relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, November 22, 2019

Manglish...

Ini kot yang dipanggil manglish.. mengeja english ikut ejaan melayu..

Apple: Apel
Chicken: Ciken
Brocoli:Becoli
Like:Lai
Dont like: Doll lai
😂

Adoila abang muhammad..

Result abang muhammad darjah 1 2019


Ada peningkatan peratus dari peperiksaan pertengahan tahun. Alhamdulillah.💞

Thursday, November 21, 2019

Aku dah 39 tahun

Biar tambah usia.. tapi bertambah pahala..bertambah rasa nak kurangkan dosa.. bertambah amalan walau tahu tak layak ke syurga.. bertambah rapat dengan yang maha esa.

Biar makin tua.. tapi makin matang berbicara.. makin mengeratkan ukhuwah sedia ada. Makin kurang mulakan sengketa. Makin bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada.

SELAMAT HARI BERTAMBAH USIA.. untuk diriku 😁

Monday, November 18, 2019

Bila anak bottom three.. alhamdulillah

Amik keputusan kafa muhammad..

Satu subjek dia fail.. seerah.. mak ngajaq tamadun.. anak fail tamadun 😂

Dalam kelas dia antara bottom three...

Gurunya kata.. waktu petang.. dia suka main.. nak lipat roket.. jawab periksa pun cepat cepat sampai tak jawab banyak soalan.

Aku tengok muhammad.. wajahnya happy... tak kisah..
Alhamdulillah.. asal anak happy.. dan asal dia mahu belajar.

Beleter juga kat dia.. sebab main banyak sangat tapi setakat tu ja la.
Takmau dia tension.. dia baru 7 tahun.

Walau bottom three.. u are always the best..anakda


Bila anak top 3.. alhamdulillah



Alhamdulillah...
Tak tahu pun.. bila anak tak naik pentas bila kelas dia dipanggil.. rasa pelik.. pergi cari dia.. takut dia lari merata.. rupanya tengah berbaris untuk top three..

Tahniah anak ibu...💞

Walau dapat hadiah tupperware ori.. dia teriak.. nak belon jugak.. haha... memang perangai masih 4 tahun..

Saturday, November 16, 2019

Menerima dan memberi..

Masa terlalu singkat.. kalau hidup ini hanya mahu memenuhi kemahuan sendiri.. takkan pernah luas..dan takkan pernah puas

Tapi hidup ini akan menjadi begitu panjang jika kita sentiasa memberi.. ruangnya sentiasa rasa luas..  dan pasti rasa puas..

Thursday, November 7, 2019

Cara atasi 3G, gementar..gemuruh.. gugup

Semalam dengar ceramah motivasi no.. walaupun untuk pelajar.. aku yang dah lama jadi pengajar pun nak tahu cara atasi bendi ni dari sudut psikologi.

Alhamdulillah dapat tips
1. Sedar
2. Susun
3. Lawan

Betul kata motovator tu
.. ketakutan datang kerana kita fikir negetif..

Cara lawan pemikiran negetif
1. Hujah dgn positifkan balik
2. Ambil bukti
3. Kaitkan dengan Allah

Terima kasih perkongsian dari anak muda ini.. yang membantu kami kami mengawal 3G.



Monday, November 4, 2019

sambung belajar? yeay or neay

di kala umur menjejaki 4 0 ni..
ini antara salan bertalu-talu

kalau 10 tahun yang lalu..
soalannya ialah tentang kahwin...
hahaha

aku tarik nafas panjang untuk menjawab soalan nak sambung belajar atau tidak
ada pro dan kon..
dan yang mana pun.. pasti ada pengorbanannya..

setakat hari ini..
aku melihat umurku bukan lagi mendaki ke atas.. tapi sedang menurun ke bawah..
semua terlibat.. umur..tenaga..nafsu belajar..dan kepintaran..
aku tidak melihat sambung belajar adalah pilihan terbaik untukku..

tapi dengan sisa nyawa yang masih berbaki ini..
aku mahu buat apa aku suka
dan hidupku memberi makna kepada semua yang ada di sekelilingku
ibu bapaku.. suami dan anak-anakku

aku takut mengorbankan mereka untuk sijil PHDku
biar ku korbankan niatku untuk bersama mereka jiwa raga dan segala yang ada

aku masih akan terus belajar.. belajar sampai nyawa di keronkong..
cuma bukan belajar rasmi berjadual dan beryuran
aku sentiasa belajar melakukan sesuatu..
dan ruang yang masih erlu ku isi
ialah sebanyaknya memberi dan memberi..
walau yang ku punya ilmu adalah sekadar muat hujung kuku jari

ku tidak pandai menulis disertasi.. jurnal mahu laporan akedamik
tapi ku luahkan dan sampaikan mengikut caraku.. gayaku..
samada lisan atau tulisan