relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, May 28, 2011

penulis senja cari blog yang simple dan kemas

sini..


hehe.. utk penulis senja..
bila bc header je..rasa macam seram-seram sikit..hmm. mungkin sbb ada senja kot.. mula baca..igt kes kes seram je..rupanya pelbagai.. apa pun.. blog saudara kemas dan simple..
blog sya tepati syarat kemas dan simple tak? hehe .. header saya" relaks..tenang..simple.." word
kemas je xde..so kalau tak berapa kemas tu..harap dapat dibantu mana yg perlu dikemaskan..

link 3 geng lain:
kajol
to'wan
fatimah

Thursday, May 26, 2011

Bulan dan matahari...

tadi ke Seminar Falak di Kuching..
teruja gak nak pergi dr semalam.. yelah..dulu pernah bercita-cita nak jd ahli astronomi
jadi ahli astro no money je..hehe

just nak share..
siang kita ada matahari..malam kita ada bulan.. ia tidak semata-mata ada tapi adanya dua bnda gergasi itu amat memberi kesan terhadap kehidupan kita. sbb itu cukup tuhan ambil balik 2 benda tu je..nescaya kiamatlah dunia..
matahari: peredarannya menentukan perenggan-perenggan tanah manusia. ia juga menentukan latitude dan longitude. dan bagi umat islam ia menentukan waktu solat
bulan:penentuan tarikh (kalendar hijriyah). pasang surut laut. dan yang penting..tiap hujung bulan: gaji masuk..hehe( yang ni tak de dalam seminar, lauk tambah je,hehe)

dan yang paling utama: dua bnda gergasi ini..xpernah satu saat, ingkar dr fitratullah..sntiasa di atas orbitnya..sntiasa melaksanakan tugasnya. KITA?
dan tengah sedap menikmati seminar tadi..tetiba je bulan jatuh ke riba..terkejut cek.. oh mimpi rupanya. isk isk isk..boleh terlelap...

INFO PENTING:
MATAHARI AKAN TEPAT DI ATS KAABAH 2 kali setahun. so sapa nak cek arah kiblat yang betul ingat tarikh ni:
28 MEI tepat 5.16pm
16 JULAI tepat 5.28pm
(waktu Msia)

Tuesday, May 24, 2011

“Segmen blog review oleh Jamaluddin.net”.

/http://www.jamaluddin.net/2011/05/segmen-blog-review-oleh-jamaluddinnet.html
Segmen blog review oleh Jamaluddin.net”.
Hehe.. ni dah masuk setahun 8 bulan umur blog ni..masih muda..berjalan pun jatuh jatuh lagi ..jd mmg memerlukan otai untuk memberi tunjuk ajar.
komen jujur utk blog otai:sekali tengok nampak mcm blog orang skema..hmm..xpe..cuma bg org yang jenis funky mungkin klu tak bc..xminat..apa pun..yg penting isi kan..bukan dr segi warna warninya blog..

okeh la..itu aje..harap dpt komen membina utk blog ni..harapan sy selain dr kenangan peribadi..harap ia juga jadi sumber amal atau ilmu jariah kepada org lain.

4 HANTU AIR..

EH..EH..INI RUPANYA MAKANAN HANTU AIR..SIAP ROTI SAPU MERJERIN LAGI TUH
DI ATAS NI PASANGAN HANTU AIR PALING ROMANTIK....
 TAHU LAK SEPASANG HANTU AIR NI KELUAR DARI AIR..INGAT NAK BERENDAM JE..HEHE
EH..ANAK HANTU AIR MANA LAK TERLEPAS NIH..SAPA HILANG ANAK SILA CNTACT TUAN BLOG NI YEA...


PENAT MAIN AIR.. MAKA BERJALAN JALANLAH MEREKA MELAWAT SEDARA2 MEREKA YANG LAIN..TAK SEMPAT TUNGGU RAYA..RINDU SANGAT DENGAN KEKAWAN DIORANG NI:
PAK  BER'WANG'...

