relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, January 30, 2012

Kisah Dalam Syurga yang jarang kita dengar

saya minum copy di sana..pastu saya makan paste di sini.. : ) 



“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”



Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting.


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.


Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.


Apa puncanya sampai jadi macam tu?


Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.


Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.


Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”


Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..


Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.


Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?


Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.


Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.


“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan


mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.


Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.


Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?


Tidak juga.


Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?


Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.


Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.


Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.


Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).


Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j





Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.


Betul?


Tapi adakah anda pasti?


Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;


Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal


Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.


“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.


Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)


Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?


Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” …mungkin itu yang mereka kata.


“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )


“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”


Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.


Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.


Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.


Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?


Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.


Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.


Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.


Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..


Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.


“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi,


dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.


belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;


“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang


terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”


Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.


Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.


Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.


Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.


Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?


Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.


Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!


Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.


Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).


Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.


Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?


Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.


Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.


Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!


Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..


Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j


Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~


Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN !!!

Saturday, January 28, 2012

misteri mimpi..

bercakap soal mimpi ni..ia sntiasa misteri kan..
perlbagai teori ttg mimpi ni, dan salah satu teori yang menarik, mimpi ialah pengalaman roh yaqazah (roh sedar) kita. bila tidur, klu kita mimpi main sunway lagoon terjun kepala dulu..itulah yg roh kita sedang buat..
hmm..nampak macam best..tapi bgimana pula dgn mimpi masa akan datang..? adakah roh kita sudah dapat gambaran2 masa akan datang.. tak berani nak ulas panjang..wlu selalu mimpi keadaan masa depan dan ia benar berlaku ia kdgkala satu khabar gembira..kdgkala ia mendatangkan gundah gelana. sbb itu ada satu hadis mafhumnya: siapa yg bermimpi buruk apabila terjaga, mintalah perlindungan Allah dan ludah di sebelah kiri.
aku selalu mimpi gunung..tinggi dan permandangan dia cantik sangat..yang cmform msti ada air di situ..sekali tu mimpi naik gunung..pastu jumpa satu pantai yang terlalu cntik, 2nd mimpi gunung gak pastu ada tasik yang terlalu indah. roh yaqazah aku ni suka gunung kot... ada sekali lg mimpi naik kawasan tgi dan lalu satu jambatan di tgh2 air yang menjunam tinggi..huhu..ngeri, best dan amat menakjubkan. tapi gunung2 tu xpernah ada di alam realiti pun...

apa-apalah..cuma pernah terdetik..roh aku suka gunung dan air..adakah itu tmpat akhir roh ku nnt?

Friday, January 27, 2012

cari kucing...

klu malam hari mimpi kucing..singnya mulalah meroyan cari kucing..huhu..kesian kat aku.
minta izin habibi nak ke pasar kat jeti ..biasanya kat pasar port kucing terbiar..
habis check out, ke kg palaei jap hntar barang..terus ke pasar tu..melilau aku dua tiga kali..anak kucing sekor pun xde..anak anak orang ramailah..huhu.
terus aku membebel, kalau kat pasar simpang 4, parking je, ramai anak2 kucing datang menawarkan diri.. kat sarwak ni jangan haraplah.. hbs tu menapa ibu negerinya nama kuching ek? kucing kat sini cerdik kot..tak de statusnya merempat di jalanan atau di pasar..semua dah ada penginapan dan pekerjaan tetap.
xpe, aku tingkatkan lagi usaha..motto pencarianku: di mana ada ikan..di situ ada kucing. haha

Tuesday, January 24, 2012

cuti-cuti sarawak *2

post cuti-cuti sarawak aku yang lepas mendapat sambutan hangat.. dan ini aku nak sambung... asalnya memang tak rancang awal pun..yg cadang cuti raya cina ni nak balik kampung..tapi yang jadi lain.hehe.
alhamdulillah tuhan izinkan perjalanan sejauh 806km selamat pergi dan balik..ulang sekali lagi 806 km iaitu jarak dari kota samarahan ke miri. klu korang buka peta..kira dari bawah ke atas lah perjalanan aku ni..macam dr padang besar ke johor bahru..lebih kurang la kot..

