relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, February 26, 2011

think others!!!

sepnjang balik dari 1 program di kuching hari ni..hanya 2 kalimah ni je teringang-ingang di telinga...
think others..it is right?
klu asyik fikirkan dan pentingkan org lain je..tp org lain xpeduli atau hargai kita..mcmmana?
takut orang amik kesempatan je nanti..kalau dia tahu kita ni jenis yang dahulukan orang lain...
hmm... persoalan itu buat ku berfikir lepas tu berfikir..lepas tu berfikir..tapi masih tiada jawapan yang  memuaskan..
dan kebetulan pukul 730pm td..tgk doraemon..
kali ni kisah nobita yang terlalu geram giant selalu buli dia..doraemon beri nobita satu alat yang boleh menghilangkan sesiapa yang dia kehendaki..
maka dgn alat itu nobita telah hilangkan giant..sunyo..malah ibunya dan doraemon sekali..setelah dia hilangkan..dia rasa ketiadaan orang yang menyusahkan mereka itu lebih memeritkan..nobita merayu agar kesemua itu dikembalikan dan dia lebih rela dibuli dari dari sepi...dia rasa hidupnya tidak bermakna...
yeye..inilah jawapan yang saya nak! 
allah menjadikan kita bermasyarakat bukan sekadar untuk kenal-mengenali,tolong menolong..malah ia juga adalah untuk mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya... dan kehidupan kita akan lebih bermakna jika kita benar-benar menghargai mereka yang di sekeliling kita..hargailah mereka..selagi mana mereka masih ada..atau selagi mana kita sendiri masih bernyawa...
THINK OTHERS!!!

opps  lupa..thanks doraemon atas hiburan dan pengajaran secara tak langsung... hehe

Thursday, February 24, 2011

ust mansur dalam kenangan

ust..
dikau pergi dulu..
tidakkan ku lupa..
kenangan bersamamu...
dan masih terbayang hingga kini.perjumpaanku dgnmu yang terakhir kali bulan lepas..
kau masih igt namaku dan suamiku...
walau sudah di pembaringan...
ingatanmu pada kami hingga akhir hayatmu..
buatkan kami juga akan mengingatimu untuk sepanjang hayat kami..
terima kasih ustaz...atas segalanya..
Tuhan akan membalas segala kepayahanmu memahamkan kami tentang nahu..
setiap tuturmu ikhlas utk mencelikkan kami tentang bahasa...
doaku mengiringi pemergianmu...al-fatihah..

Monday, February 21, 2011

geramnya...tapi berbaloi..

kelemahanku yang mmg aku sedar sejak dulu..ialah bila kena cari barang
rasa macam dari suruh cari barang tu..baik suruh buat..atau beli je..
rasa lemas sangat mencari barang yang hilang..terutama kalau berbntuk kecik-kecik comel gitu..

alkisah..mgu lepas..ku amat2 memerlukan 1 dokumen ni (dokumen asli)...dan duenya jumaat lepas... dah habis punggah almari di ofis dan almari di rumah..tetap tak jmpa..waktu tu mulalah jumpa barang2 hilang lain yang tidak dicari..cari yang lain..jumpa yang lain..geramnyeeeee
dan bila jumaat tiba..dengan pasrah dan redhanya..aku terpaksa mengalah atas kegagalan menjumpai dokumen itu...
xpelah..nak buat mcmmana kan..xde rezeki...

dan tup2 pagi td..entah ilham datang tetiba..supaya cek fail yang selalu di kelek ke kelas setiap hari... rupanya ya Allah..mmg dokumen tu ada dalam fail tu... isk isk isk.. nak nangis ada..nak gelak ada..sebelum ni..fail lain semua dah punggah ..fail tu je tidak..sbb benar2 yakin xakan ada dalam tu coz..selalu dok buka hari2 amik attandence studnt..huhu

walau mcmmanapun..rasa berbaloi..yelah..sambil memunggah tu..jumpa barang lain..dan mengemas siap buat sistem 5S lagi..hehehe.
hmm..itulah kita kan..bukan saja dalam hal cari barang tapi juga dalam urusan kehidupan..kdg kita igt sesuatu yang kita nak tu di tempat lain..dan kita cari ia di tempat yang jauh..rupanya yang amat kita perlukan sebenarnya mmg dah dekat dgn kita..cuma kita xperasan... : )

Thursday, February 17, 2011

pencuri oooh pencuri..

