relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, September 23, 2020

kami dua dapat GOLD

 22 september 2020

ibu dapat reward gold sic 2020 anjuran uitm perlis. alhamdulillah.ganti bentang ketua projek sebab dia pkp. 

 bila balik cerita kat habibi.. dia pun cerita dia dapat gold juga... dan yang best.. real gold tu.. Alhamdulillah thumma alhamdulillah




Saturday, August 22, 2020

ibu nak cerita kelahiran anak ibu: adawiyah bt amiruddin

 ketiga tiga anak ibu.. ibu dah cerita..

yang ini pun ibu nak nukilkan di sini. sebab.. tetap anak ibu walau hanya 6 minggu ++ bersama ibu dalam rahim... tapi ibu tetap simpan di hati selama-lamanya...


9Jun.. haid ibu pertama selepas kelahiran Abang Abduh.. biasalah kes untuk ibu menyusu badan.


bulan Julai.. haid tak berkunjung tiba. dahla pi Langkawi dan berjalan bagai.. macam-macam perkara tak diduga juga bulan Julai berlaku...

dan ternyata.. anak ibu Allah anugerahkan dalam rahim ibu.


9 Ogos.. ibu check up biasa.

waktu scan.. Doktor Rohana banyak kerut dahi.. dia pusing sana sini alat scan tu..ibu dah mula tak sedap hati.

"baby tak nampak sangat.. sepatutnya dah clear kalau 8 minggu ni.. dan dah ada heartbeat..

tapi umur baby u 6w++"

"takpe.. lagi 2 minggu datang lagi.. maybe.. baby u lari sikit dari tarikh asal."


aku diam.

dalam kereta aku dah keluar air mata..

2 minggu yang doktor sebut itu.. bagai tarikh yang menentukan hidup mati anak ibu. 

setiap hari ibu cukup fobia dengan darah... cukup takut menghadapi kehilangan..

hari pertama...hingga hari ke sepuluh... selagi tiada darah..selagi tiada tanda kehilangan..harapan ibu cukup tinggi dan menghara[kan anak ibu kuat dan terus bertahan dalam rahim ibu.


1 muharam... cuti umum.. lepas subuh.. ibu rasa letih. terus ibu sambung baring. jam 10.. ibu bangun nak siapkan makan tengahhari.

"ibu... darah!" tegur abang Muhammad.

dada ibu terus berdebar...

rupanya abang Muhammad tunjuk darah daging yang tersisa atas sinki.


tapi rasa tak sedap hati sangat kuat.... ibu ke tandas.. dan darah merah keluar. terus air mata mengalir....


telefon abi.. nak check up supaya pastikan anak ibu takde apa apa.

nak ke Mahsuri.. kesian pula abang-abang dan kakak nak tunggu dalam kereta. ke KPJ Perlis je lah.

sampai di KPJ.. misi bertugas bgth ada Doktor lelaki je. ibu angguk je sebab hanya nak scan dan pastikan baby selamat dan boleh diselamatkan lagi.


rezeki ibu barangkali. doktor pakar wanita kebetulan datang untuk lawat patientnya.. terus ibu diminta berjumpa dengan dia. lagi lah lega hati ibu.

doktor Hasna scan.. dan dia maklumkan baby masih ada.. tapi still kecil 6w++

sedangkan tempoh sepatutnya 10w..

maksudnya memang tiada perkembangan dari 11 hari lepas scan dengan Doktor Rohana.

doktor Hasna nak cuci terus.. aku minta untuk pulang dulu sebab belum ada sakit dan harapkan kalau tiada rezeki biarlah keluar sendiri.

Jumaat.. masih ada tompok darah.

