ada rancangan tv.. mengembara dgn kenderaan darat.. ke haramain.. wah bestnyeeeee
dan aku nak citer cerita aku lak.. serius.. cerita benar.. pergi 2 Tanah suci secara gamble... memang atas dasar.. ikut la apa jadi... 4 tahun yang lalu.. ..kenapa baru nak citer.. lambat citer sbb ada benda yg tak sesuai share awal awal.. takut jadi fitnah..
inilah kisahnya..
hujung tahun 2011... berkobar sgt nak pergi.. sgt perasaan itu.. tambah ada hajat dalam hati.. yg mana.. nak smpaikan betul betul depan kaabah dan di raudhah...tp.. duit lak xde.. hehehe
namun.. satu satu pintu rezeki dibuka.. ada seorang sanggup bayar tiket flight suami.. nazar katanya.alhamdulillah.. aku pun cari la travel agency yg paling murah... malah contact beberapa no yg mahu bawa kami suami isteri.. kami nak tumpang rombongan je.. makan minum dan yg lain.. taknak..sbb nak cut bajet..
dah pergi menadah dan telefon bebeapa agency.. semua nak caj dgn harga yg aku congak.. tak mampula..
dan kemudian dapat satu nombor aku ada keluarga di arab Saudi.. hubungi dia melalui fb.. dan bgth, tlg cr hotel yg berpatutan.. kami nak pergi sndiri...
awal 2012 aku beli tiket sendiri... guna oman air.. yg paling murah beb.. wlu kena transit byk tempat..drama kat sini.. wktu mula tekan.. pending... takde comfirmation.. tp duit di caj.. aduh.. sudah..
mujur bila buat laporan.. refund dan aku dpt beli yg baru.. huhuhu
urusan visa lak.. kami mnta tolong satu agency ni buatkan.. itupun terlalu byk drama.. kecik hati bila ada orang ni.. tolak sbb kami berdua, tak nak layan.. untung tolong buat visa xbyk.. maka kami direct dgn boss dia di kl.. huhuhu... Alhamdulillah.. dipermudahkan.. ops.. kami tak berdua.. ada sorang nak tumpang kami.. dan ada satu lagi.. jeng jeng jeng...
nak buat visa.. kn cucuk.. pi la cucuk.. balik dr cucuk.. badan aku rasa lain macam..
igt jadi mcm ni.. sbb urusan nak pergi ni.. buat aku letih..
tp rupanya 'berisi'... Alhamdulillah.. sujud syukur aku... mulalah bimbang.. xpeke.. cucuk tu.. sbb org pregnant xboleh cucuk vaksin tu.. dlm kepala mula fikir mcm mcm.. tp aku sangkut bali.. ALLAH ada.. relaksla.. ALLAH maha kuasa
urusan visa..tiket setle.. syukur.. cuti aku mohon sekali dgn insurans...dipermudahkan..
hari keberangkatan.. naik di klia.. sampai di Dubai.. km kena tukar flight secepat mungkin.. dan Alhamdulillah sempat ke flight seterusnya.. wlu aku dlm keadaan loya dan muntah bersangatan.. sedap plak makanan arab dlm flight tu.. cik habibi selalu repeat order jus tomato.. rasa macam dia munum sos lak.. hehehe
smpi di Jeddah dalam jam 4 pm.. ambil beg.. kat sini drama pulak... passport kami diambil..dan tidak diberikan sehinggalah ada org yg dating ambil.. aku dah gabra.. cal sedara.. dia lak kata tak boleh ambil sbb polis akan tangkap..tak dibenarkan ambil org sebarangan di airport.. sudah.. kami ambil taxi..dan berpandukan alamat yang dibegitu paklong(sedara di sana) mnta taxi tu bawa kami ke hotel berkenaan.. mujur bila kami dapat taxi tu dan bgth tempat hotel.. passport kami dilepaskan... huhuhu.. waktu tu dah rasa macam pendatang tanpa izin lak..
