relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Sunday, November 1, 2020

scammer di shopee

 ekonomi merudum.. makin banyak penipu..

aku sem baru mula.. ODL.. jadi aku guna platform Shopee untuk iklan buku nak ngajar. pelajar nak guna.. jadi laku keras juga la produk tu.

tak sangka.. jadi perhatian scammer.. ADOILA

mulanya.. dia text di chat shopee.. tanya pasal buku tu la.

aku heran.. kenapa shopee noted kata buyer ni banned.

aku layan je dgn bagi no whatsapp aku.

kami sembang di whatsapp..

dia tanya pasal buku. aku jawab pasal buku.. bagi harga bagai.

mula aku tulis dalam malay la

lepas tu dia balas.. dia di POLAND.. nak bagi buku kat kawan dia d perak. dia tak faham malay sepenuhnya. 

aku dah mula pelik. baik betul.. dari poland jauh jauh nak beli buku. tapi takpa.. layankan je.. tulis la aku dalam english yang aku tahu la. hihi


selepas deal harga bagai.. dia minta emel untuk bagi notification payment.

dalam berapa minit.. dia suruh aku semak emel. aku jawab takda.. memang aku cek betul betul pun.

dia soh tgk spam.. dan mmg masuk spam..

dalam emel spam tu kononnya dia dah bank in aku rm523.

duit buku tu rm23 je pun.

so aku kena pulangkan 500 ke akaun BSN dia..

hehehe. yang bestnya nama pemilik akaun tu.. nama orang afrika. kamalarapan.. apa ntah

adoila.

aku malas nak panjang cerita. aku terus msg dia.. dan bgth aku tahu dia scammer dan tanya dia balik.. kenal polis tak?

dan aku block.

malas nak sakitkan hati baca msg merepek dia lagi.

huhu..

sapa kata buyer je kena scam.. seller pun boleh kena scam tau.

hati hati semua.. 

ni no scammer tu.. kot kot sapa kena juga nanti..


 


No comments:

Post a Comment