orang melayu salah sebut bahasa inggeris..kena kecam..
orang inggeris salah sebut bahasa melayu..kena puji..
orang Islam salah sebut ayat quran? kena diam ja ka...
orang melayu salah sebut bahasa inggeris..kena kecam..
orang inggeris salah sebut bahasa melayu..kena puji..
orang Islam salah sebut ayat quran? kena diam ja ka...
yeah.. jom tembak.. jom buru.. dapat tak dapat.. belakang kira..
siap je apa yang ada..
kadang kita hunting hari ni.. dapat tu bukan hari ni.. bukan esok.. tapi bulan depan.
kena reject.. kena kondem.. jatuh longkang.. tergolek golek biasalah...
chaiyok .. chaiyok..
aku WFH..
dan 1 feb, pertama kali aku masuk ke pejabat. rindu pela dok masuk pintu Uitm hari-hari..keluar masuk. norma baharu, clock in dan clock out di rumah.
kerja tetap sama.. tak pernah berurang, makin bertambah lagi ada.
rabbi yassir wala tuassir.
3 perkara besar di awal tahun, keguguran, anak masuk wad dan kematian mak mentua yang buatkan langkahku agak terpaku.
tak dapat laju..
namun aku tunduk akur..
ia bukan untuk hentikanku terus, hanya sekadar supaya aku berhenti segenap. ambil nafas, dan mulakan semula.
jangan peduli apa yang telah terlepas, fokus pada apa yang masih ada dan positif melihat rahmat Tuhan yang menanti di sana...
mak..
selamat jalan mak..
mak pergi dulu..
nanti kami pun akan menyusul
mak.. maafkan nadiyah.. walau sepuluh tahun lebih mengenali mak tapi banyak benda yang nadiyah belajar
kehebatan.. bukan pada kuat fizikal.. tapi kuatnya jiwa menanggung ujian
kesabaran.. bukan pada jauh mana perkataan sabar diucapkan.. tapi pada seulas senyuman yang menyembunyikan seribu kepahitan
MAK HEBAT DALAM PERJALANAN MENJALANI PERJALANAN HIDUP MAK.. CUKUP HEBAT.
saya sayang mak... sayaaaaang yang tak habis saya ucapkan sekadar ini sahaja.
alfatihah untuk bunda mertuaku JELEHA bt KAMIS
alhamdulillah.. setelah bertangguh dari 18 ogos 2020..
kali ni.. dipanggil lagi..
alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
ibu dah banyak kali masuk bilik OT. tapi tak pernah sedebr anak yang masuk bilik OT.. alhamdulillah dan selesai dengan baik semuanya
8 jan.. temujanji ibu dengan klinik
ibu berkobar nak jumpa anak ibu di skrin pc klinik
kali ni.. abi, abang abang dan kakak hantar..
sampai 9.30.. ibbu terus dipanggil.
seperti biasa ibu berdebar...
waktu doktor scan.. riak muka doktor macam tak happy.. berkali dia godek alat scan tu..
"baby ada.. tapi saya cari jantung dia takde.."
"saiz baby pun jauh dari tarikh sebenar"
ibu terdiam... terkejut.. dan tergamam.. taktahu nak cakap apa-apa..
apa sahaja yang doktor kata selepas tu ibu angguk sahaja...
9jan..lepas magrib, dah ada spotting.. Allahu, ibu redha sayang.
mmalam tu, ibu tak dapat tidur nyenyak, ada contraction.
12jan petang 6.40, adik yusuf selamat keluar dalam sarung sekali dengan uri. ibu redha sayang.. sungguh ibu redha.. dengan penuh kerinduuuuuan
13 jan.. pergi checkup.. Dr Hasnah dan comfirmkan adik yusuf dah selesai keluar dengan baik.
allahu.. dua kali gugur selang 5 bulan.. tidaklah mudah..tapi dengan kalimah REDHA.. hamba akur.
simple.. tapi 10 tahun ni cukup buatku lebih menghargai diriku dan rahmatNya... I LOVE U HABIBI..
kalau drama.. lelaki kiriman Tuhan..
itulah yang ku rasakan..
satu dalam beribu..
menerimaku dalam pada yang lain mencari kesempurnaan..
melayaniku bagaikan aku pemaisuri..
memujiku bagaikan aku adalah ratu
menyantuniku bagaikan aku bidadari
apalagi yang aku mahu..
hanya kewajipanku.. mensyukuri kehadiranmu dalam hidupku..
tak sabar menunggu lagi.. hari ni aku mohon kepastian
dan.....
