Banyak kali dah tengok cerita ni..
Tapi bila tengok semalam.. ada sesuatu tersentuh...
Babak shrek bosan dengan rutin harian setelah berkahwin. Membiatkan dia rindu zaman bujangnya.. zaman kebebasannya.
Ok.. aku sendiri kadang ada rasa begitu. Maksudnya. Aku rasa masa aku bukan untuk diri aku.. tapi banyak kepada keluarga.. sedanglan aku boleh buat lebih lagi kalau aku mseorang. Jeles tengok kawan melancong.. sambung belajar tanpa halangan.. dan macam macam la.
Dalam cerita tu.. shrek dapat pengajaran dengan sumpahan rumplestikin... tapi aku dapat pengajaran dari mimpi mimpiku...
Aku mimpi keadaaan aku waktu bujang. Aku rasa berasa stugglenya aku mencari jodoh lelaki yang soleh dan perasaan nak membina keluarga ada anak anak yanh sihat dan bijak serta ada kehidupan yang simple tapi bermakna.
Dalam mimpi... aku lonely.. dan aku sesak mencari insan insan yang aku cinta.
Bila aku terjaga... ya allah.. itu hanya mimpi. Kiri kanan.. ada insan insan yang ku cinta. realitinya aku sudah dapat apa yang aku idamkan. Ini kebahagiaan aku. Aku sudah ada kehidupan rezeki yang betapa ramai orang idamkan.. dan adakah aku tega mengkufurinya?
Fa biayyi alaa i rabbikuma tukazziban.
Wednesday, October 9, 2019
Monday, October 7, 2019
Jangan melampau sangat tajuk tu..
Dah tahu orang kita malas membaca.. jangan melampau sangat buat tajuk tu..
Nak tarik perhatian pembaca utk klik ke.. utk like ke.. jangan sampai tajuk kita boleh menambah kesesatan dan kejahilan orang.. apalagi menambah dosa dengan biar orang kecam.
Nak tarik perhatian pembaca utk klik ke.. utk like ke.. jangan sampai tajuk kita boleh menambah kesesatan dan kejahilan orang.. apalagi menambah dosa dengan biar orang kecam.
Sunday, October 6, 2019
Terpengaruh benda viral
Jarang sebenarnya aku ni cepat dipengaruhi..
Tapi bab bab makanan ni.. aku laju sikit sebab menggoda sangat gambar gambar tu.. hehe
Tapi padan dengan harga la.. kalau murah.. boleh la pi cari. Kalau mahal.. simpan la teringin tu dalam hati
Semalam nak makan benda lain.. tapi bila dalam list ada boba..cuba la order.
Rasanya.. ok la not bad.. tapi bagi aku sedap cendol lagi. Hehe. Lain tekak lain selera kan.

