relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, September 30, 2019

cara hadeejah nilai kecantikan..

ibu: ibu cantik tak?

deejah: ibu tak cantik sikit

ibu: Ha?

deejah: ibu tak cantik sikit tapi cantik banyak.

ibu: ooo.. itu macam ka..

bila tunjuk gambar ni.. terus dia komen gambar dia...
"deejah tak comey sikit saja, comey banyaaaaaak!"

ibu dan anak pompuan.. dan perasan..berpisah jangan.. hahaha

Thursday, September 19, 2019

Sumpahan penyondol... dalam antologi online

Sapa tak mahu kena sumpahan.. jangan menyondol... hehe

Itu antara tema yang aku tulis dalam antologi ni

Bila atas nama cerpen..agak cepat jalan cerita dan ringkas.

Yang tak tahu pasal "kisah rumah tangga" yang popular fb group.. mungkin tak faham apa aku tulis.

Macam habibi.. dia tanya.. apa cerita ni..tak faham 😂

Cerita cerita lain dalam buku ni juga mendebarkan... yang akan buat korang rasa online ni tidak menghantui kita dari segi masa tapi juga boleh melangkau segalanya...👻





Nak beli..direct wassap 0198626526 nak bagi harga buku je.. pos ditanggung penulis.🤗

Monday, September 16, 2019

HARI MALAYSIA..

aku bangga jadi anak Malaysia..
Bila aku susah di luar..dan ku rasa di Malaysia..tak pernah rasa gelisah
Bila ku lapar di luar.. dan ku rasa di Malaysia aku boleh makan apa saja
Bila ku ketakutan di luar.. dan ku rasa di Malaysia aku aman ke mana saja

MALAYSIA..
bertuahnya tanahmu hanya dirasa bila tuannya sedar siapa diri mereka!

Sunday, September 15, 2019

Orang tengah yang tersepit

Ni bukan pasal orang tengah atur jodoh.. ni orang tengah yang tersepit. Hahaha

Pernah tak.. korang menjadi orang tengah antara dua pihak yang bergaduh.

Satu pihak mengadu pasal pihak satu lagi. Cerita keburukan dan segala aib keluarlah.

Satu pihak lagi pun cari kamu dan cetita pula keburukan pihak lain dan segala macam cerita keluar.

Orang tengah tu tersepit. Dia tak ada kena mengena pun. Tapi bila tersepit macam tu, orang tengah rasa diri sendiri jahat sangat sebab tahu cerita buruk macam macam tapi tak dapat bertindak apa apa. Huhu

Sunday, September 8, 2019

Kanchana: hantu lgbt

Aku dan suami ada hobi baru bersama iaitu tengok cerita tamil. Hahaha

Ada satu cerita tu.. cerita hantu tamil : kanchana
mmg agak seram..tapi bercampur komedi. Kira seramedi la. I like.

Watak samseng kat luar tapi anak mak dalam rumah memang lucu. Masih panjat atas pinggang mak lagi. Hehe

Dekat nak hujung hujung tu bila reveal sebab rasukan tu..rupanya kerana hantu lgbt.

Ok.. aku dah mula tak best.. anak pun tengok. Muhammad tanya..kenapa lelaki pakai baju perempuan?

Harap..tiada novel atau filem islam melayu tiru macam ni. Tak menghina..tapi tidak mahu memperjuangkan apa yang mereka katakan itu adalah hak.

Tuesday, September 3, 2019

abduh kena pi taska

berat hati ibu..
ya..mana mana ibu pun akan rasa benda yang sama. rasa bersalah pula letak anak di bawah orang lain sedangkan mereka sangat memerlukan kita. huhu
ibu ni dah mula rasa gelisah dari bulan 6 lagi tau..

tapi maslahah lebih banyak dari mafsadah.. jadi ini keputusan yang ibu dan abi sama-sama persetujui.
lagipun bukan ibu letak pada orang sebarangan. taska berdaftar, dalam kawasan uitm dan dah ambil kira rekod taska tersebut. selebihnya hanya doa yang boleh ibu dan abi panjatkan.

nak masuk sekolah ..kena amik gambar papot dulu..

1st day... abduh macam faham. bila ibu bagi ja pada kakti pengasuh taska tu, terus abduh mahu. dan siap lentok lagi atas bahu kakti. lega sikit hati ibu.
insyaallah nanti abduh biasa dan jangan gigit gigit kawan kawan sekolah tau.