klu sblm ni ke Kabong naik VIRU..kali ni naik FELIX lak.. sian dia..baru je belajar berjalan, dah dipaksa jalan jauh..
ni boleh jadi panduan sesapa yang suka pengembaran mencabar di bumi sarawak ni..dalam erti kata, permusafiran yang sebenarnya..nak kenal bumi Allah ni, mana boleh main kot atas awan je..kena menyelusuri segala denai, onak dan durinya.. kat mana yang perlu berenti, utk letak minyak, makan minum, dan sebagainya.
okeh start.. mula brtolak jam 3.15pm cuaca cerah, membuatkan permulaan perjalanan selesa dan berkobar-kobar. sampai di bandar serian jam 4.15. elok lah buat qasar asar di petronas. kami teruskan perjalanan hingga di SRI AMAn. di sini kami smpi dlm jam 6.20, rminya org berenti sini.. oh ya, di sini tempat rehat makan yang ada makanan muslim, igt ni bumi sarawak, muslim bukan majoriti so jangan sesuka hati singgah mana-mana kedai order makan!
kami buang apa-apa yang patut dibuang, makan malam dan terus buat jamak taqdim. ops, minyak dan habis 3 bar, takut tak smpat di sarikei, kami terus cari pump minyak..( ni pun nak pesan, jarak satu bandar ke satu bandar dalam 2-3 jam, pastikan minyak anda sentiasa mencukupi supaya xde yang kena tolak kereta.) hujan rintik2... perjalanan diteruskan, jalan raya bukan macam lebuhraya PLUS ya, ini yang turun naik bukit, lalu perkampungan, dan menyusuri hutan..lampu jalan kiri dan kanan xde...so nak pecut 120km dengan selesa..jgn mimpilah...!
kami smpi lak di bandar sarikei jam 10.30 malam. smntara tgu kereta kawan, cari port utk hilangkan lenguh badan. lama gak kami di sarikei. jam 12 baru kembali bertolak, kawan ajak singgah tido di rumah kwn mereka di bintangor 10minit je dr bandar sarikei, kami tolak perlawaan dgn baik, insyaallah rasa mampu teruskan perjalanan.. smpi di sibu jam 1am, letak minyak lagi..smntara stesen minyaknya masih buka..kalau tak ada yang main lagu aci-aci buka pintu lak klu stesen minyak tutup. di sibu kami melalui satu jambatan yang menyeberangi sungai rejang. ssungai terpanjang di MALAYSIA. ops..ada tol, kami kena bayar rm3..
perjalanan dr sibu seterusnya, jalan raya mmg macam naik kuda, dan waktu ni aku plak yg drive, melambung lambung keretaku, patutla kawanku taknak drive malam area ni jalan teruk sangat. perjalanan ini melalui perlbagai pekan kecil yang ntah apa namanya. namun alhamdulillah 4am kami smpi di bintulu..rasa dah terlalu penat..aku berhentikan kereta di stesen petronas dan zzzzzzz....
jam 5.50 am, habibi kejutkan, solat subuh cepat, nak habis dah ni.. igtkan kereta kami je tido di siu, ramai rupanya yang tumpang menidorkan diri di petronas tu. hehe. siap solat, sekali lagi kami penuhkan minyak kereta... cari masjid utk mandi. supaya rasa lebih selesa untuk meneruskan perjalanan yang berbaki 203km... bertolak dr bintulu dalam jam 8am dan sampai di miri jam 11am. ALHAMDULILLAH... congak masa lebih kurang 20 jam perjalanan termasuk berenti tido, makan minum dan sebagainya.. huhu.

