relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, January 15, 2020

kepala bercabang

lidah bercabang.. cakap belit belit kan.. kalau kepala bercabang? FIKIR BERBELIT?

haaa! aku rasa kepala aku bercabang sekarang.. hehe
baru pertengahan januari2020..
tapi kepala aku bercabang macam dok buat kerja hujung tahun.. semua terhimpun nak buat dalam satu masa.

waktu ni kepala nak setle urusan hakiki... filing ntah bila nak siap. bersepah bilik dengan kertas dari samarahan lagi.
tetiba teringat nak buat paper kajian, pi cari bahan merata. siap interview orang.
lepas tu dok buat puisi dan cerpen lak.. buat siap..terus hantar dan dapat feedback diterima. alhamdulillah.
sempat gatal tangan join buat novelet seram lak.. dalam tempoh 2 bulan untuk 25k pp. huhuhu

masuk plak cerita bab naqibah.. usrah..kuliah surau.
tak masuk bab shopping shoopee..online lagi. beli jam, beli lampu.. ntah apa apa daa...

bab buku anak-anak. tusyen depa
bab mak abah.. mak abah mertua. kena pi jenguk selalu.

tu pun sempat lagi kepala dok fikir nak pi cuti mana...

adoila kepala ku... buka cabang dua ni.. tapi cabang lima atau enam.

aku tiada daya, namun aku serah apa sahaja cabang yang aku buat, cuba sebaik mungkin dan betulkan niat. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Saturday, January 11, 2020

Roti pong

Nostalgia aku zaman asrama..
Antara makanan yg bila aku tengok..mmg akan ingat sampai sekarang ialah roti pong dan biskut bantal. Tgk je.. mesti teringat zaman asrama.

Sebab ni yang aku selalu bawa bekal pi asrama.

Tapi kan.. kenapa rasa dah lain. Mmg rasa dah diubah atau lidah aku yang berubah?

Monday, January 6, 2020

catatan terakhir

semalam pergi ziarah mertua K.B di Jitra
tak dapat hadir pada hari pengkebumian, maka hadirkanlah diri semalam.

isteri arwah keluarkan diari suaminya dan tunjuk catatan terkhir dalam diarisuaminya petang sebelum malamnya suaminya pergi. Allahu.. terharu dan sebak melihat catatan terakhir itu.


aku?
aku selesa menulis di blog ini.
ntah bilalah entri terkhirku...
andai ada yang membaca dan tika itu aku sudah tiada,
sedekahkanlah al-Fatihah untuk NADIYAH bt HASHIM.

perlu ke beli rumah?

waktu mula dapat jawatan tetap antara nasihat yang kerap aku dapat ialah belilah rumah cepat. umur muda senang dapat.

nama pun umur muda dan waktu tu di bumi kenyalang. terfikir, kalau beli rumah di Sarawak, sayanglah pula bila nak pindah nanti. aki ni sentimentel sikit. kalau dah sayang tu, buruk macam mana pun aku sayang nak lepas.

maka menyewalah aku dari bujang, kahwin.. sampai anak dua.
antara masa tersebut, adalah tanah abah bagi bekas tanah bendang untuk aku bina rumah kat situ nanti. bila nak buat, tengok prosedur yang bertingkat-tingkat..aku jadi malas. tambah duduk sarawak nak lihat perkembangan pembinaan rumah itu jadi leceh. maka tangguhlah dulu.

pada sep 2016, tuan rumah yang aku sewa tu bagitahu, dia nak duduk rumah tu. jadi aku kena keluar paling lewat hujung tahun tu.
huhu. sedih taktau nak habaq.. tu rumah sewa tu.. tapi sebab dah duduk hampir 6 tahun.. 2 anak membesar di situ, jran jiran pun dah kamceng.. tanam lak macam macam keliling rumah. dinding rumah pun dah penuh hasil seni anak-anak.

waktu tu, mula rasa.. ruginya bayaar sewa bulan bulan.. tapi hak orang. terus terasa nak beli rumah hari tu jugak. hahaha
lagipun dah berulang kali minta tukar arau tak dapat dapat. beli ja lah rumah kat sana, dapat pindah pun sekurangnya ada harta di Sarawak.

