relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, August 22, 2020

ibu nak cerita kelahiran anak ibu: adawiyah bt amiruddin

 ketiga tiga anak ibu.. ibu dah cerita..

yang ini pun ibu nak nukilkan di sini. sebab.. tetap anak ibu walau hanya 6 minggu ++ bersama ibu dalam rahim... tapi ibu tetap simpan di hati selama-lamanya...


9Jun.. haid ibu pertama selepas kelahiran Abang Abduh.. biasalah kes untuk ibu menyusu badan.


bulan Julai.. haid tak berkunjung tiba. dahla pi Langkawi dan berjalan bagai.. macam-macam perkara tak diduga juga bulan Julai berlaku...

dan ternyata.. anak ibu Allah anugerahkan dalam rahim ibu.


9 Ogos.. ibu check up biasa.

waktu scan.. Doktor Rohana banyak kerut dahi.. dia pusing sana sini alat scan tu..ibu dah mula tak sedap hati.

"baby tak nampak sangat.. sepatutnya dah clear kalau 8 minggu ni.. dan dah ada heartbeat..

tapi umur baby u 6w++"

"takpe.. lagi 2 minggu datang lagi.. maybe.. baby u lari sikit dari tarikh asal."


aku diam.

dalam kereta aku dah keluar air mata..

2 minggu yang doktor sebut itu.. bagai tarikh yang menentukan hidup mati anak ibu. 

setiap hari ibu cukup fobia dengan darah... cukup takut menghadapi kehilangan..

hari pertama...hingga hari ke sepuluh... selagi tiada darah..selagi tiada tanda kehilangan..harapan ibu cukup tinggi dan menghara[kan anak ibu kuat dan terus bertahan dalam rahim ibu.


1 muharam... cuti umum.. lepas subuh.. ibu rasa letih. terus ibu sambung baring. jam 10.. ibu bangun nak siapkan makan tengahhari.

"ibu... darah!" tegur abang Muhammad.

dada ibu terus berdebar...

rupanya abang Muhammad tunjuk darah daging yang tersisa atas sinki.


tapi rasa tak sedap hati sangat kuat.... ibu ke tandas.. dan darah merah keluar. terus air mata mengalir....


telefon abi.. nak check up supaya pastikan anak ibu takde apa apa.

nak ke Mahsuri.. kesian pula abang-abang dan kakak nak tunggu dalam kereta. ke KPJ Perlis je lah.

sampai di KPJ.. misi bertugas bgth ada Doktor lelaki je. ibu angguk je sebab hanya nak scan dan pastikan baby selamat dan boleh diselamatkan lagi.


rezeki ibu barangkali. doktor pakar wanita kebetulan datang untuk lawat patientnya.. terus ibu diminta berjumpa dengan dia. lagi lah lega hati ibu.

doktor Hasna scan.. dan dia maklumkan baby masih ada.. tapi still kecil 6w++

sedangkan tempoh sepatutnya 10w..

maksudnya memang tiada perkembangan dari 11 hari lepas scan dengan Doktor Rohana.

doktor Hasna nak cuci terus.. aku minta untuk pulang dulu sebab belum ada sakit dan harapkan kalau tiada rezeki biarlah keluar sendiri.

Jumaat.. masih ada tompok darah.

Sabtu pagi.. 22 Ogos 2020. dah mula rasa mild contraction. si abang dan kakak minta ibu tunaikan janji pi ECO.. ibu dah la sakit-sakitni.. buatnya tumpah darah kat ECO.. femesla ibu satu Malaysia.

tapi ibu doa banyak-banyak.. semoga Allah pelihara. tunaikan janji juga bawa kakak dan abang sambil doa..baby tunggu satna dalam perut dulu.

tak lama dalam ECO.. sempat pula ibu melawat kedai aiskrim Gula apong di sebelah.. hehe. baby nak rasa sikit kan...


malam tu.. waktu makan.. sakit makin kerap dan menyengat... dan...... adawiyah dilahirkan di rumah kita.. dan ibu sendiri sambut adawiyah...

ibu tahan untuk tidak menangis.... tapi bila nampak tubuh adik dalam umur 6 minggu..sudah ada bentuk mata..dan masih bertali pusat.. air mata ibu tumpah.. airmata kasih sayang.. airmata redha.. dan ibu tahu.. adawiyah memilih untuk kekal di sana.. ibu redha sayang.. 

