relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, October 22, 2016

selamat ulang tahun abang muhammad

selamat hari lahir sayang ibu...
abang Muhammad wira ibu.. kekuatan ibu..

ibu tahu.. ibu kadang marah abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari api marah
ibu tahu.. ibu kadang tak sempat layan abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari masa
ibu tahu.. ibu kadang tak turuti kehendak abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari kehendak

ibu sayang abang.. ibu sayang abang.. ibu sayang abang muhammad

Thursday, October 13, 2016

terima kasih atas segalanya... wahai rumah

aku nak ucap terima kasih.. bukan pada orang.. tapi pada rumah ini...
sbb.. sbb rumah ini banyak berjasa.. banyak membantu.. banyak menyimpan kenangan..
lebih dari 5 tahun kami bersama.. ia menyaksikan cinta kami berkembang.. dan dua anakanda ku membesar di sini... walau tidak secantik istana.. tapi inilah syurga kami..
betul.. ini syurga dunia yang ku rasakan
terima kasih sekali lagi rumah..no42, lot 3065... we will miss u





Monday, October 10, 2016

kami bersama abah ...seperti abah selalu bersama kami...

SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama  menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas sebulat suara memilih dan melantik Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.
Menurutnya, faktor yang Ahmad dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan itu disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.
Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am Pas.
"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya dipetik Harakahdaily.
Allahyarham Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Friday, October 7, 2016

kundasang 2016

dari kecik lagi teringin sangat nak ke sini.. apatah lg bila bc novel ramli awing murshid tentang keindahan Sabah.. dan Alhamdulillah impian pertama tercapai ketika 2014.. time tu Muhammad 1 tahun 5 bulan... dan kali kedua diizinkan allah 2016.. Muhammad ada adik hadeejah 7 bulan...
 
cara nak ke sini.. xsusah.. drive sendiri je.. even 1st time.. sbb papantanda arah dia bagus.. cuma di tamparuli anda mungkin terpusing pusing di pekan nya beberapa kali sebelum mendaki bukit..
dinasihatkan kalau dr kk, bertolak seawal sejurus selepas subuh.. utk anda menikmati permandangan yang indah.. klu tak kisah berkabus.. atau xnampak view.. xpe le
kami smpai dan kami akan bersarapan di sini.. alkisah 1st time smpai.. Muhammad buat kuih dalam pampers.. bila nak basuh.. meraung dia.. punyalah sejuk..
lepas tu mak dia lak nak buat kuih.. tp bukan dalam pempers yea.. wahhh.. memang sejuk giler.. mujur tak meraung macam Muhammad. hehe
 























harap dapat ke sini lagi.. dan mungkin berlima atau berenam plak... :)

Thursday, October 6, 2016

bila diaudit

audit dunia.. tu pun kelu lidah.. nafas tak lepas
audit akhirat.. lagilah kan.. huhuhu..

haasibu anfusakum qabla an tuhasibu...

Thursday, September 29, 2016

bila berulang.. benda yang sama.....

ada perkara..
mula mula.. xpe..
lepas tu.. kecewa sikit
lepas tu.. kecewa sederhana
lepas tu sedih
lepas tu.. sedih sangat..
lepas tu.. marah..
lepas tu marah sangat..
lepas tu.. keputusan muktamad NOKTAH

Saturday, August 20, 2016

Tuesday, August 16, 2016

baju lama...

aku ada baju yang aku pakai lebih dari 15 tahun!!!!!
tiap kai waktu aku iron baju tu.. akan teringat.. saat baju tu aku beli kain.. dan upah orang jahitkan.. ada sebab kenapa pilih warna tu... hahaha. tahun 2001 ya

dan sekarang 2016 aku masih pakai...
itu tandanya.. aku maintain berat dan tinggi.. hehe
tapi seperti baju itu juga.. warna tidak seceria dulu.. materialnya tidak sekemas dulu.. sama juga dengan diri aku.. sudah tidak sekuat seremaja dulu... :)

apa pun.. yang peting bagaimana aku dan baju ini sama sama kuat menjalani hari hari selagi kami masih ada ruang di muka bumi ini...