Saturday, October 5, 2019
MIMPI ARWAH
1
kalau mimpi arwah.. tanda roh dia datang mai jumpa kita ka?tiada dalil sahih roh yang sudah mati boleh datang kembali menghantui atau menolong kita.
cuma ada dalil,
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, katanya;
” Aku sedang dalam keadaan duduk bersila di rumah, tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan masuk ke rumah sambil memberi salam kepadaku. Aku segera berdiri kerana menghormatinya dan memuliakannya, sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi SAW bersabda: ” Duduklah di tempat dudukmu, wahai Ummul Mukminin.”
Aisyah berkata; ”Rasulullah duduk sambil meletakkan kepalanya dipangkuanku, lalu baginda tidur berbaring. Maka aku bilangkan uban pada janggutnya dan aku dapati ada 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata; ” Sesungguhnya beliau akan keluar dari dunia sebelumku sehingga tetaplah suatu umat yang ditinggalkan Nabinya. Aku menangis hingga mengalirlah cucuran air mata pada pipiku. Air mataku itu menitis pada muka baginda. Kemudian baginda terbangun dari tidurnya.”
Rasulullah bertanya; ” Gerangan apakah yang engkau tangisi wahai Ummul Mukminin?” Maka aku ceritakan kisah tadi kepadanya. Rasulullah berkata; ” Keadaan manakah yang lebih hebat bagi mayat?” Aisyah menjawab; ”Tunjukkanlah wahai Rasulullah!” Rasulullah mengatakan; ”Bahkan, engkaulah yang mengatakan.” Aisyah berkata; ” Tidak ada keadaan yang lebih hebat bagi mayat daripada waktu keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya semuanya bersedih hati di belakangnya, mereka semua berkata; ”Aduh ayah, aduh ibu!” Ayahnya mengatakan; ” Aduh anak!”
Rasulullah berkata; ”Itu juga termasuk hebat, maka manakah yang lebih hebat daripada itu?” Kemudian Aisyah r.a menjawab; ” Tidak ada hal yang lebih hebat bagi mayat ketika ia diletakkan di liang lahad dan ditimbuni dengan dengan tanah di atasnya. Kaum kerabatnya semuanya kembali, begitu juga anak-anak dan para kekasihnya. Mereka semua menyerahkannya kepada ALLAH bersama segala amal perbuatannya. Lalu setelah itu datanglah malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kuburnya.”
Rasulullah SAW bertanya lagi; ”Adakah yang lebih hebat lagi dari itu?” Aisyah berkata: ”ALLAH dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda; ”Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika orang yang memandikannya masuk ke rumah untuk memandikannya.”
v Ketika mana mayat diletakkan di tempat pemandiannya, ketika itu dikeluarkan cincin dan perhiasan yang ada pada jari jemarinya, dilepaskan pakaian yang membaluti tubuh badannya. Bagi para alim ulama dilepaskan serban dari kepalanya. Pada waktu itu rohnya berkata-kata tatkala ia melihat mayatnya dalam keadaan telanjang dengan suara yang didengar oleh sekalian makhluk kecuali jin dan manusia.
Roh itu berkata: ” Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana ALLAH, untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab di saat ini aku beristirehat dari seretan malaikul maut.”
v Ketika disiramkan air ke atas tubuhnya, roh itu berteriak lagi; ”Wahai orang yang memandikan roh ALLAH, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Janganlah engkau menuangkan airmu dengan panas dan jangan pula dingin. Sebab tubuhku terbakar dari keluarnya roh.”
v Ketika dimandikan oleh pemandi mayat, maka roh itu berteriak sekali lagi; ” Demi ALLAH, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka kerana keluarnya roh.”
v Jika telah selesai dimandikan dan mayat itu diletakkan pada kafannya di mana kedua tangannya diikat, maka mayat memanggil-manggil; ” Wahai orang yang memandikan, janganlah kuat-kuat dalam mengkafaniku, sehingga aku tidak dapat melihat wajahku, anak-anakku dan kerabatku, sebab ini merupakan hari terakhir aku melihat mereka. Pada hari ini aku akan berpisah dengan mereka, dan aku tidak akan melihat mereka sehingga hari qiamat.”
v Ketika mayat dibawa keluar dari rumahnya, maka rohnya menyeru; ”Demi ALLAH, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah kamu menyakiti meraka. Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali kepada mereka selama-lamanya.”
v Ketika mayat diletakkan ke dalam peti atau kerandanya, ia memanggil lagi; ” Demi ALLAH, wahai jemaahku, janganlah kalian mempercepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahli keluargaku, anak-anakku dan para kerabatku. Sesungguhnya aku pada hari ini akan berpisah dengan mereka sehingga hari qiamat.”
v Kemudian ketika para pengiring jenazah, melangkah dengan tiga kali langkah, ia memanggil lagi dengan suara yang dapat didengari seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.
Kata roh; ”Wahai para kekasihku, wahai saudara-saudaraku dan wahai para anak-anakku, janganlah kalian diperdayakan oleh dunia sebagaimana ia memperdayakan aku. Janganlah kalian bermain-main di masa ini sebagaimana ia mempermainkan aku. Hendaklah kalian mengambil ibarat daripadaku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku kumpulkan untuk para ahli warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia ini ALLAH akan menghisab aku, sementara kamu sekalian merasa senang dengan keduniaan dan tidak mahu mendoakan aku.”
v Ketika jenazah itu telah disembahyangkan oleh ahli keluarga dan mereka yang hadir itu, roh itu berkata; ”Demi ALLAH, wahai saudaraku, sesungguhnya aku lebih mengetahui bahawasanya mayat itu lupa ketika hidupnya. Akan tetapi kalian jangan melupakan aku dengan begitu cepat sekali sebelum kalian mengebumikan aku, sehingga kalian menyaksikan tempatku. Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya keadaanku lebih mengetahui bahawasanya wajah mayat itu lebih dingin daripada air yang dingin. Janganlah kalian pulang dalam masa terdekat ini.”
v Ketika pengiring-pengiring jenazah meletakkan mayat di sisi kuburnya, maka berkatalah ia; ”Demi ALLAH, wahai jemaahku, wahai saudara-saudaraku. Aku mendoakan kalian tetapi kalian tidak mendoakan aku.
v Ketika diletakkan mayat di dalam liang kuburnya, mayat itu berkata;
”Demi ALLAH, wahai para warisku, bukankah aku mengumpulkan harta yang banyak yang ku tinggalkan untuk kalian? Hendaknya kalian mengingatiku dengan memperbanyakkan kebaikan. Aku telah mengajar kalian Al-Quran dan adab kesopanan, janganlah kalian melupakan aku dalam doa kalian.”
DISEDIAKAN
CAWANGAN KEBAJIKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
2011
selain dari ni.. tiada dalil. roh tidak kembali pada malam jumaat..pada malam hari raya.. atau pada hari hari yang dia mahu kembali. dia sudah dikumpulkan bersama roh roh lain di tempat yang itetapkan Alah.
ertinya kalau mimpi arwah anggap sahaja itu ingatan kita kepadanya dan tak salah kita sampaikan doa dan alfatihah kepadanya.
Tuesday, October 1, 2019
Abduh 1 tahun
Sanah helwah ya bunayya
Yang hensem..manja..suka gigit..suka makan orang..suka berkepit ketiak..
Simple je.. tapi ini bukan tanda kurangnya kasih ibu dan abi pada abduh... love u abadan abada..
Yang hensem..manja..suka gigit..suka makan orang..suka berkepit ketiak..
Simple je.. tapi ini bukan tanda kurangnya kasih ibu dan abi pada abduh... love u abadan abada..
Monday, September 30, 2019
cara hadeejah nilai kecantikan..
ibu: ibu cantik tak?
deejah: ibu tak cantik sikit
ibu: Ha?
deejah: ibu tak cantik sikit tapi cantik banyak.
ibu: ooo.. itu macam ka..
bila tunjuk gambar ni.. terus dia komen gambar dia...
"deejah tak comey sikit saja, comey banyaaaaaak!"
ibu dan anak pompuan.. dan perasan..berpisah jangan.. hahaha