PAK "BOY" A
ALA COMELNYE..SAPA NIH..SEDONDON GITU..JELES BURUNG MERAK KAT BELAKANG..HEHE

Thursday, May 19, 2011

harumnyeee... manisnyeeee...

SYOK SYOK SYOK!!!!!!
BEST BEST BEST!!!!!
ASYIK ASYIK ASYIK!!!!!
YEA YEA YEA!!!!
SUKA SUKA SUKA!!!!
LIKE LIKE LIKE!!!!


Wednesday, May 18, 2011

hari-hari yang ku digurukan..

manakan sama hari ku berguru..
dengan hari yang ku digurukan..

mungkin beza dr segi kuasa..mungkin beza dr segi rasa..

kali pertama ku bergelar guru di SEK TAQWA
wlu sekadar 6 bulan.
dr darjah 1 hga darjah 5
dr ajar bahasa hingga ajar pegang pensel
dr ajar menghafal..hingga ajar mngelapkan hingus
dr ajar guna papan hitam..hingga ajar guna cubitan

mngajar pula di MADI..
bekas sekolah ku sndiri..
tempoh setahun sahaja..
belajar memahamkan..bukan sekadar menghafal..
belajar teknik yang menyeronokkan bukan yang membosankan
dan banyak kekaguman tu pada adinda adinda
yang sabar melalui liku-liku pelajar MADI..
yang ku sndiri pernah lalui 7 tahun sebelum ini
dan hingga kini MADI tetap sntiasa istimewa di hati

mengajar 3 bulan sebagai guru taska
akulah guru..akulah tukang masak..
tukang basuh..tukang tidurkan..dan tukang main
yg paling terkesan di hati..seorang pelajar yang buta alif ba ta
bersamaku dia dapat mengeja dan kenal semua huruf hijaiyyah
moga ia sahamku yg berharga nnti ilmu jariyah...

diterima mnjadi guru di al-AMIN
tempat baru..suasana baru..sistem baru..
yang buatku belajar sambil mengajar
pelajar2 anak orang2 besar
yang lebih pentingkan akhlak dan ilmu agama
aku rindu panggilan 'muallimah'
yang tak mungkin ku dapat di mana juga lagi...

terkejut..mngejut..terus terbang ke sarawak
mana nak jangka..rezekiku di bumi kenyalang
dan bukan sekadar tmpat rezeki..
tapi juga medan juangku..medan dakwahku
di sini mungkin nampak tahapku tinggi..
tapi aku masih seorang pendidik..
yang mengajar bukan utk ke otak dan minda
tapi terus masuk ke lubuk hati
bukan untuk mereka lulus periksa semata
tapi utk mereka jadi insan manusiawi
yang bukan sekadar mahu makan dan kaya
tapi untuk bersama memakmurkan bumi
dgn amal,ilmu dan akhlak tinggi

AKU MENGAJAR...BUKAN UNTUK DIANGGAP BESAR.. 
BUKAN JUGA UNTUK DISANJUNG..DIPUJA.. 
CUMA KU HARAPKAN NAMAKU TERSEBUT DALAM DOA

Tuesday, May 17, 2011

hari-hari yang ku pernah berguru

hari-hari ku berguru
pastinya bermula dari rumah..
mak, abah, kakak2 dan abng mengajarku ttg dunia
dunia main..dunia makan..dunia yang penuh dengan kasih sayang
hingga aku pelik..kenapa aku perlu ke sekolah lagi
sedang segalanya aku boleh dapati di rumah

