relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, July 28, 2017

video muhammad dan hadeejah mula berjalan..





ni rakaman video hadeejah mula berjalan.. tengok siapa yang paling happy... ibu dan abinya...
bukan sahaja kami.. malah semua ibu bapa di dunia paling gembira bila anak anak mereka mula menapak..
 duhai anak... kegembiraan kamu adalah kegembiraan kami
kesedihan kamu adalah kesedihan kami..
kesakitan kamu.. lebih menyakitkan kami

anakda hadeejah.. semoga allah menjaga setiap langkah langkah kita di dunia ini.. supaya kita kan sama sama melangkah ke syurganya nanti..

Tuesday, July 25, 2017

wajah lama.. yang masih ku ingati..penuh misteri dan inspirasi

waktu hadiri majlis alamria pasti anakda.. terlihat wajah seorang kakak ni..
terus terimbau zaman menengahku.. waktu dulu aku kenalinya sebagai seorang kakak yg rajin datang kuliah mingguan, kayuh basikal tua bersama suami dan dukung anak kecil.

dan hari ini aku lihatnya.. mendukung anak sebaya muhammad.. masih kekal wajah seperti dulu.. dan penuh nilai keibuan mendukung anak 5/6 tahun...
dan masih dengan pakaian dan tudung cara yang lama

aku pun dah taknak dukung muhammad... berat.. dah nak sama tinggi ibu...

mungkin dia biasa biasa..
sama seperti ibu lain yang naluri ibu mensirami wajah...
tapi wajah dia terlekat rapat di hati... penuh inspirasi...
bahawa seorang ibu.. walau tiada siapa kenal dia.. puja dia.. di mata dunia..
tapi tetap yang paling berharga di hati anak anaknya..
dan wajah dia juga tenang... tenang yang datang dari hati yang redha dan ikhlas..

kalau dulu.. aku anggap dia wanita biasa.. sekarang aku lihatnya wanita luar biasa
kalau dulu aku sekali pndang dan xkisah siapa dia
sekarang aku pandang dan nak kenal lagi siapa dia
kalau dulu lihat tanpa niat memuji atau mengej
sekarang ku lihat dengan niat mengambil inspirasi...

p/s; mmg sengaja xtunjuk gambar dia.. kerana biarku sorang sahaja tahu siapa dirinya..


Friday, July 14, 2017

bahasa cinta muhammad




muhammad agak lambat bercakap dengan lancar, waktu lahir hadeejah.. dia masih lagi telat bercakap...
tp sekarang.. muhammad dah lancar... malah kadang ada ayat yang sangat buat ibu sentap.. dan ada ayat yang sangat menyentuh kalbu...

bila ibu tak turuti permintaan dia.. kdg dia minta aiskrim..
'ibu dah tak sayang muhammad ke'

bila ibu marah, atau hukum dia dengan hukuman fizikal mcm cubit..
'ibu nak bagi muhammad mati ke'

bila ibu lambat atau xsempat hantar atau ambil dia sekolah
'ibu dah tak suka muhammad ke'

waktu dia nak bermanja..
'ibu, peluklah muhammad'
'ibu, muhammad sayang ibu'
'ibu, nnt muhammad dah besar, ibu jaga muhammad tau'

muhammad anakku..
bahasa cintamu.. lebih indah dr nyanyian si biduanita..
lirik katamu lebih menyentuh dari syair si pujangga
ibu abadikan di sini..supaya satu hari nanti.. anakda kan mengetahui..
segala darimu... amat ibu hargai...

Friday, July 7, 2017

hadeejah 2 tahun

 terima kasih ya allah...
pinjamkan hamba bunga yang indah ini.. yang mewangi dan menghiai kehidupan hamba...
amanah ini.. walau mungkin tak sesempurna ku jalankan.. namun ya allah.. berikanku kekuatan dan kesabaran dalam memikul amanah ini.

tetaplah agamanya di jalanMu
panjangkan usianya dengan rahmatMu
kurniakan kecerdikan akalnya dgn kemakrifatanMu
pelihara maruahnya dengan kasih sayangMu
murahkan rezekiNya dengan kekayaanMu

pinjamkanku dirinya... sepanjang hayatku...... ameeen