Tuesday, June 7, 2016

Monday, June 6, 2016

belasungkawa utk kekanda Dr Abdul Aziz Hanafi

alfatihah...

jasa tiada terbalas...
dari di KIDU sehinggalah diri ini selesai sarjana di UKM.. bantuan dan bimbingannya amat bererti

dialah sepupuku.. dialah guruku.. idalah idolaku..DR Abdul Aziz hanafi

ALFATIHAH...

Tuesday, May 31, 2016

bila kita cuti.. orang lain xcuti..

duduk di negeri orang ni.. kadang banyak benda kena alert.. antaranya cuti.
aku yang dah masuk 8 tahun di sini pun.. kadang tersasul.. pergi kerja time org cuti.. hahaha
antaranya sbb cuti Good Friday.. gawai..
huhuhu

waktu aku kat mesir dulu pun pernah.. bersiap semangat ke kelas.. naik keretapi.. smpai pintu kampus.. pak guard tegur.. hari ni xde kelas semua cuti umum.. waaaaa waaa waaa....!
itu baru syok jadi pantun
siap siap pergi kelas..
 pergi kelas.. kelas cuti...kekekekekeke

apa pun.. selamat berhari gawai utk sahabat sahabat sarawakian.. kamek sudah jatuh hati sama kitak orang.. Sarawak dah jadi sebahagian Tanah yang sudah tertanam di hati.. dan pasti satu hari nati dirindu rindui.....

gayu guru gerai nyamai...

Monday, May 30, 2016

ganti puasa ramadhan sebelum puasa ramadhan

tahun ni pertama kali ganti puasa ramadhan lepas dalam tempoh lagi seminggu nak nak puasa semula.. huhuhu

moga ramadhan 2016 lebih membawa erti kepada diriku.. ku mahu ia menjadi ramadhan yang lebih baik dari yang lepas lepas..
ahlan ya ramadhan.. ahlan ya habib...

Thursday, May 19, 2016

hantu.. puaka.. jembalang..

kita takut benda benda tu.. tapi suka sebut..
walau bukan rukun iman pun.. tapi yang tu kita lebih percaya lebih dari yang wajib kita percaya..
sebut pasal qarin.. takut dengan qarin tu.. tapi xtakut dengan dua malaikat kiri kanan yang lebih wajib dipercayai..
sbb takut hantu puaka.. xkan dan taknak pergi tempat tertentu.. tapi tak takut allah utk pergi tempat yang tak sepatutnya...
huhuhu..

hai hantu.. hai puaka.. hai jembalang.. patutla kamu berbangga dapat memperdaya anak cucu ADAM...

Thursday, May 12, 2016

khas utk anas wafiy

be strong..
kamu ada allah yang utama..
kamu ada umi dan baba yang sudah lama menntikan kamu
kamu ada kakak yang cantik dan penyayang
kamu ada keluarga yang bahagia..

kuatlah sayang.. hidup ini memang sukar.. tapi semua itu indah dan mudah bila kamu tahu dengan siapa kamu boleh harapkan..

ibu doakan dari jauh khas utk:

anas wafiy.. anakda kedua K.M yang ditunggu selama 13 tahun...

Monday, April 25, 2016

xde masalah.. itulah masalah

bila ada masalah.. rasalah diri itu manusia sekerdil kerdilnya...
sbb waktu itu memang akan mengharapkan pertolongan YANG MAHA KAYA..

yang jadi bertambah masalah.. bila tak sedar diri kita bermasalah.. dan makin membongkak melawan YANG ESA

oleh itu bersyukurlah bila kita sedar kita ada masalah.. atau kita bermasalah.. itu runang kita baiki dan betulkan kehidupan dan cara kita

dan bermasalah besar kita tak tahu kita bermasalah.. sapa nak bgth tu.. huhu.. sbb tu allah selalu ketuk hati dan kepala kita dengan ujian ujian di sekeliling kita. supaya kita sedar... YA ULIL ABSOR.. sedarlah......

