relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, June 24, 2019

perlu ke anak anak sekarang diberi hp

rasa bukan anak-anak aku je, anak orang lain pun. bila tanya nak apa..antara yang dijawab nak hp..
hadeejah request hp ink. muhammad minta hp ada game..
abduh...tak pandai lagi minta..hehe

aku tak tahu nak jawab macammana.. hanya boleh sebut: belajar rajin-rajin.. dah kerja nanti, dapat duit, beli sendiri.. beli la banyak mana pun.. hehe

di rumah, aku tak ajar berhp.. tv pun tinggi terpaku atas dinding..

diorang bosan..mulala sepahkan mainan.. atau habiskan kertas A4 ibu.. melukiss atau main origami.

takpe nak.. sepah pun sepahla.. itu lebih baik..dari mengadap hp..
biar ibu sorang je mengadap hp.. hehehe


from kodiang to gambang

tak pernah ke gambang..
kali ni ke gambang dengan pelbagai misi
misi perwakilan
misi hantar aufa the kodiang girl ke asasi uia
dan misi bertemu rakan rakan samarahan..
dan misi relaksssssssssss...












Tuesday, June 18, 2019

selamat hari bapa..yang berlaku hari-hari

orang kata..
di sebalik seorang lelaki yang berjaya..
ada seorang perempuan yang mendokongnya..

jadi sempena 'hari bapa' yang setiap hari..
ku dedikasikan puisi ini untukmu...
terutama untuk bapaku.. dan bapa anak-anakku..


di sebalik keanggunan ibu yang bekerjaya
ada seorang BAPA yang merestuinya

di sebalik kesibukan ibu menguruskan anak-anaknya
ada titik peluh dan parut kerja si BAPA

di sebalik keriuhan ibu meleteri anak-anaknya
ada titis nasihat dan pesanan si BAPA

di sebalik senyuman ibu yang bahagia
ada seorang BAPA yang setia

di sebalik masin air mulut ibu berdoa
ada syurga BAPA yang memayunginya


di sebalik IBU yang paling utama ditaati..
ada BAPA yang jangan sekali disakiti

kerana Allah terlebih dahulu menjadikan BAPA Adam..
kemudian dari tulang rusuknya barulah dijadikan ibu Hawa

Thursday, June 13, 2019

kita yang kena ubah.. Allah tak zalim

suka ayat yang aku dengar dari ustaz don ni

kita tak salah kalau kita lahir dalam keadaan miskin, tapi kalau mati dalam keadaan miskin,salah kita

ni aku buat..lebih kurang la kan,..
kita tak dosa kalau kita lahir dalam keadaan kafir, tapi kalau mati dalam keadaan kafir, kita dosa

Monday, June 10, 2019

fal yaqul khairan au liyasmut

musim perayaan.. musim membawang... tak dapat dipisahkan

banyak post post di media sosial dah suruh siap sedia dah apa nak jawab.. kalau kena soalan soalan power pedas dan pedih dari geng bawang rangers

malah lepas raya.. banyak viral keluhan mereka yang diserang tikaman bawang rangers ni

reaksi pelbagai..ada yang diam..ada yang suruh balas balik.

menyedihkan..ya
lucu..mungkin
tragis..ada la jugak

tapi boleh kan kita usaha untuk tidak memburukkan keadaan..

"FAL YAQUL KHAIRAN AU LISASMUT"
hadis... mafhum: katalah yang baik..atau diam sahaja

tak tahan telinga.. rasa membara nak balas baik.. tak mampu balas dengan perkataan yang baik. DIAM!

anggaplah kata kata bawang tu seperti pedihnya air bawang besar yang kita kupas.. tak guna pun nak ditadah.. basuh dengan air bersih.. lama-lama pedih tu akan hilang :)

Friday, June 7, 2019

Syawal1440/2019

Tema pink tahun ni.. hihi.. akula yg pilih😁



 Raya kedua hijau..aku jugak pilih. Hehe






Malam raya ke3.. tema mickeymouse.. pun aku yang pilih. Hehe


Aku yang kau lupakan

AKU YANG KAU LUPAKAN..

Bila dia datang..kau lupa   waktu maghrib yang kau semak setiap hari

Bila dia datang..kau lupa haribulan hijrah yang kau pasti sebulan bila tarikhnya

Bila dia datang..kau lupa rasanya manis kurma dan kau tukar ke manisan kuihraya

Bila dia datang..kau lupa rasanya lapar dahaga dan kau isi sebanyak banyaknya tangki perutmu

Bila dia datang..kau lupa nikmatnya kanan memberi kiri bersembunyi dan kini kau berkira setiap sen yang keluar darimu

Bila dia datang..kau lupa sarung pakaian taqwa setelah pakaian berkelip dan mahalmu kau sarungkan dengan riaknya

Bila dia datang..kau lupakan airmata taubatmu dan kau kembali mengisi tangki hatimu dengan kotoran dosa

Bila syawal datang..kau lupakan aku yang bernama Ramadhan.

Nadiyah Hashim
3 syawal 1440/ 8 jun 2019
Arau

#puisi SPI