Thursday, September 19, 2019
Sumpahan penyondol... dalam antologi online
Sapa tak mahu kena sumpahan.. jangan menyondol... hehe
Itu antara tema yang aku tulis dalam antologi ni
Bila atas nama cerpen..agak cepat jalan cerita dan ringkas.
Yang tak tahu pasal "kisah rumah tangga" yang popular fb group.. mungkin tak faham apa aku tulis.
Macam habibi.. dia tanya.. apa cerita ni..tak faham 😂
Cerita cerita lain dalam buku ni juga mendebarkan... yang akan buat korang rasa online ni tidak menghantui kita dari segi masa tapi juga boleh melangkau segalanya...👻

Nak beli..direct wassap 0198626526 nak bagi harga buku je.. pos ditanggung penulis.🤗
Monday, September 16, 2019
HARI MALAYSIA..
aku bangga jadi anak Malaysia..
Bila aku susah di luar..dan ku rasa di Malaysia..tak pernah rasa gelisah
Bila ku lapar di luar.. dan ku rasa di Malaysia aku boleh makan apa saja
Bila ku ketakutan di luar.. dan ku rasa di Malaysia aku aman ke mana saja
MALAYSIA..
bertuahnya tanahmu hanya dirasa bila tuannya sedar siapa diri mereka!