servey merata tempat, ikut kemampuan beli apartment saja. bajet bawah 200k.
adalah 2 buah. satu tu masih ada penyewa. bila ajukan pada agen, dia kata nanti loan dah lulus baru penyewa tu akan keluar. rumah tu groundfloor. dan agak hujung. oklah tak bising kaca orang lain.

satu lagi rumah area yang berdekatan dalam160k juga groundfloor tapi agak sempit. yang ni aku siap bagi deposit.

sambil servey rumah di Samarahan, tangan gatal buka MUDAH.com. tangan pergi klik cari rumah area uitm arau. dapatlah satu rumah di Taman Ria, harga 120k.

terus aku cal madam tu. dia kata masih available. aku minta adik pi tengok, betul ke. kalau betul. aku nak beli. Tamakkan? hahaha. semua aku nak cekup.

antara 3 rumah yang aku cekup tu.. aku doakan, yang mana terbaik mudahkanlah.

yang pertama, agent tu buat kerja terlalu slow
yang kedua, dah laju tapi ciri keselamatan rumah tu out sikit. banyak nak kena tambah.
yang ketiga di perlis. jauh tapi adikku buat kerja cepat. terus dia pi tengok dalam rumah dan luar. dan dia kata berbaloi beli. dekat sangat dnegan Uitm.

bila yang ketiga tu, paling cepat. aku deal deposit dengan madam tu. dalam minggu yang sama, depost setle, loan aku urus sendiri untuk rumah tu juga setle.

macam mimpi, aku sign agreement beli rumah di Perlis sedangkan aku plan nak beli rumah di Samarahan. mana dapat surat pindah lagi. hahaha

urusan lawyer cepat dan dimudahkan. lawyer tu aku cari sendiri dalam internet je. hehehe. buat lah homework sikit. nak beli rumah ratus ribu oii. buka sekupang dua.

bila comfirm lulus loan rumah ketiga, agen rumah pertama baru cal cakap loan aku lulus. aku terus tolak. tak jadi sebab aku dok tunggu rumah no 2. deposit dah bayar.

sedap tunggu loan dan urusan rumah no 2, dapat pula surat aku lulus pindah ke UiTM arau. sujud syukur aku. dan terus aku cancelkan pembelian rumah no 2. dapatlah balik separuh deposit. huhu

Syukur.. bukan pertama atau kedua.. yang ketiga rupanya rezeki rumah pertama kami sekeluarga.

perlu ke beli rumah?
perlu tapi ukur kemampuan. jangan ikut orang. menyewa pun takpa kalau itu sahaja kemampuan kita.

gambar-gambar rumah taman ria... masuk 29dis 2017.. sampai sekarang tak habis-habis tambah deko lagi..  https://nadiyahashim.blogspot.com/2017/12/29dis2017-tarikh-masuk-rumah-sendiri.html











Friday, January 3, 2020

politik kotor?

awal 2020..
nak dengar cerita best best je.. tapi bom pada 2 jan2020 !!!
cerita panas.. dukacita..penuh sensasi.. spekulasi..dan misteri
perletakan jawatan Menteri Pendidikan..

pong pang pong pang di media sosial orang ramai ulas pasal isu ni..

ada satu yang menarik perhatianku
"orang baik, tak boleh masuk politik"
hmmm....

teringat satu kata-kata seorang pendakwah bebas..
dia menyatakan.. Tok Guru pesan kat dia " jangan masuk politik"

aku bukan orang politik..
apalagi pandai politik..
cuma sekadar lontaran pandangan
"kalau orang cerdik pandai tak duduk dalam politik.. sebab itu orang bodoh yang menguasainya.. dan jadilah politik kotor..busuk..shit.."

Nabi SAW bersabda,

“Sesungguhnya kekuasaan itu adalah amanah. Pada hari Kiamat nanti ia akan berubah menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haq dan menunaikan apa yang diamanahkan di dalamnya” [HR Muslim].

