relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, April 28, 2010

anak mami kembali lagi!!!!



HEI ORANG-ORANG KAMPUNG..DENGAQ SINI ...ANAK MAMI KEMBALI LAGI!!!!!















anak-anak mami


penari-penari boria















beli belah di komtar..
pekena pasembot...cendoi pulut aiskerim
jgn lupa jeruk pala...
fuh..!!!!

anak mami paling mamun...kekekekek

tuan rumah dgn tuan tetamu


semua best..kira nombot satu laa..cuma ada yang lawak, waktu kami dok kat sebuah hotel '****" ..  apa ka pesyen selipar  ni...serupa tapi tak sama...selipar penang kawin selipar sarawak kot!!!!

Wednesday, April 21, 2010

jawapan pada soalan

Allah tidak mencipta insan atau makhluk di sekeliling kita sia-sia..
perhatilah mereka dengan mata hati...
terlalu banyak jawapan bagi setiap persoalan kita 
sebenarnya tuhan telah sediakan  pada mereka..

kadang..
jawapan pada soalan kita..
adalah dengan kita menjawab persoalan orang lain
penyelesai masalah kita
dengan kita membantu menyelesaikan masalah orang lain
sedar kesalahan kita
dengan cara kita melihat kesalahan orang lain

memang setiap persoalan itu dari Tuhan
dan sudah tentu jawapannya juga dari Tuhan...
cuma wasilahnya...kadang dari pelbagai jalan.....

Sunday, April 18, 2010

pencerobohan !!!!

Sabtu 17April: ketika semua insan masih lagi menyambung lelap..menarik selimut sesudah Subuh..satu pencerobohan telah berlaku di rumah seorang 'literature' UiTM kota samarahan..walaubagaimanapun, penceroboh itu telah berjaya dirakam aksinya melalui cctv yang dipasang di belakang rumah mangsa. kebetulan mangsa ketika itu sedang sibuk menyiapkan sarapan nasi lemak. menurut mangsa dia mendengar tapak langkah yang sedang melompat-lompat di belakang dapur..dan setelah diperiksa, didapati penceroboh sedang melompat keriangan di atas zink.(lihat gambar)
mangsa dengan penuh keberaniannya keluar mengangkat cangkul, tetapi langsung tindakan mangsa itu tidak dihiraukan penceroboh..malah sempat memberi posing ayu dan manja.saspek merayu agar dia diterima sebagai pengunjung tetap ruang belakang rumah mangsa untuknya dapat bermain dengan zink.Atas belas kasihan, mangsa tidak jadi menelefon pihak berkuasa, sebaliknya mempersilakan dengan penuh hormatnya penceroboh keluar dari rumah tersebut melalui pintu hadapan dan menolak permintaan penceroboh atas sebab2 'kenajisan mughalazahan'...
Akhirnya, penceroboh dengan wajah murung berjalan-jalan keluar dari rumah mangsa.

Thursday, April 15, 2010

yang lama....yang baru

yang lama bukan untuk dikenang
kalau yang dikenang itu hanya untuk menyekat langkah
yang lama bukan untuk didendam
kalau dendam itu hanya akan memasamkan wajah

yang baru bukan untuk dipuja
kalau yang dipuja itu hanya untuk menutup luka
yang baru bukan untuk dibangga
kalau bangga itu hanya untuk menceriakan rupa


tiada yang baru..tanpa yang lama..
tidak datang masa hadapan tanpa kita lalui kenangan silam...

Tuesday, April 13, 2010

balik kampung..ooo..balik kampung..hati girang

lari dari himpitan asingment..mes..pjj..plk..melucutkan title lecturer sementara,,,
ku mahu pulang ke gagang..musafir kembali ke pangkal...pulang ke pangkuan insan-insan yang amat menyayangiku...

intro terlebih sudah....hehe
best sangat balik kampung...tambah semua ada dan berkumpul..riuh rendah..benda kecik pun jadi besar..kekekeke

afif..si penghuru-hara..sedang kacau org solat

dinner di restoran terapung sungai baru...ada dua orang yang bawah meja dia penuh selerak nasi..
'literature' Nabilah dan Opah..kekeke

pengerusi "Akedami nasyid Perlis" 

2 hari 3 malam yang amat memuaskan hati...
penat badan..masa habis..duit habis..apalah yang nak diukur berbanding kebahagiaan berada di sisi insan2 yang amat menyayangi kita....

