relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, July 3, 2019

buat sendiri kad kahwin

buka folder emel lama.. terjumpa lakaran kad kahwin aku

apa yang best.. aku buat sendiri tau..

ayat-ayat fresh dari hati.. bukan amik orang lain punya..

lepas tu.. pi beli kulit di padang besar.. beli pen dakwat merelit.. tulis sendri..
print bahagian dalam.. lekat... siap!





Monday, July 1, 2019

rindu baitullah

insyaallah akan keluar satu kompilasi penulisan tentang pengalaman haji dan umrah.

ada 3 cerita ku dalam tu.. pengalaman sebenar.. yang tak mungkin aku akan dapat di mana-mana.. dan mungkin pengalaman ini..pengalaman aku sahaja.. cuma iktibar dan hikmahnya dapat kita kongsi bersama..

tajuk saya dalam kompilasi ini ialah:

1) takda duit tapi nak pergi umrah
2) kena tahan dengan pak arab
3) menjadi tetamu Allah sampai mati

penulisan saya di hujung sekali tau... kalau takmau baca semua.. baca yang hujung dah la.. hehehe

Monday, June 24, 2019

perlu ke anak anak sekarang diberi hp

rasa bukan anak-anak aku je, anak orang lain pun. bila tanya nak apa..antara yang dijawab nak hp..
hadeejah request hp ink. muhammad minta hp ada game..
abduh...tak pandai lagi minta..hehe

aku tak tahu nak jawab macammana.. hanya boleh sebut: belajar rajin-rajin.. dah kerja nanti, dapat duit, beli sendiri.. beli la banyak mana pun.. hehe

di rumah, aku tak ajar berhp.. tv pun tinggi terpaku atas dinding..

diorang bosan..mulala sepahkan mainan.. atau habiskan kertas A4 ibu.. melukiss atau main origami.

takpe nak.. sepah pun sepahla.. itu lebih baik..dari mengadap hp..
biar ibu sorang je mengadap hp.. hehehe


from kodiang to gambang

tak pernah ke gambang..
kali ni ke gambang dengan pelbagai misi
misi perwakilan
misi hantar aufa the kodiang girl ke asasi uia
dan misi bertemu rakan rakan samarahan..
dan misi relaksssssssssss...












Tuesday, June 18, 2019

selamat hari bapa..yang berlaku hari-hari

orang kata..
di sebalik seorang lelaki yang berjaya..
ada seorang perempuan yang mendokongnya..

jadi sempena 'hari bapa' yang setiap hari..
ku dedikasikan puisi ini untukmu...
terutama untuk bapaku.. dan bapa anak-anakku..


di sebalik keanggunan ibu yang bekerjaya
ada seorang BAPA yang merestuinya

di sebalik kesibukan ibu menguruskan anak-anaknya
ada titik peluh dan parut kerja si BAPA

di sebalik keriuhan ibu meleteri anak-anaknya
ada titis nasihat dan pesanan si BAPA

di sebalik senyuman ibu yang bahagia
ada seorang BAPA yang setia

di sebalik masin air mulut ibu berdoa
ada syurga BAPA yang memayunginya


di sebalik IBU yang paling utama ditaati..
ada BAPA yang jangan sekali disakiti

kerana Allah terlebih dahulu menjadikan BAPA Adam..
kemudian dari tulang rusuknya barulah dijadikan ibu Hawa

Thursday, June 13, 2019

kita yang kena ubah.. Allah tak zalim

suka ayat yang aku dengar dari ustaz don ni

kita tak salah kalau kita lahir dalam keadaan miskin, tapi kalau mati dalam keadaan miskin,salah kita

ni aku buat..lebih kurang la kan,..
kita tak dosa kalau kita lahir dalam keadaan kafir, tapi kalau mati dalam keadaan kafir, kita dosa

Monday, June 10, 2019

fal yaqul khairan au liyasmut

musim perayaan.. musim membawang... tak dapat dipisahkan

banyak post post di media sosial dah suruh siap sedia dah apa nak jawab.. kalau kena soalan soalan power pedas dan pedih dari geng bawang rangers

malah lepas raya.. banyak viral keluhan mereka yang diserang tikaman bawang rangers ni

reaksi pelbagai..ada yang diam..ada yang suruh balas balik.

menyedihkan..ya
lucu..mungkin
tragis..ada la jugak

tapi boleh kan kita usaha untuk tidak memburukkan keadaan..