ADAWIYAH BT AMIRUDDIN.

nama yang berlegar di hati ibu sejak tahu ibu hamil...

ibu akan tetap menganggap Adawiyah anak keempat ibu... dan janji ya.. kita jumpa kat sana ya sayang... ADAWIYAH panggil ibu , abi, kakak dan abang-abang tau...



Tuesday, August 18, 2020

Abduh sunat 18 ogos 2020

 18 Ogos 2020

tarikh yang diberi doktor untuk bius sibum bum ibu..

ibu seminggu sebelum tarikh tu dh susah hati... biasalah ibu kan.. fikir melangkau langit dan bumi....


alkisah pula kena admit sehari sebelum kejadian.. untuk pantauan doktor.

abduh dicadangkan sunat dnegan bius penuh.


17 ogos.. ibu pergi dengan hati yang rawa.. bekalan semua cukup untuk siap siap nak admit ward.

sampai HTF.. musim covid kan.. kena ambil beratur ambil suhu la bagai.

waktu ambil no giliran.. Abduh seronok ke sana sini..tak tahu apa sebab la ibu bawa dia tempat banyak pakai baju putih ni.


sampai giliran... Abduh diminta jumpa dokotr bius.


elok elok masuk di klinik bius, Abduh yang tak reti duduk diam.. pusing sampai ke meja nurse.

dan di situ dia batuk beberapa kali.

Doktor cina kecil comel keluar dari biliknya.

"siapa yang batuk tadi?"

aku terus tunjuk Abduh. takkan nak tuduh anak orang lain pula kan.

"dia ke yang akan kena Oprate esok?"

aku angguk.

"oh, tak boleh buat la. dia tak boleh batuk sikit pun."

"tapi dia dah hujung-hujung. bukan batuk berat." aku jawab bukan sebab aku nak Abduh sunat sangat pun. tapi supaya beban jiwa aku tak terpostpone ke masa depan.

"tak boleh.. bahaya. dia bius penuh. wayar akan masuk dalam saluran pernafasan dia.. dan bla..bla..bla.."

aku angguk faham. risiko lebih besar dari ditangguhkan.

dan.........

Abduh pun tak jadi sunat. hehe

tunggu tarikh baru ye bumbum ibu.


Saturday, August 8, 2020

Pandemik menyerang sanglang

 Dimana Sanglang? 


Sanglang terletak di Perlis Selatan bersempadan dengan Sanglang Kedah. 

Kuala Sanglang pula ialah sebuah  pekan kecil. Sebahagian pekan ini terletak dalam kawasan negeri Kedah dan sebahagiannya di negeri Perlis 


Sanglang Perlis dan Sanglang Kedah sangat hampir. Ini kerana Perlis dahulu adalah sebahagian dari Kedah dan diserah kepada Siam.


Ibarat kembar, Sanglang Perlis dan Sanglang Kedah mempunyai banyak persamaan. Sekolah yang sama nama cuma berbeza poskod sering mengelirukan orang luar. Sekolah Kebangsaan Sanglang Perlis dan disebelah sana Sekolah Kebangsaan Sanglang, Kedah. 


Di Pekan Kuala Sanglang ada lagi situasi yang sangat unik. Menurut salah seorang pengguna perpustakaan kami, rumah beliau dapur di Kedah, ruang tamu di Perlis.Soal alamat rumah boleh saja pilih mana-mana negeri.Unikkan.


Kuala Sanglang adalah perkampungan nelayan. Tetapi ada juga yang menjadi petani, peniaga kecil kecilan dan bekerja makan gaji. Hidup berbilang kaum. Ada penduduk berketurunan Tionghua dan India. Hidup penuh harmoni, mereka sangat fasih berbahasa melayu. 


Bila pandemik ini tercuit di Kuala Sanglang, jirannya Sanglang, Kedah pun terasa. Simpang Empat? Lagi terasa.


Nanti kami akan cerita apa istimewa di Sanglang.


Sumber: fb perpustakaan simpang empat