Wednesday, April 7, 2010

percaya..akan ada milik kita...

apa yang kita miliki kini..
semuanya yang Dia beri..
sepadan  dengan diri kita..
sesuai dengan kita..
untuk detik lalu,kini dan selamanya...

walau keluar dari mulut buaya..
atau terbang dari gunung berapi
atau muncul dari dasar lautan
yang memang milik kita...
akan tetap mendatangi kita...atau kita mendatanginya

kerna ia memang ditakdirkan untuk kita..

Monday, April 5, 2010

nyamannya padi huma


MURAH REZEKI!!!!!
seronok ramai kawan..ramai kawan..murah rezeki..hehehe
jumaat lepas,ada jemutan kenduri arwah di kampung empilar..
memang kami dah ready mengosongkn perut...
yang bestnya..kami dijamu nasi dari padi huma yang baru dituai..tengok gambar kat atas tu..bentuk bulat2..dan warna hampir perang ..
rasanya? hmm..sedap..cuma selera kamek lebih pada beras wangi siam..hehe
lepas tu..lauk sampingan..gulai daging, masak lemak keladi,sayur kacang,ayam masak kicap, ulam pucuk ubi..unik kat sini sambal belacannya dimasak..dan setengah tempat ditumbuk ikan bilis campur..
NYAMAN GILAK!!! (sedap betul!!!)
kami tetamu dilayan sebaik mungkin..coz tahu kami ni 1st time jumpa beras padi bukit..hehehe..tak sempat kosong pinggan..terus ditambahnya tanpa izin..
WAA WAA WAA>>kamek sndiri terpaksa makan 3kali ganda drpd biasa...

Thursday, April 1, 2010

akedami nasyid

 saya ni bukan tak mahu nasyid..cuma tak mahu menyumbangkan nasyid.... hehehe
oleh itu sekadar jadi pendengar nasyid pun cukuplah...sampai sanggup heret bebudak kelas masuk join dengar nasyid..



ini gambar pengkritik sementara dan pengkritik tetap...
apabila ditanya wartawan, pengkritik tetap yang tudung oren tu memberi komen pedas seperti berikut: "korang nasyidlaa bunyi macammana sekalipun..selagi ia tidak menidurkan saya,itu tandanya korang perlu banyak belajar vokal lagi.."

tetamu bertempoh..dan tetamu tanpa had tempoh

hujung minggu yang sibuk..dalam kepala ada 1001 urusan nak diselesaikan...
kalau ikut masa..mcm tak cukup 24jam..tapi sebenarnya..apa yang Allah atur tu..dah padan sgt dah..cuma kita manusia tak pande manage waktu..eh..sebenarnya kamek bukan nak bersyarah..tapi nak citer..
kamek dapat 2 tetamu...
1) tetamu 2 hari 1 malam...dari s.alam
tetamu yang tudung biru dan tudung hijau tu...dalam banyak2 benda yang diaorang citer..ada satu benda je melekat dalam kepala kamek..hehehe...
gambar ni kat gerai makan..hmm..cantik tak waterfront kuching pada waktu malam?

2) tetamu yang tiada had tempoh...Alhamdulillah, kami dapat jiran yang boleh diharap dan memang akan kami anggap macam saudara sendiri...

kak miza dan suaminya tiada dlm gambar ni...baru sampai kat epot dah kena snap gambar..siap kena buli lagi..hehehe..
welcome kak...kita perantau kan jadi saudara...

Wednesday, March 24, 2010

baldaton toyyibah wa rabbun ghafur...

Brunei lebih takut laknat Allah

2010/03/24 BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.
“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


BRUNEI BOLEH....
                               MALAYSIA BOLEH???

Sunday, March 21, 2010

bila jadi jenazah..

"setiap orang akan jadi jenazah..so..persiapan untuk jenazah mesti disediakan sebelum dia mati lagi...
syarat2 wajib untuk uruskan jenazah yang paling utama adalah mayat..kalau xde mayat..maka xsah lah jenazah itu..dan kalau tidak ada mayat..dan kita nak urus juga jenazah..maka kita mesti terlebih dahulu mencari sesiara yang sukarela menjadi mayat..sebab itu hukum urus jenazah ini fardhu kifayah..mesti ada yang sukarela jadi mayat..kalau tak semua org berdosa,dan kalau sampai tahap terpaksa..kita boleh memayatkan sesiapa yang kita anggap layak utk menjadi mayat.." kata ustazah.
"betul ke apa yang aku dengar ni", bisik hati budak tudung coklat tu.
'aku yakin..ustazah ni tak cakap mcm tu..yang menokok tambah..ustazah nadiyah..pandai2je dia bagi skrip tak senonoh buat ustazah tu," kata si tudung hitam dalam hatinya.
"hmm..apalah korang merepek ni..pening kepala aku..yang paling aku pening..kenapa aku pun di interframe dalam blog ni jugak" rungut si tudung hijau.
hehehehe

