relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, June 28, 2010

pasukan bangunan

dah 2 tahun tak ke trgnu..alhamdulillah..jodohku ada utk kesana..program teambuilding
4 hari di situ..memang kami dibuli habis-habisan...hahahaha..tapi BEST SESANGAT!!!!
pasang betul2 cik cik kak...jgn ada yg tido atas pokok kang
selepas penat mendaki dan menuruni 3 bukit...
mereka tersenyum kepenatan....
pertama kali dalam hidupku,tidur terus berlapikkan pasir..dsn berbumbungkan langit.bermelodikan irama ombak..berkipaskan bayu laut...

"sahaja aku memanah rejim zionis kerana Allah TAALA....TAKBIR!!!"


gadis-gadis hutan,,,,hehehe

kami memeterai perjanjian...untuk bersama-sama menentang zionis..hahahaha

Saturday, June 26, 2010

selekoh di jalan

bila kau rasa tiada lagi yang dapat kau beri,
dan kau pasti lagunya telah berakhir
dan bagimu sudah tiada sebab untuk hidup lagi
dan kegelapan malam telah turun menabir

di mana dapat kau cari kekuatan
perlukah terus kau menangis sendiri
di mana boleh kau cari tangan yang akan mengeringkan
titisan air mata tangisan hati

bila kau berduka dan putus harapan
melihat apa yang kau fikir penghujung jalan
Tuhan akan membisikkan "Tunggulah hari esok kemunculan"
patah hatimu ini hanyalah selekoh di jalan
selekoh di jalan..selekoh di jalan..selekoh di jalan

jalanmu pasti melewati selekoh ini
kau pasti menyanyi meneruskan perjalanan
harapan di hatimu pasti membara kembali
bila kau melihat sinaran cahaya impian

bersenanglah mengetahui Tuhanmu bersamamu
Akrabnya DIA melebihi sebarang teman
DIA berbisik di hatimu untuk menyenangkanmu
bahawa bahagia menantimu nun selepas selekoh di jalan
selekoh di jalan..selekoh di jalan..selekoh di jalan

Friday, June 25, 2010

makassar....

dipanggil makassar..kerana kaum makassar..orgnya kasar2...mendominasi kaum2 yang lain..(maklumat ini diberi oleh pemandu pelancong kami)

' teman tapi mesra' ku...selama 5 hari di makasar...
















tarian makassar..tepukan gendangnya keras...tapi tariannya gemalai...














rumah asli kaum 'toraja'...unik dan menarik... setiap papan ada ukiran2...cuma yang agak menggerunkan..setiap rumah akan digantung kepala lembu/kerbau/bab*..











yang buatku tertarik juga...kat sini penduduknya suka benar mengshortformkan bahasa...contoh :
bandara: bandar udara/airport
cipika,cipiki: cium pipi kanan,cium pipi kiri
mantak: iman dan takwa
LUCU KAN... ntah-ntah kalau nama saya dishortformkan mereka..jadi NASHIM je kot..hehehe

Saturday, June 19, 2010

kehadiranmu dikehendaki...

belum habis bau makassar di badan...pergi pula ke satu program anjuran jabatan di dungun, terengganu..
dalam banyak-banyak kalimah yang didengar sepanjang program..ini yang berbekas di hati
"jadikan kehadiranmu dikehendaki...
kehilanganmu...diratapi..."

dalam konteks sekarang, ..golongan ulamak..ilmuan..atau bahasa kampung ustaz/ustazah..kehadiran mereka hanya diperlukan masyarakat dalam beberapa situasi TERTENTU sahaja...
waktu solat..yang diangkat jadi imam...orang yang mereka anggap tahu lebih agama....patuh setiap perlakuan imam,imam solat panjang..panjanglah solat makmum..tanpa sebarang bantahan
TAPI
 kenapa..luar dari solat...ustaz itu sudah tidak diangkat sebagai ketua..malah adakala tingkahlakunya disalahkan..
siapa yang salah?  ustaz atau masyarakat...
so kesimpulannya..saya nak menyeru...
ustaz/ustazah...
jadilah
kehadiranmu dikehendaki setiap masa...
kehilanganmu dikenangi sepanjang masa...