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”. Salah seorang bertanya: “Bagaimana bentuk menyia-nyiakan amanah itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”.

so???????

Wednesday, January 1, 2020

hello 2020


makin positif 
makin cemerlang
makin bercahaya

2020... ku mulakan dengan Bismillahillazi ya yadurru maasmihi syaion fil ardi wala fis samai..wahuwas samiiul alim
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Tuesday, December 31, 2019

bye 2019...

2019..

jatuh bangun
tangis tawa
gaduh peluk
benci cinta
jauh dekat
busuk wangi
pedih puas

semua itu lengkap untuk 2019..
menjadikan aku manusia yang lebih manusia
makin kenal keagungan Rabnya
makin syukur dengan segala kurnianNya


Wednesday, December 25, 2019

RINDU BAITULLAH : perlancaran

Terima kasih puan robizan salim.. beri peluang saya mengisi dalam RINDU BAITULLAH.


Tuesday, December 24, 2019

Anniversary ke 9

Buang tebiat sikit..
Nak rasa suasana baru.. tapi malas keluar perlis.. so keluar arau je.
Pi booking regency hotel.. hehe

Kami semua happy... alhamdulillah





Bila dah belengkar dalam hotel tu.. nak keluar makan pun malas.. order food panda.. dapat diskaun rm10.. alhamdulillah.. 💞

Monday, December 16, 2019

ustaz ustazah tak boleh buat salah

sebab nila setitik habis susu sebelanga
hanya kerana segelintir yang ada title ustaz..ustazah.. PU, Da'i.. habis semua terpalit

ustaz ustazah bukan maksum..
depa lagilah diuji..
jangan puja.. tapi juga jangan keji
mereka mungkin tahu itu salah.. ini benar..
tapi itu tdak membentengi mereka dari melakukan kesalahan

sama juga macam doktor...
adakah semua doktor tak sakit..
depa pun sakit..
malah doktor pakar tulang pun boleh patah tulang

kerana kita semua manusia...
bukan back up title atau ilmu.. tapi cuma nak bagitahu.. sebenar-benar benteng dari melakukan maksiat adalah sifat taqwa..
orang sikit ilmu..tapi bertaqwa..selamat
orang banyak ilmu..tak bertaqwa.. tak selamat

doakan yang baik-baik..

Friday, December 13, 2019

Lesen mati

Bila taktau..rasa releks ja.. dah mati dari 21 nov lagi.. siap drive pi kl tanpa rasa bersalahnya..

Malam tadi.. tetiba teringat lesen mati bila.. tengok tengok 2019.. waaa waaa.. terus kecut perut.. hehe

Ni.. kecut ni.. tgk petugas binaan tepi jalan letak kon pun.. dah rasa nak tercirit..😆

Wednesday, December 11, 2019

E wallet touch and go

Ok.. ni aku nak review pasal penggunaan e wallet ni.

Mulanya yang boleh terminat.. bila aku pi kedai eco 2 rgt.. tengok ada seorang mamat ni.. bayar dengan tunjuk barcode je. Wah... cepat.

Waktu pi diy pun.. tengok ada seorang mamat juga.. bayar pakai barcode.
Aku tengok kat kaunter tu.. ada tulis. E wallet touch and go.

Korek korek.. godel godek.. aku pun sign up. Siap letak auto reload kalau balance kurang dari 100.. hahaha

Dan benefit dia banyak..
Aku pergi seven e.. 1st time la cuba.. beli barang dekat 20 rgt.. disebabkan pertama kali guna.. aku dapat rebate separuh harga.. wow.

Dan kebetulan.. guna lebuhraya duke.. tol rebat 100 percen. Wow

Letal minyal kat shell.. rebat rm5. Wow

Yang belum.. pergi kfc..tealive.. dan byk lagi la tempat yang aku boleh dapat rebate.

Untung maa...

