relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, October 31, 2011

balik papan, kota beriman

tak ramai yang tahu tentang balik papan kan?
satu wilayah di kalimantan timur,atau nama singkatnya kaltim.
best dia punya tagline "BALIK PAPAN , KOTA BERIMAN"

aku hanya sempat dalam beberapa jam je di bandar ni sbb bergegas ke samarinda..
dan di tengah jalan ke samarinda, berenti di satu perhentian makan. yang popolar dengan tauhu.
dan memang tak nyesal order..siap bungkus balik hotel...
okeh next entry..untuk sama-sama lihat keindahan di SAMARINDA ... insiden yang istimewa pun ada..

Friday, October 21, 2011

CONTEST RELAKS TENANG SIMPLE: ENTRY TERBEST: HADIAH PUN BEST

 Assalamualaikum, 1st time buat cntest..tujuan.. supaya blog ini tetap hidup saat aku bermusafiran ke luar negara..hehe.  maksudnya, blog ni akan punya pengunjung wlu entry yg masuk terhenti seminggu.
caranya mudah.
1) buat 1 entry macam tajuk entry ni je
2) paste kan gambar kat atas ni..sekali dgn tulisan yang berwarna ungu ni. pastikan ada link ke sini.
3) pilih satu entry dalam blog ni, xkira apa tajuk. yang anda rasa TERBEST.. dan sebutkan kenapa TERbest..(klu ada komen membina..lagi BAGUS) had bilangan perkataan terpulang...
4) pastekan juga link entry yang korang pilih tu.
5) tglkan alamat  entry korang di ruangan komen entry ni. itu aje.
 5 ORANG AKAN TERPILIH UNTUK MENDAPAT HADIAH OLE OLE YANG AKU AKAN BAWA PULANG DARI NEGARA LUAR.  PENGADILNYA ADALAH AKU DAN HABIBIKU.  TARIKH TUTUP: 29 OKTOBER 2011. JAM 10 pm.

Thursday, October 20, 2011

spontaneous thursday*1: jangan paksa aku..

jangan paksa aku buat kerja
tapi jadikan aku terpaksa buat kerja :)

Wednesday, October 19, 2011

Saturday, October 15, 2011

kenapa orang perempuan suka menangis

segmen bersama datok fadhilah kamsah pagi tadi mmg menarik, " kenapa orang perempuan menangis"..hehe.. kebetulan bila mula start je, habibi pun balik dari masjid, terus suruh dia duduk tengok sama-sama.. kita sarapan segmen motivasi yea pagi ni..hehe

antara yang best aku boleh qoute kat sini:
org perempuan menangis utk meredakan tekanan..biasanya perempuan selepas menangis,dia akan rasa lega sangat.
perempuan hatinya lembut..penuh emosi..dan airmata adalah teman rapat emosi, terlalu gembira nangis, terlalu marah menangis, terlalu sedih comfirmla nangis.
perempuan menangis utk cuci mata..sbb tu mata perempuan cantik, bahan2 kimia yg tak baik keluar bersama tangisan. perempuan cuci mata dengan menangis, lelaki cuci mata dengan lihat perempuan menangis, haha, bukan aku yg kata tau, dato fadhilah kamsah cakap tadi.
biasanya, anak sulung cepat menangis, anak perempuan yang serupa dgn wajah ibunya cepat menangis.
bila perempuan menangis, ia buat lelaki kelamkabut..lelaki akan rasa tangisan wanita itu seolah satu bentuk ugutan padanya. dan ramai lelaki lemah dengan ugutan dalam bentuk ini.
dan ini ayat yang paling aku best dengar tadi: bila perempuan menangis, dunia terhenti seketika! huh powernya air mata wanita kan..

okeh..ni baru masuk kata-kataku..bukan dr segmen motivasi tadi..
orang kata menangis tu tanda manja, tapi bagi aku menangis itu tanda kita punya jiwa. 
orang kata menangis hanya perlu, tapi bagi aku airmata hanya akan keluar bila dia mahu
orang kata menangis tu tunjuk kelemahan, tapi bagi aku kita perlu nangis untuk turunkan keegoan.

Thursday, October 13, 2011

apa nak buat dgn orang sakit mental

pagi-pagi ni, dalam inbox fb dapat satu soalan dr bekas studnt yang dah keje,

"ustazah..kawan sekerja saya baru keluar wad sakit mental, apa perlu saya buat yea, dia ni mmg selalu bergaduh dgn saya."

haa..ni jawapan dr doktor pakar sakit jiwa, ;D

jgn tambahkan tekanan pd dia. jgn ungkit kesalahan2 lama dia, jgn cetuskan pergaduhan, klu dia yg mulakan ignore je, agp je dia tu bebudak. kan org sakit mental ni dikira tidak mumayyiz.

solawat adalah penawar mujarab utk kerunsingan, suruh dia solawat banyak2, klu dia tak dpt, tolong solawatkan pada pesakit dan usap ubun-ubunnya.

dan yg ni rasanya semua org tahu, cuma tak amalkan je, WUDUK. rasa gangguan tu nak datang je, amik wuduk..gangguan tu mungkin dr syaitan, syaitan itu dr api..dan wuduk boleh memadamkan api.

okeh itu aje, nasihat dr saya, jgn lupa bayar fee consultant yea..hehe

Monday, October 10, 2011

"SEGMEN NASZ : MEH KRITIK BLOG GUA"

assalamualaikum.. terima kasih buat tuan segmen, mmg nak sgt komen menbina dari kekawan lain. bukan xde yang dah komen, ada, cuma yg saya rasa perlu saya pertahankan sebagai identiti blog ni, sy kekalkan. hehe.
okeh..dipersilakan segala komen-komen yang lain...

