relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, November 24, 2017

anakda muhammad bersunat 24 nov 2017

antara tanggungjawab ibubapa ialah khatankan anak lelakinya...
kami memang nak khatankan muhammad lebih awal.. tapi masa dan peluang tidak menyebelahi..
namun alhamdulillah.. 24 november.. ia menjadi realiti.

tak susah sangat pujuk dia setuju utk bersunat...
dalam ke[ala dia.. dia mmg tidak tahu sunat itu apa.. dia hanya tahu.. kena cucuk di **** nya.. itu je..
ibu pun pujuk: muhammad nak besar dan tinggi kan.. muhammad kena sunat dulu..
tak sakit pun.. sakit macam semut gigit je..

dan aku juga tidak menjanjikan hadiah yang mewah mewah... cukuplah sekadar menggembirakan hati anakda...

sehari sebelum bersunat.. ibu yang gabra lebih.. macam macam dalam kepala.. takut muhammad menolak saat akhir.. atau dia akan tendang dan meraung sekuat hati dalam klinik nanti..
huhuhu.

hari 24 nov..
 aku putuskan utk ikut sekali.. walau mak dan abahku kata.. biasa bapa je pergi.. tapi aku tetap memilih utk bersama anakku di saat penting ini...
bukan kerana aku tidak percaya abinya dan wannya.. tapi aku tahu dia memerlukan aku...

 sewaktu menunggu giliran.. kenyih smpai ke telinga

semasa bersunat.. siap tidor lagi... adoii..


selepas bersunat.... alhamdulillah selesai dengan baik.  terima kasih ya allah...
antara tetamu yang hadir.. tetamu dari sarawak... terima kasih banyak datang.. achik maryam dan achik yaya....




Tuesday, November 21, 2017

hari ini 21 nov 2017

hari ini ulang tahun kelahiranku.. ke 37
alhamdulillah atas segala nikmat yang telah diberikanNya

namun hari ini juga.. ada yang kehilangan insan kesayangan mereka

kekanda abah dijemputNya.. Isa bin Jasin

paklang..
nadia iringi perjalanan paklang dengan alFatihah dan ingatan rindu yang pasti tidak berkesudahan

ciuman terakhir abah buat kekandanya

Wednesday, November 15, 2017

yang pertama kali..

betullah orang kata.. yang pertama kali mungkin akan datang walau tidak diduga.. walau umur dah beransur tua.. ingat dan banyak pengalaman dan banyak merasa segalanya.. namun tetap datang yang pertama kali..

hari ini ada dua perkara pertama kali aku lalui dan aku buat dalam hidupku

 pertama kali kena amik nab.. sebelum ni dengar je kawan-kawan penat dan asma.. kali ni aku lak allah bagi rasa... syukran allah.. atas nikmat paru-paru yang sudah lama sehat
pertama kali amik mc dan nak guna mc... sebelum ni aku ada amik mc.. tapi aku xguna.. tetap pergi kerja..
hari ni mmg rasa nak rehat..walau taklah rehat sangat pun.. hehe

ibu konvo vs anak ibu konvo

 ni gambar konvoibu tahun ini... bukan ibu naik pentas.. tapi tumpang penuhkn dewan ja

ni plak gambar anak ibu muhammad konvo.. bukan naik pentas jugak.. tapi sekadar kenang kenangan 5 tahun di pasti

sungguh..ibu berulang kali tengok gambar anak ibu.. itulah perasaan mana-mana ibu gembira dengan kejayaan anaknya walau hanyalah sekecil cuma.. anaknya sentias ahero dan terbaik di mata seoran ibu
"moga allah sentiasa membuka ruang dan peluang menuntut ilmu untukkmu anakdaku.."

Friday, November 10, 2017

bila anak buat hal tempat awam

ramai sudah menjadi ibu..
tapi kenapa masih ramai yang tak faham
atau sengaja taknak faham ...

anak kecil yang tidak mumaiyiz kadang tak terjangka kelakuan mereka..
kadang jadi sangat menjaga kelakuan di hadapan awam.. dan kadang jadi tak terkawal

pengalaman aku...
anak baru je dua..
tapi keduanya masih belum mumayyiz..

di bawah antara kejadian biasaa.. yang pernah aku lalui.. atau aku pernah melihat perkara itu berlaku di kalangan ibu lain...

atas filght anak pernah nangis tak henti henti.
sakit ulser dalam mulut..
dr penang ke kuching melalak..
kita sudahla susah hati anak sakit
tapi lagi susah hati bila orang awam buat muka tanda tak selesa
boleh ke kita elak dr situasi begitu.. nak bawa lari anak ke mana?

anak menjerit atau mengamuk di pasaraya
kerana hendakkan sesuatu
orang awam menjeling dan ada yang mengambil gambar..tujuannya entah/
boleh ke ibu itu layankan permintaan anak.. beli apa sahaja yang ditunjuk untuk anak tidak mengamuk?

di tempat kenduri..anak terpecah atau tertumpahkan makanan
orang awam kata; tak ajar anak la ni.. tak tahu jaga anak la ni
tahu tak kata-kata itu sgt menghiris...malah kerana kata -kata itu.. anak yang akan dihukum lebih dari sepatutnya
ibu bukan marah kerana perbuatan anak.. tapi ibu itu marah kerana geram mulut-mulut awam yang mengata seolah hanya dia tidak pernah melakukan begitu...

malah pernah keluar kenyataan dari chef selebriti..
musim perayaan.. tolong kawal anak-anak..supaya tidak sepah dan menyusahkan orang lain..

kerana kenyataan di atas.
adakah anak perlu dikurung?
anak tidak boleh dibawa ke majlis orang dewasa?
anak tidak boleh dibiar bergerak dengan selesa?
anak tidak dibenarkan bergaul dengan orang?

saya sangat setuju.. anak perlu dibimbing.. dan ibu bapa bertanggungjawab atas setiap kesalahan anak..
tapi tolong ingat.. sepanjangtempoh bimbingan.. anak juga pasti tidak terlepas dari melakukan kesalahan.. tolonglah bantu ibu bapa berkenaan tetap sabar dalam membimbing.. bukan terus mencemuh