Sabtu pagi.. 22 Ogos 2020. dah mula rasa mild contraction. si abang dan kakak minta ibu tunaikan janji pi ECO.. ibu dah la sakit-sakitni.. buatnya tumpah darah kat ECO.. femesla ibu satu Malaysia.

tapi ibu doa banyak-banyak.. semoga Allah pelihara. tunaikan janji juga bawa kakak dan abang sambil doa..baby tunggu satna dalam perut dulu.

tak lama dalam ECO.. sempat pula ibu melawat kedai aiskrim Gula apong di sebelah.. hehe. baby nak rasa sikit kan...


malam tu.. waktu makan.. sakit makin kerap dan menyengat... dan...... adawiyah dilahirkan di rumah kita.. dan ibu sendiri sambut adawiyah...

ibu tahan untuk tidak menangis.... tapi bila nampak tubuh adik dalam umur 6 minggu..sudah ada bentuk mata..dan masih bertali pusat.. air mata ibu tumpah.. airmata kasih sayang.. airmata redha.. dan ibu tahu.. adawiyah memilih untuk kekal di sana.. ibu redha sayang.. 

ADAWIYAH BT AMIRUDDIN.

nama yang berlegar di hati ibu sejak tahu ibu hamil...

ibu akan tetap menganggap Adawiyah anak keempat ibu... dan janji ya.. kita jumpa kat sana ya sayang... ADAWIYAH panggil ibu , abi, kakak dan abang-abang tau...



Tuesday, August 18, 2020

Abduh sunat 18 ogos 2020

 18 Ogos 2020

tarikh yang diberi doktor untuk bius sibum bum ibu..

ibu seminggu sebelum tarikh tu dh susah hati... biasalah ibu kan.. fikir melangkau langit dan bumi....


alkisah pula kena admit sehari sebelum kejadian.. untuk pantauan doktor.

abduh dicadangkan sunat dnegan bius penuh.


17 ogos.. ibu pergi dengan hati yang rawa.. bekalan semua cukup untuk siap siap nak admit ward.

sampai HTF.. musim covid kan.. kena ambil beratur ambil suhu la bagai.

waktu ambil no giliran.. Abduh seronok ke sana sini..tak tahu apa sebab la ibu bawa dia tempat banyak pakai baju putih ni.


sampai giliran... Abduh diminta jumpa dokotr bius.


elok elok masuk di klinik bius, Abduh yang tak reti duduk diam.. pusing sampai ke meja nurse.

dan di situ dia batuk beberapa kali.

Doktor cina kecil comel keluar dari biliknya.

"siapa yang batuk tadi?"

aku terus tunjuk Abduh. takkan nak tuduh anak orang lain pula kan.

"dia ke yang akan kena Oprate esok?"

aku angguk.

"oh, tak boleh buat la. dia tak boleh batuk sikit pun."

"tapi dia dah hujung-hujung. bukan batuk berat." aku jawab bukan sebab aku nak Abduh sunat sangat pun. tapi supaya beban jiwa aku tak terpostpone ke masa depan.

"tak boleh.. bahaya. dia bius penuh. wayar akan masuk dalam saluran pernafasan dia.. dan bla..bla..bla.."

aku angguk faham. risiko lebih besar dari ditangguhkan.

dan.........

Abduh pun tak jadi sunat. hehe

tunggu tarikh baru ye bumbum ibu.


Saturday, August 8, 2020

Pandemik menyerang sanglang

 Dimana Sanglang? 


Sanglang terletak di Perlis Selatan bersempadan dengan Sanglang Kedah. 

Kuala Sanglang pula ialah sebuah  pekan kecil. Sebahagian pekan ini terletak dalam kawasan negeri Kedah dan sebahagiannya di negeri Perlis 


Sanglang Perlis dan Sanglang Kedah sangat hampir. Ini kerana Perlis dahulu adalah sebahagian dari Kedah dan diserah kepada Siam.


Ibarat kembar, Sanglang Perlis dan Sanglang Kedah mempunyai banyak persamaan. Sekolah yang sama nama cuma berbeza poskod sering mengelirukan orang luar. Sekolah Kebangsaan Sanglang Perlis dan disebelah sana Sekolah Kebangsaan Sanglang, Kedah. 


Di Pekan Kuala Sanglang ada lagi situasi yang sangat unik. Menurut salah seorang pengguna perpustakaan kami, rumah beliau dapur di Kedah, ruang tamu di Perlis.Soal alamat rumah boleh saja pilih mana-mana negeri.Unikkan.


