30 julai 2019.. cuti umum
Mungkin sehari tu singkat pada orang lain..tapi tidak pada kami.
Seawal 6.30 pagi kami dah keluar dari rumah.
Ibu dah siap seraga bekalan makanan, sebab tahu tahap kebuluran anak anak ibu nanti. Hehe
Sampai jam 7, mendaftar di kecemasan. Muhammad dapat bilik berduet.
Naik atas, makan dulu. Muhammad kena puasa sebab nanti nak bius susah.
Tunggu punya tunggu, doktor datang bagitahu kes muhammad akan dilewatkan sikit. Diutamakan kes pembedahan lain yang lebih penting.Takpala..cuma kesian muhammad kena puasa lagi.. huhu. sampai dia sebut, "ibu janganlah makan depan Muhammad, Muhammad lapar."
Jam 11 dia dipanggil turun. Ibu mulanya rasa ok. Tapi bila nampak pakaian masuk bilik operation tu, ibu sikit berdebar. Namun taknak tunjuk lemah. ibu down..muhammad akan lebih down.
12.15 baru muhammad sampai balik ke bilik. Alhamdulillah tiada yang serius, cuma ada 2 tempat bengkak dalam saluran hidung dia.
Dia pun respon yang baik dengan bius, tak pening dan tak muntah.
Pukul 1 baru makan.. lapar sangat dah tu hehe. Mujur ibu bawa makanan tambahan.
Jam 6 petang, doktor dah bagi balik. Selesai urusan semua,jam 8 kami keluar dari hospital.
Lebih 13jam hari ni di kpj..rasa panjang sangat.. esok kerja plak. Huhu
Apa pun alhamdulillah, Allah beri jalan kesembuhan buat anakda.
Muhammad, ibu sayang Muhammad.
No comments:
Post a Comment