relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, January 23, 2018

sek ren keb raja perempuan ipoh

sabtu ahad lepas..
berpeluang ke ipoh..
aku dah lama tak pergi..
bila smpai sampai.. cari kedai nak makan.. pusing pusing jumpa lah sek mgs, sek convent.. maka aku teringat sek ren aku...
sek ren keb raja  perempuan...
apa yang aku igt sgt.. sek tu semua perempuan.. dan berbilang bangsa...
di sekolah itulah aku pandai cakap cina dua tiga patah.. sbb bestpren aku cina..hehe

rinduuuuu sgt...
tapi sayang.. aku cari tak jumpa.. rupanya belakang mgs tu je.. aku melilau tak lama.. sbb habibi ada kursus...

apa yang aku teringat sgt kat sekolah tu ialah.. bangunannya.. tapak peninggalan istana... ada satu bangunan tu.. tangga dia berpusing-pusing..dengan ukiran cantik...
dengar kata.. raja itu sangat suka budak perempuan,., maka raja  situ dah wasiat supaya.. dijadikan sekolah utk budak perempuan sahaja... dan sebab tu sek tu nama sek raja perempuan.. hehe

wallahu alam... cayalah cerita yang didengari oleh budak darjah satu 1987 dulu.....klu betul..betullah.. kalau salah.. anggaplah itu cerita dongeng budak darjah satu...

apa pun.. saya takkan lupa CIKGU SANIAH.. guru kelasku darjah 1....
alfatihah utk beliau...samada beliau masih hidup atau telah meninggal dunia

Wednesday, January 17, 2018

makcik @ pakcik bawang

istilah popular di media sosial sekarang.. terutama di KRT
hehehe
makcik dan pakcik bawang..
huhu.. aku pun nak tergelak.. dalam masa yang sama nak mengelak..
ramai sebenarnya makcik/pakcik bawang di sekeliling kita ni.. dan tolong berwaspada.. kot kot kita tu sendiri makcik/pakcik bawang..

tak perlu sijil tinggi langit utk dapat job ni..
memadai pandai mengata atau menulis yang menyakitkan hati...
ini bukan soal.. hati tisu atau hati kering..
tapi soal bahasa yang digunakan...

kriteria lain...
suka cari salah orang... salah sendiri buat xtau..
macam pepatah..
gajah depan mata xnampak.. kuman seberang laut nampak..

lagi...
makcik/pakcik bawang ni..
suka bila kita susah..
susah bila kita suka..
aduh.. yang ni paling berat..
sedihkan...
sebab inila kriteria IBLIS...yang sangat dimurkai ALLAH..

jom semua.. mungkin kita tak dapat elak dari jadi mangsa makcik/pakcik bawang.. tapi kita boleh jaga diri kita supaya tak jadi makcik/pakcik bawang...
ops.. bawang merah kat rumah dah habis... kena pi cari ni..hihi

Friday, January 12, 2018

kuch kuch hota hei dan aku

filem gempak hampir 20 tahun dulu...
igt lagi.. waktu mula2 filem ni keluar.. aku di madi..
kawanku A dia dah tgk cerita ni di DVD...
dia ceritakan balik padaku dan kawan yang lain..atas surau lepas isyak.. 3 jam tau.. sama masa durasi filem ni berlangsung.. betapa detailnya dia cerita satu persatu.. siap memek muka

kami yg dengar.. sgt khusyuk walau ada diselangi iklan iklan tidak berbayar.. hehehe


dan semalam.. aku tengok lagi.. tengok dgn dua anakdaku...

cuma sikit yg menarik..ialah bila rahul dan anjali berkawan.. mereka ada cara khusus bergurau yang khas.. mereka sahaja yang buat... dalam bahasa purba aku.. isyarat khusus seperti tepuk tangan dan kemudian kuis hidung.

ini adalah perkara yang bagus utk kita apply jika mahu kita diingati lama oleh seseorang itu.. tak semestinya cara yg sebjik.. tp apalah apalah yang bersesuaian...kalau tak perbuatan.. boleh juga panggilan..

aku ada seorang kawan.. antara kami berdua.. kami ada satu panggilan khusus.. kami sahaja yang gunakan bila kami berbual..
dia panggil aku "bek bek"
aku panggil dia "aak aak"
kadang orang dengar.. apalah depa ni sembang.. bunyi pelik pelik


dan setelah 20 tahun... panggilan special itulah yang mengautkan kami kembali...

kita boleh buat dgn sapa-sapa... adik beradik... suami/isteri.. dan kawan-kawan... cuma make sure kamu dah mesra.. sbb kalau baru kenal.ia akan disalah anggap..


aku dgn muhammad pun ada panggilan yang spesel aku je pannggil dia macam tu.. hadeejah pun sama...
harap mereka akan sentiasa igt itu tanda kespecialan kasih sayang cinta seorang ibu utk mereka...

dengan habibi aku pun ada.... hahahaha... biarlah rahsia.....

Wednesday, January 10, 2018

nampak tua...ada aku kesah

aku tahu.. umur adalah perkara sensitif bagi kebanyakkan orang...

"janganlah tanya umur..."
"err..cer teka umur i berapa"
"umur..? rahsia..."

malah aku ada kawan... waktu kami belajar master ukm dulu.. umur pertengahan 20an je... dia cerita.. kalau dia pergi kedai.. dan orang kedai tu panggil dia makcik.. dia akan terus keluar..blah macam tu je.. ada ke panggil makcik.. jadi bini orang pun belum... malah dia kata.. dia juga pernah sound terus jurujual tu.. : panggil kak la.. bukan makcik

aku pun tak terlepas.. biasalah. orang dah azali terlebih cantik.. maka nampak lebih matang.. lebih berusia.. hahaha

ada sorang kakak ni.. aku tahu dia dalam lingkungan 40an ... dan bila kami berbual.. dia panggil aku "kakak!"

aku senyum je.. 1st..sebab rasa dihormatila konon... hehe 2nd.. aku nak tengok.. sampai bila dia akan rasa aku lebih tua atau dia rasa dia tu dah tak muda...hihihi
sampaila satu masa..dia borak tentang anak..tentang kerja.. tentang sekolah... barulah dia perasan dia tu lebih tua... dan aku masih terus senyum... dia nampak malu... dan tiada kata maaf dr mulutnya..
takpe.. ada aku kesah..

dalam kelas.. student aku hampir semua mengatakan anak aku dah besar-besar dan mungkin sebaya diorang.. dan bila aku cerita.. anak aku baru tadika.... respon diorang.. "HAAAAA!"
hehe... ada aku kesah

sorang jurujual perabot.. mula-mula panggil aku makcik.. aku buat bodo je.. terus tanya dia macam-macam... dan borak-borak mesra.. and hujung sebelum aku keluar.. aku dengar dia sebut.." terima kasih kak, datang lagi..."
aku senyum... ada aku kesah...

betul... kalau satu masa dulu.. aku mungkin kesah dengan pandangan orang tentang umur.. rasa.. iii kenapa aku nampak tua...
tapi sekarang.. aku langsung tak kesah... dan rasa ia adalah satu perkara positif yang balik ke arahku..
mungkin itu dipanggil MATANG! aku dah tak lihat nilaian mata orang.. sebab aku lebih kenal diri aku dan aku hanya perlu hargai dan syukurinya...

kita tak boleh ubah persepsi pertama orang terhadap kita.... tapi kita boleh ubah persepsi terakhir mereka terhadap kita....