Kuala Sanglang adalah perkampungan nelayan. Tetapi ada juga yang menjadi petani, peniaga kecil kecilan dan bekerja makan gaji. Hidup berbilang kaum. Ada penduduk berketurunan Tionghua dan India. Hidup penuh harmoni, mereka sangat fasih berbahasa melayu. 


Bila pandemik ini tercuit di Kuala Sanglang, jirannya Sanglang, Kedah pun terasa. Simpang Empat? Lagi terasa.


Nanti kami akan cerita apa istimewa di Sanglang.


Sumber: fb perpustakaan simpang empat

Wednesday, July 29, 2020

surprise julai 2020

dapat 3 surprise... Alhamdulillah. pada orang lain mungkin biase biase.. tapi tidak pada kami... ia nikmat yang tidak dapat didustai.
kenapa surprise.. sebab pada jun 2020.. tak sangka pun akan dapat 3 perkara ni.. tak terbayang sikit pun.

SURPRISE 1
ke langkawi.. plan kurang dari seminggu.. dan tup tup menjadi dan berjalan dengan baik. ALhamdulillah


SURPRISE 2
berpisah dengan FELIX ( ni sedih sikit... huhuhu) dan berkenalan dengan RIBENA..  nampak macam naik pangkat la sikit tukar crv.. rezeki sebenarnya.. kalau ikut nak beli baru.. memang dalam mimpi je la

SURPRISE 3
hadir ahli keluarga baru... insyaallah due MAC 2020. syukurrrr... dalam usia 40an.. orang kata.. usia hidup penuh kematangan.. dan aku dianugerahi amanah yang tidak terhingga nikmatnya... 


moga semuanya adalah atas kasih sayang Tuhan.... dan tidak hadir melainkan untuk mengeratkan kasih sayang antara kami sekeluarga.

Wednesday, July 15, 2020

bye bye felix : QAA1108A

entry pertama aku tentang felix

jodoh kami hanya sampai 15 julai 2020
perasaan tu macam melepaskan anak sulung..
ya anak sulung.. sebab dia kami dapatkan sebelum kelahiran abang muhammad.

dia lah kenderaan pertama untuk Muhammad, Hadeejah dan Abduh.
huhu. sedihnya.
dia bersama-sama keluarga kami dari kami hanya berdua hingga anak tiga.
bergaduh.. menangis.. bergurau.. bergolek-golek dalam dirinya.. dia menjadi saksi.

terima kasih Felix atas jasamu.. selama 9 tahun lebih...

gambar gambar terakhir dengan QAA 1108A aka FELIX..

moga tuan barumu akan lebih menjagamu..




Tuesday, July 14, 2020

tutup aib orang lain seperti kita tutup aib kita

bila kita sebar aib orang lain.. 
aib dia belum tentu betul.. 
tapi aib kita tersingkap tanda sedar.

Tuesday, July 7, 2020

Langkawi 2020

Last pergi langkawi dis 2014. Waktu tu ngandung hadeejah. Tgh mabuk wek wek.. memang tak happening. 

Asyik bertangguh nak pergi.. alhamdulillah.  Seminggu je plan.. Allah izinkan jadi.

Kami dok kat malibest...
Alhamdulillah pasca pandemik.. harga bilik murah.
Naik cable car.. tak ramai beratur.. dan smooth je. Alhamdulillah.

Makan pun sedap sedap belaka. Alhamdulillah. 













Tuesday, June 30, 2020

mesyuarat online

banyak benda baru kena belajar kan.
jadi mesyuarat maya antara perkara yang nak tak nak kena buat.

guna google meet ke.. guna zoom ke.. guna webex ke.. masing masing ada kelebihan.

untung sebab tak kalut nak bersiap lawa-lawa.. terutama jika kita hanya perlu ada untuk cukupkan korum.
kedua.. boleh buat banyak kerja dalam masa yang sama. boleh dodoi anak sambil mesyuarat. yang penting tutup kamera dan suara. karang lagu dodoi tu menidurkan semua ahli mesyuarat lak.

tapi kan... ni pada aku la. teknologi hanya alat.. secara alaminya mesyuarat adalah untuk kesepakatan.

kalau hanya ada nama dalam list.. tapi jiwa tiada di situ,, tak tahu apa isi mesyuarat,, tak tercapai.

huhuhu

P/S: kata kat diri sendiri la... huhu. malam ni ada dua mesyuarat. tapi aku celup sana sikit.. pasti bateri hp loop.. balik hidupkan laptop..masuk mesyuarat lain lak..
dua dua aku taktahu apa yang sebenarnya aku mesyuarat.. apa yang aku sepakat... huhuhu

Sunday, May 24, 2020

aidilfitri pandemik

aidilfitri 2020 memang lain dari yang lainlah...

aku simpan di sini...
