Sunday, September 15, 2019
Orang tengah yang tersepit
Ni bukan pasal orang tengah atur jodoh.. ni orang tengah yang tersepit. Hahaha
Pernah tak.. korang menjadi orang tengah antara dua pihak yang bergaduh.
Satu pihak mengadu pasal pihak satu lagi. Cerita keburukan dan segala aib keluarlah.
Satu pihak lagi pun cari kamu dan cetita pula keburukan pihak lain dan segala macam cerita keluar.
Orang tengah tu tersepit. Dia tak ada kena mengena pun. Tapi bila tersepit macam tu, orang tengah rasa diri sendiri jahat sangat sebab tahu cerita buruk macam macam tapi tak dapat bertindak apa apa. Huhu

Sunday, September 8, 2019
Kanchana: hantu lgbt
Aku dan suami ada hobi baru bersama iaitu tengok cerita tamil. Hahaha
Ada satu cerita tu.. cerita hantu tamil : kanchana
Ada satu cerita tu.. cerita hantu tamil : kanchana
mmg agak seram..tapi bercampur komedi. Kira seramedi la. I like.
Watak samseng kat luar tapi anak mak dalam rumah memang lucu. Masih panjat atas pinggang mak lagi. Hehe
Dekat nak hujung hujung tu bila reveal sebab rasukan tu..rupanya kerana hantu lgbt.
Ok.. aku dah mula tak best.. anak pun tengok. Muhammad tanya..kenapa lelaki pakai baju perempuan?
Harap..tiada novel atau filem islam melayu tiru macam ni. Tak menghina..tapi tidak mahu memperjuangkan apa yang mereka katakan itu adalah hak.
Tuesday, September 3, 2019
abduh kena pi taska
berat hati ibu..
ya..mana mana ibu pun akan rasa benda yang sama. rasa bersalah pula letak anak di bawah orang lain sedangkan mereka sangat memerlukan kita. huhu
ibu ni dah mula rasa gelisah dari bulan 6 lagi tau..
tapi maslahah lebih banyak dari mafsadah.. jadi ini keputusan yang ibu dan abi sama-sama persetujui.
lagipun bukan ibu letak pada orang sebarangan. taska berdaftar, dalam kawasan uitm dan dah ambil kira rekod taska tersebut. selebihnya hanya doa yang boleh ibu dan abi panjatkan.

nak masuk sekolah ..kena amik gambar papot dulu..
1st day... abduh macam faham. bila ibu bagi ja pada kakti pengasuh taska tu, terus abduh mahu. dan siap lentok lagi atas bahu kakti. lega sikit hati ibu.
insyaallah nanti abduh biasa dan jangan gigit gigit kawan kawan sekolah tau.
Thursday, August 29, 2019
Aku,ombak dan merdeka
Aku,ombak dan merdeka
Kataku pada ombak..
Kamu kejam menghempas pantai
Memecahkan pasir jadi halus
Tidak merdeka
Lakukan perkara sama dari dulu
Dan selamanya
Ombak balas..
Kamu lagi kejam
Menghempas sesama manusia
Pecah belah ukhuwah walau sedarah
Konon merdeka
Tapi masih di takok sama
Aku merengus menepuk ombak
Ombak membalas menampar wajah
Basah..resah..gundah
Sedar rasa masih dijajah
Nadiyah hashim
Pantai puteri,melaka
22 ogos 2019
#patriotikSPI
Kataku pada ombak..
Kamu kejam menghempas pantai
Memecahkan pasir jadi halus
Tidak merdeka
Lakukan perkara sama dari dulu
Dan selamanya
Ombak balas..
Kamu lagi kejam
Menghempas sesama manusia
Pecah belah ukhuwah walau sedarah
Konon merdeka
Tapi masih di takok sama
Aku merengus menepuk ombak
Ombak membalas menampar wajah
Basah..resah..gundah
Sedar rasa masih dijajah
Nadiyah hashim
Pantai puteri,melaka
22 ogos 2019
#patriotikSPI
Rumah sewa sungai tangkas
Waktu sambung master, sati sem duduk kolej tun husin on.. mmg dekat sangat ke kelas.. dan semua fasiliti. Tapi sebab aku rasa rimas dgn suasana asrama kot.. sem 2 aku keluar. Kebetulan dalam kelas elektif dakwah jumpa kak nurul. Dia yang ajak aku join rumah sewa dia.
Masuklah aku rumah ni dalam awal 2016..duduk sampai 2018.
Bersilih ganti rakan sebilik. Di sini aku kerja ambil upah buat kuih,ngajar tadika dan ngajar di al amin. Dalam masa yang sama ambil upah ngajar tusyen dan baiki tesis.
Aku ulang alik ngaji darus syifa.. dan pergi merendek di putrajaya.. hahaha. Shoping di alamanda..bukannya banyak duit pun. Seronok ja lebih.. seronok zaman bujang dan ada duit sendiri katakan.
Alhamdulillah.. ada pahit manis sepanjang aku menghuni di situ.. semua itu ada hikmahnya.
Pengalaman berhantu kat sini takda.. pengalaman aku jadi hantu ada. 👻