smpai di makkah elok azan magrib.. paklong datang smbut dan bawa ke hotel..
lepas isyak.. dia bawa kami ke masjidilharam.. allahu... waktu solat isya.. kepala aku dan berpusing pusing.. nak muntah..letih.. semua ada.. tp bila paklong sebut..kita kena buat tawaf qudum.. semangat tu naik.. kumpul baki tenaga yang ada(lebih24jam, tak tidur dgn betul) kami ke masjid// masuk je masjid..Nampak je kaabah.. airmata mengalir.. dan satu rasa.. yg cukup indah.. tiada kata..utk menggambarkannya......
perjalanan dr hotel ke masjid.. dlm 15 minit juga.. cuaca panas berdebu.. aku Alhamdulillah wlu tengah loya.. muntah hanya di hotel.. dalam masjid.. xpernah muntah.. allah menjaga rumahNya. masalah aku hanya selera.. aku diuji dgn teringin masakan kampong melayu.. dan masakan arab.. tak kena langsung selera.. huhu..
tabahlah duhai perut.....
dalam 10 hari jugak kami di sini.. makan bila lapar.. pulang tidor bila letih dan shoping hanya perlu je.. bayangkan.. aku datang sini.. baju tidor.. satupun tak bawak.. bawak telekung je.. dan baju jalan.. hohoho..
aku sempat buat umrah 2 kali je.. saie naik kerusi gerak sendiri tu.. hehe..aku elak ddr bersesak..sbb takut tak tahan pening dan loya.. Alhamdulillah habibi dpt tawaf byk kali dan dapat kucup hajarul aswad.
jalan jalan lak.. paklong bawa kami free ke tempat tempat ziarah keliling makkah
kisah ke madinah pula.. jimat bajet.. km ke madinah naik bas ekspress.. hehe.. naik sm dgn arab2 yg lain. dan paklong tak dpt nak tolong hotel aku di madinah.. mcmmn aku buat.. kebetulan jumpa satu kad..malazi..di jakranah.. ada no telepon hotel di madinah.. aku direct cal dan book bilik.. rezeki aku.. ada 1 bilik kosong.. huhuhu.. mmg rezeki..
smpai madinah malam.. turun je situ.. ambil taxi ke hotel berkenaan.. rehat dan esoknya ke masjid nabawi.. tempat bersemadi manusia teragung.. tak lama 4 hari je kami di madinah.jalan jalan di madinah kami sewa taxi.. Alhamdulillah pemandu taxi yang sporting dan berbangsa Indonesia lagi.. senang nak komunikasi.
hari last.. ambil taxi ke Jeddah.. sempat lagi pemandu taxi tu tertidur,. dan kereta kami melelong lelong.. huhuhu.. husbang mnta nak tolong drivekan.. tp driver tu xbagi.. sbb tak yakin suami dapat memandu sebelah kiri..
Alhamdulillah.. dr Jeddah transit sekali lg di Dubai.. dn smpai kl...
wlu byk drama.. wlu xsemudah pergi dgn travel yg urus semua dr a to z.. tp kepuasan itu ada.. dan satu perkara yang aku pegang.. ALLAH jemput kami... dan dia mudahkan urusan dan jaga kami dalam setiap perjalanan.. tak smpi rm10 ribu total perbelanjaan kami suami isteri.. all in.. dr tiket hingga ke barang shoping... :)
Tuesday, November 15, 2016
Friday, November 11, 2016
fa sobron jamil
sabar itu cantik.....
boleh tak.. nak relate dgn 'no pain no gain'
sbb nak dpt 'sesuatu' tu kn sabar... dan bila sabar 'sesuatu' itu akan nampak cantik sangat.... 'sesuatu' itu hanya cantik bila sabar... bila hlang sabar.. hilang cantik...
so nak cantikkan.. kena sabarlah...

