relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Thursday, August 29, 2019

Aku,ombak dan merdeka

Aku,ombak dan merdeka

Kataku pada ombak..
Kamu kejam menghempas pantai
Memecahkan pasir jadi halus
Tidak merdeka
Lakukan perkara sama dari dulu
Dan selamanya

Ombak balas..
Kamu lagi kejam
Menghempas sesama manusia
Pecah belah ukhuwah walau sedarah
Konon merdeka
Tapi masih di takok sama

Aku merengus menepuk ombak
Ombak membalas menampar wajah
Basah..resah..gundah
Sedar rasa masih dijajah

Nadiyah hashim
Pantai puteri,melaka
22 ogos 2019

#patriotikSPI

Rumah sewa sungai tangkas

Waktu sambung master, sati sem duduk kolej tun husin on.. mmg dekat sangat ke kelas.. dan semua fasiliti. Tapi sebab aku rasa rimas dgn suasana asrama kot.. sem 2 aku keluar. Kebetulan dalam kelas elektif dakwah jumpa kak nurul. Dia yang ajak aku join rumah sewa dia.

Masuklah aku rumah ni dalam awal 2016..duduk sampai 2018.
Bersilih ganti rakan sebilik. Di sini aku kerja ambil upah buat kuih,ngajar tadika dan ngajar di al amin. Dalam masa yang sama ambil upah ngajar tusyen dan baiki tesis.

Aku ulang alik ngaji darus syifa.. dan pergi merendek di putrajaya.. hahaha. Shoping di alamanda..bukannya banyak duit pun. Seronok ja lebih.. seronok zaman bujang dan ada duit sendiri katakan.

Alhamdulillah.. ada pahit manis sepanjang aku menghuni di situ.. semua itu ada hikmahnya.

Pengalaman berhantu kat sini takda.. pengalaman aku jadi hantu ada. 👻

Wednesday, August 28, 2019

Di sebalik sesuatu..pastu banyak yang berlaku

Di sebalik gambar mulus ini.. ada dua insan. Sorang di sebelah kerusi pegang tangannya, sorang di bawah kerusi pegang kakinya 😂

Monday, August 26, 2019

Drive dari utara ke selatan semenanjung

Dari arau ke pasir gudang..
Ok trip kami kali ni memang dah lama rancang sebab aku ada konferens di melaka. Tapi nak comfirmkan jadi ti tak berani sehinggalah sehari sebelum bertolak. Baru kami betul betul putuskannya.

Bertolak 21hb jam 3.45am
Sampai tapah 8.30am
Sampai danga bay 3pm..
Alhamdulillah kami check in kat sini

Tempah awal 2 hari.. dapatla harga 69 ja.. utk kami 5 beranak.. tanpa breakfast.
Tak puas hati sbb masuk masuk.. jamban bau busuk orang baru melepas... hahaha
Tapi ok la. Yg pentimg ada tempat berteduh.
Bila dah mai sini.. teringim nak ke danga bay.. bila guna google map.. dia bawa kami berpusong merata rata.. dah la jalan kat sini.. nak u turn ti berkilo meter baru dapat pusing. Rupanya danga bay tu belakang hotel kami ja kalau lalu jalan tikus. Hahaha. Mujurla ada tikus tunjulkan jalan. Hehe
Hari ke 2.. kami ke pasir putih. Sahabat lama yang sangat ku rindui... bawa belanja kami lunch.
Ya allah... meriahnya makanan...
Tempat pun cantik.
 Habis tu.. kami pusing uitm pasir gudang.
Atas bulit.. superb cantik permandangan.. kalau tak fikir jauh. Sanggup aku minta transfer sini. Hahaha

Pergi juga rumah cayangku rohaya ni. Adoi.. susah payah dia layan kami. Malu lak kami datang tak da preparation sangat bawa buah tangan dari perlis. Huhu

4.30 bertolak ke bandaraya melaka. Sampai jam 8pm.
Check in hotem sentral riverview. Memang rengah bandaraya. Superb hotel ni. Dan kami dapat harga 40 ringgit je. Tak caya? Hahaha. Betul.. tanya agoda. Rezeki kami. Walaupun tanpa breakfast. Hotel tu cukup selesa untul kami 5 beranak.

Malam tu servey uitm kat mana. Dalam map kata 3minit je. Takda nampak rupa ada uitm tengah tengah pekan ni. Huhu. Cari cari.. memang 3 minit
. Bangunan uitm bandaraya adalah bangunan macam pejabat 16 tingkat tu. Alhamdulillah dekat. Malam tu.. wajib order asam pedas melaka. Sedap bak hang! Macam nak bawak balik tukang masak tu.. hahaha

Esok.. kononnya nak pergi waktu bentang je.. jadual aku bentang jam3. Tapi fikit rugi bayar fee mahal mahal, tak ambil input ilmu.
Pergilah aku drive sendiri 3 minit je. 




Habis bentang 4.30pm.. terus menuju pantai puteri. Check in sana.. sempat main pasir pantai.

Esok.. aktiviti jadi badak berendam dan jadi dugung swimming pool. 



 Jumaat.. jam 12 check out.. cari buah tangan melaka.. apalagi cencaluk and the gang la..
Sampai nilai jam 2. Penat sangat sampai rasa tak syok shoping. Bertolak terus ke pristana puncak alam sampai jam 6.
Esoknya lepas breakfast jam 10.30.pulang ke arau. Sampai simpang 4 jam 5. Sampai betul betyl syurga kami jam 7.30 malam.
Alhamdulillah.. trip yang memenuhi objektif yang diharapkan.  Allah jaga sepanjang perjalanan kami. Dan semoga allah juga jaga sepanjang pemukiman kami.


Saturday, August 17, 2019

SKRPI... sentiasa dirindui

Alang alang sampai ipoh.. cari juga sampai jumpa..
Bila dah jumpa.. nak keluar ambil gambar walau panas lit lit..
Sampai muhammad kata.. ibu janganla teruja sangat..muhammad jeles. Hehe




Kenangan tetap akan tinggal hanya kenangan. tiada pilihan..

bezanya.. ia memberi nilai tambah baik atau tak baik untuk kita... kita boleh buat pilihan..

Monday, August 12, 2019

Family day bani hashim 2019

Sepatutnua buat di gunung keriang resort.. tapi sebab silap booking dengan air liur je.. terlepas booking pada orang lain

Tapi.. bila dah nama bersama family.. kat mana mana pun best..







Tanpa keluarga.. siapalah kita...

Sunday, August 4, 2019

Jangan plagiat !!!

Biar beradab jangan biadab

Biar lambat tapi masih sempat

Biar sendiri tapi atas kaki sendiri

Biar tidak dikenali tapi masih punya harga diri

Biar bersusah payah jangan sekali buat jenayah

Biar pening mencari idea asal tidak culik hak cipta

Nadiyah hashim
4 ogos
12.25pm arau

Saturday, August 3, 2019

Apa rasa bila duduk atas pentas




Bukan senang duduk atas pentas..
Bulan senang nak bercakap di khalayak ramai
Sebab tu ada kursus dan subjek khas untuk pengucapan awam ni

Aku secara peribadi memang tak berapa pandai.. bukan tak pandai cakap.. tapi tak pandai nak kontrol emosi tika itu...

Ia sangat sangat mempengaruhi percakapan aku... kalau aku rasa waktu itu aku sendu.. automatik aku jadi sendu..

Aku bukan kalah pada apa orang fikirkan tentang aku.. tapi aku kalah tentang apa yang aku fikirkan tentang aku waktu itu....
Allahu 😣