buah laici dan airnya semata..kita tidak panggil koktel
bual nenas dan airnya semata..kita tidak panggil koktel
koktel tidak menjadi melainkan campuran pelbagai jenis buahan
penambah lazat kita letak susu...
penambah indah kita letak pelbagai warna
beras semata.dimasak..kita tak panggil bubur lambuk
daging dan sup semata..kita tidak panggil bubur lambuk
bubur lambuk tidak menjadi melainkan nasi dimasak lembik campuran lauk dan pelbagai rempah ratus
penambah lazat kita letak bawang goreng
penambah indah kita tabur daun bawang
dari pelbagai jenis buah..boleh diubah untuk kita jadikan koktel
dari nasi lauk dan rempah ratus..kita boleh gaulkan jadikan bubur lambuk..
tapi dari koktel..kita tak boleh kembalikan menjadi air laici dan air nenas
dari bubur lambuk..tak boleh asingkan kanji dan sup
mungkin benarlah kata pepatah.."bila nasik sudah menjadi bubur..segalanya sudah terlambat"
tapi lagi benar kalau "bila nasik sudah menjadi bubur..makan jelah bubur itu..pun sedap"
yang telah berlaku..
walau dikesali kita tetap boleh jadikan ia sebenarnya yang terbaik untuk kita...
sesuatu itu hasilnya baik..apabila kita menerimanya dengan baik...
No comments:
Post a Comment