Monday, June 14, 2010

indonesian...yang ku kenali

alhamdulillah ada kesempatan waktu ke sulawesi selatan...makassar/ujung padang.
kata org kita malaysia dan indonesia serumpun giitu..ertinya ngak banyak bedanya..secara lebih tepat..lebih byak persamaan dr perbedaan.
namun bagi saya secara pesonal..bedanya ada..kalo yang rata-rata di pemikiran orang malaysia..indonesian sikapnya semuanya dikenali sebagai orang gaji atau buruh binaan..atau nama glamer PATI..
tapi dgn kunjungan saya ke sana..saya mendapati mereka punya kelebihan yang amt mengagumkan...
pertamanya..dalam soal ilmuan.. usah dilihat pemikir yang tarafnya proffeospr atau yang sudah punya PHD atau MA..sekadar berkongsi penilaian terhadap mahasiswa mereka..soalan dan pola pemikiran mereka agak berbeda dgn mahasiswa kita..mereka amat menghalusi..mendalami sesuatu itu smpekan soalan yang diajukan bukan sekadar soalan permukaan (surface) tapi yang smpe mengorek..dan soalan mereka membuka ruang kajian baru..berfikir lain dari yang lain...
maaf saya katakan di sini..soalan mahasiswa kita..bersifat mereka tidak tahu dan hendak tahu.
manakala soalan mahasiswa mereka..bersifat mereka sudah tahu dan hendak kita beri sesuatu yang lebih dari apa yang mereka tahu....


kejujuran mereka amat terserlah....
kecerdikan mereka amat ketara..
keegoaan mereka juga amat tinggi.
penyusunan bahasa mereka amat halus..
keliberalan mereka amat jelas...
keterbukaan mereka juga amat terbuka : )

quote: gambar2..dan citer sana..saya lanjutkan di posting lain.. : )

Wednesday, June 9, 2010

kelahiran semalam...kematian hari esok..

kelahiran semalam...
bersamanya tangisan dan senyuman..
dan juga tanggungjawab dan amanah..
untuk ibubapanya..tahniah..
satu lagi hartamu d dunia..
yang juga asetmu di akhirat sana
yang tidak disedari..
kelahiran semalam adalah satu ganti
untuk kematian hari ini atau mungkin esok
kelahiran semalam adalah satu warisan
kelahiran semalam..kematian hari esok

ps:buat sahabatku (org kg tebok)..tahniah utk kelahiran anak ke3.

Wednesday, June 2, 2010

Ya Allah..jgn Kau izinkan..

Ya Allah..jangan Kau izinkan diriku
melakukan dosa
jika amalan itu buat hatiku gelap dan busuk
bantuku menghindar dari dosa itu..
kerna ku takut hujungnya kemurkaanMu

Ya Allah..jangan Kau izinkan diriku
melakukan pahala
jika amalan itu buat ku bongkak dan ujub
bantuku memhampiri amalan pahala itu
kerna ku mahu hujungnya rahmat kasihMu

Wednesday, May 26, 2010

bila ia dari Tuhan...

bila ia dari Tuhan...
yang jauh kan mendekati
bila ia dari Tuhan...
yang nak dielak itu yang jadi..
bila ia dari Tuhan...
segala yang mustahil..pun pasti terjadi
bila ia dari Tuhan..
segalanya kan dimudahi
bila ia dari Tuhan..
yang terpilih 
yang terbaik
itu PASTI.....

Wednesday, May 19, 2010

cuTi-CutI SarAwAK

jumaat lepas ke kabong di Sri Aman...ke rumah rakan sekerja.
best?  mestilah best..dan yang membestkannya adalan adventurenya perjalanan ke sana yang memakan masa 6 jam...
naik apa? VIRU la...(viva biru ku yang tersayang)
alhamdulillah..perjalanan pergi dan balik selamat...

ni di perhentian Sri Aman..igtkan lagi 30 minit lagi nak sampai..tapi F cakap..kak nadia ada 3 jam lagi..kua kua kua
dan kami sampai pada 7.30 pm...disambut oleh ketenangan perkampungan nelayan Kabong.


ni SUMAN...makanan terkenal di kampung ini..tepung yang dimasak..kemudian dicampur dgn udang atau sotong atau ikan..rasanya..tak terucap!!!
pagi  Sabtu kami ke sarikei..1jam 30 minit lagi perjalanan ke sana...dan sepanjang perjalanan..kami dapat menyaksikan rumah2 panjang tradisi dan moden. apalagi jakun la..org perlis ni!
ni rumah panjang tradisi
dan sebelah ni rumah panjang moden...hmm..walaupun dah mula dibuat dengan batu bata tapi masih mengekalkan konsep..beranda atau tempat rehat yang tidak berdinding sebuah keluarga dgn keluarga yg lain..
berani tgk kat luar je..tak berani nak masuk coz..takut diaorang tak suka org luar.
ni poyong...lauk 'special' yang dijual di pasar Sarikei...
sempat berposing dgn joran sapa ntah di sungai sarikei
dan kemudian kami ke pantai...

