relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, December 31, 2019

bye 2019...

2019..

jatuh bangun
tangis tawa
gaduh peluk
benci cinta
jauh dekat
busuk wangi
pedih puas

semua itu lengkap untuk 2019..
menjadikan aku manusia yang lebih manusia
makin kenal keagungan Rabnya
makin syukur dengan segala kurnianNya


Wednesday, December 25, 2019

RINDU BAITULLAH : perlancaran

Terima kasih puan robizan salim.. beri peluang saya mengisi dalam RINDU BAITULLAH.


Tuesday, December 24, 2019

Anniversary ke 9

Buang tebiat sikit..
Nak rasa suasana baru.. tapi malas keluar perlis.. so keluar arau je.
Pi booking regency hotel.. hehe

Kami semua happy... alhamdulillah





Bila dah belengkar dalam hotel tu.. nak keluar makan pun malas.. order food panda.. dapat diskaun rm10.. alhamdulillah.. 💞

Monday, December 16, 2019

ustaz ustazah tak boleh buat salah

sebab nila setitik habis susu sebelanga
hanya kerana segelintir yang ada title ustaz..ustazah.. PU, Da'i.. habis semua terpalit

ustaz ustazah bukan maksum..
depa lagilah diuji..
jangan puja.. tapi juga jangan keji
mereka mungkin tahu itu salah.. ini benar..
tapi itu tdak membentengi mereka dari melakukan kesalahan

sama juga macam doktor...
adakah semua doktor tak sakit..
depa pun sakit..
malah doktor pakar tulang pun boleh patah tulang

kerana kita semua manusia...
bukan back up title atau ilmu.. tapi cuma nak bagitahu.. sebenar-benar benteng dari melakukan maksiat adalah sifat taqwa..
orang sikit ilmu..tapi bertaqwa..selamat
orang banyak ilmu..tak bertaqwa.. tak selamat

doakan yang baik-baik..

Friday, December 13, 2019

Lesen mati

Bila taktau..rasa releks ja.. dah mati dari 21 nov lagi.. siap drive pi kl tanpa rasa bersalahnya..

Malam tadi.. tetiba teringat lesen mati bila.. tengok tengok 2019.. waaa waaa.. terus kecut perut.. hehe

Ni.. kecut ni.. tgk petugas binaan tepi jalan letak kon pun.. dah rasa nak tercirit..😆

Wednesday, December 11, 2019

E wallet touch and go

Ok.. ni aku nak review pasal penggunaan e wallet ni.

Mulanya yang boleh terminat.. bila aku pi kedai eco 2 rgt.. tengok ada seorang mamat ni.. bayar dengan tunjuk barcode je. Wah... cepat.

Waktu pi diy pun.. tengok ada seorang mamat juga.. bayar pakai barcode.
Aku tengok kat kaunter tu.. ada tulis. E wallet touch and go.

Korek korek.. godel godek.. aku pun sign up. Siap letak auto reload kalau balance kurang dari 100.. hahaha

Dan benefit dia banyak..
Aku pergi seven e.. 1st time la cuba.. beli barang dekat 20 rgt.. disebabkan pertama kali guna.. aku dapat rebate separuh harga.. wow.

Dan kebetulan.. guna lebuhraya duke.. tol rebat 100 percen. Wow

Letal minyal kat shell.. rebat rm5. Wow

Yang belum.. pergi kfc..tealive.. dan byk lagi la tempat yang aku boleh dapat rebate.

Untung maa...

Dan cepat.. lebih cepat dari penggunaan kredit kad.
Dan kelemahannya hp la.. kalau hilang hp.. lupa lak maklumat..password..  hilanglah segala wow tadi. Hehe

Sementara penggunaan ni akan diperluas.. maka byklah rebate dan diskaun ditawarkan.. so grab la cepat cepat. Jom sign up.. aku tak dibayar tau tulis posting ni... ikhlas jujur dari aku sendiri.😁


Tuesday, December 10, 2019

Merajuk yang tak minta dipujuk

Ada masa nak merajuk
Tapi dengan cara sorok sorok
Sebab bukan untuk dipujuk
Sekadar legakan dari rasa diri teruk
Bukan sebab dihina atau dikutuk
Tapi hanya segaris duka
Bukannya luka apalagi parut

Thursday, December 5, 2019

Penulisan anak muridku..

Dalam awal julai lepas.. anak muridku.. bertanya tentang penulisan. Nak hantar mana.. dan nak cari penerbit mana.

Aku kongsikan apa maklumat yang aku tahu.. ya lah.. aku pun baru je masuk dunia penulisan umum ni. Selalu penulisan syok sendiri ja. Hehe

Dan hari ni.. alhamdulillah.. dia datang dan tunjuk hasilnya.


Allahu... hanya tuhan tahu betapa bangganya aku.. lebih bangga dari aku punya buku sendiri. Sebab?

Sebab dia anakku.. walau bukan sedarah daging. Anak didik.. juga anakku.

Betullah..kata kata yang ku dengar.
Dua jenis manusia yang tidak akan pernah cemburu orang yang dididiknya lebih hebat darinya.. iaitu ibubapa dan guru.

Ain..  mama benar benar bangga dengan ain. 😍

Wednesday, December 4, 2019

Penulisan ialah kata kata yang direkodkan

Aku dengar.. dan aku suka kata kata ini.
"Penulisan adalah kata kata yang direkodkan"

Dan aku nak tambah.. penulisan adalah kata -kata yang direkodkan dan diwariskan. Ia boleh jadi ilmu jariah jika kena dengan manfaatnya.