Wednesday, November 2, 2016
main saham @ labur saham
aku dah mula bukak mata tentang saham ni..
hmm.. sbb dah tahu.. sikit sikit..
dan aku setuju.. jgn sebut main saham.. nnt kita main main.. tp sebut labor saham.. supaya Nampak kesungguhan .
rezeki allah itu luas.. selagi niat betul..cara betul.. siiru ala barakatillah

Saturday, October 22, 2016
selamat ulang tahun abang muhammad
selamat hari lahir sayang ibu...
abang Muhammad wira ibu.. kekuatan ibu..
ibu tahu.. ibu kadang marah abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari api marah
ibu tahu.. ibu kadang tak sempat layan abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari masa
ibu tahu.. ibu kadang tak turuti kehendak abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari kehendak
ibu sayang abang.. ibu sayang abang.. ibu sayang abang muhammad

Thursday, October 13, 2016
terima kasih atas segalanya... wahai rumah
aku nak ucap terima kasih.. bukan pada orang.. tapi pada rumah ini...
sbb.. sbb rumah ini banyak berjasa.. banyak membantu.. banyak menyimpan kenangan..
lebih dari 5 tahun kami bersama.. ia menyaksikan cinta kami berkembang.. dan dua anakanda ku membesar di sini... walau tidak secantik istana.. tapi inilah syurga kami..
betul.. ini syurga dunia yang ku rasakan
Monday, October 10, 2016
kami bersama abah ...seperti abah selalu bersama kami...
SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas sebulat suara memilih dan melantik Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.
Menurutnya, faktor yang Ahmad dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan itu disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.
Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am Pas.
"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya dipetik Harakahdaily.
Allahyarham Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Friday, October 7, 2016
kundasang 2016
dari kecik lagi teringin sangat nak ke sini.. apatah lg bila bc novel ramli awing murshid tentang keindahan Sabah.. dan Alhamdulillah impian pertama tercapai ketika 2014.. time tu Muhammad 1 tahun 5 bulan... dan kali kedua diizinkan allah 2016.. Muhammad ada adik hadeejah 7 bulan...
cara nak ke sini.. xsusah.. drive sendiri je.. even 1st time.. sbb papantanda arah dia bagus.. cuma di tamparuli anda mungkin terpusing pusing di pekan nya beberapa kali sebelum mendaki bukit..
dinasihatkan kalau dr kk, bertolak seawal sejurus selepas subuh.. utk anda menikmati permandangan yang indah.. klu tak kisah berkabus.. atau xnampak view.. xpe le
kami smpai dan kami akan bersarapan di sini.. alkisah 1st time smpai.. Muhammad buat kuih dalam pampers.. bila nak basuh.. meraung dia.. punyalah sejuk..
lepas tu mak dia lak nak buat kuih.. tp bukan dalam pempers yea.. wahhh.. memang sejuk giler.. mujur tak meraung macam Muhammad. hehe
harap dapat ke sini lagi.. dan mungkin berlima atau berenam plak... :)
Thursday, October 6, 2016
bila diaudit
audit dunia.. tu pun kelu lidah.. nafas tak lepas
audit akhirat.. lagilah kan.. huhuhu..
haasibu anfusakum qabla an tuhasibu...
audit akhirat.. lagilah kan.. huhuhu..
haasibu anfusakum qabla an tuhasibu...
Thursday, September 29, 2016
bila berulang.. benda yang sama.....
ada perkara..
mula mula.. xpe..
lepas tu.. kecewa sikit
lepas tu.. kecewa sederhana
lepas tu sedih
lepas tu.. sedih sangat..
lepas tu.. marah..
lepas tu marah sangat..
lepas tu.. keputusan muktamad NOKTAH
mula mula.. xpe..
lepas tu.. kecewa sikit
lepas tu.. kecewa sederhana
lepas tu sedih
lepas tu.. sedih sangat..
lepas tu.. marah..
lepas tu marah sangat..
lepas tu.. keputusan muktamad NOKTAH
Saturday, August 20, 2016
Tuesday, August 16, 2016
baju lama...
aku ada baju yang aku pakai lebih dari 15 tahun!!!!!
tiap kai waktu aku iron baju tu.. akan teringat.. saat baju tu aku beli kain.. dan upah orang jahitkan.. ada sebab kenapa pilih warna tu... hahaha. tahun 2001 ya
dan sekarang 2016 aku masih pakai...
itu tandanya.. aku maintain berat dan tinggi.. hehe
tapi seperti baju itu juga.. warna tidak seceria dulu.. materialnya tidak sekemas dulu.. sama juga dengan diri aku.. sudah tidak sekuat seremaja dulu... :)
apa pun.. yang peting bagaimana aku dan baju ini sama sama kuat menjalani hari hari selagi kami masih ada ruang di muka bumi ini...

Tuesday, June 7, 2016
Bunga harum ibu, abi dan abang
Monday, June 6, 2016
belasungkawa utk kekanda Dr Abdul Aziz Hanafi
alfatihah...
jasa tiada terbalas...
dari di KIDU sehinggalah diri ini selesai sarjana di UKM.. bantuan dan bimbingannya amat bererti
dialah sepupuku.. dialah guruku.. idalah idolaku..DR Abdul Aziz hanafi
ALFATIHAH...

Tuesday, May 31, 2016
bila kita cuti.. orang lain xcuti..
duduk di negeri orang ni.. kadang banyak benda kena alert.. antaranya cuti.
aku yang dah masuk 8 tahun di sini pun.. kadang tersasul.. pergi kerja time org cuti.. hahaha
antaranya sbb cuti Good Friday.. gawai..
huhuhu
waktu aku kat mesir dulu pun pernah.. bersiap semangat ke kelas.. naik keretapi.. smpai pintu kampus.. pak guard tegur.. hari ni xde kelas semua cuti umum.. waaaaa waaa waaa....!
itu baru syok jadi pantun
siap siap pergi kelas..
pergi kelas.. kelas cuti...kekekekekeke
apa pun.. selamat berhari gawai utk sahabat sahabat sarawakian.. kamek sudah jatuh hati sama kitak orang.. Sarawak dah jadi sebahagian Tanah yang sudah tertanam di hati.. dan pasti satu hari nati dirindu rindui.....
gayu guru gerai nyamai...

