relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, February 26, 2021

penutup yang tidak dijangka, bukan happy ending tapi sangat bermakna

 aku tengok satu cerita tamil ni

awalnya nampak macam boring gila

sebab gambar tak berapa nak warna warni sangat, tapi aku terpaku pada suasana kampung yang filem itu gambarkan. penduduknya buat periuk dengan tanah liat, bagaimana proses dari awal pijak tanah sampailah ke poses mewarnakan periuk

ok.. kisah dia berkembang tentang seorang pemuda yang ramai wanita gila-gilakan sebab hensem dan baik

tapi lelaki ni sebut dia tak akan berkahwin selagi adik bisu dia tak berkahwin, dia berjanji akan kahwinkan adik bisu dia dulu. dia nak cari yang kacak, kaya dan baik untuk adik bisu dia.

kebetulan lelaki ni terminat kat salah seorang heroin si penenun kain.

kemuncaknya.. seorang perempuan lain hantar surat menyatakan abang dia sudi berkahwin dengan adik bisu tu dengan syarat pemuda hensem tu mesti mengahwininya.

hero apa lagi, happylah sebab adik bisu dia ada orang sudi walau apa syarat sekalipun.

tapi malang, perkahwinan tu tak berlaku. terbongkar bahawa surat itu tipu dan hanya helah perempuan tu untuk berkahwin dengan hero tadi.

adik hero, gadis bisu tu sangat kecewa hingga larikan diri tidur tempat lain. abang dia si hero tu tak sedar tengah dok kambus satu lubang tu yang adik bisu dia ada tidur dalam tu. adik bisu dia mati

datang la seorang lelaki kurus hitam yang bekerja sebagai kuli je. dia kata " awak selalu cari lelaki yang hensem, putih dan kaya untuk dijodohkan untuk adik awak. awak tak pandang pun saya untuk awak tawarkan kahwin dengan adik awak. awak yang sebenarnya cacat sebab menilai orang hanya pada luaran. tapi awak salahkan orang lain tak menerima kecacatan adik awak."

sentap gila wei... ayat tu.

ending dia apa.. cer teka.

aku teka, dia akan kahwin dengan heroin si penenun kain tu. tapi rupanya tak.. kerana kata-kata lelaki kurus hitam tu. si hero memilih seorang gadis cacat fizikal untuk menjadi isteri dia. dia kata ini untuk menebus kesalahan dia terhadap adik dia.


aku terus: WOW.. hebat..

ending yang tidak dijangka, tapi cukup bermakna

projek SUKMA ( suara kreatif madani)

 PROJEK  SUARA KREATIF MADANI UiTM Perlis






Anda penulis baru? Atau anda penulis senior yang ingin menambahkan koleksi pengkaryaan?

Jom sertai kami dalam "Projek Suara Kreatif Madani"


πŸ“œπŸ“œSyarat Penyertaan:-πŸ“œπŸ“œ

i.  Terbuka kepada semua pelajar, staf atau alumni UiTM.

ii.  3 buah antologi akan diterbitkan dengan pelbagai tema. Peserta bebas memilih salah satu tema yang disukai atau mengikuti kesemuanya.

iii.  Karya hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan font Arial bersaiz 11 langkau 1.5. Cerpen dan anekdot minima 1000 patah perkataan dan puisi tidak melebihi 30 baris


πŸ“ŒπŸ“ŒTema PenulisanπŸ“ŒπŸ“Œ


✒️ Antologi Anekdot/ Memoir "UiTM di Hatiku"

Tema:

 i. Aku, Covid 19 dan UiTM 

ii. Aku dan rakan sekerja/ sekelas

iii. Aku dan pelajar/pensyarah


✒️ Antologi cerpen 

Tema: RENCAH RASA PANDEMIK


✒️ Antologi Puisi 

Tema: RENCAH RASA KAMPUS


πŸ“‹πŸ“‹Apa anda akan dapat?πŸ“‹πŸ“‹


Peluang mengikuti bimbingan melalui webinar secara percuma

Setiap penyertaan akan diberikan sijil penghargaan.



πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️

Tarikh akhir penghantaran karya pada ~31 MAC 2021 melalui email kepada suarakreatifmadani@gmail.com

πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️πŸ—“️


πŸ“πŸ““Tulislah... setiap kita punya cerita... setiap cerita ada rasa.”πŸ“πŸ“


JOM KLIK LINK DI BAWAH :


https://chat.whatsapp.com/JKzWObEGHTS79YsnplA7M8


Kami bimbing sampai jadi.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ




Admin 

suarakreatifmadani@gmail.com



Monday, February 22, 2021

salah sebut

 orang melayu salah sebut bahasa inggeris..kena kecam..

orang inggeris salah sebut bahasa melayu..kena puji..

orang Islam salah sebut ayat quran? kena diam ja ka...

Wednesday, February 3, 2021

hunting for geran

 yeah.. jom tembak.. jom buru.. dapat tak dapat.. belakang kira..

siap je apa yang ada..

kadang kita hunting hari ni.. dapat tu bukan hari ni.. bukan esok.. tapi bulan depan.

kena reject.. kena kondem.. jatuh longkang.. tergolek golek biasalah...


chaiyok .. chaiyok..


Monday, February 1, 2021

pertama kali ke ofis 2021

 aku WFH..

dan 1 feb, pertama kali aku masuk ke pejabat. rindu pela dok masuk pintu Uitm hari-hari..keluar masuk. norma baharu, clock in dan clock out di rumah.


kerja tetap sama.. tak pernah berurang, makin bertambah lagi ada.

rabbi yassir wala tuassir.