‘Jemaah’ kebas beg dalam surau


SUNGAI BULOH: Dengan berpura-pura mendirikan solat, seorang wanita menjadikan surau perempuan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, di sini, sebagai sasaran menjalankan kegiatan mencuri beg tangan ketika mangsa mengambil wuduk atau bersolat.
Dalam kejadian terbaru, seorang kakitangan kerajaan, Zalina Othman, 36, menjadi mangsa ketika dia berhenti di kawasan itu untuk menunaikan solat Maghrib, kira-kira jam 7.40 malam kelmarin.

...ni laporan harian metro hari ni.. bukan apa teringat kejadian bulan lepas... 'handbeg' habibi pernah diselongkar di sebuah masjid di penang..tapi yang pelik..duit tidak dikebasnya..mungkin sebab dia terkejut ada quran juga dalam 'handbeg' tu..tapi yang diambil adalah surat cinta ...hahaha.. nak buat tangkal pengasih kot..

Monday, February 14, 2011

hadiah hari kekasih

apa nak ku hadiahkan..
kamu kekasih yang amat dicintai...
kamu suami yang amat disanjung tinggi
kamu pemimpin yang amat dihormati
kamu bapa yang amat diteladani
kamu kawan..sahabat yang sejati


apa nak ku hadiahkan..
buatmu yang pernah terluka utkku..
buatmu yang pernah dibaling batu utkku
buatmu yang pernah dilempari najis utkku..


untukku ..kau dipanggil gila
untukku kau digelar penyihir
untukku kau hampir dibunuh..
untuk kau tinggalkan padaku cara hidup yang sempurna


dan ini hadiahku untukmu..
iaitu janji..
meneruskan perjuanganmu..
menyambung ajaranmu..
mewariskan umat-umatmu..
agar nanti..ku bisa bersamamu di hari itu..
hari yang aku tidakkan mampu selamat..
tanpa doa dan juga syafaat.. 
ya Rasul..ya Habiballah..

Friday, February 11, 2011

majlis persandingan...

hari tu nikah..dan kenduri kawen je kan..haa ni baru buat majlis persandingan..maafla yang tidak dijemput..mmg sengaja xjemput pun..hehe
ni persiapan tempat..

ni persiapan lauk..

proses memasak....
dan inilah jamuannya..koktel..ayam panggang..

antara tetamu yang hadir..YB sarah..YB nabilah..
Tunku maizah dan datokwan hashim
artis bollywood..kajol
dan artis tempatan..fasha sandha..hahaha
ada juga pertunjukan silat....
dan mendapat tajaan air sarang burung DR FAIZ...
dan ni lah pengantinnya...bersanding baju sorang hijau sorang biru..cakpong..cakpong..hehehehe

Tuesday, February 8, 2011

aku mencintai mesir

aku mencintai mesir...
bukan pada udaranya yang berhabuk debu
bukan pada bangunannya yang berkotak-kotak
bukan pada sampahnya yang berselerak
bukan pada permpuannya yang hijab..
juga bukan pada wanitanya yang bermata indah
bukan pada jejakanya yang tinggi dan sasa
juga bukan pada lelaki yang bau rokoknya melekat sntiasa
bukan pada si kecil yang mata bulat..rambut ikal..
juga bukan pada si bayi yang pipi merah bak delima
bukan pada ammu si peniaga atau si bawaab
bukan pada mama jiran-jiran seSYAAH
bukan pada pemandu teksi yang pakar drift
bukan pada tenko..metro..dan keretapi laju..
bukan pada keldainya yang malas bergerak
atau si kuda yang liar mata
atau kucingnya yang gebu..tapi bersalut debu
atau si anak-anak anjing yang manja mengejar
tidakku suka trafficnya yang berselerak..
hon pelbagai bunyi dan tak henti bertekak
suara jeritan peniaga BEKIAAQQ...BEKIAAQQ