ni lah felix yang berjasa bawa kami merentasi panas terik dan hujan...
ni kat serian, jual buah..buah habis, jual anak lak..hehe

medan selera di sarikei... bagus tuan kedai ni benarkan aku charge hp... klu tak..tak boleh nak refer map blackberry le..
masjid as-syakirin bintulu..unik dan cantik!

waterfront bintulu...
ni bukan ikan yang dah siap letak kunyit yea, ni ikan buntal
kura-kura
ulat sagu a.k.a ulat mulong
dabai..  nak makan kena rendam dalam air garam dulu

kayu kayu hutan pun ada...EKSOTIK DAN FANTASTIK!!!!
ni di pantai bintulu....
ni merdeka mall miri, punya la jauh nak ke sini..tak banyak gambar amik di miri..adalah seketul dua je..huhu. nak kena mai lagi ni..
haa, tapi aku sempat colek anak miri ni..hehe
 
okeh dan seterusnya gambar-gambar di kiri kana perjalanan kami.. rumah panjang lama dan moden dan macam macam lg ..
  perjalanan pulang..kami singgah tido di bintulu dan jalan jalan di sibu.. dari sibu ke serian..hujan lebat..ohh.. ya Allah selamatkan perjalanan kami, risau sbb ada beberapa tmpat tanah runtuh akan kami lalui.. dan kami terserempak dgn sebuah kereta terbabas termasuk dalam lumpur tepi jalan..

bukan kenangan di tmpat-tempat indah yang akan dikenang tapi kenangan melalui pelbagai gaya kehidupan manusia itu yang amat bermakna!!!!


Thursday, January 19, 2012

bunyi pelik di langit kota samarahan


Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Sila rujuk di sini: http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

gambar hiasan je tau

kat atas tu aku amik seperti dilaporkan di harian metro.. aku penduduk samarahan xtahu menahu pun, tahu pun dari paper...sedangkan kampung meranek tu dekat je..tiap2 hari aku lalu tiap kali pulang keje.. pagi kejadian iaitu mgu lepas..xde lak kami dengar apa-apa..dan klu tak silap, aku tak tidur nyenyak pun sbb gigi baru lepas dicabut..sakit daa..
semalam sempat tanya studnt dan ada yg mendakwa dengar bunyi bising dan diorang yg tak tidur lagi..tengok langit merah pada waktu bunyi tu berlaku..
wallahu alam.. samaada ia hasil dr perbuatan manusia atau perbuatan alam itu sndiri..yang pasti ini bukti kekuasaan ALLAH.

Saturday, January 14, 2012

status; bujang

semalam aku di observe..dan fail fail ku disemak...
dah selalu kn observe jadi taklah ketar sangat..lagipun aku jujur..mcm mana aku mengajar waktu lain, itu juga aku buat masa di observe..
waktu bos nak hantar fail aku balik: dia tersenyum dan sempat berbisik." banyak tak update yea, status masih bujang.
hahaha kantoi..aku balas dengan kenyih je
yea..aku buat semak fail tu last minit..aku print mana data yang ada dalam pc aku..siap baca lagi sblum print mana tahu ada yang perlu diubah, lepas print letak atas meja dan habibi pun baca dan semak balik. 6 mata ( 2 mata aku, 4 mata habibi) dah tengok tapi tetap ada yang tak update dan lagi mengharukan STATUS: BUJANG aku pun tak ubah . huhuhu

moral of the story: minta orang lain semak kerja  kita, kadang kita rasa dah buat betul sangat sangat..tapi rupanya ada banyak yang tak kena sangat sangat!

Thursday, January 12, 2012

penanganmu ezani-doktor gigi master chef

dah lama tak jumpa doktor gigi..
bukan kerana gigi ni tak pernah sakit..tapi sebab rasa geli dan ngilu..banyak sangat tangguh nak jumpa doktor gigi.
tp penangan mu ezani..hatiku terus terbuka jumpa doktor gigi.
hehe..dan azam 2012..nak pastikan jumpa doktor gigi selalu. :)

Friday, January 6, 2012

lebih hantu dari hantu..