2 orang nenek kebaya...ayu-ayu kan? hehe



anak dara kabong..sapa nak..tak mahal 1kg = 1K je
yang paling tak lupa permandangan2 yang rasanya amat berharga sekali..

gambar1: nampak macam kosong pantai di bawah..tapi bila perati betul2..ada ketam beraneka warna..Subhanallah


gambar3: dalam perjalanan balik dari sri aman..tgk langit..sSubhanallah..gambar bulan sabit..dan planet zuhal..(kalau tak silap,ada terbaca dlm majalah Infiniti...) mcm orang sedang kenyit mata dan tersenyum kan..; )
ini hanya dapat dilihat dalam beberapa minit dan di Serian je..bila sampai Samarahan..dah tak nampak mcm ni dah..
 apa pun..thanks utk F..dan kwn2 serombongan...tak lupa tuan rumah...cuti2 yang best sgt..dan tak mungkin dilupakan.
oh ya..dan tak lupa ucapan terima kasih kepada driver kami yang 6jam memandu perjalanan pergi balik tanpa ganti....


Monday, May 17, 2010

dunia kartun

2 malam lepas..menonton cerita sin chan, sapa tak kenal Sinchan kan....
yang kami tonton siri pengembaraan sinchan... seperti yang dimaklumi..karakter sinchan sentiasa mencuit hati wlu ada kdgkala menjengkelkan dan tidak septutnya dicontohi kanak2...
waktu tgk kartun tu...kawan memberi komen "ada ke budak baru merangkak (Himawari, adik sin chan) boleh tolak perahu besar"
saya membalas "alah..kalau dalam kartun..semua boleh jadi logik"

bayangkan..kalau dunia kita adalah dunia kartun...tiada batasan..
semuanya logik dan melampaui kemampuan..
adakah itu sebenarnya satu kelebihan atau sebenarnya satu kemusnahan?
jatuh dari bangunan tinggi...tidak mati..tapi hanya ada benjol berbintang...
dilanggar..terpenyek nipis..tapi langsung tidak mengeluarkan darah..
itu sebenarnya...manusia sudah mencapai tahap melawan hukum alam!
ertinya...
jika dunia kartun adalah dunia kita..atau dunia kita adalah dunia kartun...waktu itu..semua pasti tidak rasa bertuhan..semua akan menjadi superhero..semua tidak mengharapkan keajaiban dari yang Maha Esa..sebaliknya..segala keajaiban akan berlaku tanpa ada keinsafan....


APABILA DIA MENGKEHENDAKINYA..DIA AKAN BERFIRMAN "KUN FAYAKUN..."

BENDA YANG MUSTAHIL..ADALAH INDAH..BILA IA BERLAKU TEPAT PADA MASANYA DAN TEPAT PADA ORANGNYA...

Wednesday, May 12, 2010

TANYA SAMA ...

tanya sama pokok..
apa sebab goyang
nanti jawab pokok..angin yang goncang
tanya sama angin..apa sebab hujan..
nanti jawab angin..tanyalah awan
nanti awan kata..aku bendung air..
sampai tempat sejuk aku pun cair...
tgk dalam air...nampak bayang2..
campak ketul batu..byang pun hilang..



tanya sama jiwa..apa punca tenang
nanti jawab jiwa..bila Allah sayang
tanya sama hati..apa sebab buntu
nanti jawab hati..tanyalah nafsu
nanti nafsu jawab..aku nak semua..
walau semua dah ada..puas tak rasa
tenung dalam-dalam..nampak dosa2
ingat inzar Tuhan..insaf pun tiba

Sunday, May 9, 2010

EMAK....


Mak..
jika ditanya..
insan mana yang paling agung dihati..
kan ku jawab 'EMAK'
insan mana yang kasihnya tidak diragui
kan ku jawab 'EMAK'
insan mana yang marahnya kau tidak ambil hati
kan ku jawab 'EMAK'
insan mana yang wajahnya secantik bidadari
kan ku jawab 'EMAK'
insan mana yang suaranya kau rindu setiap hari
kan ku jawab 'EMAK'
insan mana yang masakannya lazat tidak terperi
kan ku jawab 'EMAK'
insan mana yang sanggup kau beri nyawa sebagai galang ganti
kan ku jawab 'EMAK'

Mak...hari-hari nadia sayang mak..dan hari ini hari nadia nak mak tahu nadia amat sayang mak!

