
tika keadaan tidak memuaskan..
tika banyak persoalan..
tika keadaan tidak memuaskan..
tika berada dalam kehilangan..
tika gagal dalam percubaan..
aku AKUR...
aku AKUR dengan kehendakMU...
akur mengikut percaturanMU..AKUR tunduk memihakMU..
kerna KAU tidak pernah SALAH..apalagi TERSALAH...
Monday, January 17, 2011
nama Mu..
Atas namaMu...
senyumku..semanis manisnya...
tangisku..sekejap cuma..
resahku...terhapus seketika
Dengan namaMu...
dalam hujan lebat..aku kering
dalam terik..aku dingin..
aku tersungkur akur..
menyembah
Kehebatan namaMu.
menyanjung
Keagungan namaMu...
senyumku..semanis manisnya...
tangisku..sekejap cuma..
resahku...terhapus seketika
Dengan namaMu...
dalam hujan lebat..aku kering
dalam terik..aku dingin..
aku tersungkur akur..
menyembah
Kehebatan namaMu.
menyanjung
Keagungan namaMu...
Thursday, January 13, 2011
fa sabron jamil...
yang besar..bisa jadi kecil..bila sabar..
yang pahit.. bisa jadi manis.. bila sabar..
yang jauh..bisa jadi dekat.. bila sabar..
yang lama..bisa jadi sekejap.. bila sabar..
fa sabron jamil..
maka sabar itu indah..
sabarlah...dan kamu pasti dalam keindahan...

Tuesday, January 11, 2011
si kurap itu..
si kurap itu memandangku..
ku lihat pandangannya memberitahuku..
aku redha dgn keadaanku...
aku terima sakit deritaku..
langsung aku tidak pernah mengeluh
apalagi menyalahkan penyebabnya..
aku masih mampu memanjat kesyukuran..
biar kurap..ku masih mampu berjalan..
biar kurap..mulutku mampu menguyah makanan...
biar kurap diriku masih berpasangan..
fabiayyi alai rabbikuma tukazziban?
apalagi yang hendak kamu dustakan?
aku hanya bisa memberi anggukan..
cukup banyak keinsafan dan pengajaran
yang ku ambil..dari dia..
si kucing kurap....meowwww "ada ikan tak?"..

Friday, January 7, 2011
Thursday, January 6, 2011
azam hidup dan mati....
tahun baru..azam baru..
minggu ni minggu 1st masuk kelas..dalam sesi perkenalan..minta pelajar bgth apa azam mereka tahun 2011..
mcm2 jawapan...
banyak yang bagitahu untuk menaikkan pointer result...
tetiba mempersoalkan..kita berazam seolah kita yakin hidup sampai akhir tahun..tapi kalau ajal sudah menjemput...azam tinggal azam..wlu hanya tinggal setapak sahaja lagi untuk mencapainya..
oleh itu jom kita berazam dalam hidup seolah akan hidup selamanya...TAPI JANGAN LUPA..
berazamlah juga untuk mati..seolah kita akan mati esok lusa...
saya berazam unutk hidup.......jika umurku panjang...
saya berazam untuk mati......jika ia umurku dihabisi...

Friday, December 31, 2010
umpama mimpi dalam mimpi...
sukar dijelaskan..
tapi bila realiti seperti mmpi.
atau mimpi seperti realiti
atau fantasi menjadi hakiki..
bagai hilang tapak kaki.
tidak berpijak di bumi..
umpama mimpi dalam mmpi..
entah bila kan tersentak sedar kembali
atau terus tengelam dalam dunia ini..
dunia baru ku.....
tapi bila realiti seperti mmpi.
atau mimpi seperti realiti
atau fantasi menjadi hakiki..
bagai hilang tapak kaki.
tidak berpijak di bumi..
umpama mimpi dalam mmpi..
entah bila kan tersentak sedar kembali
atau terus tengelam dalam dunia ini..
dunia baru ku.....
Thursday, December 30, 2010
Yes I DO...
Yes I DO...
Tandatangan termeterai..
lafaz akad berwali bersaksi..
sahlah aku menjadi isteri
kepada seorang lelaki bergelar suami
aku sudah tidak lagi bisa memikrkan hal sndiri
bagai tak percaya..jadual hidupku berubah semulajadi..
yang pasti..niat mencapai redha Illahi
moga Allah membantuku dalam menjalani hidupku menjadi permaisuri..
permaisuri rumahtangga..dan permaisuri di hati....

Subscribe to:
Posts (Atom)