Saturday, April 23, 2016

saya bagi 4 ha

si abang pandai mengajuk.. apa pun..
tengok apa pun cepat lekat dalam kepala dia.. musim maharaja lawak mega tahun ni.. juri komen dgn sertakan berapa ha yang dapat..

maka abang ni.. kadang dia main dgn si kecik.. adala sesuatu yang menggelikan hati dia.. dia pun cakap pada adik dia.. "hadeejah, saya bagi awak 4 ha"
ibu dia yang dengar bedekah gelak terlebih lebih ha.. hahahahahahaha

satu malam tu, si abang teman ibu dia.. waktu drive ibu pun nansyid.. zikir.. sambil pesan.." Muhammad kenala zikir.. nnt Allah bagi pahala.
dia balas " Allah bagi 4 ha kat ibu..."
hahahahaha... taktahulah.. apa yang lucu.. ibu ke anak ibu? hehehe

Wednesday, April 20, 2016

#JANGANKECAM

hihihi..
aku baru nak belajar berhasttag hashtag ni..
kadang dok baca.. apa kobondo la benatang ### ni..
rupanya ada maksud..
dan ialah salah satu kunci perkataan yang mudah..

cumakan.. dalam banyak banyak hashtag.. yang paling kerap jumpa ialah #jangan kecam

faham maksudnya supaya irg tak kecam status dia..ke apa ke..
tapi ayat dia kecam orang.. pastu dia #jangankecam..
huhuhu..
wtf... wei.. tak faham...

kita ni moden macammana pun.. adab sentiasa ada.. tak kira depan manusia atau depan pc..depan hp.. adab tu allah suruh jaga dalam bentuk perkataan, perlakuan mahupun penulisan.. malah apa yang di hati pun sebaiknya kita jaga..
jom sama sama kita ubah gaya penulisan kita...
#jomberubah :)

Monday, April 11, 2016

silap panggil nama

nama aku yang simple gila ni pun ramai org silap..
Diana la.. Narnia.. dania la..

hehehe..
aku pun selalu tersasul panggil nama studnt..
tambahan lak nama yang aku jarang nak sebut..
ada sorang studnt ni..lelaki.. setiap kali panggil attendant.. nama dia aku sebut silap.. hahaha.. hamper nak hujung hujung mgu.. barulah betul. kesian dia.. kena betulkan sebutan aku selalu

dan ada sorang ni plak.. dating ke meja dan bgth.. ustazah orang pertama sebut nama saya dgn betul.. orang lain semua panggil silap.. wah.. bangga aku.. hahahaha

apa pun, kita kena hormat nama orang.. terima teguran jika ada yang tidak suka dipanggil nama yg lain.. sbb nama ni satu kehormatan..

Tuesday, April 5, 2016

man lam yazuq la yadri

orang yang tak rasa.. dia tak tahu

inilah yang selalu berlaku antara kita.. kondem mengkondem antara satu sama lain.. kerana biasanya yang mengkondem itu tak pernah berada dalam situasi yang dikondem...

put urself in their shoes.. pepatah orang putih rambut perang pun ada.

dah jadi 3 bahasa dah post kali ni.. betul ke tak.. biarlah.. jangan kondem sbb kamu tak rasa apa aku rasa.. hehehe.

Monday, March 28, 2016

kalau ibu mati...

dah seronok ajak abang Muhammad berbual.. kadang yang keluar dari mulutnya xdisangka sangka

satu petang, dia temankan pergi ambil barang di ofis, perjalanan balik.. pandai lak dia suruh kita singgah summer mall.. ibu bo layan.. pusing arah lain.. dia marah..

 " nnt ahmad tembak ibu"
" kalau ahmad tembak ibu, ibu matila.. nnt ibu mati.. siapa nak jaga ahmad?" tanyaku menduga..
" Allah jaga..." jawabnya..
dan aku terus terdiam... dan dalam hati rasa penuh bangga berbunga bunga...

satu malam yang lain  plak..
ibu sibuk dgn game ibu..dan bila menang..
ahmad, ibu hebat tak ni?
"allah hebat.. ibu tak hebat.. "

huhuhu.. terdiam aku bila dia cakap macam tu.. hehe

aku selalu cakap pada dia.. terutama bila dia tengok tv.. ultraman ke.. apa apa lah yang ganas ganas tu.. : Muhammad jangan tiru yea.. ultraman bukan hebat pun.. allah yang hebat.

dan sekali aku lak kena sound dengan dia .. :)