relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, January 6, 2020

perlu ke beli rumah?

waktu mula dapat jawatan tetap antara nasihat yang kerap aku dapat ialah belilah rumah cepat. umur muda senang dapat.

nama pun umur muda dan waktu tu di bumi kenyalang. terfikir, kalau beli rumah di Sarawak, sayanglah pula bila nak pindah nanti. aki ni sentimentel sikit. kalau dah sayang tu, buruk macam mana pun aku sayang nak lepas.

maka menyewalah aku dari bujang, kahwin.. sampai anak dua.
antara masa tersebut, adalah tanah abah bagi bekas tanah bendang untuk aku bina rumah kat situ nanti. bila nak buat, tengok prosedur yang bertingkat-tingkat..aku jadi malas. tambah duduk sarawak nak lihat perkembangan pembinaan rumah itu jadi leceh. maka tangguhlah dulu.

pada sep 2016, tuan rumah yang aku sewa tu bagitahu, dia nak duduk rumah tu. jadi aku kena keluar paling lewat hujung tahun tu.
huhu. sedih taktau nak habaq.. tu rumah sewa tu.. tapi sebab dah duduk hampir 6 tahun.. 2 anak membesar di situ, jran jiran pun dah kamceng.. tanam lak macam macam keliling rumah. dinding rumah pun dah penuh hasil seni anak-anak.

waktu tu, mula rasa.. ruginya bayaar sewa bulan bulan.. tapi hak orang. terus terasa nak beli rumah hari tu jugak. hahaha
lagipun dah berulang kali minta tukar arau tak dapat dapat. beli ja lah rumah kat sana, dapat pindah pun sekurangnya ada harta di Sarawak.

servey merata tempat, ikut kemampuan beli apartment saja. bajet bawah 200k.
adalah 2 buah. satu tu masih ada penyewa. bila ajukan pada agen, dia kata nanti loan dah lulus baru penyewa tu akan keluar. rumah tu groundfloor. dan agak hujung. oklah tak bising kaca orang lain.

satu lagi rumah area yang berdekatan dalam160k juga groundfloor tapi agak sempit. yang ni aku siap bagi deposit.

sambil servey rumah di Samarahan, tangan gatal buka MUDAH.com. tangan pergi klik cari rumah area uitm arau. dapatlah satu rumah di Taman Ria, harga 120k.

terus aku cal madam tu. dia kata masih available. aku minta adik pi tengok, betul ke. kalau betul. aku nak beli. Tamakkan? hahaha. semua aku nak cekup.

antara 3 rumah yang aku cekup tu.. aku doakan, yang mana terbaik mudahkanlah.

yang pertama, agent tu buat kerja terlalu slow
yang kedua, dah laju tapi ciri keselamatan rumah tu out sikit. banyak nak kena tambah.
yang ketiga di perlis. jauh tapi adikku buat kerja cepat. terus dia pi tengok dalam rumah dan luar. dan dia kata berbaloi beli. dekat sangat dnegan Uitm.

bila yang ketiga tu, paling cepat. aku deal deposit dengan madam tu. dalam minggu yang sama, depost setle, loan aku urus sendiri untuk rumah tu juga setle.

macam mimpi, aku sign agreement beli rumah di Perlis sedangkan aku plan nak beli rumah di Samarahan. mana dapat surat pindah lagi. hahaha

urusan lawyer cepat dan dimudahkan. lawyer tu aku cari sendiri dalam internet je. hehehe. buat lah homework sikit. nak beli rumah ratus ribu oii. buka sekupang dua.

bila comfirm lulus loan rumah ketiga, agen rumah pertama baru cal cakap loan aku lulus. aku terus tolak. tak jadi sebab aku dok tunggu rumah no 2. deposit dah bayar.

sedap tunggu loan dan urusan rumah no 2, dapat pula surat aku lulus pindah ke UiTM arau. sujud syukur aku. dan terus aku cancelkan pembelian rumah no 2. dapatlah balik separuh deposit. huhu

Syukur.. bukan pertama atau kedua.. yang ketiga rupanya rezeki rumah pertama kami sekeluarga.

perlu ke beli rumah?
perlu tapi ukur kemampuan. jangan ikut orang. menyewa pun takpa kalau itu sahaja kemampuan kita.

gambar-gambar rumah taman ria... masuk 29dis 2017.. sampai sekarang tak habis-habis tambah deko lagi..  https://nadiyahashim.blogspot.com/2017/12/29dis2017-tarikh-masuk-rumah-sendiri.html











No comments:

Post a Comment