"
oleh kerana si tudung coklat percaya apa ustazah itu cakap....supaya terlepas dosa buat semua orang... menjadi mayatlah dia dengan relanya.

wangian terakhir ..kapur barus dan serbuk kayu cendana.






pakaian terakhir ...

van jenazah xdee..so kita guna motor je lah..pesan kat si tudung coklat tu..buka ikatan bawah..senang dia nak membonceng di belakang.

semua tulisan di atas..hanya satu gurauan dalam kebenaran...
setiap kita akan mati..mati itu wajib bagi yang bernyawa..
bukan masalah bagaimana dan bila kita mati..
tapi jom kita fikirkan..
apa yang kita nak bawa unuk kehidupan selepas mati...

Saturday, March 20, 2010

doa...doa..doa..

doa bukan sekadar kita menyampaikan hajat kita kepada Tuhan...
tapi sebenarnya..kita punya bisikan atau talian jiwa denganNya..
doa boleh datang tanpa sedar..
tika kita dalam keresahan..dan kala itu kita mengingatiNya..itulah doa
tika kita dalam kesenangan..dan kala itu kita mensyukuriNya..itulah doa
 doa bukan permintaan..tapi lebih pada ingatan..
keberkesanan doa bukan pada kerapnya permintaan itu..tapi pada dalamnya ingatan kita padaNya
dalam doa..ada permintaan..
dalam permintaan..ada ingatan..
dalam ingatan..ada pergantungan..
dalam pergantungan..ada rayuan..
dalam rayuan..ada kepasrahan...
dalam kepasrahan..ada kesedaran bahawa kita ini bukanlah ada apa-apa kuasa..
hatta untuk mngerdipkan mata sekalipun..

Friday, March 19, 2010

sebentar di ikmas ..sejenak di telaga air...

jangan tak sangka..di hujung bumi kuching inilah terletaknya IKMAS..jalannya berbengkang-bengkok..turun naik bukit..baru la kami sampe ke IKMAS...
mujur viva kamek terror..apa sahaja rintangan dilaluinya dengan penuh kemachoan..."cayang VIVA"

org2 IKMAS baik2..nya bagi kamek beg...kacak gilak..


dan yang best..di hujung bumi inilah kami beristirehat di tepi laut ..nama ja tempat telaga air..tapi hakikat sebenarnya laut...yang amat menyenangkan ...


memang kalau jumpa air ja..mesti macam monyet nampak pisang..excited teramat..kekeke

dalam seronok tu..tetiba rasa sayu...detik ini kamek di sitok..nanti bila kamek akan meninggalkan bumi sarawak ini..semuanya ini hanya akan jadi kenangan...
kerna kamek anak perantau..perantau yang boleh ada di mana2..dan kadang bila singgah di sesatu tempat..hanya itulah yang pertama dan terakhir kalinya...

Monday, March 15, 2010

misi/nurse akedamik..hehe

seorang pekerja yang berkebolehan..bukan sahaja mengajar di dalam kelas...buat keje admin..malah turut menjadi tukang iklan di luar kawasan..

hehehe..
nangga jak la..aksi2 nurse..eh..misi akedamik di sek men agama sheikh haji othman abdul wahab...

"sebelum keje...apa-apa pun..KITA MAKAN DULU...."











tengok bebudak ni amik result SPM..kamek pulak yang rasa gementar...hehehe

jurucakap UITM...  "Uitm di hatiku"

pensyarah..perangkap promoter uitm..hehe

"terima kasih tuanrumah...ops..tuan sekolah..kmgkinan student puan akan jadik student kamek kelak..Insya Allah."

sempat lagi..posing tuh..amboi..mengada betullah budak budak ni!

"selepas keje..apa-apapun..KITA MAKAN DULUK"

Saturday, March 13, 2010

keluar Islam tapi bukan murtad..?!!

keluar Islam tapi bukan murtad..hmm..ada ke kes macam tu?
hmm ada...
seorang pelajar di sini...dia menyatakan dia nak tukar namanya dari nama Islam ke bukan Islam dan buang identiti agama Islam dalam mycardnya..kerana dia kata "DIA MEMANG BUKAN ISLAM".
di sini dia sepatutnya mendaftarkan namanya ke dalam kelas agama..tapi dia mendaftarkan namanya di dalam kelas yang utk agama selain Islam.
bila ditanya akhirnya dia membuka cerita sebenar...
inilah ceritanya:

pada suatu hari....ada seorang puteri yang bernama nadiyah hashim....
kekekeke..acah je..ni yang sebenar-benarnya..

