relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, July 31, 2019

Abang muhammad cuci hidung

30 julai 2019.. cuti umum
Mungkin sehari tu singkat pada orang lain..tapi tidak pada kami.

Seawal 6.30 pagi kami dah keluar dari rumah.
Ibu dah siap seraga bekalan makanan, sebab tahu tahap kebuluran anak anak ibu nanti. Hehe

Sampai jam 7, mendaftar di kecemasan. Muhammad dapat bilik berduet.




Naik atas, makan dulu. Muhammad kena puasa sebab nanti nak bius susah.
Tunggu punya tunggu, doktor datang bagitahu kes muhammad akan dilewatkan sikit. Diutamakan kes pembedahan lain yang lebih penting.Takpala..cuma kesian muhammad kena puasa lagi.. huhu. sampai dia sebut, "ibu janganlah makan depan Muhammad, Muhammad lapar."

Jam 11 dia dipanggil turun. Ibu mulanya rasa ok. Tapi bila nampak pakaian masuk bilik operation tu, ibu sikit berdebar. Namun taknak tunjuk lemah. ibu down..muhammad akan lebih down.

12.15 baru muhammad sampai balik ke bilik. Alhamdulillah tiada yang serius, cuma ada 2 tempat bengkak dalam saluran hidung dia.

Dia pun respon yang baik dengan bius, tak pening dan tak muntah.

Pukul 1 baru makan.. lapar sangat dah tu  hehe. Mujur ibu bawa makanan tambahan.

Jam 6 petang, doktor dah bagi balik. Selesai urusan semua,jam 8 kami keluar dari hospital.

Lebih 13jam hari ni di kpj..rasa panjang sangat.. esok kerja plak. Huhu

Apa pun alhamdulillah, Allah beri jalan kesembuhan buat anakda.

Muhammad, ibu sayang Muhammad.


Saturday, July 27, 2019

Belajar untuk jadi penulis yang baik sebelum terbaik

Di sini.. bila lagi belajar..terasa ya allah banyaknya benda aku tak tahu.. huhu

Tapi refleks balik.. kalau aku tahu aku banyak tak tahu.. aku tak berani  tulis novel 'aku temanmu'

Aku mesti rasa sangat rendah diri..dan tak berani nak tulis. Tapi kerana semangat pekak dan pedulikan apa saja.. novel aku temanmu terhasil.

Alhamdulillah.. novel aku temanmu memang bukan terbaik..tapi novel itu membuka jalan untuk aku jadi penulis yang lebih baik.

Fabiayyi alai rabbikuma tukazziban

Saturday, July 20, 2019

Ziza ludba

Minggu lepas waktu ikut muhammad nak grading taekwando dia.. perasan ada sorang ayah ni sgt familiar muka dia.
Aku macam kenal dia.. dan dia pun nampak macam kenal aku. Tapi aku tak tahu sapa.. buat buat tak kenal je lah.. haha

Tapi bila dia datang borak dengan habibi.. kemudian dia tegur aku
" aziz ada kat uitm shah alam sekarang."
Aku balas, "ayah aziz ke ni.. allahu.. lama dah tak jumpa dia. Kalau jumpa pun memang tak kenal dah"

Rupanya dia ayah sorang pelajar aku di sri at taqwa dulum aku ngajar dia masa tu dia darjah satu.. umur aku 22..  17 tahun dah berlalu. Dia sekarang 24 tahun.☺

Apa yang aku ingat tentang dia...
Ada sekali tu.. waktu marking test tak silap.. ada kertas nama 'ziza ludba'
Sapa plak tersesat masuk dalam kelas aku ni.. tak de budak kelas aku nama tu..
Bila tgk lama lama.. rupanya kertas abdul aziz.. ๐Ÿคฃ dia eja nama dari kanan ke kiri dalam tulisan rumi. Hihi

Dah sampai u tu.. dah tulis betul la tu.. hihi

Bila balik rumah.. semak kertas ujian muhammad..

La.. sama gak penyakit nye.. gelakkan anak orang.. anak aku pun 2x5 ๐Ÿ˜‚

Thursday, July 11, 2019

Rezeki aku.. seduduk atas pentas

Banyak kali dah atas pentas..
Tapi bila seduduk dengan selebriti.. rasa lain macam.. hehehe
Moga allah memberi kelancaran kepada lidahku..dan membuka hati hati yang mendengarnya.
Jemput mai na... bukan nak habaq saya hebat.. tapi nak suruh mai dengar orang orang hebat tepi saya tu..

Monday, July 8, 2019

syaitan ganggu bila tidak sehat

petang semalam..muhammad rasa badan dia nak demam
aku ambil suhu.. dah di border 37.3.. minta dia banyak minum air

dalam pukul 6 macam tu, dia tertidur.. aku biarkan sebab tahu dia rasa badan tak sehat..
abi dia balik dalam jam 7 terus kejut dia suruh bangun. dengan muka ketakutan, dia masuk bilik dan mengadu,

" ibu, muhammad takut." tangannya di tunjuk ke atas.
"awat?"
"nak jatuh tu," tangannya masih menunjuk ke atas.

kebetulan abduh merengek. abduh pun badan makin panas.

"ibu, bagilah abduh senyap cepat. abduh marah kat abang. bebola salji nak jatuh kat dia dan abang."

aku tepuk abduh. dan aku tepuk dia juga.

"baca doa.. syaitan kacau dah tu," kataku.

"ya, syaitan kacau. dia marah abang," jawab muhammad sambil tunjuk atas.

aku taawuz sambil sapu mukanya.

dia tidak menipu.. sebab aku juga pernah alami perkara yang sama waktu kecil dulu. bila demam, aku bagai nampak benda-benda yang sukar nak jelaskan pada orang. aku dengar dan aku boleh rasa betapa buruknya mereka.

hijab mungkin tersingkap sikit.

Sunday, July 7, 2019

hadeejah 4 tahun

Selamat ulang tahun ke 4 puteri ibu..
Yang suka gaduh dengan opah dan wan..
Yang suka hilangkan barang barang
Yang suka berleter.. ibu pun selalu kena
Yang paling cerewet.. nak baju ikut pilihan dia
Ada pernah dia minta dulu,
"Ibu, Deejah taknak adik dah, Deejah nak kakak."
"Mana boleh ada kakak dah, Deejah kan kakak."
"Ibu lahirkanlah kakak Deejah..."
๐Ÿคจ

Wednesday, July 3, 2019

buat sendiri kad kahwin

buka folder emel lama.. terjumpa lakaran kad kahwin aku

apa yang best.. aku buat sendiri tau..

ayat-ayat fresh dari hati.. bukan amik orang lain punya..

lepas tu.. pi beli kulit di padang besar.. beli pen dakwat merelit.. tulis sendri..
print bahagian dalam.. lekat... siap!





Monday, July 1, 2019

rindu baitullah

insyaallah akan keluar satu kompilasi penulisan tentang pengalaman haji dan umrah.

ada 3 cerita ku dalam tu.. pengalaman sebenar.. yang tak mungkin aku akan dapat di mana-mana.. dan mungkin pengalaman ini..pengalaman aku sahaja.. cuma iktibar dan hikmahnya dapat kita kongsi bersama..

tajuk saya dalam kompilasi ini ialah:

1) takda duit tapi nak pergi umrah
2) kena tahan dengan pak arab
3) menjadi tetamu Allah sampai mati

penulisan saya di hujung sekali tau... kalau takmau baca semua.. baca yang hujung dah la.. hehehe