relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, August 8, 2020

Pandemik menyerang sanglang

 Dimana Sanglang? 


Sanglang terletak di Perlis Selatan bersempadan dengan Sanglang Kedah. 

Kuala Sanglang pula ialah sebuah  pekan kecil. Sebahagian pekan ini terletak dalam kawasan negeri Kedah dan sebahagiannya di negeri Perlis 


Sanglang Perlis dan Sanglang Kedah sangat hampir. Ini kerana Perlis dahulu adalah sebahagian dari Kedah dan diserah kepada Siam.


Ibarat kembar, Sanglang Perlis dan Sanglang Kedah mempunyai banyak persamaan. Sekolah yang sama nama cuma berbeza poskod sering mengelirukan orang luar. Sekolah Kebangsaan Sanglang Perlis dan disebelah sana Sekolah Kebangsaan Sanglang, Kedah. 


Di Pekan Kuala Sanglang ada lagi situasi yang sangat unik. Menurut salah seorang pengguna perpustakaan kami, rumah beliau dapur di Kedah, ruang tamu di Perlis.Soal alamat rumah boleh saja pilih mana-mana negeri.Unikkan.


Kuala Sanglang adalah perkampungan nelayan. Tetapi ada juga yang menjadi petani, peniaga kecil kecilan dan bekerja makan gaji. Hidup berbilang kaum. Ada penduduk berketurunan Tionghua dan India. Hidup penuh harmoni, mereka sangat fasih berbahasa melayu. 


Bila pandemik ini tercuit di Kuala Sanglang, jirannya Sanglang, Kedah pun terasa. Simpang Empat? Lagi terasa.


Nanti kami akan cerita apa istimewa di Sanglang.


Sumber: fb perpustakaan simpang empat

No comments:

Post a Comment