Tuesday, April 28, 2020

PKP ibu anak 3


PKP diumumkan anak anak riang
Ibu termenung berpikir panjang
Abah pula lega senyumnya riang
Tak payah keluar pagi pulang petang

Anak pertama baru darjah dua
Ingat tak sekolah dia boleh lega
Tapi di rumah ibu ngajar semua
Dari muka manis terus tukar jadi singa

Anak kedua baru lima tahun
Tapi mulutnya bising ya ampun
Jenuh melayan soalan melantun lantun
Bukan setakat singa, dah tukar jadi naga pun

Yang kecil baru nak mula kenal diri
Suka bukan main ibu sentiasa di sisi
Nak berkepit tak mahu renggang seinci
Tiada ibu nangis sampai dengar satu negeri

Memang penat ibu di rumah walau bergaji
Sebab kena juga layan anak murid nak mengaji
Juga mesyuarat atas talian bincang itu ini
Sempat selit  update di FB masak hari ni tak jadi

PKP buat hidup ibu lebih bererti
Menghargai yang tersayang dan masa berkualiti
Anak depan mata 24 jam sehari
Peluang yang jarang datang sama sekali

Wednesday, April 15, 2020

Gadget memasak

Ibu ibu mesti syok kan kumpul gadget masakan.
Macam di syurga kalau semua tu ada. Tambah tambah yang latest ni thermomix

Aku? Hmm.. tengok harga pun dah tak terliur.
Jangan kata yang gadget terlatest. Yang orang dah berkurun lama ada pun aku tak beli pun. Pressure  cooker.. air fryer.. bread maker.. semua aku takdak.. hahaha

Sebab tak beli.. kerana rasa tak berbaloi.
Lebih suka goreng biasa.. lebih rasa berminat masak dapur gas.. uli roti pun..habibi kan ada.. baru la sado..

Dan sebab lain aku tak beli ialah.. tak tahu nak letak mana.. dapur aku dah comel elok dah sekarang ni. Takmau tambah apa apa lagi. Tambah tukang masak tambahan pun takmau.. hihi

The new normal..

Waktu nak masuk penghujung feb hari tu.. dalam hati rasa.. ya allah sibuk bulan 3 dan bukan 4 nanti. Sebab kelas baru mula.. aktiviti semua nak habiskan dan penuhkan sebelum ramadhan. Dgn iid.. segala macam la. Rasa tak dok rumah dah dan rasa sianla anak anak..ibu busy.

mesti penat gileeeeer

Tapi masuk 24 feb..abduh campak.. aku kuarintin seminggu. Tu pun aku pi jugak masuk kelas jap jap.
Minggu kedua.. full class. Minggu ke3.. muhammad dan hadeejah lak campak. Ke kl.. cancel.
Program studnt aku terpaksa tolak tambah kalau malam sebab anak anak tak sihat.

Elok lega bebudak ni.. pkp lak.. dan sambung pkp2.. pastu sambung pkp3.

Terus bertukar 180 darjah dari jangkaan awal. Mac dan april adalah masa aku penuh dgn anak anak dan di rumah.
Tarik nafas panjang.. this is the new normal life.. bangun pagi.. gaduh dgn anak anak. Masak tghhr.. gaduh dgn anak. Buat cucuq gaduh dengan anak anak. Tgk tv.. gaduh dgn anak anak🤣

Plus tambah.. kerja online ODL. Mujurla anjal. Jadi boleh disesuaikan dengan masa aku.

Apa pun. Alhamdulillah. Masih bernafas. Masih sihat. Masih bersama yang tersayang. Itu yang utama.