dia dulu ada masalah pendaftaran di sek ren..ibunya telah menggunakan nama sepasang pasangan Islam utk mengaku dia adalah ibubapanya utk ditulis di dlm surat beranak.jadi automatik namanya menjadi nama Islam..agama Islam..cuma dia masih tinggal dgn ibu kandungnya yang bukan islam dan cara hidup yang bukan Islam.
dulu dia tak kisah..sampaikan di sek men..dia turut memakai tudung di sek kerana mengikut kawan2 muslimnya..dulu di mata orang dia muslim..tapi hakikatnya di rumah, kehidupan dan imannya bukan Islam..tapi sekarang dia nak hidup secara rasmi sebagai bukan Islam. hmm..berbelit belit..
sekarang juga dia dalam usaha membawa kesnya ke JAIS ...untuk membuang identiti MUSLIMnya..
jika dia berjaya... adakah kita boleh isytiharkan dia keluar Islam tapi bukan murtad???

Tuesday, March 9, 2010

brunei darus salam..yang memang memang salam(sejahtera)

dari bulan 10 2009 lagi dah beli tiket..bayangkan utk 3 org..hanya 445 sahaja tambang pg balik..
itu yang dirancang..tapi yang diizinkan Allah..kamek dan si kajol je yang pg..

memang tahap mempertaruhkan nyawa dan segalanya..hehehe..pergi hanya berbekalkan duit dan keberanian ke negara orang ni..tapi tak rasa takut sangat pun..coz kami pergi dengan restu dan doa insan2 yang menyayangi kami..INSYAALLAH selamat.

nangga jak la gambar 2 yang kamek post bawah tok
si kajol yang perak naik flight...kekekeke
alhamdulillah..Allah tolong kami carikan tempat penginapan yang betul-betul kena dengan pengalaman pertama kami ni..kami dok brunei hotel..murah $67? hehehe..kali lah 2.5..

restoran maknyah..eh silap..restoran makngah la..dah xde orang..baru 7.15pm..malam kat sini langsung tak happening wlu di ibukota..kami apalagi..mengerohkan dirila dalam bilik..hehehe

di depan jerudong park..mimpi2 mengigau nak datang sini..bila sampai..rupanya dah park ni dah lama bungkus..WAA WAA WAA

jerudong beach....
termenung..termenung..cakap kat mak...
gambar2 di perkampungan kampung air...bukan saja rumah..sekolah..pejabat..semua atas air..bestkan..cuma leceh..kita xboleh nak baling barang ikut tingkap..sure tak dapat kutip semula dah.di kedai souvenir..duit xdak..beli yang kecik2 je..hehehe
dah terpaut dangan abg brunei sebelah..hehehe
mitos rakyat brunei..kapal si tanggang yang telah disumpah menjadi batu
overall..kami dua amat2 happy dgn trip kami yang hentam keromo je....siap naik bas mini $1 lagi tuh jalan-jalan..

thanks brunei...kami benar2 rasa sejahtera di negara anda....

Wednesday, March 3, 2010

ahmad nabil

mst dah ada org silap faham kan..
mesti org igt nabil raja lawak kan..hehehe
bukan..bukan yang tu..yang tu nak buat apa..
dia tak terlalu popular untuk dimasukkan dalam blog ni..hehe

sebenarnya nak citer pasal aahmad nabil anak K.N (rakan sekerja)
petang semalam berkesempatan pergi Hospital Umum Kuching (kalau kat smnanjung kita panggil Hospital Besar)
kesihatannya tidak stabil..gambar xde untuk tontonan..cuma yang boleh sy beri gambaran.. bayangkan budak 2 tahun setengah..besarnya seperti 5 bulan setengah.. tidak berisi..tidak berupaya melakukan apa2..hingga menangis pun..tidak keluar suara..yang menyedihkan ada 2 ketumbuhan di ari2nya...nak oprate, doktor kata xde bius yang bersesuaian dgn tubuh naifnya itu..

ahmad nabil..tika ku melihat kesucian wajahmu..ku bagai melihat wajah suci penghuni syurga...
tika ku menyentuh kehalusan kulitmu..ke bagai mnyentuh kehalusan kasihsayang Tuhan yang dizahirkan dalam bentuk ujian...
buat K.N dan suami..walau kita sayangkan dia...tapi Allah lebih menyayanginya...Dia Maha Berkuasa utk menentukan apa yang terbaik buat Ahmad Nabil.