Saturday, May 8, 2010

nak buat ke tak buat?

takde keje nak buat
cari keje nak buat
last-last banyak keje yang tak terbuat
apa nak buat ek..
bila ada benda yang kita kena buat..
tapi tak dapat buat..
sebab ada orang lain tak buat...
nak buat macam mana ek..
taknak buat benda yang sepatut buat
tapi nak buat benda yg tak berapa patut buat
suka buat benda yang orang lain tak suka buat..
sebab kalau tak buat..
banyak kerja lain tergendala tak terbuat
orang hanya nak kita buat..
benda yang tidak buat depa susah
sedang mereka tak nampak kita buat
benda yang  buat depa senang
tak suka buat dalam keadaan dipaksa
tapi suka buat dalam keadaan terpaksa

buat..jangan tak buat...jika urusan itu nilainya ibadat
jangan buat..mesti jangan buat...jika urusan itu nilainya maksiat

Friday, May 7, 2010

tamanku...syurgaku...

waktu kat rumah kampung dulu..pelik sgt tengok mak minat giler dgn bunga...
bagi saya..bunga tak boleh dipeluk,didukung mcm kucing..apa lah bestnya bela bunga ni..?
lepas tu cerewet lak...nak kena siram..panas sgt tak boleh..terlebih air pun jangan...
menambah kerja lagi adalah..nak kena geburkan tanah..nak kena cabut rumput kecil..
itu tak masuk nak pindahkan anak-anak pokok baru ke dalam pasu lain...uuhh..memang satu kerja yang comot lagi menyomotkan...
hahaha
tapi sekarang...jiwaku dah berubah...kerja comot-comot itu dah menjadi hobi baru..
dan hasilnya?
satu perasaan yang tidak dapat diucapkan...
bila satu pohon itu membesar depan mata...
kembang segar dengan sentuhan kita setiap hari..
walau sapaanku tidak berbalas...
tapi suka dan rajuk mereka dapat ku rasakan...
hehehe..pelik..tapi benar....
lihatkah kalian betapa manisnya senyuman tumbuhan ini....
 

Monday, May 3, 2010

dilema seorang pengajar...

sapa kata jadi pengajar ni senang...
marking paper dgn jawab paper..rasanya sanggup jawab paper lagi...
penat oii..dok meenelek satu persatu jawapan student..
yang tulis lurus..tak bertitik..
tak masuk lagi dari kelogikan jawapan2..
kadang2 buat diri sendiri terfikir.."depa yang tak faham ke aku yang tak faham"

dari duduk bersila..
bertimpuh..
meniarap..men***ging..menyenget..

berlapikkan meja..
berlapik surat khabar..
menjadi lapik pada pinggan..
menjadi lapik pada buku..
kadang menjadi lapik pada kepala...
itulah aksi2 yang sewajarnya dan tidak sewajarnya..
student hanya akan dapat tengok resultnya..
tapi pembikinan di belakang tabir..mcm2 gaya!!!

apapun yang paling best..
marking di bawah pohon rembia..
berlapikkan pasir putih..
berbekalkan nasik lemak..
bertemankan kak miza dan abg nizam..(tq sgt2, temankan nadia)
dihembus sepoi angin laut santubung..
bersaksikan gunung santubung dan awan biru...
waduh..syahdu bangat..
1 paper sepatutnya 10 minit..jadi 20minit...hehehe

Saturday, May 1, 2010

pergi bukan kerana benci...

aku pergi...
bukan kerana benci..
tapi untuk hidupmu lebih bererti...

aku undur diri..
bukan kerna tidak cinta lagi
tapi kerna ku amat menyayangi

sayang...
jgn kau tangisi..
kerna tangismu itu
melukakan hatiku
lebih dari lukanya hatimu

aku pergi...
bukan kerana benci..
tapi satu pengorbanan cinta sejati



p/s:"puisi di atas...tidak khusus buat sesapa...tapi sekadar renungan buat mereka yang kehilangan..sekadar nukilan dari sudut pandangan mereka yang terpaksa meninggalkan"

Wednesday, April 28, 2010

anak mami kembali lagi!!!!



HEI ORANG-ORANG KAMPUNG..DENGAQ SINI ...ANAK MAMI KEMBALI LAGI!!!!!















anak-anak mami


penari-penari boria















beli belah di komtar..
pekena pasembot...cendoi pulut aiskerim
jgn lupa jeruk pala...
fuh..!!!!

anak mami paling mamun...kekekekek

tuan rumah dgn tuan tetamu


semua best..kira nombot satu laa..cuma ada yang lawak, waktu kami dok kat sebuah hotel '****" ..  apa ka pesyen selipar  ni...serupa tapi tak sama...selipar penang kawin selipar sarawak kot!!!!