Tuesday, March 31, 2020

fasa pkp 17-31 mac 2020

apa aku dah berjaya buat?

masak juadah yang aku dah try lama nak buat..
hehe

ajar sendiri anak-anak.. banyak aku kenal apa kelemahan dan kelebihan mereka. termasukla si kecik Abduh tu

penulisan.. ke laut lagi.. adoi.

rumah.. masih tak banyak perubahan sebab nak cari barang ..kedai tutup. jadi redhalah seadanya apa yang ada.

berjaya puasa syaban 1 hari.. alhamdulillah.

ok. setakat tu pencapaian aku untuk pkp fasa pertama.

harap 1-14 april makin baik..  dan lepas tu PKP berakhir..

 Covid19.. sila pergi dan kami pasti akan merindui kenangan bersamamu..

Thursday, March 19, 2020

Work at home

Isnin lagi.. aku dah buat kelas online...
Masukkan tambahan bahan pengajaran di ilearn..dan biar studnt masuk dan respon.

Start rabu.. perintah berkurung. Dalam kepala banyak benda nak buat. Terutama yang aku tak dapat buat hari biasa.
Aku nak habiskan projek novelet aku yang dah karam ke laut. Huhu

Tapi kan... buka je laptop.. ada yg lapar.. lepas tu.. time semua anak anak tidur.. aku lak yang lapar. Hahaha

Lebih byk work pegang periuk dari work pegang laptop.

Takpa.. esok.. lusa.. sampai 31 hb ada lagi. InsyaAllah cuti 2minggu ni dimanfaatkan betul betul.


Harap aku tak sampai buat macam dalam gambar bawah ni la kat anak anak. Hehe


Tuesday, March 17, 2020

Lawak jadi penghinaan

Tak semua benda boleh buat lawak.

Kematian.. walaupun bukan islam bukan benda lawak.
Musibah walau bukan kena keluarga kita bukan lawak.
Hukum tuhan.. walau kita rasa berat nak buat ia bukan boleh dilawakkan.

Saya suka lawak.. tapi saya tak suka lawak yang tak kena tempatnya.
Itu bukan lawak.. itu penghinaan.

Monday, March 16, 2020

Panick buying

Huh.. semua mall penuh.. semua rak kosong.. semua troli beratur panjang..

Aku lihat situasi ni sambil berangan tengah makan keropok super ring.. hahaha.. aku kisah!

Taktahu nak cerita apa dalam jiwa aku.. nak panik salah.. tak panik pun salah.

Takpalah.. kita layari shopee je.. shopping sini..tak payah beratur panjang.. harap rak tak kosong. Hihihi

Bila anak sakit

Bila anak sakit terbaring lesu..  ibu berbisik " bangunlah nak.. lompatlah atas kepala ibu sekalipun..  sepahlah rumah sesuka hatimu.."

bila anak merengek sakit takmau berkata lain.. ibu bisik " sabar nak. ketawalah.. berbuallah apa sahaja. ibu akan layan setiap cerita dongengmu."

bila anak kuyu memandang ibu berbisik " pintalah nak apa saja.. hatta nyawa ibu sekalipun.. itu mengembalikan senyum dan kesihatanmu"







Saturday, March 7, 2020

Anak demam campak

Sedang dunia takut virus covid19. Keluarga kecilku kena demam campak. Mula mula abduh.. dapat dari taska.
 Tak pernah ada pengalaman anak campak.. aku pun ingat ingat lupa.. campak ni sakit macam mana.. huhu
Ikut ja nasihat doktor dan kuarintin 2 minggu.
Elok habis 2 minggu.. abduh sambung demam tonsil. Dan campak tu singgah lak pada hadeejah dan abangnya.

Memang berubah habis perancangan kami.. sepatutnya ke kl 7hb.. tapi taknak orang lain berjangkit.. kami batalkan.
Hadeejah pun ada pertndingan mewarna.. tu pun tak pi. Jaga mudarat lebih besar.

Allahu.. ini baru campak. Kalau yang kena virus korona tu..lagi saspen kan.. lagi terasa kuasa Allah tu.. yang maha memberi dan penyembuh penyakit.

Syafanallahu syifaan aajilan