Dan cepat.. lebih cepat dari penggunaan kredit kad.
Dan kelemahannya hp la.. kalau hilang hp.. lupa lak maklumat..password..  hilanglah segala wow tadi. Hehe

Sementara penggunaan ni akan diperluas.. maka byklah rebate dan diskaun ditawarkan.. so grab la cepat cepat. Jom sign up.. aku tak dibayar tau tulis posting ni... ikhlas jujur dari aku sendiri.😁


Tuesday, December 10, 2019

Merajuk yang tak minta dipujuk

Ada masa nak merajuk
Tapi dengan cara sorok sorok
Sebab bukan untuk dipujuk
Sekadar legakan dari rasa diri teruk
Bukan sebab dihina atau dikutuk
Tapi hanya segaris duka
Bukannya luka apalagi parut

Thursday, December 5, 2019

Penulisan anak muridku..

Dalam awal julai lepas.. anak muridku.. bertanya tentang penulisan. Nak hantar mana.. dan nak cari penerbit mana.

Aku kongsikan apa maklumat yang aku tahu.. ya lah.. aku pun baru je masuk dunia penulisan umum ni. Selalu penulisan syok sendiri ja. Hehe

Dan hari ni.. alhamdulillah.. dia datang dan tunjuk hasilnya.


Allahu... hanya tuhan tahu betapa bangganya aku.. lebih bangga dari aku punya buku sendiri. Sebab?

Sebab dia anakku.. walau bukan sedarah daging. Anak didik.. juga anakku.

Betullah..kata kata yang ku dengar.
Dua jenis manusia yang tidak akan pernah cemburu orang yang dididiknya lebih hebat darinya.. iaitu ibubapa dan guru.

Ain..  mama benar benar bangga dengan ain. 😍

Wednesday, December 4, 2019

Penulisan ialah kata kata yang direkodkan

Aku dengar.. dan aku suka kata kata ini.
"Penulisan adalah kata kata yang direkodkan"

Dan aku nak tambah.. penulisan adalah kata -kata yang direkodkan dan diwariskan. Ia boleh jadi ilmu jariah jika kena dengan manfaatnya.

Friday, November 22, 2019

Manglish...

Ini kot yang dipanggil manglish.. mengeja english ikut ejaan melayu..

Apple: Apel
Chicken: Ciken
Brocoli:Becoli
Like:Lai
Dont like: Doll lai
😂

Adoila abang muhammad..

Result abang muhammad darjah 1 2019


Ada peningkatan peratus dari peperiksaan pertengahan tahun. Alhamdulillah.💞

Thursday, November 21, 2019

Aku dah 39 tahun

Biar tambah usia.. tapi bertambah pahala..bertambah rasa nak kurangkan dosa.. bertambah amalan walau tahu tak layak ke syurga.. bertambah rapat dengan yang maha esa.

Biar makin tua.. tapi makin matang berbicara.. makin mengeratkan ukhuwah sedia ada. Makin kurang mulakan sengketa. Makin bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada.

SELAMAT HARI BERTAMBAH USIA.. untuk diriku 😁

Monday, November 18, 2019

Bila anak bottom three.. alhamdulillah

Amik keputusan kafa muhammad..

Satu subjek dia fail.. seerah.. mak ngajaq tamadun.. anak fail tamadun 😂

Dalam kelas dia antara bottom three...

Gurunya kata.. waktu petang.. dia suka main.. nak lipat roket.. jawab periksa pun cepat cepat sampai tak jawab banyak soalan.

Aku tengok muhammad.. wajahnya happy... tak kisah..
Alhamdulillah.. asal anak happy.. dan asal dia mahu belajar.

Beleter juga kat dia.. sebab main banyak sangat tapi setakat tu ja la.
Takmau dia tension.. dia baru 7 tahun.

Walau bottom three.. u are always the best..anakda


Bila anak top 3.. alhamdulillah



Alhamdulillah...
Tak tahu pun.. bila anak tak naik pentas bila kelas dia dipanggil.. rasa pelik.. pergi cari dia.. takut dia lari merata.. rupanya tengah berbaris untuk top three..

Tahniah anak ibu...💞

Walau dapat hadiah tupperware ori.. dia teriak.. nak belon jugak.. haha... memang perangai masih 4 tahun..