6 tahun TADIKA..dgn uniform hijau..
pergi naik van..yang kekal di ingatan..pokok saga di hujung bangunan..
hampir tiap hari ku tutip biji saga yang merah menyala
guruku CIKGU SOFIA..cantik macam cina..
dia membetulkan kesilapan sebutan hurufku.. G & J, K & T...
darjah 1 di sek raja perempuan
sekolah bekas tapak istana lama..kami panggil dulu istana raja botak
pelajarnya semua perempuan..xde lelaki
cuma berlainan bangsa..dan ku ingat kwn sebelah mejaku cina..
bila cikgu datang..kami sama-sama akan menjerit "TEACHER LAILA"
hehehe..dan GURUKU : CIKGU SANIAH
sekali satu bukuku..dah diconteng oleh adindaku HUSNA..
pergi ke sekolah.. perutku dipulas di pusat..
tapi tak nangis pun..sbb tak sakit langsung..hehe

DARJAH 2 berpindah ke SK SG RAPAT..
sekolah ni campur lelaki perempuan.. huh..duduk plak tepi lelaki
gatal sungguh kan..hehe
igt sekali cukgu kelasku CIKGU ASMAH panggil namaku..
secara spontan ku menyahut " YEA MAK"...
berderai tawa satu kelas...hehehe..tersasul daaa..

DARJAH 3.. pindah lagi ke A.STAR..sek SG KOROK BARU
GURUKU..CIKGU FARIDAH..
sempat aku dilantik menjadi pen KETUA DARJAH..
bila waktu guru xde..ketua darjah ambil alih jaga kelas..
tak sangka nama orang bising yang sampai kepada guru..adalah namaku..
cikgu pun kata: PENOLONG KETUA KELAS PUN BISING? kena denda lebih ni.. hehe

hampir hujung darjah 3 ku pindah ke SKSE,perlis
CIKGU WAN SALIMAH guru kelasku..
darjah 4..CIKGU RAHIM
darjah 5.. CIKGU ROZI
darjah 6..CIKGU NASIHA..
di SKSE..belajaq cakap utara..
menangis nak berbasikal ke sekolah..hingga menyorok belakang almari..
sbb seronk tgk kwn berbasikal ke kedai beli jajan..
ada sekali sewaktu berbasikal dgn kawan..buah nyoq.jatul betul2 depan basikal..
mujuq bukan atas kepala..tapi menyebabkan kami tergolek dog la juga
mujur waktu itu tiada knderaan yang menghampiri..alhamdulillah

makin remaja..bersekolah sekaligus berasrama di MADI
hidupku di MADI mengubah dan memnbentuk remajaku menjadi remaja yang halus..tulus..
hmm..maksud aku..remaja yang baik da.. tapi xlah perfect
kn rotan tu biasalah bagi warga MADI..tapi itulah dunia MADI yang penuh dgn keistimewaan
wlu berhimpit di asrama..tidur di bawak pumkin..berebut tandas dan bilik air.. keputusan bekalan air..hingga buat kami merantau mencari air telaga dan sungai..
mandi belat..terjun sungai.. malam2 ceramah yang mengujakan..
walau pernah kami dilabel tiada masa depan...
tapi kami masih terus tetap mara ke hadapan..
kerana rezeki adalah takdir tuhan..

ku smbung di KIDU.. dunia IPT yang tersendiri..
kami tidak sekadar belajar..tp juga berdikari..
bukan untuk diri sndiri sahaja tapi kejayaan yg mesti dikongsi
dah berjamaah buat kehidupan lebih meriah
malah rezeki melimpah ruah
yg sedikit dikongsi..semua dapat menikmati..
dan tak boleh dilupakan tanggal perginya insan istimewa
UST FADHIL..
ku saksikan gelombang manusia mengunjungi jenazahnya..
manusia agung yang tidak minta disanjung
tapi tetap allah beri penghormatan..