Difahamkan, Lady Gaga, 25, mandi darah untuk elak sihir. dia mengambil jalan itu sebagai langkah menjaga keselamatannya daripada gangguan hantu.


Sementara itu, sumber berkata, kakitangan Hotel Intercontinental di London terkejut apabila mendapati tab mandi di bilik sewaan Lady Gaga dipenuhi darah.

hehe, dia takut dengan hantu.. rasanya hantu hantu yang takut dengan dia..sbb dia lebih menakutkan dari hantu ...

Thursday, January 5, 2012

bye bye coke..

suaranya tidak kedengaran awal pagi tadi..
dan mimpi burukku semalam lepas..menjadi kenyataan..
coke dah tinggalkan kami selamanya...
:(

coke, semoga di sana nanti..
kau kan menjadi saksi
sepanjang bersama kami...
hak-hakmu telah kami penuhi..

i will miss u.... :(

Tuesday, January 3, 2012

dato' CT suka K..

menjadi bahan lawak adlin dalam maharaja lawak : datok CT suka K, ketawa ketawa..kelakar kelakar..

bukan dato' ct je..kita pun kan..kan kan..buktinya..tengoklah rancangan lawak..mst dapat sambutan, tak putus putus.. Raja Lawak..pastu Maharaja Lawak..pastu Maharaja Lawak mega.. dan penonton takde lak aku tengok diorang ni muak..termasuk la aku sndiri..hehe

hmm..tekanan kerja..jem jalan raya..pening dgn perubahan cuaca.. buat kita nak tenangkannya dgn hiburan..dan antara hiburan yang dicari adalah rancangan lawak..aku sndiri mncari cara itu utk berhibur.. aku tak terhibur biila dgr lagu..semak perut lagi ada..tp bila tgk citer lawak atau sesuatu lah yg mencuit hati..ringan rasa.

dan aku jamin..semua suka lawak..suka jenaka..student aku pun kata..kalu pensyarah tu banyak lawak, mereka suka. mereka tak suka yg serius memanjang..tak boleh gurau sikit pun.

dan malam tahun baru yg lepas..seorang ustaz bergandingan dgn seorang pelawak tanah air..dan berjaya menaris puluhan ribu rakyat malaysia..vidoe mereka di youtube pun mencecar ratusan ribu penonton..
salah tak lawak? tak ada yang berani kata salah kan.. TAPI...
JANGAN MELAWAKKAN AJARAN ISLAM..
MENGISLAMKAN LAWAK ITU..XPE.

Monday, January 2, 2012

betul tak saya buat?

semalam, mendapat jemputan makan tghhr dr seorang kawan..
sewaktu berbual bual jadilah satu perdebatan kecil antara mereka tuan rumah suami isteri.. dan kami tetamu suami isteri hanya menyampuk dgn  " hehe' " thats right" " aah" "hmm..."
isunya: cara betul dalam mendidik pelajar
utk sblh pihak..tugas pensyarah ialah membimbing dan sekaligus memberi bantuan apa yang mereka perlukan..bimbing mereka supaya tidak melakukan kesalahan..
sblh pihak lagi cakap.. kita hanya tunjuk ajar..tp yng membuat keputusan..biar mereka..biarkan mereka lakukan kesilapan..sbb itu adalah pengajaran terbaik..

hohoho..apa yang menarik aku quote di sini ; kadang kala cara yang betul kita buat ialah, biarkan mereka buat salah dulu..nnt mereka akan perbetulkannya untuk sepanjang kehidupan mereka.
jangan kita asyik tunjukkan jalan yang betul, means..kita yang putuskan utk mereka..nnt mereka hanya akan mengharapkan kita...

hmm..aku kn banyak belajar lagi..
aku kena belajar bagaimana utk menjadikan pelajar aku belajar sesuatu yang berpelajaran dr aku yang tak berapa nak terpelajar ni..huhu