juga tidak kerana pengalaman-pengalaman kelakarku
aku mesti berlari utk mengejar bas atau keretapi..
pernah beg je yang sempat lompat naik..aku tertinggal
aku pernah tersilap naik bas..dan sesatku..nun jauh merata..
pernah ditinggalkan di tengah padang pasir..kerana kereta rosak..
pernah terpijak paku,,dan aku hanya menyedari setelah 3 jam berjalan terdengkot-dengkot..
gigitan baraghis yang merenyam dan bengkaknya yang menyucuk nyucuk
ditimpa hujan batu..dilanda ribut pasir..hingga mataku kelabu bagai disapu eye shadow
menggigil kesejukan hingga 7 lapis pakaian..
mengelepar kepanasan hingga air sentiasa dibawa
berebut masuk kelas..hingga terperosok masuk ke dalam..
tersilap bangunan hingga kelas lain yang aku cari..kelas kos lain yang aku masuk
ditipu penjual penjual di suq..lain yang aku minta..lain yang diberi..dan harga berganda dr biasa

juga tidak kerana pengalaman pengalaman manisku
menziarahi makam-makam ulamak..fuqahak dan auliyak dan masjid-masjid sejarah
bersama pengajian dgn syeikh syikh terkemuka
bersantai di pantai iskandariah sambil menjilat aiskrim..
kala raya..satu malaysia aku berpusing..keluar pagi..pulang petang perut kenyang
solat raya di hayyu asyir..
dan kuliah tahunan syeikh nuruddin di rumah kedah..

aku mencintai mu mesir...
bukan kerana semua di atas....
tapi aku mencintai mu..sejak dari mula kakiku menapak di sana..
kerana aku terhidu bauan anbiyak..
dan hingga hari ini..walau apa jua berlaku padamu mesir..
ku kan tetap mencintaimu..dan moga Allah mengizinkan ku mendatangimu lagi...

Monday, February 7, 2011

kita pembeli yang zalim..

sapa suka harga naik kan?
naik minyak 10sen..memang kita semua rasa macam naik minyak...
beli itu mahal..bei ini dah mahal..
kita kata orang itu zalim..orang ini zalim..
sana salah..sini salah..
tapi kita tak sedar kita adalah pembeli yang zalim...
haa tak caya..?
meh saya explain...
jom kita ke kedai runcit kampung..
pembeli2 di situ akan membeli barang yang hanya sekadar nak guna segera..
nak cepat..ala nak beli satu dua barang je..
jarangkan kita tgk orang keluar dr kedai runcit dgn membawa barang utk stok sebulan..
tapi..kita berkira dgn harganya..
"haa..kacang tanah sekilo RM2..kat tes** RM1.60 je..mahal betul kedai runcit ni..."
merungut dan siap tawar menawar lagi dgn tokey kedai..yang lebih teruk siap berhutang...
keluarlah si pembeli itu dgn muka masam..dan meninggalkan tokey kedai yang tersenyum kelat..
kalau ke pasaraya besar lak..
uhh..yang dr awal..taknak shoping..tapi tetap akan ambil juga sebarang dua..
yang plan shoping..dah tntu barangnya setroli dua..konon utk stok sebulan..
tapi minggu depan..muka tu juga datang lagi..
harga tak tengok dah..memandai dgn tampalan JUALAN HARGA RUNTUH..
JUALAN TERMURAH..terus amik ikut nafsu..
tak berkira dgn harga..dan yang best..bayar juga tanpa banyak tanya..siap bertenqiu lagi dgn si penjual..
maka keluarlah si pembeli itu dgn muka puas..dan meninggalkan tokey kedai yang tersenyum bangga

terukkan kita?
kita bertawar harga dgn peniaga kecil..
dan kita tak kisah harga dgn peniaga besar..
kalau ini memang sikap cara beli kita
kita pembeli yang zalim...betulkan?