Wednesday, August 28, 2019
Di sebalik sesuatu..pastu banyak yang berlaku
Di sebalik gambar mulus ini.. ada dua insan. Sorang di sebelah kerusi pegang tangannya, sorang di bawah kerusi pegang kakinya 😂
Monday, August 26, 2019
Drive dari utara ke selatan semenanjung
Dari arau ke pasir gudang..
Ok trip kami kali ni memang dah lama rancang sebab aku ada konferens di melaka. Tapi nak comfirmkan jadi ti tak berani sehinggalah sehari sebelum bertolak. Baru kami betul betul putuskannya.
Bertolak 21hb jam 3.45am
Sampai tapah 8.30am
Sampai danga bay 3pm..
Alhamdulillah kami check in kat sini

Tempah awal 2 hari.. dapatla harga 69 ja.. utk kami 5 beranak.. tanpa breakfast.
Tak puas hati sbb masuk masuk.. jamban bau busuk orang baru melepas... hahaha
Tapi ok la. Yg pentimg ada tempat berteduh.
Bila dah mai sini.. teringim nak ke danga bay.. bila guna google map.. dia bawa kami berpusong merata rata.. dah la jalan kat sini.. nak u turn ti berkilo meter baru dapat pusing. Rupanya danga bay tu belakang hotel kami ja kalau lalu jalan tikus. Hahaha. Mujurla ada tikus tunjulkan jalan. Hehe
Hari ke 2.. kami ke pasir putih. Sahabat lama yang sangat ku rindui... bawa belanja kami lunch.
Ya allah... meriahnya makanan...
Tempat pun cantik.
Habis tu.. kami pusing uitm pasir gudang.
Atas bulit.. superb cantik permandangan.. kalau tak fikir jauh. Sanggup aku minta transfer sini. Hahaha
Pergi juga rumah cayangku rohaya ni. Adoi.. susah payah dia layan kami. Malu lak kami datang tak da preparation sangat bawa buah tangan dari perlis. Huhu
4.30 bertolak ke bandaraya melaka. Sampai jam 8pm.
Check in hotem sentral riverview. Memang rengah bandaraya. Superb hotel ni. Dan kami dapat harga 40 ringgit je. Tak caya? Hahaha. Betul.. tanya agoda. Rezeki kami. Walaupun tanpa breakfast. Hotel tu cukup selesa untul kami 5 beranak.
Malam tu servey uitm kat mana. Dalam map kata 3minit je. Takda nampak rupa ada uitm tengah tengah pekan ni. Huhu. Cari cari.. memang 3 minit
. Bangunan uitm bandaraya adalah bangunan macam pejabat 16 tingkat tu. Alhamdulillah dekat. Malam tu.. wajib order asam pedas melaka. Sedap bak hang! Macam nak bawak balik tukang masak tu.. hahaha
Esok.. kononnya nak pergi waktu bentang je.. jadual aku bentang jam3. Tapi fikit rugi bayar fee mahal mahal, tak ambil input ilmu.
Pergilah aku drive sendiri 3 minit je.
Habis bentang 4.30pm.. terus menuju pantai puteri. Check in sana.. sempat main pasir pantai.
Esok.. aktiviti jadi badak berendam dan jadi dugung swimming pool.
Jumaat.. jam 12 check out.. cari buah tangan melaka.. apalagi cencaluk and the gang la..
Sampai nilai jam 2. Penat sangat sampai rasa tak syok shoping. Bertolak terus ke pristana puncak alam sampai jam 6.
Esoknya lepas breakfast jam 10.30.pulang ke arau. Sampai simpang 4 jam 5. Sampai betul betyl syurga kami jam 7.30 malam.
Alhamdulillah.. trip yang memenuhi objektif yang diharapkan. Allah jaga sepanjang perjalanan kami. Dan semoga allah juga jaga sepanjang pemukiman kami.
Saturday, August 17, 2019
SKRPI... sentiasa dirindui
Alang alang sampai ipoh.. cari juga sampai jumpa..
Bila dah jumpa.. nak keluar ambil gambar walau panas lit lit..
Sampai muhammad kata.. ibu janganla teruja sangat..muhammad jeles. Hehe
Kenangan tetap akan tinggal hanya kenangan. tiada pilihan..
bezanya.. ia memberi nilai tambah baik atau tak baik untuk kita... kita boleh buat pilihan..