THE ONE AND ONLY

dia yang mengada
tapi itu tanda dia manja

dia yang suka cepat merajuk
tapi mmg xde sapa nak pujuk

dia yang mudah mesra
tapi hanya sorang saja yang dia 'setia'

dia yang malas mengemas
tapi bila rajin, mmg thumb up
dia yang malas membaca
tapi bila time nak periksa,dia mmg study gila

dia yang perasan cantik
tapi mmg dia cantik pun.. :)

tak pernah ku tanya pada ibu,
kenapa adikku hanya satu.
kerana dari dulu ku tahu..
satunya bagai seribu
 dia memiliki segalanya bagiku

she is the one..and ONLY...
SELAMAT BERKONVO ADINDAKU...DELINA..    ;D

Sunday, October 9, 2011

definisi SEKSI..

""gaun itu tidak terlalu seksi..saya ada definisi sndri tentang seksi.." komen seorang artis wanita yang dikecam kerana memakai gaun yang mendedahkan bahagian belakangnya..

adoiii..
defini awak nak buat apa... awak bukan ahli bahasa atau ahli agama..
hmm.. wahai wanita..xpayah nak buat definisi sndiri tantang seksi..
seksi itu ialah ini..itu..
cukup kita pakai definisi aurat menurut islam..apa yg perlu ditutup dan apa yg boleh dibuka.
COMFIRM SELAMAT DUNIA AKHIRAT. :)

Thursday, October 6, 2011

kalau datang sarawak, jangan lupa jenguk delima..

ini tahun ketiga aku di sarawak, dan br ini ada jodohku bertemu dgn delima... hehe.
mungkin kerana aku membawa kembarnya 'delina' bersama..hahaha

kami sampai memang pada waktu yang tepat..delima menonjolkan dirinya utk bertemu dengan kami. cuma pertemuan itu tidak seperti yang kami sangka dr awal, ingatkan kami yang akan menonton delima, tapi jadi terbalik, delima yang menonton kami...hehehe
inilah delima..hehe..kerusi tu, kami yg sepatutnya duduk utk tengok dia..tengok dia yang duduk dan tengok kami.. huhu
delima dan anaknya..taktau la nama apa, lupa tanya..
ni kerabatnya yang lain...

hmm..delima ni orang utan..dah 14 tahun dia menghuni TAMAN HIDUPAN LIAR SEMENGGOH, dan aku suka sgt cara penjagaan habitat haiwan di ini, dibiarkan liar, cuma sikit ruang untuk diberi makan, dan selain dr waktu makan, orang orang utan ini akan bebas kembali ke hutan..

hmm..msti korang pelik, kenapa delima duduk di kerusi, kami pengunjung ke mana?ke mana lagi larilah, mula2 hajat hati nak usap dia, nak dokong anak dia, tapi telah diwarning oleh penjaga di situ, dia kata delima dah mematahkan kaki dan mengkepak jari seorang penjaga di situ, dan dia telah dicop sebagai 'amat merbahaya'.

delima, aku tak salahkan kau, aku tahu kau taknak orang kacau anak kecik kau yang comel tu kan.. delima, kau adalah ibu orang utan yang patut dicontohi oleh manusia2 hutan kat luar sana yang sanggup lempar dan bunuh anak kandung sndiri.. kalau kau baca paper mst kau akan rasa nak kepak2  jari2 tangan yang buang anak tu kan...

OKEH, KALAU KORANG DATANG SARAWAK, JANGAN LUPA JENGUK DELIMA YEA!!! :)

Wednesday, October 5, 2011

dilema cari menantu...

berbual dgn orang lama..banyak faedahnya..
dan ini antara yang boleh aku kongsikan di sini..mana tahu buat yang belum berkahwin..boleh ambil buat panduan..
si polanah punya anak lelaki hampir penghujung 20an..dan masalahnya sekarang, si anak masih tidak mahu berkahwin, pelbagai calon dah disua..tapi xde satu yang berjaya membuka hati anaknya..
hmm.. aku kesian bukan pada si lelaki tadi tapi pada si ibunya.. yang lebih berat menanggung dilema ialah si ibu,memikirkan siapalah yang akan menyambung tugasannya menjaga makan minum, basuh pakai anaknya nnti.

"akak nak menantu macam mana"
"tak perlu cantik sangat..nnti susah hati cemburu. xnak yang sosial sgt, nnt tak lekat rumah, nak yg pndi masak.. yang penting nak yg ada agama"

"hmm.. si #### nak yang macam tu gak ke?"