Allahu..
aku menangis.. terharu.. sangat terharu...
terima kasih yang Allah.
yea.. waktu umur 20.. rasa siapa yang umur 40 tu..mak mak sangat, anak besar besar
waktu aku 30.. rasa umur 40 tu.. umur tua dan pastinya matang sesangat
apo po lah.. yang penting... HAPPY EVERYDAY
ekonomi merudum.. makin banyak penipu..
aku sem baru mula.. ODL.. jadi aku guna platform Shopee untuk iklan buku nak ngajar. pelajar nak guna.. jadi laku keras juga la produk tu.
tak sangka.. jadi perhatian scammer.. ADOILA
mulanya.. dia text di chat shopee.. tanya pasal buku tu la.
aku heran.. kenapa shopee noted kata buyer ni banned.
aku layan je dgn bagi no whatsapp aku.
kami sembang di whatsapp..
dia tanya pasal buku. aku jawab pasal buku.. bagi harga bagai.
mula aku tulis dalam malay la
lepas tu dia balas.. dia di POLAND.. nak bagi buku kat kawan dia d perak. dia tak faham malay sepenuhnya.
aku dah mula pelik. baik betul.. dari poland jauh jauh nak beli buku. tapi takpa.. layankan je.. tulis la aku dalam english yang aku tahu la. hihi
selepas deal harga bagai.. dia minta emel untuk bagi notification payment.
dalam berapa minit.. dia suruh aku semak emel. aku jawab takda.. memang aku cek betul betul pun.
dia soh tgk spam.. dan mmg masuk spam..
dalam emel spam tu kononnya dia dah bank in aku rm523.
duit buku tu rm23 je pun.
so aku kena pulangkan 500 ke akaun BSN dia..
hehehe. yang bestnya nama pemilik akaun tu.. nama orang afrika. kamalarapan.. apa ntah
adoila.
aku malas nak panjang cerita. aku terus msg dia.. dan bgth aku tahu dia scammer dan tanya dia balik.. kenal polis tak?
dan aku block.
malas nak sakitkan hati baca msg merepek dia lagi.
huhu..
sapa kata buyer je kena scam.. seller pun boleh kena scam tau.
hati hati semua..
ni no scammer tu.. kot kot sapa kena juga nanti..
orang lain dah lama tahu..
aku baru je kena jangkitan ni tahun ni..hahahaha
mujuq la aku kena waktu umur dah dekat 40.. mau kena time umur 20an dulu mungkin aku pun sampai ke korea cari oppa..
hero heroin jambu... malah kebanyakkan drama aku tengok hero lagi jambu dari heroinnya.. kulit flawless.. mulut bergincu tapi macho dan romantik ya amat.. hehe
selaku seorang yang pernah tulis novel.. aku kagum dengan jalan cerita drama korea.. sentiasa menarik.. ada la jugak part boring tapi tak meleret sangat.
dan banyak ayat-ayat punch out yang sedap sedap..
dari drama korea juga aku belajar realiti masyarakat sana macammana.. adat kepercayaan mereka..
makanan mereka..
hmm.. sebelum ni aku giler bollywood.. lepas tu tamilwood. sekarang ok.. i admit i dah edmire koreawood lak..
ni antara drama yang aku dah tengok.
1) hi bye mama
2) pinochio
3)good doctor
4) doctor stranger
5) a romance is a bonus book
6) the king eternal monarch
7) the world of marriage
ok.. nanti aku dah khatam yang lain.. aku tambah dalam list tu ya.
actor pilihan.. Lee jong suk kot.. mata sepet je.. tapi sweet ya amat. hehe. so banyak la drama drama dia.. asal ada dia berlakon aku tengok.. so far tiada yang mengecewakan.
https://nadiyahashim.blogspot.com/2009/10/linda-plk-dan-ceritanya.html
2009 lalu.. aku ada post tentang sorang anak murid aku ni.. jarang aku sebut direct nama anak murid dalam blog.. dia antara yang aku rasa ada something...
dan....
baru baru ni.. aku dihubungi salah seorang anak murid aku sekelas dengan linda ni lah dulu.
dia memang selalu in touch dengan aku walau dah bukan atas nama akedamik..
dan ada berita yang dia sebut.. yang terus buatku mengalir air mata.
" Ustajah.. Linda dah masuk islam. dia baru bersalin baru ni."
allah.. allah...
moga Kau temukan lagi aku dengan Linda.. samada di dunia mahupun di syurga..aku rinduu.. ameeen
alhamdulillah..
benda baik jangan keji..
niat dia.. itu dia dengan Allah..
tambah dia selebriti
dia buktikan..kecantikan bukan untuk tontonan.. walau tersimpan.. ia tetap menawan
bila la plak nadiyalofa nak berpurdah?
hehe.
aku dari sekolah menengah lagi ramai ajak pakai niqab..
tapi aku tak buat sebab rasa tak perlu
walau tak berniqab.. dah rasa selamat.. wajah biasa biasa.. bukan jenis yang mudah orang terpikat..
alhamdulillah atas segala nikmat.. 40 tahun dengan wajah ini.. macam macam perkara telahku dapat..
juga aku nak buktikan..
wajah tak cantik .. boleh kerja dan berjodoh.. tak perlu tergedik gedik untuk buat orang tertarik..
jika kerana agama.. maka itu adalah satu kehormatan
tapi jika selainnya.. ia adalah gila jawatan
kesian....
kesian..
sungguh kesian..
ps: kata kat PM negara bawah tanah nu...
22 september 2020
ibu dapat reward gold sic 2020 anjuran uitm perlis. alhamdulillah.ganti bentang ketua projek sebab dia pkp.
bila balik cerita kat habibi.. dia pun cerita dia dapat gold juga... dan yang best.. real gold tu.. Alhamdulillah thumma alhamdulillah