Monday, August 12, 2019
Family day bani hashim 2019
Sepatutnua buat di gunung keriang resort.. tapi sebab silap booking dengan air liur je.. terlepas booking pada orang lain
Tapi.. bila dah nama bersama family.. kat mana mana pun best..
Tanpa keluarga.. siapalah kita...
Tapi.. bila dah nama bersama family.. kat mana mana pun best..
Tanpa keluarga.. siapalah kita...
Sunday, August 4, 2019
Jangan plagiat !!!
Biar beradab jangan biadab
Biar lambat tapi masih sempat
Biar sendiri tapi atas kaki sendiri
Biar tidak dikenali tapi masih punya harga diri
Biar bersusah payah jangan sekali buat jenayah
Biar pening mencari idea asal tidak culik hak cipta
Nadiyah hashim
4 ogos
12.25pm arau

Saturday, August 3, 2019
Apa rasa bila duduk atas pentas
Bukan senang duduk atas pentas..
Bulan senang nak bercakap di khalayak ramai
Sebab tu ada kursus dan subjek khas untuk pengucapan awam ni
Aku secara peribadi memang tak berapa pandai.. bukan tak pandai cakap.. tapi tak pandai nak kontrol emosi tika itu...
Ia sangat sangat mempengaruhi percakapan aku... kalau aku rasa waktu itu aku sendu.. automatik aku jadi sendu..
Aku bukan kalah pada apa orang fikirkan tentang aku.. tapi aku kalah tentang apa yang aku fikirkan tentang aku waktu itu....
Allahu 😣
Wednesday, July 31, 2019
Abang muhammad cuci hidung
30 julai 2019.. cuti umum
Mungkin sehari tu singkat pada orang lain..tapi tidak pada kami.
Seawal 6.30 pagi kami dah keluar dari rumah.
Ibu dah siap seraga bekalan makanan, sebab tahu tahap kebuluran anak anak ibu nanti. Hehe
Sampai jam 7, mendaftar di kecemasan. Muhammad dapat bilik berduet.
Naik atas, makan dulu. Muhammad kena puasa sebab nanti nak bius susah.
Tunggu punya tunggu, doktor datang bagitahu kes muhammad akan dilewatkan sikit. Diutamakan kes pembedahan lain yang lebih penting.Takpala..cuma kesian muhammad kena puasa lagi.. huhu. sampai dia sebut, "ibu janganlah makan depan Muhammad, Muhammad lapar."
Jam 11 dia dipanggil turun. Ibu mulanya rasa ok. Tapi bila nampak pakaian masuk bilik operation tu, ibu sikit berdebar. Namun taknak tunjuk lemah. ibu down..muhammad akan lebih down.

12.15 baru muhammad sampai balik ke bilik. Alhamdulillah tiada yang serius, cuma ada 2 tempat bengkak dalam saluran hidung dia.
Dia pun respon yang baik dengan bius, tak pening dan tak muntah.
Pukul 1 baru makan.. lapar sangat dah tu hehe. Mujur ibu bawa makanan tambahan.
Jam 6 petang, doktor dah bagi balik. Selesai urusan semua,jam 8 kami keluar dari hospital.
Lebih 13jam hari ni di kpj..rasa panjang sangat.. esok kerja plak. Huhu
Apa pun alhamdulillah, Allah beri jalan kesembuhan buat anakda.
Muhammad, ibu sayang Muhammad.

Apa pun alhamdulillah, Allah beri jalan kesembuhan buat anakda.Muhammad, ibu sayang Muhammad.
Subscribe to:
Posts (Atom)