"dia taste lagi tgi, nak yang putih gebu, taknak yg gemuk, yg berkerja, yg open minded, pening la kepala akak nak memenuhi citarasanya, akak dah ada calon yg memenuhi citarasa akak, tapi calon tu tak memenuhi citarasa dia, tolongla doa bg dia terbuka hati utk terima calon yang akak suka ni"

kesimpulannya..si ibu lebih dalam dilema berbanding si anak tadi.

wahai yang masih belum berkahwin, dalam dilema anda memilih kriteria pasangan hidup jangan abaikan kriteria pilihan ibubapa... betul,kita yang nak kawin, kita yang nak hidup dgn pasangan kita, tapi ibubaapa yang lebih mengenali diri kita dr kita sndiri lebih kenal siapa calon yg sesuai buat kita..

:) kalau aku pilih menantu nnti, senang je. sapa sanggup jaga makan minum aku, basuh kencing berak aku kalau aku sakit , baru boleh jadi menantu aku..huhu..lagi demand..hehe

Saturday, October 1, 2011

the little big soldier..

aku jarang nak review filem.. klu orang tanya citer ni mcm mana..aku jawab..simple je, "sedih ke, lawak ke, boring ke"..agak berat utk aku cerita perjalanan citer berikut..melainkan cerita yang benar2 mengujakan aku..haha
dan entry ni tentang satu citer cina yang aku tengok secara tak sengaja..hati nak tengok citer lain..jari tersilap tekan pergi ke 100..mana pernah aku menatap lama2 saluran ni..tapi lain petang nih..terus tertarik dgn scene berkenaan. habibi aku pun tersangkut gak,hehe
aku kot yang ketinggalan..korang mst ada yg dah tengok kan citer the little big soldier, lakonan jackie chan, haha..comfirm citer lawan lawan. yea betul, tapi dimasukkan unsur unsur kelakar. korang pun kenal kungfu jackie chan kan.

citernye cenggini, jackie chan seorang askar biasa bertemu dgn panglima negeri lain yang akan menawan negerinya.  jackie menjadikan panglima itu sebagai tawanannya,dan dia mula berangan-angan akan mendapat habuan 5 ekar tanah kerana berjaya mengangkap penceroboh.dalam perjalanan jackie utk membawa pulang panglima tersebut, byk perkara yg ditempuhi, mereka diserang oleh pelbagai pihak, tapi masing2 berjaya melepaskan diri,rupanya panglima td adalah anak raja yang diburu oleh adiknya sndiri atas sebab perebutan tahta.

apa yang menarik, cerita ini membincangkan mengenai kematian bermaruah...
bila mereka berdua terperangkap dalam 1 gua " si panglima berkata: kita mesti keluar dr sini, aku tidak mahu mati tanpa melakukan apa-apa untuk negaraku, aku nak mati sebagai seorang perwira, bukan sebagai seorang pelarian" dan atas semangat tidak mahu mati sia sia keduanya berjaya keluar..

scene lain yg menarik, adik si panglima tadi berjaya bertemu abngnya, keduanya mempersoalkan siapa yang perlu hidup utk menjadi raja, hanya seorang sahaja perlu hidup, dan dengan penuh tragis, si adik menikam dirinya sendri dan mengatakan kepada abngnya. "aku mati dalam keadaan bermaruah untuk negeriku mendapat raja yang sepatutnya."

 si jackie masih lagi tidak mahu melepaskan panglima itu, dia masih  membawa panglima itu pulang utk menjadi tawanan negaranya, dan dia akan mendapat habuan 5 ekar tanah. dan apabbila sampai di sempadan negaranya, tanpa disangka jackie melepaskan si panglima tadi agar pulang ke negaranya dan berjanji untuk tidak memerangi negaranya 10 tahun. dia rela mengorbankan 5 ekar tanah yang akan dimiliki demi menjaga kedaulatan negerinya. si panglima terharu..dan pulang dgn janji berkenaan.

scene terakhir: bila smapi di perlabuhan, si jackie dapati negerinya sama sekali telah musnah ditakhluki oleh negeri lain. dan dia merasakan dia telah kehilangan segalanya, namun dengan tekad untuk mati bermaruah, dia tetap menjulang bendera negaranya, hinggalah akhir dia sendri mati dipanah dan panji negaranya masih berdiri tegak.huhu..

sad ending tapi membawa maksud. "MATI ITU PASTI...CUMA KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MATI BERMARUAH ATAU TIDAK. dan kita sebagai orang ISLAM..mati dalam mempertahankan/melaksanakan/memperjuangkan agama dan mati yang tinggi nilainya adalah MATI SYAHID.

kita bagai sehelai daun yang mulanya putik, mengijau, menguning dan kemudian akan gugur luruh, kan lebih baik bila kita dalam keadaan hijau, kita membiarkan diri kita dimanfaati si ulat, atau si burung. yang membuatkan kita luruh dalam keadaan mengorbankan diri utk yang lain.

nilai kehidupan kita adalah pada saat kematian kita, kita mati husnul khatimah, maka baiklah keseluruhan hidup kita. kita mati suul khatimah, maka buruklah keseluruhannya.