"FAL YAQUL KHAIRAN AU LISASMUT"
hadis... mafhum: katalah yang baik..atau diam sahaja

tak tahan telinga.. rasa membara nak balas baik.. tak mampu balas dengan perkataan yang baik. DIAM!

anggaplah kata kata bawang tu seperti pedihnya air bawang besar yang kita kupas.. tak guna pun nak ditadah.. basuh dengan air bersih.. lama-lama pedih tu akan hilang :)

Friday, June 7, 2019

Syawal1440/2019

Tema pink tahun ni.. hihi.. akula yg pilih😁



 Raya kedua hijau..aku jugak pilih. Hehe






Malam raya ke3.. tema mickeymouse.. pun aku yang pilih. Hehe


Aku yang kau lupakan

AKU YANG KAU LUPAKAN..

Bila dia datang..kau lupa   waktu maghrib yang kau semak setiap hari

Bila dia datang..kau lupa haribulan hijrah yang kau pasti sebulan bila tarikhnya

Bila dia datang..kau lupa rasanya manis kurma dan kau tukar ke manisan kuihraya

Bila dia datang..kau lupa rasanya lapar dahaga dan kau isi sebanyak banyaknya tangki perutmu

Bila dia datang..kau lupa nikmatnya kanan memberi kiri bersembunyi dan kini kau berkira setiap sen yang keluar darimu

Bila dia datang..kau lupa sarung pakaian taqwa setelah pakaian berkelip dan mahalmu kau sarungkan dengan riaknya

Bila dia datang..kau lupakan airmata taubatmu dan kau kembali mengisi tangki hatimu dengan kotoran dosa

Bila syawal datang..kau lupakan aku yang bernama Ramadhan.

Nadiyah Hashim
3 syawal 1440/ 8 jun 2019
Arau

#puisi SPI

Tuesday, May 28, 2019

abang muhammad spoiler gambar...

kalau gambar ramai-ramai..mesti ada sorang spoiler kan..

bila tengok tiga tiga gambar ni.. la semua anak aku muhammad yang menjadi spoilernya.. hahaha
dari kuah turun ke nasik...




korang cari la sendiri yang mana satu... hihi

abduh ikut muka abang ke kakak?

abduh versi solehah

abduh versi soleh

kak deejah solehah

abang momat soleh

abang momat soleh bam bam

bila abduh pakai tudung.. sama muka kakak
bila abduh nganga mulut..sama abang..

yelah.. nak lari mana lagi.. kilang yang sama.. pproduk pun hasilnya tak lari mana la bezanya.. ye dak..

Tuesday, May 21, 2019

ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini
aku masih mencari
nilai diri yang tersembunyi
bila pangkat dan nama ditelanjangi

yang hanya ku jumpa
kejahilan melepaskan busuk dosa
tapi masih bangga mendabik dada
konon sudah sempurna
yang lain cacat semua

satu waktu dari ribuan waktu
hati ini masih merayu
agar tetap ada pengampunanMu
bukan kerana ku layak ke syurga
tapi kerana takutnya azab neraka

Nadiyah Hashim
11.09 am
16 Ramadhan 1440
Arau

Thursday, May 9, 2019

awal mei, hujung syaban di kpj

abduh demam 3 hari on off...
masuk hari ke4.. masih demam.. ibu tak sedap hati, terus bawa ke KPJ..
dalam hati dah agak..mesti kena tahan.. dan mmg kena tahan pun..sbb result xray..ada kahak yang banyak dan result darah..darah putih banyak tanda ada infection

ibu serah je..untuk kebaikan anak.. walau nyawa jadi taruhan.... abduh warded 2mei-5mei 2019







alhamdulillah.. dari muka monyok.. sampai lebar senyuman anak ibu.. seperti itu jugalah perasaan ibu...

Tuesday, April 23, 2019

aku temanmu .. bedah kitab sempena mini karnival masjid uitm arau

tak pernah tengok muka sendiri dalam poster besar-besar,,
hehehe
dan rezeki aku.. penulis baru.. nak namakan diri novelis.. malu.. sbb masih banyak kena belajar.. kalau penulis boleh terima.. sebab memang menulis dari kecik.. tulis kat dinding.. tulis kat lantai.. sekarang ni tulis kat laptop lak..

alhamdulillah..novel yang pertama kali diterbitkan ini diberi ruang sempena mini karnival masjid uitm arau

dan aku buatla persediaan sebaik mungkin...
dan menyiapkan ruang seseram mungkin.. hahaha




alhamdulillah.. tak pernah mimpi penulisan 'aku temanmu' akan sampai sejauh ini..

terima kasih atas ruang dan peluang

segala yang baik dari Allah.. dan yang buruk itu dari kelemahan penulis sendiri..
sekian terima kasih.

