relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, February 29, 2020

Ni bukan filem tamil lagi...

Satu dua twist... yes.. filem tamil. Tak terjangka. Best... mencabar
Tapi bila banyak sangat twist . Bukan filem tamil dah ni.. dah jadi filem apa ntah..
Dari best.. jadi tak best..
Dari syok nak tonton.. jadi meluat lak
Dari minat pada hero.. terus jadi nyampah

Cuma tontonan dh berubah jadi penilaian sebenar..
Sebab ia dah tak jadi filem.. ia dah tonjolkan sisi sebenar ..
Yang mana benar benar ikhlas.. yang mana betul betul pelakon..

Tuesday, February 25, 2020

Filem tamil

Selalu dalam seminggu aku akan tonton 2 atau 3 filem tamil..
Minat.. sebab twist dia lain machiam...

Tapi minggu ni.. aku tak record dah filem tamil..
Cukup dengan filem politik tanah air.. dah lain machiam jugak twist nya.
😁

Monday, February 24, 2020

pengkhianat!

pengkhianat = munafik


ahad yang aman... dimulai dengan pengesahan abduh demam campak..
takpa.. redha.
petang nya.. booom! berita goncangan politik tanah air
malam nya.. perkataan PENGKHIANAT keluar..

janji wajib ditepati.. tak tepati janji tanda munafik sama sinonim dengan pengkhianat

tapi janji yang tidak ditepati kerana menyelamatkan mudarat yang lebih besar adalah jalan yang tepat!

AGAMA... NYAWA.. AKAL.. MARUAH DAN HARTA orang Islam lebih perlu diutamakan dari menaikkan individu!!!!!!

BELAJAR MAQASID SYARIAH.... JANGAN KHIANAT!!!

Thursday, February 20, 2020

Balik kerja 6.30, nak makan jam 8

Aku baca post yang viral tu..
Aku ada dua kesimpulan

1. Dia bagi tips.. nak buat tak buat terpulang. Nak buat hari hari ke.. atau nak buat sekali sekala. Terpulang.
Kalau dia mampu buat hari hari.. takpalah.. dia mampu.

2. Isteri ni hamba? Kerja cari nafkah sama sama..  tapi kerja rumah kerja isteri sorang. Ni aku agak setuju pandangan sesetengah komen yang kata kecam suami dia mr diktator.. nak sempurna sampai anak tak boleh bising. Makan tak boleh sepah. Layanan kena tip top. Untuk suri rumah.. yang belanja cukup. Nafkah semua tersedia rapi.. boleh dapat balasan macam tu tapi tidak dalam situasi isteri kerjaya.

Cerita aku semalam.
Balik jam 6. Dah cal suami tolong belikan mi.. plan nak buat mi udang. Udang dah aku keluarkan siap siap tadi.
Sampai rumah.. konon nak ikut tips dia..dalam kepala rasa boleh buat semua seorang diri.

 baru masuk rumah..si kecik dah merengek nak susu. Solat asar belum. Yang no 1 dan no 2 minta makan petang. Suami tolong kupas buah jamu kakak dan abang sementara aku nak masak. Susukan si kecik dulu. 10 minit kemudian baru boleh ke dapur.. tumis tumis. Suami tolong siangkan udang.. aku masuk toilet.  Suami take over tgk kuah.
Selesai solat.. aku masuk dapur balik. Suami mandikan si kecik. Lepas aku setle kuah.. aku lak take over si kecik.. suami siapkan packing nak bawa makan rumah mak.
7.15 siap semua atas kereta.. semya dah mandi. Dan makanan dah siap.
Aku boleh... tapi sebab suami membantu. Yang penting.. hati aku senang.. aku tak rasa dibibikkan.. suami sama sama buat kerja rumah. Bukan takut bini..tapi ikut cara nabi.
Dan itu cara Islam kan...

Bahasa yang pupus ialah bahasa yang sombong

Ini aku quote dari kata- kata editor sebuag majalah.

Bahasa melayu banyak mengalami perubahan sesuai dengan zaman sebab tu kita kena peka dan sentiasa merujuk dewan bahasa istilah istilah baru.

Bila dikomen kenapa berubah.. pening arrr.

"Bahasa yang sombong..tidak mahu berubah..mudah pupus seperti bahasa sanskrit walaupun ia adalah bahasa no1 dahulu."

Hmm.. buat aku terfikir lama.. dan akhirnya aku angguk setuju.

Wednesday, February 12, 2020

mesej rindu..

punggah file file lama.. terjumpa banyak kenangan ketka di sarawak.
bahan-bahan tu tak guna dah.. tapi nak buang sayang..
sebab bila tengok tu..bukan sekadar kertas lama, tapi bersamanya episod-episod kenagan mengusik jiwa.
hahaha
maka aku pun kumpulkan, letak dalam 1 file dan tag" kenangan mengusik jiwa'. adoila..

tapi...
hari yang sama.. tghhr tu, sampai satu mesej dari sahabat di sana
petang plak, seorang sahabat yang lain.. juga dari sana
nak tidur.. dalam jam 11 malam macam tu.. masuk lagi 1 mesej dari sahabat sana.

allahu.. benar benar mengubat kerinduan.
betullah hati kita ada link... link yang tak perlu connect dgn wifi atau apa-apa data mobile.. cukup dengan link doa dan ingatan yang penuh keikhlasan.. mesej rindu itu akan sampai. :)

Tuesday, February 4, 2020

sajat..

gatal tangan nak respon gak la pasal sajat..
tapi aku nak fokus pada bonda dan ayahdanya..

cuba letakkan diri kita pada tempat mereka..
ada ahli keluarga yang dicemuh
mesti sedihkan..

di sinilah agama mendahului emosi..

nabi nuh sayang anak dia..
dia panggil anak dia naik kapal walaupun dia memang tahu anak dia derhaka..

tapi anaknya enggan.. dan anaknya karam bersama mereka yang lain.
selaku manusia biasa, sedihkan anak sendiri, darah daging sendiri derhaka. kenapa anaknya sendiri allah tidak selamatkan. 
tapi apa ayat Allah?

 “Hai Nuh, sesungguhnya Kan’an itu bukanlah termasuk kelauargamu yang dijanjikan akan diselamatkan. Sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu, janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui hakekatnya. Aku peringatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan”. (QS. Hud: 46)

Pengajaran untuk kita, iman tak dapat diwarisi. ahli keluarga kita sayang macam mana sekalipun, ada had dan ada cara kita membantu mereka. kita sokong..kita sayang.. tapi jangan sokongan kita membawanya lebih rebah dan hanyut..

Sunday, February 2, 2020

Dua.. dua

Dua dua aku mahu
Kerana keduanya ku perlu
Satu aku mahu kerana cinta pertama
Dua aku tuju kerana cinta selamanya

Yang satu dan dua tak mahu bermadu
Kerana takut aku lebihkan salah satu
Tapi jawabku.. keduanya kena bersatu
Mana mungkin ku pilih hanya satu dan buang yang lagi satu

0202
Ku raikan keduanya
Satu berjuang dalam kehidupan dunia..
Satu lagi berjihad merebut jannah di sana

2020
Tidak mahu dua dua kosong
Sini termenung
Sana terlopong..

02022020
Nadiyah Hashim
Arau