Monday, May 30, 2016
ganti puasa ramadhan sebelum puasa ramadhan
tahun ni pertama kali ganti puasa ramadhan lepas dalam tempoh lagi seminggu nak nak puasa semula.. huhuhu
moga ramadhan 2016 lebih membawa erti kepada diriku.. ku mahu ia menjadi ramadhan yang lebih baik dari yang lepas lepas..
ahlan ya ramadhan.. ahlan ya habib...
moga ramadhan 2016 lebih membawa erti kepada diriku.. ku mahu ia menjadi ramadhan yang lebih baik dari yang lepas lepas..
ahlan ya ramadhan.. ahlan ya habib...
Thursday, May 19, 2016
hantu.. puaka.. jembalang..
kita takut benda benda tu.. tapi suka sebut..
walau bukan rukun iman pun.. tapi yang tu kita lebih percaya lebih dari yang wajib kita percaya..
sebut pasal qarin.. takut dengan qarin tu.. tapi xtakut dengan dua malaikat kiri kanan yang lebih wajib dipercayai..
sbb takut hantu puaka.. xkan dan taknak pergi tempat tertentu.. tapi tak takut allah utk pergi tempat yang tak sepatutnya...
huhuhu..
hai hantu.. hai puaka.. hai jembalang.. patutla kamu berbangga dapat memperdaya anak cucu ADAM...

Thursday, May 12, 2016
khas utk anas wafiy
be strong..
kamu ada allah yang utama..
kamu ada umi dan baba yang sudah lama menntikan kamu
kamu ada kakak yang cantik dan penyayang
kamu ada keluarga yang bahagia..
kuatlah sayang.. hidup ini memang sukar.. tapi semua itu indah dan mudah bila kamu tahu dengan siapa kamu boleh harapkan..
ibu doakan dari jauh khas utk:
anas wafiy.. anakda kedua K.M yang ditunggu selama 13 tahun...

Monday, April 25, 2016
xde masalah.. itulah masalah
bila ada masalah.. rasalah diri itu manusia sekerdil kerdilnya...
sbb waktu itu memang akan mengharapkan pertolongan YANG MAHA KAYA..
yang jadi bertambah masalah.. bila tak sedar diri kita bermasalah.. dan makin membongkak melawan YANG ESA
oleh itu bersyukurlah bila kita sedar kita ada masalah.. atau kita bermasalah.. itu runang kita baiki dan betulkan kehidupan dan cara kita
dan bermasalah besar kita tak tahu kita bermasalah.. sapa nak bgth tu.. huhu.. sbb tu allah selalu ketuk hati dan kepala kita dengan ujian ujian di sekeliling kita. supaya kita sedar... YA ULIL ABSOR.. sedarlah......

Saturday, April 23, 2016
saya bagi 4 ha
si abang pandai mengajuk.. apa pun..
tengok apa pun cepat lekat dalam kepala dia.. musim maharaja lawak mega tahun ni.. juri komen dgn sertakan berapa ha yang dapat..
maka abang ni.. kadang dia main dgn si kecik.. adala sesuatu yang menggelikan hati dia.. dia pun cakap pada adik dia.. "hadeejah, saya bagi awak 4 ha"
ibu dia yang dengar bedekah gelak terlebih lebih ha.. hahahahahahaha
satu malam tu, si abang teman ibu dia.. waktu drive ibu pun nansyid.. zikir.. sambil pesan.." Muhammad kenala zikir.. nnt Allah bagi pahala.
dia balas " Allah bagi 4 ha kat ibu..."
hahahahaha... taktahulah.. apa yang lucu.. ibu ke anak ibu? hehehe

Wednesday, April 20, 2016
#JANGANKECAM
hihihi..
aku baru nak belajar berhasttag hashtag ni..
kadang dok baca.. apa kobondo la benatang ### ni..
rupanya ada maksud..
dan ialah salah satu kunci perkataan yang mudah..
cumakan.. dalam banyak banyak hashtag.. yang paling kerap jumpa ialah #jangan kecam
faham maksudnya supaya irg tak kecam status dia..ke apa ke..
tapi ayat dia kecam orang.. pastu dia #jangankecam..
huhuhu..
wtf... wei.. tak faham...
kita ni moden macammana pun.. adab sentiasa ada.. tak kira depan manusia atau depan pc..depan hp.. adab tu allah suruh jaga dalam bentuk perkataan, perlakuan mahupun penulisan.. malah apa yang di hati pun sebaiknya kita jaga..
jom sama sama kita ubah gaya penulisan kita...
#jomberubah :)

Subscribe to:
Posts (Atom)