(apa daa... dalam blog pun nak berucap ke)

Wednesday, April 17, 2019

Di sebalik pakaian konvo..

Sekali lagi aku berpeluang menyarung jubah konvo...
Nikmatnya tak sama macam dulu.. macam kali pertama ku menyarungnya...


Bila tengok anak anak naik pentas.. pakaian mereka semua cantik cantik..dan aku yakin itulah yang terbaru dan yang terbaik mereka ada.

Ingat lagi waktu sarung jubah diploma..mak belikanku jubah krim utk dipakai di hari konvo.. walau jubah tu kain biasa biasa.. tapi jadi istimewa kerana tujuannya utk meraikan hari konvoku..

Waktu konvo master.. aku tahu jubah konvoku nanti warna hitam.. kebetulan dapat hadiah batik sarawak berwarna hitam.. satu selangor aku tawaf cari baju ala blouse atau kebaya yang sesuai ku pakai dengan kain itu. Dan alhamdulillah jumpa kebaya coklat harga rm40 sahaja.

Dan aku yakin.. ini juga pengalaman semua orang.. di sebalik jubah konvo..kita nak pakai antara pakaian terbaik dan tercantik kita..kerana kita anggap hari tu tidak datang hari hari.
Kita mahu cantik di mata kita, cantik di lensa kamera dan cantik di mata sesiapa sahaja.

Namun..di sebalik keterujaan menyarung jubah konvo dan pakaian cantik itu.. pandanglah juga mata-mata mereka yang memandangmu tidak hanya pada pakaianmu tapi memandangmu jauh ke dalam sanubari.

Terujanya kita.. mereka lagi teruja
Gembiranya kita..mereka lagi gembira
Terharunya kita..mereka lagi terharu..
Siapa lagi..kalau bukan ibu dan bapa

Monday, April 15, 2019

Kasih kekasih, 2000 dan aku

Teruja nak dengar konsert inteam ni.. 1st time sebenarnya dengar live.



 kasih kekasih...
 oh terimbaunya aku zaman diploma dulu.. wajah anak anak muridku sekarang.. jiwa mereka sekarang.. itulah aku dulu.
Zaman berbeza.. tapi fitrah remaja tetap sama. Dengar lagu tu.. biat terimbau perasaan aku waktu itu..yang mencari erti cinta lelaki..dan meneka siapalah cintaku yang bernama suami.


2000
Tahun lagu kasih kekasih dikeluarkan.. dah 19 tahun katanya.. semalam..aku jumpa sorang studnt ni nama alfaini.. wah.. tanya dia tahu ke makna apa.. dia kata makna 2000. Dia lahir tahun 2000. 😉 mujuqla abah tak boh nama aku ikut tahun.. kalau tak..jadi alfon tis'u miah wa thamanin. Hehehehe

Aku..
Masih aku yang bernama aku... 39 tahun bernyawa..makin menjadikan hidup aku mendapat pelbagai makna dan memberi makna.. yang pahit..masin..manis..semuanya adalah rencah.ertinya masakan kehidupan.

Thursday, April 11, 2019

blackhole : terompet israfil?

http://www.astroawani.com/video-dunia/black-hole-sudah-dijumpai-425350



blck hole ini berkuasa menyedut segala galanya yang ada di alam semester ini


baca berita semalam... dan terus terlintas.. inilah kebenaran yang nyata senyatanya..


“Wahai Rasulullah apakah sangkakala itu?, Baginda menjawab “Tanduk”, aku bertanya lagi Bagaimanakah bentuknya?, Baginda menjawab “Sangat besar”. Lalu baginda melanjutkan sabdanya: “Demi zat (Allah) yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya garis tengah sangkakala itu seluas langit dan bumi, yang akan ditiup dengan 3 kali tiupan. Yang pertama tiupan mengejutkan, yang kedua tiupan mematikan dan yang ketiga, tiupan kebangkitan untuk menghadap Tuhan semesta alam.”
Peristiwa mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.
Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu kapan dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114)

dan bila tiba masanya... berakhirlah hayat dunia!

Monday, April 8, 2019

Berkhemah..berkhemah..

Berkhemah..berkhemah.. berkhemah sama si abduh.. si abduh.. si abduh..anaknya nadiyah... nadiyah..nadiyah..nadiyah

Tak diramcang.. kalut dgn pelbagai tggjawab hujung minggu.. tp bila Allah izinkan menjadi juga

Berkelah..lunch di dusun wang kelian