2004..ku di al-AZHAR..
tiada bahasa..tiada nukilan untuk gambarkan kebangganku menjadi penuntutnya
bukan kerana nama..tapi kerana karamahnya..
guru2nya yang ikhlas mengajar..tanah anbiyah ardi kinanah
disini aku belajar.. apa yang ku dapat..
bukan apa yang ku ambil dr orang..tapi apa yang ku beri pd orang..

rezekiku di UKM..
buatku rasa kerdil berbnding yg lain..
mgkin kerana tiada SPM..
mungkin krn mrk lebih bijak berdebat dan berbahas
sem pertamaku..mmg aku amat bekerja keras bukan utk belajar
tapi utk menyesuaikan diri dgn cara belajar yg baru
dan yg lucu bila result keluar berbentuk CGPA.
aku tercengang..nombor apa ni..sikitnye..tak sampai 10 pun..
sikitnye markah.. manalah BEKAS BUDAK MADI,KIDU DAN AZHAR ni tahu pasal perkiraan CGPA..klu mumtaz, jayyid jiddan, jayyid, maqbul tu tahulah. hehe

dan pastinya sepanjang perjalanan tempoh ku berguru..insan2 yang paling memberi kesan kepada kehidupanku adalah mereka yang bergelar cikgu, guru, ustaz,ustazah, sir, madam, Dr, Prof dan segalanya...

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA...
KERANA KALIAN..
AKU MENJADI ORANG INSAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN!

Saturday, May 14, 2011

'aku'

sudah takut membahasakan "aku"
'aku' menunjukkan kuasa 'satu'
tanpa pensabitan kuasa lain
sedangkan ia tidak sama sekali akan berlaku tanpa izinMu
hanya Kau layak mengunakan Aku
kerna kau langsung tidak berhajat kepada yang lain
samaada atas apa yang berlaku..
dan atas apa yang tidak berlaku
jika yang telah hamba 'aku' kan..
maaf atas ketelanjuran
atas ketidaksopanan
atas ketidaksedaran..
bahawa hamba tidak layak 'aku'
walau untuk sesaat sekalipun

Tuesday, May 10, 2011

15 minit je tau

hari minggu lepas ke satu kawasaan perumahan..dan kebetulan bertepatan masuk waktu asar.. maka kami terus singgah di sebuah masjid yang berdekatan dgn rumah sedara yang kami nak kunjungi..
mula2 terbc apa2 yg tercatat kat situ..
penyataan pertama mengenai dilarang sesapa buat kuliah atau mengajar tnpa kebenaran majlis agama..itu biasa..sy abaikan wlu ada sikit mengutuk..hehe

penytaan kedua: khutbah jumaat tidak dibenarkan lebih 15 minit. BIAR BETUL!
entahlah..ini bukanlah masjid pertama saya pergi..dan lagipun habibi mmg solat di masjid selalu..xde plak dia sndiri pernah terbaca arahan sebegitu.
korang caya tak? tak percaya tgk sndiri nih smpat lagi kami snap gmbar.




bahasa senang faham..." KHUTBAH SEKADAR 15 MINIT JE TAU!

hmm..dahlah yang sunat tak bagi..yang wajib pun dihadkan..kalau ruang tazkirah dipendekkan..nak salahkan bebudak lagi perangai macam setan!
sempat ke 2 khutbah jumaat tak sampai 15 minit?
seronok la tok imam tuh..solawat byk2..mukaddimah pnjang sikit..dah cukup..xperlu syarah dah..kang lebih masa..kn tangkap lak...
pusat maksiat beroperasi lebih masa diserbu..klu tok imam berkhutbah lebih masa nak diserbu jugak ke?
yea..sy tahu..niat diorang adalah supaya nnt ahli jumaat tu tak masuk lewat keje..tak lekat jem.. sempat makan ke..tidur ke..kejap.. tapi memadai ke 15 minit..
ini nampak sangat pihak2 yang bersetuju (ahli majlis yang mengeluarkan perintah ini) telah menterbalikkan arahan Allah.
ayat surah jumaah 9-11
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

tapi yang dibuat.... segeralah habiskan khutbah cepat2 dan pergilah bekerja dunia...